December 29, 2011

Nafsu Muka Buku



Arghhh !  Macam mana aku boleh lewat tau pasal lirik lagu yang osem ni ???? Baru berapa hari tak bukak FB dah ketinggalan.  Kalo nak komen pasal pitch ke laut ke, mamat ni nyanyi tak ikut melodi ke, sila jangan dengar lagu ni la.  Tapi lirik dia memang best kut.  Tahan la daripada original version yang bagi aku dengar masa first time pun dah terpikir ni lirik lagu apa menda la ajak budak sekolah bercinta.  Memang tak la kan aku nak suka.  By the way, sapa yang compose lirik ni memang osem!

Two thumbs up !

Babai !

December 22, 2011

Kemalangan lagi dan lagi


Nak kata baru minat tak jugak.  Nak kata tak pernah minat tak jugak.  Kutuk pun tak pernah.  Sebelum ni takde perasaan pun kat SuJu.  More to BigBang.  Tetiba lepas dengar Mr. Simple aku terkemalangan jatuh cinta secara tak berapa nak extreme kat SuJu.  Plus aku tertengok dimple yang ada pada Leeteuk.  Lagipun macam smart je tengok depa dance.  Tapi susah nak follow.  Kut tak boleh aku buat bahan eksesais aku.



Ngkooo !  Dah 30 juta lebih view Mr. Simple.  Bias aku dalam SuJu dah tentu la,

Left:  Heechul, EunHyuk, Teukkie


Suka Heechul sebab dia macam pelik.  Tengok perangai dia macam lebih kurang aku je.  EunHyuk sebab dia kelakar.  Teukkie sebab dia ada lesung pipit.


Ni lagi sorang. KyuHyun the evil maknae.

Okay tu je nak update.  Takde idea sebenarnya nak update apa. Terpaksa la aku bebel pasal K-Pop.

Pesanan khidmat masyarakat:  Hormat minat orang lain kalo anda nak orang lain hormat minat anda. ;)

December 18, 2011

Hari-hari macam ni boleh stress

Dah masuk 5 hari tanpa air.



Aku tensionnnnn

Aku tensionnnnn

Aku tensionnnnn

Aku tensionnnnn

Aku tensionnnnn

Gila la macam ni.  Memang mood swing habis-habisan.  Aku menjerit tiba-tiba kang tak pasal-pasal van sakit jiwa datang amik aku check in kat Tampoi.  Stresssss wehhh.  Kat blog je la boleh lepas sakit hati.  Pompuan memang sakit la kalo takde air ni.  Banyak keperluan asas terbengkalai.  Apa punya orang la.  Buat tak tau je takde air kat sini.  Tak kan nak ulang 88 kali kat sini takde air.  Suppose tau la job spec sendiri kalo dah pegang jawatan tu.  Tak kan nak goyang kaki je.  Tak kan nak tunggu kucing yang selalu tido kat koridor tu datang mengadu.  Mengata budak-budak tersangat la pandai.  Hoihhhhh seteresssss aku!  Malas type panjang-panjang!


Bai !

December 17, 2011

Negara baru dijumpai

Assalamualaikum people !

Ni betul-betul menda yang mengejutkan!  Seumur hidup aku tak tau pulak ada perkara macam ni.


Fuhhhh tak tau pulak aku selama ni ada negara bernama UNKNOWN atau bahasa melayunya TIDAK DIKETAHUI.  Ni mesti alien planet marikh turun datang melawat blog aku.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK-BANYAK-BANYAK

Sila la datang lagi.  Dah datang tu jangan lupa klik encik NUFFNANG aku ;D

Bai !

December 15, 2011

Asyik-asyik nak kahwin kontrak

Hailo people.


Sebelum terjadi apa-apa salah paham atau kesakitan hati, limpa atau hempedu biar aku jelaskan dulu entry aku ni bukan nak condemn sesapa.  Ni just pendapat aku je sebagai seorang readers yang agak-agak banyak membaca novel yang berunsur pengaratan jugak la.

Tak nak sebut mana-mana novel tapi mostly novel cinta sekarang mesti pasal kahwin paksa, kahwin kontrak.  Mula-mula kahwin pastu benci. Tido dalam bilik asing-asing.  Yang laki tu ego la tapi ensem nak mati.  Hati suka tapi mulut malu nak ngaku.  Dah ada gepren tapi skali dah jatuh cinta dengan heroin.  Kesian awek dia kena tinggal bodo gitu je lepas 4-5 tahun bercinta.  Pastu awek dia pun jadi jahat nak balas dendam.  Watak pompuan tu pulak tersangat la baik gila wehhh.  Sanggup korban apa je asalkan suami dia bahagia.  Okay yang pasal sanggup korban tu tak kisah la.  Yang aku kisah pasal kahwin kontrak tu.  Sekarang punya novel memang trend gitu ke ape?  Kalo baca kat mana-mana pun sepesen je.  Yang ubah cuma nama watak dengan cara diorang berkahwin je.  Aku baca je weh tapi bila tiap kali baca sama je jalan ceritanya jadi macam bosan pulak.  Cuma pada writer yang pandai olah jalan cerita kasi menarik tu gud job la.

Ni menurut pengamatan aku la.  Adakah kisah kahwin kontrak ni mula lepas habis cerita Full House.  Ala cerita korea yang mamat 'hitam kegemaranku' tuuuu.  Sebab lepas je cerita tu habis sikit demi sikit banyak pulak novel pasal kahwin kontrak ni.

Babai !

December 13, 2011

Ayat Suka-Serius

Genius maybe exist but that does not guarantee them to be free from dosa ;)


Originally quoted from tuan tanah on December 13, 2011.  12:40 a.m

December 12, 2011

Tunang of the year

Asslamualaikum dan Hai semua! *sambil buat mata blink-blink.

Hari ni nak cerita pasal tunang dengan kahwin lagi la.  Sekarang ni mood aku mood tunang dengan kahwin je walaupun bukan aku yang bertunang apatah lagi kahwin.  Kira ni kesinambungan entry hari tu la.  Pasal entry takde orang meminag sebab tak laku tu.  Kalo rasa masa banyak sangat sampai tak terbuang boleh klik kat sini untuk baca sambil menghayati dengan menarik nafas dalam-dalam.  Jangan sampai putus napas sudah.

Tapi hari ni tak nak sentuh sangat la pasal kahwin.  Nak sentuh pasal tunang.  Nape pasal tunang?  Eh sukati la.  Bukan aku sentuh yang haram pun.  Tunang bukan haram pun.  Pegang tunang yang manusia tu haram.  Hahahaha merepek macam orang gila.  Okay aku serius sekarang.

Sekarang ni aku perhatikan melalui muka buku, orang bertunang dah macam kahwin.  Siap ada pelamin bagai.  Gila!  Dulu orang bertunang simple je pakai baju kurung.  Pastu sarung cincin pun dalam bilik pompuan la.  Sekarang engkoooo!  Siap ada pelamin lagi.  Baju pun lip lap lip lap berbatu bata.  Sampai aku pun naik confused kengkadang.

"Ni bertunang ke menikah?"

