March 15, 2011

Aku bukan princess Disney la!

Aku bukan Cinderella yang boleh wish pada nenek pari-pari untuk dapat dress cantik supaya kelihatan cantik depan putera raja

Aku bukan Snow White yang makan epal lalu tidur di dalam bekas kaca menunggu untuk dicium.

Aku bukan Sleeping Beauty yang tidur selama 100 tahun untuk sedar kembali.

Aku cuma ingin menjadi seorang aku.

Aku ingin menjadi seperti Fatimah Az-zahra yang sanggup mengelilingi kaabah semata-mata untuk meminta keampunan Ali setelah menyakiti hatinya.

Aku ingin menjadi seperti Aisyah.  Isteri yang paling dikasihi oleh Rasulullah.

Aku ingin menjadi seperti bonda aku.  Setia bersama abah melayani kerenah kami.

Mungkin tak boleh jadi sebaik Fatimah atau Aisyah atau bonda sendiri.  Tapi berusaha ke arah tu tak salah kan :)

May ALLAH bless.


March 14, 2011

Kami benci Anwar Hadi


Loser gila diorang yang kutuk Anwar Hadi tu.  Aku dah la fans beliau!  Grr nak marah nie sebab lepas tengok video Anwar Hadi baru aku rasa macam berani sikit nak speak in English kat public.  But sebenarnya bukan Anwar Hadi jek kena macam nie.  Dalam komuniti kita sendiri kalau ada yang tak puas hati mula la buat benda-benda yang jadah belaka.  Sangat pathetic buat benda yang nampakkan mental corruption.  Kalau nak tegur orang pun do it in a well-mannered and educated way.  Hey, what you did you get back oke!  Kita duduk di bumi yang nyata.  Bukan macam cerita Naruto.  Boleh guna rasengan atau chidori kalau tak puas hati dengan orang.  Be matured.  Haila umur besaq pun tak guna kalau buat benda yang budak tadika sendiri pun tak buat.

March 13, 2011

Mari la mencari timba!

Kalau bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi

Sebenarnya bunyi jek kalau kita tepuk sebelah tangan kita pada pintu atau pipi orang lain

Jangan la jadi perigi cari timba

Sekarang dah ada shower

Timba dan perigi dah tak cari satu sama lain

Pendam atau luahkan?

Kalau pendam nanti melepas

Pandang-pandang jeling-jeling

Sekarang main direct jek cakap

Tersipu-sipu malu sambil pipi merona merah

Sekarang merah jugak.  Merah dengan blusher.

Main passing-passing surat.  Dalam surat ada bedak.

Sekarang fb kan ada.  Siap boleh hantar emoticon leb-leb lagi.



Sumpah aku tak berani buat benda kamikaze camnie.  Sue me.

March 12, 2011

Ini tidak adil!

Korang pernah rasa diri korang didiskriminasikan?

Aku pernah. *sambil angkat tangan

Korang pernah rasa diri korang dicomparekan?

*Angguk kepala secara slow motion

Korang pernah rasa diri korang di layan acuh tak acuh sebab fizikal korang?

*Diam sambil mata berkaca dan hati yang sebak.


Hella!  Hail all the way sceptic people!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...