March 23, 2011

Memperkenalkan mafia-mafia kampung Dusun Durian Sebijik

Entry kali nie akan mencelita celitakan tentang siblings aku.  Aku ada 4 orang kakak.  Aku jarang publish pasal family atau siblings atau kawan-kawan aku.  So this entry aku nak kenalkan siblings aku la pada angpa semua.  Ekceli diorang bukan siblings betul aku pun.  Tengok rambut pun dah tahu tak sama.  Tapi aku memang gedik cakap diorang siblings aku.  Happy reading :)


Nie kakak aku yang pertama. Sebelah beliau tu kira abang ipar-to-be aku la.  Nie gambar masa diorang dating kat Cerakah kot kalau tak silap.  Tapi dia cakap pergi exercise.  (kononnya la :p )  Nama beliau Idayuwanie tapi aku panggil kak yuyuk jek :)


Nie kakak yang kedua.  Rasanya nie gambar kat tempat kerja dia kot.  Nama beliau adalah Anthanasius Maureen Richard Sandak.  Panggil morin jajan jek.  Dia dengan kak yuk kira 1 league la sebab dua-dua art stream tapi major lain-lain.  Both of them aku kenal melalui chatroom dan dah lebih 2 tahun kenal :)


Okeh yang nie best kalau nak bahan.  Nie kakak sulung aku bernama Bintang Asterisk bukan nama glamer.  Kui3.  Sebelah beliau tu adalah abang ipar-to-be aku la kan.  Aku kenal bintang nie dari form1 zaman kepoyoan lagi.  First kenal guna ayat skema. Kahkahkah.  Poyo gila kot.  Omar nie pulak penjahat kampung Dusun Durian Sebijik.  Dekat ofis orang tak datang lagi dia dah datang.  Orang dah balik dia tak balik-balik lagi. And yeap selalu berebut mesin fotostet dengan samseng nie. Grr..Setakat nie Omar jek aku dah jumpa sebab kerja sama-sama Isnin-Jumaat, 7:40 pagi-5:30 petang.  But afterall diorang berdua siblings aku yang paling coolio :)


Nie kakak yang tengah bernama kak ngah.  Nama betul kalau tak ikut I/C Syafiqah.  Aku kenal dia sama macam aku kenal kakak sulung aku.  Bukan kakak yang pertama.  Kenal secara skema dan poyo lagi. Bersama dengan kekasih hatinya Akheer.  Aku pun belum jumpa sama nie Akheer.  Jauh sangat kat kutub selatan dia duduk.  Nanti ada duit aku datang melawat ye T_T



So itu ajelah cerita aku pada hari nie.  Semoga berjumpa lagi di lain entry.  Sesungguhnya semua gambar nie adalah gambar curik.

Sekian terima kasih.

March 22, 2011

Jangan jadi Anakku Sazali

Baru-baru nie tengok cerita Anakku Sazali.  Cerita pasal anak derhaka.  Coolio gila cerita tu.  Aku fans cerita P. Ramlee oke.  Bukan sebab si Sazali tu derhaka tahap nak makan selipar dengan bapak dia.  Bukan sebab si Sazali berjaya jadi kumpulan gangster terbesar di Singapura.  No and no with big capital N and O.  Aku tak gila sampai tahap tu minat tengok anak derhaka.  Kagum sebab pada masa cerita hitam putih, P. Ramlee dah boleh buat dan bawak watak ayah dan anak pada masa yang sama dan watak tu boleh bertemu antara satu sama lain dalam waktu yang sama.  Err..korang faham tak apa aku cuba nak fahamkan korang nie?  Kalau tak faham aku nak masuk kelas tuisyen si Nazrul la lepas nie.  Cerita tu senang nak faham.  Tak berbelit.  Moral of the story ialah jangan terlalu spoilkan anak-anak dengan kasih sayang sampai anak tipu pun boleh percaya macam tu jek.  Nak pulak buat muka macam Sazali.  Aku rasa macam nak bagi donkey kick jek kat budak bertuah tu.  Sederhana la dalam kasi kasih sayang kat anak-anak supaya anak-anak tak jadi spoilt brat.  Kalau ketegaq terang-terangan takpe jugak.  Masalah bila depan bapak tampar nyamuk pun tak mati.  Dekat belakang tampar nyamuk terus segala keturunan nyamuk terhapus.  Sebab tu dalam Islam pun dianjurkan untuk bersederhana kalau nak buat apa-apa pun.  Jangan la duk overdose sangat.  Ingat ye anak-anak, jangan la sampai jadi Anakku Sazali.  Syurga di bawah telapak kaki ibu tapi jangan lupa pada kasih si ayah.