Serious wehhh.  Aku kagum (kot) dengan orang yang sanggup keluarkan duit banyak-banyak untuk buat majlis bertunang macam nak menikah.  Tapi bagi pandangan aku yang biasa-biasa dan untuk kita-kita je ni, bertunang should be simple je.  Dalam salah satu dialog dalam novel Versus antara Jasmin dengan Minn Edina,

"Pertunangan tu takpe la dirahsiakan pun.  Perkahwinan tu yang perlu beritahu pada semua orang."

Aku setuju sesangat la.  Bertunang tak payah nak habiskan duit banyak-banyak.  Bukan sebab bertunang pun belum tentu kahwin.  Ish nauzubillah!  Jangan la mendoakan macam tu.  Cuma dalam Islam pun dianjurkan supaya bersederhana tu lebih baik.

Duit yang banyak tu baik bagi aku untuk berjimba.

Bai !

December 8, 2011

Takde Orang Meminang Sebab Tak Laku

Hailo people !

Nak luahkan perasaan sikit la. Keh3x dah lama tak jamming perasaan kat blog ni.

Lately ni, bukak je FB memember semua dah status enganged, married...ni bukan sesaja letak okay.  Ni betul-betul dalam kontek hubungan tu.  Kalo yang dah bertunang tu aku dah rasa jelez yang dah kahwin tu lagi la.  Sentap mak !!  Duk fikir-fikir bila pulak la turn aku ek.  Takde sape nak masuk meminang aku ke wehh.  Ke aku ni terlalu babyfaced sangat sampai orang ingat aku ni baligh pun tak lagi.  Probably jugak tu.  Sebab setiap kali jumpa kawan-kawan parents yang tak pernah jumpa aku, semua duk tanya aku sekolah form berapa.  Ngeh3x kembang jugak la.  Awet muda katakan sebab sentiasa senyum dan selalu simpan dalam.  Okay abaikan part makan dalam tu.  Nampak macam nak tagih perhatian pulak dahhh.

Aku rasa satu permasalahan lagi mungkin sebab aku ni kengkang kut.  Tu sebab orang takut nak masuk meminang. padahal masa kecik mak aku dah bedung tak bagi kengkang dah beso nanti.  Lagi, orang suka cakap aku pelik.  Aku tak tau la tang mana aku ni pelik.  Nak kata aku alien planet kepulauan galapagos, kalo aku terjun bangunan KLCC insyaAllah la 101% masuk bawah tanah terus.  Tapi apa-apa pun bangga gak la sebab unik tu kira aku rare la kan.  Kira takde la cliche.  Fuhhh keluar ayat pilemm terusss.  Mungkin jugak ni salah satu sebab takde orang nak masuk meminang.



Tapi aku percaya pada satu sebab je.  Jodoh belum sampai lagi.  So let it be.  One good time, ALLAH akan temukan jugak aku dengan AO aku sebab tu semua dalam bidang kuasa Dia kan selain ajal maut.  Jadi pada sesapa yang umo macam dah agak-agak bak matahari nak tenggelam di ufuk timur, banyakkan bersabar.  Jangan sedih-sedih bila orang cakap kita tak laku sebab takde orang masuk meminang.  Dia lebih tahu daripada kita.  Just serahkan semua kat dia.  Banyak-banyak la doa supaya dapat jodoh yang baik.  Takpe dapat jodoh lambat asalkan ending dia all went well bak kata omputih.

Babai !

December 4, 2011

Cerpen - Epilog Cinta Terakhir

Hailo people !

Setelah berzaman aku tak menaip akhirnya siap jugak satu cerpen aku lagi.  Tajuknya Epilog Cinta Terakhir.  So sesapa yang minat membaca tu boleh la singgah ke blog aku lagi satu.  Boleh klik kat sidebar ni bagi membawa anda terbang ke sana.

Anyeong !

December 3, 2011

Bukan berkhutbah cuma betulkan diri ;)

Assalamualaikum people.

Hari ni entry sedikit serius.  Masuk mode serius sikit yeah.

Bila dah selalu sangat orang kata pakai tudung tak semestinya baik.

Pakai tudung tu lagi teruk dari yang freehair.

Well done weh !  Berjaya buatkan temperature aku agak naik.  Indeed.  Memang betul dan banyak kes dah jadi yang pakai tudung ni buat hal yang ntahapahapantah.  Memang tak nafikan.  Bila satu menda tak betul tu dah jadi norm, orang pun tak pandang pelik dah.  Sama contoh la dengan yang pakai tudung.  Bila dah ramai pakai tudung buat menda tak baik orang dah biasa.

"Alaaa biasa la tu...ape nak heran..."

Quite menakutkan ey.  Aku petik sikit ayat-ayat dalam Versus by Hlovate.

It's not about pakai tudung dulu or buat baik dulu.  Pakai tudung tak wajib.  Tutup aurat tu wajib.  It's all about masuk ke dalam Islam tu dulu.  Bila kita paham macam mana nak jadi baik whereas maksud 'baik' bilamana kita amar makruf nahi mungkar then that is baik.  Tudung bukan melambangkan sesorang tu baik ke tak.  Tapi yang tak pakai tudung pulak memang dah sah-sah la top-up dosa walau hari-hari seribu kebaikan dia buat.

Sama la macam orang pakai seksi-seksi ni.  Aku rasa hukum tutup aurat semua orang Islam tau.  Kat sekolah konpem ustazah ajar.  Tapi macam aku bebel kat atas tadi, menda tu semua dah jadi norms.  So bila kau tayang segala aset kat badan kau pun orang dah tak heran.

Scary.  Tu je aku nak cakap.  Aku pun bukan baik sangat tapi usaha nak betulkan diri tu kena ada wehh.  Tak kan nak tunggu tua baru nak insaf.  Maut bukan kenal umur ko doploh tahun ke lima ploh tahun ke.  Kalo ada yang nak duk comdemn aku bajet ustazah ke hape lantakkk la.  Tak kan nak nasihat orang pun kena ada title ustazah.  Kata sharing is caring.  Kononnya laaa...

Babai !

November 29, 2011

Padan muka pada diri sendiri

Sekarang pukul 1:28 am dan aku masih belum tido.  Suppose waktu macam ni aku dah melingkup atas katil.  Masih berjuang dengan Najwa, Mina and Jaja buat assignment Access.  Pagi nanti 6:30 dah kena kumpul kat post guard nak gerak pergi arkib negara.  Ngaaaaaa nak tido waktu bila macam ni.  Assignment nak kena hari rabu.  Memang tipu la kalo pergi arkib terus balik uni kan.  Sah-sah merayap dulu.  Pukul berapa pulak nak sampai.  Buat lagi assignment last minit.

Padan muka aku.



AKU NAK TIDOOOOOOOOO !!!!! TT.TT


TAK NAK JADI ZOMBIE !!!!

November 27, 2011

Matluthfi sebenarnya ada kembar dari Korea?

Kalo sebut pasal Matluthfi konpem la ramai kenal. Kalo tak kenai jugak tak habis xplore youtube lagi la gamaknya tu.  Aku pun ada jugak la post video luthfi kat sini.  Tapi kali ni bukan aku nak cerita pasal video dia.  Aku nak tunjuk ni kat korang.


Keh3x memang aku takde kerja duk belek muka orang.  Ada iras dalam 70 persen muka Matluthfi dengan Eunhyuk ni di mata aku.  Tak tau la kat mata orang lain macam muka sapa pulak  Buat yang tak tahu Eunhyuk members SuJu.  Untung lahh Matluthfi ada gaya macam Eunhyuk.  Ntah dia perasan ke tak agaknya muka dia ada iras sikit macam Eunhyuk sebab Luthfi ni pernah buat video pasal new album.



Ada satu lagu SuJu "Sorry Sorry" dia duk berlakon.  Hehe muka hang macam dia la, Lutfhi.  Kembar hang yang terpisah ka ni ?


Last but not least, SALAM MAAL HIJRAH !


Babai !

November 26, 2011

Tetiba Rasa Nak Berskandal Jugak!

Hailo people !

Okay ini movie korea yang di release pada 2009 kut kalo tak silap aku. Tajuk Speedy Scandal.  Tu ler pasal sengal sikit tajuk entry kali ni.  Sangat la lemmm sebab aku baru tengok semalam kat youtube. Reason aku tengok pun sebab ada budak ni.


Comel gila budak ni ! Rasa macam nak gigit-gigit je bila tengok muka dia !  Ekspresi muka dia masa dia greet grandpa dia memang priceless gila la !

Former teen idol Nam Hyeon-soo (Cha Tae-hyun) who thinks he is pretty popular is now in his thirties and working as a radio DJ. A young woman named Hwang Jeong-nam (Park Bo-young) sent stories about her being a single mother to the radio station Hyeon-soo worked at, telling him she is going to meet her father. When He finds out that he is the father of Jeong-Nam when she comes to his apartment with her son Ki-Dong ("Wang Seuk-hyun"). He also finds out that Jeong-Nam was his first love's name and the other Jeong-Nam's real name is Jae-In. Jae-In and her son, Ki-Dong. Not believing it, he goes through a DNA blood test,and the results say that they're related. Jae-in wants to perform on stage singing, but Hyeon-soo thinks this will reveal his scandal with what's happening to Jae-In, Ki Dong, and himself. Ki-Dong's dad Bak Sang-Yeoun ("Im Ji-Gyu") finds Jae-In, when she started getting popular with her singing. They meet and chat, before Sang-Yeoun thought Jae-In was in a relationship with Hyeon-soo. Later at Jae-In's performance, Ki-Dong went missing, which brought Hyen-soo to realize that he really did care for his daughter and grandson. He gave up some of his job to be with his family and started to really love them like his children and cared for them.

Haha agak panjang huh sinopsis cerita ni tapi best la cerita ni. Takde pasal cinta pun. Pasal hubungan antara anak dengan ayah je. Ada certain part buat aku gelak. Ada certain part macam masuk pasir jugak dalam mata.  Lari sikit daripada unsur-unsur cinta je memanjang.

Ah pada sesapa yang pernah tengok Boys Over Flowers mesti perasan kut ada satu scene masa Gu Jun Pyo dengan Ha Jae Kyung tengok movie pasal budak kecik tengah main kad dengan sorang laki.  Haha cerita ni la yang aku duk tengok.

Annyeong !

November 24, 2011

Giveaway Rumah Warna Coklat

Sebab bosan takde apa nak di update, aku join la giveaway daripada Rumah Warna Coklat.

Kena buat slogan okay pasal alam sekitar.

Ehem3x.

"Pemulihan Alam Sekitar,  Tanggungjawab Bersama Kerana Alam Sekitar dan Kita Memerlukan Antara Satu Sama Lain Bagi Mengekalkan Persekitaran Yang Sihat Dan Aktif."


Tag :

Eja

Jade

Nab

Aina



Sekian, Terima Kasih.

Study tak payah nak menunjuk

Assalamualaikum people !

Saya ni bukan jenis kaki study.  Boleh bilang berapa kali je saya pegang buku dalam seminggu kalo takde test, kuiz atau assignment.  Saya pegang buku time class je.  Tu pun kalo saya dah ada hand out, buku tu cuma akan jadi perhiasan atas meja saya.  Balik kelas, saya terus bukak laptop dan online Facebook.  Macam tu la kerja saya hari-hari.  Facebook lagi penting daripada study.  Iye saya tau tu tak betul.  Bila orang sindir saya, bila saya nak study saya sengih sambil cakap saya malas.  Okay bukan sebab saya akan berjaga tengah malam untuk study.  Apa kes pulak dah tido kena bangun 2-3 pagi nak study.  Masa tido untuk tido la.  Memang saya hargai masa tido saya.  Tapi kenapa orang selalu tak puas hati bila tengok saya online dan tak study?  Saya tak kisah jee kalo nak nasihat tapi jangan main sindir de..



Berbulu telinga saya dengar walaupun telinga saya takde bulu.

Perlu ke saya tunjuk depan orang hari-hari saya ngadap buku ?  Saya pergi library untuk study saya tak announce kat orang pun.  Tak kan la saya kena tunjuk bukti bila saya study.  Masa study saya adalah masa peribadi saya dengan diri saya sendiri tanpa gangguan orang lain.  Macam mana saya nak study kalo bising dan orang ajak borak ?  Awak baca la buku sepuluh jam depan saya pun, saya tak kan rajin untuk study sama jugak sebab saya malas.

Kesimpulannya, jangan la tanya bila saya nak study.  Saya memang tak study depan orang.  Saya study Facebook je depan orang.

Sekian.

Yang benar,

Tuan punya blog yang cute.

November 20, 2011

Kenapa kat Malaysia takde iklan macam ni?



Tak tau la ni iklan tahun bila tapi budak kecik ni cuteeeeee sesangat.  Rasa macam nak sepak-sepak je.  Banyak kali aku hit button replay sebab suka tengok muka dia walaupun aku tak paham sangat apa dia cakap.  Apa yang aku paham dia nak beli ais krim untuk bapak dia.  Awat kat Malaysia takde iklan comel mcm budak ni eh?  Bosan dah aku tengok iklan baby pampers tunjuk bontot.

Babai !

November 19, 2011

Rokok dan Kopiah



Okay this is way tooooo good.  Lately ni content video Luthfi ni makin best ah.  Memang tak rugi tengok.  Yang latest ni macam sedih sikit la.  Aku pun dah touching bergenang air mata bagai.  Tapi tak nangis la.  Hilang la macho nanti.

Babai !

November 18, 2011

Mulut tu Jaga Sikit Lain Kali

Assalamualaikum people.

Orang-orang selalu cakap, (ni bukan orang-orang yang kat sawah padi tu) mulut tu jangan cabul sangat.

Mulut tu jaga sikit.


Mulut tu jangan laser sangat.


Nak cakap tu lain kali pikir dulu guna kepala hotak bukan kepala lutut.

Dan yang seangkatan dengannya.  Senang cerita baik lebih banyak diamkan diri daripada mengutuk.  Kutuk dalam hati sudah la kalo dah memang jenis tak menahan kalo tak sah tak kutuk apa yang nampak depan mata.  Tapi yang aku nak cerita ni bukan laser aku duk sound orang atau aku cakap menda-menda yang bukan-bukan dalam hutan.  Ni menda lain.