Part dan dialog aku paling suka.  Wohoo!


Sazali rules! =p

March 21, 2011

Kami manusia bukan malaikat

Kami manusia biasa.  Belum lagi ditakdirkan jadi manusia mutant.  Heh kalau aku manusia mutant aku dah tahu nak serang siapa dan tempat mana dulu.  Fitrah manusia.  Sabar pun ada hadnya.  Sama macam gunung berapi krakatoa.  Kalau sampai masanya memang akan meletup.  Dan bila dah meletup jangan salahkan kami.  Though kami nie masih hijau la kononnya, tapi kami bukan bodoh nak biar jek apa yang mereka buat pada kami.  Mana hak kami?  Dalam tong sampah ke?  Bukan ke pinjaman dibuat untuk membantu pelajar.  What the ikan bilis tomyam la.  Lagi dua minggu dah nak masuk bulan April.  Tapi sesen pun duit kami tak terima lagi.  Kami bukan la nak aibkan tempat belajar kami sendiri tapi kami tak boleh terima diri kami diperbodohkan.  Guna alasan yang lame gila kot.  Kami dah hantar slip result exam kami. Macam mana mereka boleh kata kami tak hantar lagi sedangkan kami dah hantar by hand.  Serious aku tak boleh terima alasan yang masuk air macam nie.  Dari kami mula belajar sampai dah jadi super senpai tak pernah berubah.  Makin lambat ada la.  Katanya mereka orang bijak pandai tapi bagi alasan yang tak boleh terima lansung-lansung.  Kami bukan budak sekolah rendah.  Sabar kami ada limit.  Bak kata kawan aku, "aku tak salahkan tenaga pengajar tapi pada pihak pengurusan yang menguruskan tu..."  Haish what do you think guys?  Aku dah cadang nak call sendiri pemberi pinjaman dan tanya pada mereka sendiri what the lala is actually going on.  Heh.




May ALLAH bless.

March 20, 2011

Sesi berdialog antara lebah dan lalat

Ini merupakan dialog antara lalat dan lebah.  Situasi ini berlaku di pasar malam yang sangat sibuk dengan kehadiran orang ramai yang masing-masing mencari bersuap-suap nasi dan bergelen-gelen air.

Lebah : Hai lalat!  Lama tak nampak. *bzztt bzzztt (bunyi lebah)

Lalat :  Eh hai lebah!  Biasa la aku terbang ke sana sini mencari rezeki. *ngeww ngeww (bunyi lalat)

Lebah : Apa kau buat nie?  Syok semacam je aku tengok.

Lalat : Oh biasa la.  Banyak rezeki hari nie.  Biasa makan kat tong sampah jek.  Kalau ada pasar malam baru la dapat makan yang best-best sikit.

Lebah : Napa tak terai masuk yang bertutup dengan tudung saji tu?  Nampak macam lagi sedap.

Lalat : Yang tutup tu takde celah lansung aku nak masuk.  Dah yang terbuka nie senang nak hinggap aku balun je la.

Lebah : Ish kau nie lat, kesian la nanti dekat orang jual nie kau rosakkan bisnes diorang.

Lalat : Bukan salah aku kot bah.  Dah benda depan mata saja nak hidang tak bertutup tak kan aku nak pejam mata je kot.

Lebah : .......................................


Nie cik lebah
Nie cik lalat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...