Masa dip dulu dengan penuh riak dan berlagak aku asyik cakap menyampah je study kat bandar ehem-ehem tu.  Bosan laa...takde hiburan la...ada binatang-binatang je la.  Hari-hari kut cakap tak sabar nak habis nak keluar dari sini.  Tak nak datang dah sampai bila-bila.  Pehhhh betapa kurang hajonye diriku.  Cakap macam orang baru dapat kete Audi R8.  *Tetiba jeeeee..

Now dah masuk fasa yang lain pulak, mula rasa macam missed sesangat kat tempat yang lama.  Hari-hari kut aku menyebut rindu...rindu...rindu....macam nak balik sana je.  Rindu kat lecturer masa dip yang gila sporting. Kat tempat baru ni aku insan terpinggir kut.  Sob3x sebijik macam anak tiri dalam drama swasta.  Cuma aku takde la duk meleleh jee air mata.

Bila pikir balik banyak kali pasal apa aku cakap sebelum ni pasal bosan gila dan macam-macam lagi kat tempat lama tu menyesalnyaaaaaaaaaaaaaaaa aku !  Mulut tu jaga sikit lain kali.  Kan dah rasa sakit kat hati. Haihhhh susah nak cure tu.

Padan muka aku.

Babai !

November 17, 2011

Tak Elok Mainkan Perkataan Rogol

Hailo people !

Matluthfi cakap ada beza pengorbanan dengan kebodohan.

Aku pulak cakap ada beza lawak mintak gelak dengan lawak mintak pelempang.

Seriously aku tak kisah orang nak buat lawak even lawak bodoh asalkan lawak tu boleh diterima sebagai lawak untuk gelak.  Tapi kalo lawak bodo mintak pelempang susah aku nak terima.  Baru baca pasal satu post lawak kat FB pasal isu rogol merogol.  Last ayat tu rupanya pasal nyamuk.  Aku dah cuak abisan.  Mana taknya.  Rogol tu wehhhhh.....Bukan main tengteng atau latalilatamplom.  Aku macam tak boleh nak berinteraksi kut pasal lawak gitu.  Lantak la orang nak kata aku nerd tak open minded ke hape.  Bila aku dah habis baca lawak tu and tau pasal nyamuk dalam kepala hotak aku terpikir,

Menda macam ni pun boleh jadi lawak ke?

Jangan main-main wehh.  Cuak, takut, gentar dan segala perasaan yang negatif bermain-main di jiwa masa baca tu.  Tak baik permainkan perasaan insan yang inesen lagi comel macam aku ni.  Tak lawak post pasal rogol walaupun tu cuma lawak pasal nyamuk.

Babai !

November 16, 2011

Update Aktiviti Setiap Masa di FB Baru la Style!

Assalamualaikum people !

Tadi waktu sedang menuntut ilmu sambil mata sangap macam dah patploh hari tak tido, lecturer aku cakap statistik menujukkan berapa puluh ribu ntah manusia yang jadi penagih FB.  Lupa dah aku beliau cakap kat negara kita atau luar.  Beliau cakap lagi kebanyakan orang suka luahkan perasaan kat FB.  Kena tipu dengan boipren la, kawan la dan bla....bla....bla guna ayat yang kasar-kasar ni.  Pastu cakap semalam makan kat KFC padahal dah selalu makan.  Kah3x aku yang ngantuk ni pun gelak je sekali.  Tapi betul jugak la apa yang beliau cakap tu.

Dah jadi trend kut kat FB semua menda nak cerita.  Tengah buat apa.  Makan apa dengan kat mana.  Tapi yang pelik tu masuk toilet nak membuang tak cakap la.  Pesal tak buat je status macam ni.

Skang kat dalam toilet belakang rumah aku.  Aduhh kena sembelit pulak ari ni-via blueberi cap azerbaijan

Baru la thrill.  Habis semua menda nak cerita.  Makan kat tempat mahal pun sibuk nak update jugak.  Tido kat hotel mana pun nak cerita jugak.  Kena kidnap kang baru tau.  Kalo tego pasal menda macam tu pun nak update sah-sah la lepas tu post kat wall,

Sukahati la nak update buat apa pun.  Ni FB aku sukahati aku la nak cakap apa pun !

Amboi marah!  Tego cara baik pun nak marah.  Terus bagi pelempang kat muka sedas kang baru tau.

Aku tak emo masa type entry ni.  Aku dalam mode study untuk kuiz sebab kalo malas nanti membawa padah.

Babai !

November 11, 2011

Penat Jadi Dewasa Ni Oiiii!

Assalamualaikum people.

Sekarang sangat la hectic.  Badan pun lembik je semedang.  Layu je macam bunga taik ayam kena simbah dengan asid.  Aku rasa kadar metabolisme badan pun dah berkurang.  Tulang pun dah keluar bunyi krekk...krekk...Nak minum anlene aku tak suka minum susu tepung.  Nak minum anmum belum tiba masanya lagi.  Kerja kadang-kadang sedebuk bukk...bukkk...depa kasi.  Betul la nak senang tu bukan senang.  Ni yang buatkan aku rasa macam nak masuk tadika balik.  Paling koman pun sekolah rendah la.  Apa yang best masa sekolah rendah.

-Kerja sekolah banyak tapi tak seteress nak buat.


-Main lebih dari belajar.


-Tak payah pikir pasal pinjam duit sana sini.


-Tak payah pikir pasal cari rumah sewa.


-Tak payah pikir pasal facebook (zaman aku dulu la)


-Cikgu tak brutal macam lecturer.


-Main cop-cop tiang.


-Bajet dah beso je bila dah darjah 6 walaupun badan tak beso mana.


-Balik sekolah rempit naik basikal sambil keluarkan bunyi motor secara manual.


Aiiii.....memang syok la sekolah rendah.  Tak payah pening kepala bagai.  Takde penat-penat pikir pasal tanggungjawab.  Tak payah pikir nak kahwin dengan sapa.  Carefree sungguh la.

Cara cakap macam orang nak lari dari tanggungjawab je.  Takpe la.  Belajar pun ibadah jugak.  Kang elok-elok dapat pahala jadi menda lain pulak.  Mindset itu penting!

Babai !

November 9, 2011

Wordless Wednesday #2



Sampai sudah la kan memang tak dapat jadi =.=

November 8, 2011

Pengorbanan dan Kebodohan



Memang menggelepar bila tengok Mat Luthfi ada upload video baru since dah lama sangat dia tak upload.  Bila aku tengok video dia yang ni...heh memang great minds think alike betul la.  Ingat aku je yang macam pelik dengan lirik-lirik lagu cinta ni kadang-kadang.  Terlampau hiperbola sampai nampak macam memperbodohkan diri sendiri ?


Sebenarnya ada beza antara pengorbanan dengan kebodohan.  Seriously... (Mat Luthfi buat muka serius masa cakap ni) =) <<--Paling aku suka.

Anyway it is just me or memang dia makin cute sekarang.  Dah macam Korean kut aku tengok.  Wakakakaka

Babai !

November 7, 2011

Bad Guy

Hailo people.

Peh dah lama tak update blog ni. Gila malas. Sejak dah masuk belajar balik ni memang bz kemain. Bukan aku takde idea tapi malas gila nak bukak dashboard >>New Post. Kerja aku cuma study and kalo bosan aku akan menghadap drama Korea dan entry aku sekarang yang aku bakal publish ni pun pasal drama Korea. Let's cekidaut!




Baru habis layan drama ni. Dia punya tajuk Bad Guy.

Amaran : Cerita ni tak sesuai di tonton oleh viewers yang suka cerita lovey dovey cweet cangat sebab korang mungkin akan rasa bosan. Tapi bagi aku cerita ni best sebab lain dari drama korea yang selalu kita tengok.

Geon Ok (Kim Nam-Gil) is a sexy man & highly ambitious. Geon Ok attempts to get a Chaebol group by using his fatal charms and cunning mind. Jane (Han Ga-In) is a strong women who stands by her man, Geon Ok. She will attempt to protect their love.

Tera (Oh Yeon-Su) was born as the first daughter in a Chaebol family. She has never said no to her parents and went through an arranged marriage. She lives her life like the typical upperclass housewife. She then meets Geon Ok and throws herself into a heated affair.


Pesanan aku, jangan mimpi nak tengok lelaki-lelaki yang acted jambu dan comel dalam drama ni. Kalo korang rasa nak nilai cerita berdasarkan kena ada lelaki ensem plus jambu baru nak tengok, memang korang akan anggap drama ni boring.

Babai !

November 4, 2011

Happy Birthday Choi Seung Hyun


Saengil chukkaei Seung Hyun oppa !

Neomu neomu saranghae ! *lovelovelove

Ini enty perasan.  Terima kasih.

October 27, 2011

Spontaneous Thursday #1


Tak sangka aku jadi gedik spontan menjerit tengah-tengah Times Square nampak dia ni.  Poster je kut.

October 24, 2011

Alhamdulillah Masih Bernafas Lagi

Assalamualaikum people :)

Aku mulakan entry aku hari ini dengan tangisan dalam kerinduan lagi. Wawawawawaa....okay stop.

Hari ini bersamaan 24 OKTOBER 2011 maka genaplah usia aku tut..tutt dan tutt...  Haih dah tambah setahun lagi usia aku huh?  Macam tak percaya pulak.  Bila fikir ke belakang apa yang aku dah buat selama ni?  Macam takde apa-apa yang hebat aku achieve je lagi tapi aku boleh nampak small improvement dari hidup aku.  Credit to Hlovate.  I owe her banyak sesangat.  Tapi Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas sampai saat entry ni ditaip.

Haha time ni la kan aku nak rasa diri aku macam retiss bila orang ramai post kat FB.  Tak kisah la walaupun sekadar HB je.  Terima kasih la jugak kat FB sebab ingatkan kat depa.  Kut tak memang sorang la tak wish kat aku kut.  Keh3x.

Ohh ye orang pertama yang wish adalah Ayie Wakaka.  Gila semangat budak sorang ni wish birthday aku.  Belum masuk birthday aku lagi dah wish.  Ish3x hantar pegi planet Nameck nanti baru tau.

Kat blog je mampu T.T

By the way, people selalu wish semoga panjang umur.  Aku rasa tak sesuai wish panjang umur sebab buat apa panjang umur kalau sekali pun tak cari redha Allah.  Hehe tazkirah sebentar di hari lahir.

Babai !

October 23, 2011

Drama Pilihan : Heartstrings

Hailo people !

Selepas dah habis demam Worlds Within, aku start tengok dan cari k-drama yang best. Dalam mencari tu aku tengok la jugak j-drama, Hana Yori Dango yang aku dah review dalam previous entry. Tanya suggestion kat kawan aku cerita apa yang best then dia recommend Heartstrings.

"Drama korea apa yang best?"

"Try la tengok Heartstrings. Best!"

"Sapa berlakon?"

"Yonghwa yang leader CN Blue tu."


Aku diam. Tak minat sangat CN Blue jadi macam anxious sikit la nak tengok tapi why not give it a try kan. Baru tengok first episode....hehe aku dah err jatuh cinta kat Yonghwa oppa. Waaaaaaaaa gila player !  CN Blue miane sebab tak minat dulu !


Lee Shin is a university student majoring in modern music. He is also the vocalist and guitarist of the band "The Stupid." Shin is known for his good looks and strong passion for music, but in reality he is cold, lacks interest in anything unrelated to music and has neither dreams nor plans for the future. He initially likes Jung Yoon Soo, a dance professor at university, but this all changes when he meets Lee Kyu Won.

Lee Kyu Won is a bright and outgoing student who was born into a prestigious family and is majoring in traditional Korean instruments, especially the gayageum. Kyu Won's grandfather, Lee Dong Gun, is one of the top 3 traditional musicians of his age and his biggest wish is to see his granddaughter become a traditional music prodigy. Trying to live up to her grandfather's expectations, Kyu Won immerses herself in training and becomes a university student who knows nothing outside of her studies. As her friends are fans of "The Stupid", she was forced to go to the band's concert with them. There she saw Lee Shin performing live, and is immediately captivated by him.


Drama ni baru lagi sebab keluar tahun ni jugak. Cerita ni best sebab santai je. Takde la berat sangat.  Then ada masukkan unsur muzik dalam cerita ni so it's a really nice drama. (Pesal aku bajet komen macam pengkritik drama ni =.= )

Babai !

October 19, 2011

Jepun VS Korea

Hailo people !

Aku rasa hampir semua orang dah tengok kot Boys Over Flowers, drama korea yang best tu tapi takde la best sangat. Biasa-biasa je. First time tengok je excited. Masuk kali kedua dah tak berapa nak feel. Tapi bukan nak cerita pasal Boys Over Flowers. Kali ni nak cerita pasal Hana Yori Dango which is in Japanese version.

Makino Tsukushi is the only poor student at Eitoku Gakuen, the school of the ridiculously rich and privileged that is ruled by Flower 4 or F4, a group of four boys who come from extremely powerful families: Domyoji Tsukasa, the leader and heir of the Domyoji World Finance Group; Hanazawa Rui, the introverted son of a large company; Nishikado Sojiro, a player who is the heir of a tea ceremony school; and Mimasaka Akira, a madam killer with ties to the underground. If a student gets on the F4’s bad side, he/she gets a red notice and is bullied and driven out of school.  Makino hopes to pass her days quietly-- without drawing any attention to herself-- but one day, she stands up to Domyoji in defense of her friend. The next day, Makino gets the dreaded red notice. Even though she is harassed, Makino decides to keep going to school because she is a "tough weed". She declares war right back on the F4. Her resolve gets the attention of her crush Hanazawa Rui and oddly enough, rouses romantic feelings in her worst enemy, Domyoji Tsukasa.

Dari personal opinion aku la, Hana Yori Dango is much better than Boys Over Flowers. Okay aku silap sebab cakap version Jepun tak best sebelum ni sebab aku tak terai tengok pun masa tu. Mata aku dikaburi oleh wajah-wajah jambu dalam BOF =.=

Hana Yori Dango ni takde la romance sangat macam BOF. Lead actor (Matsumoto Jun) dalam Hana Yori Dango ni pun takde la hensem mana. Pendek pulak tu tapi aku macam suka kut tengok dia berlakon even macam penyangak je duk marah dengan belasah orang. Memang takde side romantik lansung la aku tengok.

So pada sesapa yang suka nak layan jiwang cweet cangat tu aku prefer kat korang tengok BOF. Kalau nak rasa macam drama sedih/dramatik sikit boleh la tengok Hana Yori Dango, okay ?  Lagipun aku rasa aku terlebih emosi bila tengok Hana Yori Dango kalau nak compare dengan BOF.

Adakah kerana err...aku TERsuka pada MatsuJun? *blushing

Sorry TOP and Hyun Bin.  Awak berdua terpaksa terima madu baru :D

Babai !


October 18, 2011

Adik-beradik yang Comel :)

Hailo people !

Aku suka menda-menda comel dan budak-budak kecik yang comel.  Lelaki comel dan perempuan comel pun aku suka.  In short, semua menda yg comel-comel aku suka.  Oleh sebab itu, aku ingin berkongsi kecomelan sorang budak ni buat tontonan readers semua.

Drumrolllllllllllllllllllll !






Mason Moon ni pernah berlakon dengan Jang Geun Suk dalam Baby and I.  Ramai cakap Mason macam muka Nickhun tapi personal opinion aku dia lebih macam muka Jang Geun Suk.  Hoho sukahati aku la kan nak cakap muka dia macam sapa pun.  Yang penting Mason comel !



Ni pulak Mavin.  Dongseng (little brother) pada Mason.  Cute jugak kan :)

Keh3x

Babai !

October 17, 2011

Kisah Pak Cik Lab yang Evil

Assalamualaikum people.

Bila marah kadang-kadang kita tak kan sedar apa yang kita cakap.  Sampai terkeluar perkataan yang sepatutnya pun ye jugak.  Meh aku nak story sikit apa yang terjadi pada satu hari yang hening hari tu.

Aku baru je bukak FB dalam lab sementara nak tunggu lecturer masuk.  One of my coursemate pun masuk sambil bawak beg.  Patutnya tak boleh bawak beg tapi biase la depa ni bukan jenis ikut arahan sangat.  Ikutkan aku pun nak je bawak masuk beg dalam lab.  Hah pastu terjadi la menda yang hampir-hampir membuatkan aku kutip jantung atas lantai.

Ada satu pop up amaran yang suruh keluarkan beg.  Aku ignore je la.  Then belum sempat coursemate aku tu nak bawak keluar beg dia, technician tu masuk dengan gaya seladang naik minyak.  Pehh boleh dia ngamuk sambil tolak pc kat meja tu.  Yang tak boleh blah dia boleh samakan kitorang dengan setan.  Memang sentap la kan.  Dah la masuk gaya gitu then boleh pulak main cakap je kitorang conteng meja dengan buat sampah.  Helo encik !  Pernah dengar perkataan siasat dulu tak?  Kut ye pun kena marah dengan orang atasan jangan la main lepas je kat student yang inesen macam kami ni.  Kitorang dumbfounded.  Tak tau ape salah tiba-tiba je kena marah.  Tak nak pc rosak tapi dia boleh pulak main tolak pc.  Siap ugut lagi kut jangan ngadu kat orang.  Tau pulak takuttt.  Mentang-mentang la kitorang semua perempuan.  Tak pernah hayat aku jumpa orang boleh samakan manusia dengan setan.

Kawan aku tu pun pergi la mintak maaf kat dia sebab dia cakap selagi coursemate aku tu tak mintak maaf dia akan terus kacau kitorang.  Coursemate aku cakap bila dia masuk bilik tu boleh pulak technician tu cool macam menda tadi tak pernah jadi.  That man cakap dia marah bukan sebab coursemate aku tu bawak masuk beg tapi sebab makan dalam lab.
What the ?? Bila masa kitorang makan dalam lab ??  Sah aku rasa dia ada multiple personality disorder yang tak funny lansung.

Hoihhhhhh memang aku ingat la muke kau sampai bila-bila kan !!

October 16, 2011

Jum Main Game Cari Perbezaan !


Hailo people!

Jum cari perbezaan antara dua gambar ni.  Agak-agak apa perbezaan antara dua gambar.  Ni gambar pelakon Jepun.  Lari konsep sikit ye dari Korea after dah banyak entry aku merepek pasal kepop je.  Kali ni kita kita pilih j-drama pulak.  Sekali sekala ubah angin dan selera tak salah pun.

Babai !

October 15, 2011

Amacam? Cantik ke tak ?

Hailo people.

Sebelum ni aku ada tanya kat mana boleh edit gambar kan.  Well, dah siap hasilnya dan aku nak tunjuk kat korang.  Memang amatur habis la kan.  Mintak tolong korang komen tak kisah positif atau negatif.  Kalo setakat nak kutuk jangan susahkan diri menaip kat ruangan komen tu.  Sekian, terima kasih.


Tu hasilnya.  Amacam okay tak ?  Ni sebenarnya aku plan nak buat cover untuk cerpen aku kat blog lagi satu tu.

Babai !

October 13, 2011

Tolong Ajar Aku Mengedit Sebab Aku Tak Reti

Hailo people !

Ini entry pendek je.  Sebenarnya aku ada mini projek nak kena buat.  Aku nak edit gambar untuk dijadikan cover bagi projek mini aku ni tapi aku tak reti nak edit kat mana.  Tolong jangan suggest kedai gambar sebab aku tak reti lansung nak guna okay.  Besides than picnik dengan pizap kat mana lagi boleh edit eh ?  One more thing, kenapa bila aku nak letak gambar kat blog ni dia tukar jadi kecik ?  Besar sket tak boleh ke ?  Nak drag jadi besar mana boleh kan kat blog ni.  Sesapa tau tolong ajar ye.

Pertolongan dan pandangan amat dihargai.

Kamsahamnida !

October 10, 2011

This One is Special Dedicated for OM Group A 08/11

Dear my all crazy friends from zaman diploma in Office Management Technology Group A...

Ketika entry ini ditaip aku sebenarnya tengah rindu gila kat korang.  Sumpah!  Takde tipu punya.

Aku rindu time kita belajar dalam BK4 yang macam-macam bau keluar tu.

Aku rindu time kita kena buat presentation dalam kelas.


Aku rindu time kita merungut bila duit PT nak masuk.


Aku rindu time kita membebel penat kena panjat tangga tinggi-tinggi.


Aku rindu time kita makan sama-sama kat starbucks.


Aku rindu nak kacau korang buat presentation.


Aku rindu nak cakap aku nak kahwin kat korang then korang cakap aku gatal.


Aku rindu nak merepek depan korang dalam bilik audi.


Aku rindu time kita kecoh-kecoh pasal direct debit.


Aku rindu time kita sama-sama blur bila belajar akaun.


Aku rindu time kita buat event.


Aku rindu time kita melaram bagai nak pergi dinner.


Aku rindu time kita duduk ramai-ramai kat koridor tunggu kelas lain habis.


Aku rindu time kita sibuk cerita pasal hantu akak pegang file.


Aku rindu time kita cuak bila tak siap kerja miss Dayah.



Aku rindu bila sorang nak amik gambar semua nak sibuk menempek sekali.


Heh korang memang la gila gambar.  Aku pun 2x8 je...


Banyak lagi sebenarnya aku nak list.  Aku rindu wehhhh....Seriously.  Walaupun bukan semua kenangan manis yang kita kumpul tapi korang tetap istimewa dalam hidup aku.  Jangan lupakan aku wehh korang.  Aku TAK sayang lansung kat korang.

Okay mata aku masuk pasir.

End.

October 9, 2011

Video 3GP

Assalamualaikum people !

Masih ingatkah anda pada video aku yang lepas bertajuk Saya dan Pak Arab.  Apa terjadi bila aku yang suka merepek dan kuat tido berjumpa dengan pak arab yang sebenar?  Korang ingat aku main-main ye bila aku cakap aku jumpa pak arab.  Ni bukan orang yang bernama arab ataupun orang pakistan jual karpet.  Ni pak arab betul-betul kejadian.  Kelasss tau !  Pensyarah dari al-Azhar datang wehh ke tempat aku bertapa ni.  Kira excited la jugak walaupun sepatah aku paham yang berpatah-patah lagi tu aku tak paham.  They all cakap bosan sebab tak faham tapi aku rasa kalau depa faham pun depa akan tetap cakap bosan sebab tajuk diskusi pasal Islam.  Ada ke remaja biasa-biasa yang suka hu ha yang suka dengar pasal benda macam ni.  Tapi bagi aku best je.  Mengantuk tu memang tipu la kalo aku cakap aku tak mengantuk tapi still aku cuba fokus bila dengar pak arab tu cakap.  Besides ada translator dalam bahasa melayu so shouldn't be a problem at all.


Ni hasilnya bila aku pergi diskusi tu.  Kalo korang paham apa yang aku tulis memang korang terel la.  Banyak cerita menarik yang pak arab tu cerita.  Tapi aku kurang ingat sangat nak type semula.  Takut salah pulak informasi tu.  Antara yang aku ingat adalah sorang kristian pernah cakap,

Orang Islam sekarang telah meninggalkan akhlak yang baik di mana akhlak baik itu akan menjadi kebaikan pada seluruh dunia sekiranya akhlak baik itu diamalkan.


Aku rasa true indeed menda ni sebab ramai sekarang ni Islam pada nama dan keturunan je.  In simple diskusi tu memang menarik tapi cuma sejam lebih je.  I hope dia akan datang lagi la ke tempat bertapa aku ni :)

Sebelum aku mengundur diri, terimalah video 3GP untuk tontonan umum.


Mungkin kualiti video ni kurang elok kut.  Pape pun enjoy !

Babai !

October 4, 2011

Saya Dan Pak Arab

Apa jadi bila saya yang kuat tido dan suka merepek bertemu pak arab yang betul-betul arab ???


Nantikan !!!!!!!!!!!!!


Jeng....jeng.....jenggg (Sound effect cerita P. Ramlee )

October 2, 2011

Ini Betul-Betul Kejadian!

Dia ada seorang kawan baik.  Mungkin bagi dia.  Tidak bagi kawannya.

8 tahun membesarkan mereka

Both have no boyfriends until one day

That friend changed.  Not physically.

Just because one man.

That friend has the will to break the relation with her just because of that man

"If you want to go home, you can go by your own.  He will fetch me."

Sure !  That friend will said "No problem.  I can go by my own."

Dia tahu.  Kalau disuruh buat pilihan dah sah-sah dia tak kan terpilih jadi buat apa dia minta pilihan.

Sakit.  Pendam perasaan bukan benda mudah.

Why people changed when they have boyfriends?

Why is that friend rather to see her in pain but not the boyfriend?

Where's she go wrong?  Because she doesn't have boyfriends?

Clueless.  Hopeless.

That's why she hated the term 'boyfriend.'

Love is just a word.  For people with fantasy.

The reality...Love and boyfriend are virus which will cause a friendship broken.

She doesn't need to have a boyfriend.

Period.


Ni betul-betul kejadian.  Bukan aku memain tau =)

September 30, 2011

Sepanjang Masa Kegemaran. Macam Ni Pun Boleh Ke?


Hello people !

Lama tak merepek kat rumah buruk ni.  Semua orang mesti ada all-time favourite drama masing-masing tak terkecuali diriku ini.  Tapi sorry to say my choice ialah drama korea la.  No heart feelings.  No hard feelings.

Aku kan suka gila la menengok Worlds Within.  Dah banyak kali kut aku duk ulang tayang kat Maaduu.  Kut kalau Maaduu duk sangkut-sangkut aku beralih arah tengok kat youtube tapi since youtube dah takde store cerita ni aku kena la tengok kat Maaduu balik.  Ada dua sebab je kenapa aku suka tengok.  Takde la sampai doploh ke lapan puloh kenapa aku suka tengok.

1.  Ada Hyun Bin dengan Song Hye Kyo

Aku takde la obses kat depa berdua ni tapi aku memang suka tengok depa berdua berlakon dalam cerita ni.  Kah3x aku dah la dah lama tangkap cintan kat Song Hye Kyo ni since dalam Autumn in My Heart lagi.  Hyun Bin pulak baru-baru je kut lagi masa tengok Secret Garden.  Hensommmm wehhh dia senyum ada lesung pipittt !!  Mak aku tengok konpem berkenan buat menantu.  Mak aku je la. Abah aku mau la baling parang kontot  kat aku.  Tak pun duk kejar dengan parang macam dalam cerita Do Re Mi tu.

2.  Storyline

Macam mana aku nak huraikan eh bab storyline ni.  Aku bukan belajar pengarahan drama pun.  Pengarahan drama sendiri pernah la.  Drama ni macam unlike Secret Garden, BOF, Full House and bla...bla...bla whereas every watak dalam drama tu digambarkan sebagai baik.  Sampai tak pernah buat salah.  Jenis muka inesen jeee memanjang.  Dalam cerita ni every watak ada ego masing-masing.  Ada bad sides masing-masing.  Macam tak ada la watak yang baik sesangat kononnya contoh Jan Di macam BOF.  Drama ni about reality bukan fantasy cinta yang good-good tu.  So maybe sebab tu drama ni dapat low rating.  Jalan cerita dia berat dan membosan but aku suka je tengok.  Sesekali penat jugak tengok drama yang asyik romance je memanjang.  Aku pun tak reti nak describe macam mana tapi yang aku tau aku suka tengok drama ni.  For me la drama ni tak sesuai dikategorikan sebagai santai.  Tapi aku suka je tengok.

Babai !

September 29, 2011

Saya dan Matluthfi



Hello people !

Happy Thursday.  Tak ada apa nak cerita sangat pun.  Sesaja nak share video daripada Matluthfi.  Quite sure ramai orang macam dalam video ni. :)

Till then !

September 25, 2011

Memang BAGUSSSS Sungguhlah!

BAGUS laaa kalau pakai baju labuh.

BAGUS laaa kalau pakai tudung labuh.

BAGUS laaa kalau pakai seluar longgar.

BAGUS laaa kalau pakai stoking dengan hujung lengan baju berkancing.

BAGUS laaa kalau dah rasa nak ubah penampilan yang menutup aurat bukan membalut aurat.

BAGUS laaa kalau tak bercouple sebab couple tu haram.

BAGUS laaa kalau tak masuk cinema sebab lagha.

BAGUS laaa solat cukup 5 waktu sehari semalam.

Tapi...

Lagi BAGUSSSSS kalau bila bercakap tu pun CANTIK sikittt.  Jangan sesuka hati bukak aib orang.  Pakai tudung labuh dengan dress code muslimah belum boleh bawak label baik lagi.

Terima kaseyyyyyyyy !

September 24, 2011

Siapa Tak Suka JANGAN Baca Entry Ini :D

Hari ni bersamaan pada 24 September 2011, my baby BB yakni GD, TOP and Seungri akan datang ke Malaysia.  Tak lupa jugak pada darling FT Island dan Park Jung Min.  Aku dah pernah war-warkan kat SINI.


Gila la wehhh.  Aku rasa macam nak tarik rambut je sebab tak dapat pergi konsert depa ni.  Dah la nak tengok depa mai KL pun susah.  Sekali depa turun aku pulak tak dapat mai sebab kesempitan wang.  Haihh !  Memang teringin je kut nak tengok Park Jung Min ni depan mata.  First kenai dia ni masa dalam SS501 la.  Masa tu so-so je.  Tak nampak mana best dia ni.  Tapi tengok MV Not Alone tu mak aihhhh terus pitam.


Huahahaha FT Island.  Aku kenai Hongki mula-mula kut kat You're Beautiful.  Pastu layan Kpop Hitz kat 705.  Okay frankly aku mula-mula minat kat depa ni sebab depa ni jambu-jambu.  Sape tak suka menda cantik depan mata kan.  Jangan nak membongak la.  Tapi bukan sebab fizikal je aku suka.  Suara Hongki power kut.  Suara husky gituuuu.  Ada je lagi group yang jambu tapi aku tak berapa sangat la contoh CN Blue tu.

From left :  TOP, baby panda, GD

Ni part of the BB je sebab depa je yang mai Malaysia hari ni.  Tapi bila cakap pasai BB ni sampai sudahhhhh aku nyesal sebab....*bunyi dramatik sket....Aku dulu kutuk kaw kambing kat depa masa tengok MV Beautiful Hangover terutama sekali kat TOP.  Memang aku benci gila kat BB ni. T.T

"Menda ntah group Bigbang ni.  Muka tak ensem.  Ntah pape je lagu.  Dah la suara laki tu kasar!"  (masa tu TOP tengah rapping).

Aaa statement ni la yang aku cakap masa tu.  Nyesal weh !!! Aku tak observe betul-betul muka depa masa tu.  Lepas dengar lagu Love Song baru la aku sedar....aku dah tersilap *tundukkan muka.

That's why people said, tak baik membenci.  Nanti jadi sayang.  Huahaha aku dah kena sumpahan tu.  Now I'm VIP fans.  Ngeh3x.

Eh macam banyak pulak aku explain pasal BB ni.

Whatever it is, sesaja je buat entry ni.  Aku takde idea sebenarnya nak update blog sejak duk bertapa kat gunung Wushan ni.  Ni pun aku terlepas jap.

Babai !

September 17, 2011

Puisi Cinta Yang Epik

Assalamualaikum people.

Waaaa dah lama aku tak update blog rupanya. Sorry semua bukan sebab aku busy, tapi sebab aku malas.  Ikhlas mengaku ni aku memang malas gila nak update blog sekarang.  Tapi tiba-tiba terasa nak update blog pada hari ini sebab dapat pencahayaan agung daripada pakcik Shakespeare.  Diilhamkan oleh Aime.

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate
Rough winds do shake the darling buds of May
And summer's lease hath all too short a date
Sometime too hot the eye of heaven shines
And often is his gold complexion dimm'd
And every fair from fair sometime declines
By chance or nature's changing course untrimm'd
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou owest
Nor shall death brag thou wander'st in his shade
When in eternal lines to time thou growest
So long as men can breathe or eyes can see
So long lives this and this gives life to these

Aaa sape-sape yang belajar literature masa sekolah dulu mesti familiar dengan Sonnet 18 ni.  Puisi ni susah nak faham maksud sebab vocabulary kita yang limited and ayat-ayat dia yang pakai level degree 18 tingkat.  Tapi pada aku puisi ni sangat la sweet dan mendalam lines by lines.  Kena penghayatan yang tinggi kalo nak buat ni.  So sesapa yang nak ngorat aku sila buat puisi macam pakcik Shakespeare ni dulu baru la aku KIV.  Cehh gaya aku hot market je kan.

Seremmm pulak aku tengok mata pakcik ni.  =.=


Babai !

p/s: Sehebat mana puisi ni tetap tak mampu nak kalahkan ayat-ayat dalam al-Quran :)

September 13, 2011

Warkah Berlagu Pilu Si Penglipurlara

Assalamualaikum people

Now aku sekarang berada di salah satu tempat di Pahang yang penuh dengan kehijauan dan haiwan-haiwan yang extreme di kalangan manusia.  Mungkin ada yang tahu kottt aku ada kat mana.  Ada yang maybe tak tahu. Pada yang tak tahu tu bagus.  Anggap je la aku pergi betapa di gunung Wushan.

Masuk cerita sedih pulak.  Lepas ni jarang dah kot boleh berfoya-foya di blog dengan FB.  Dah ada komitmen baru ni so tak boleh nak online galak sangat la.  Kena kawal kadar hormon yang menggeletis nak online.  Nak update blog pun malas.  Dengan kadar kelajuan broadband  selaju siput sedut srupp sruppp memang la buat mengoren je.  Silap-silap blog pun tak berupdate 4-8 tahun.

Malas dah type.  Nanti la cerita pe menda yang aku buat

Babai !

September 12, 2011

Korean Music Wave 2011 : I'll be there!

Okay pada peminat k-pop mesti dah tahu bahawasanya pada 24 September ini Korean Music Wave 2011 akan diadakan di Stadium Merdeka.  Antara yang akan datang adalah of course my baby Bigbang.  Kalo depa tak mai entry ni pun tak wujud.  Lagi Park Jung Min, FT Island, U-Kiss and bla...bla...bla...Ada la lagi tapi aku tak ingat sangat.  Tapi to be specific ahli BB yang datang cuma GD, T.O.P and baby panda Seungri.  First time BB akan datang ke Malaysia tapi aku tak dapat datang.  Wowowo aku sangat sedih okay.  Hari tu kemain aku duk tempek komen dan ayat-ayat manis kat page dengan gambar depa siap speaking omputih lagi suruh depa mai Malaysia.  Depa mai aku pulak tak dapat mai.  Sadis sungguh.  Kalo aku kayoo memang aku pergi dah Stadium Merdeka tu.  Siap beli tiket yang depan muka aku betul.  Ish3x membazir tu amalan syaitan nirrojimmm AO oiiiii !



Aku siap donlod lagi video ni konon-konon macam depa bitau aku la depa nak mai Malaysia secara personal pada aku.  Ye aku memang kuat perasan. Taeyang sangat la comel dalam video greeting ni.  Biasanya dia la yang shy-shy cat.  GD and T.O.P macam biasa ensem setiap masa.  Seungri cute macam panda.

GD :  I'll be there


Aku :  T_T

September 11, 2011

Patahlah Hati...

Assalamualaikum people.

Kehadapan readers,

Ketika anda semua membaca entry ini pada ketika ini dan saat sini...saya telah berada di satu tempat di Pahang untuk melakar takdir hidup saya sendiri.  It's sad though ini untuk masa depan saya sendiri.  Bukan senang weh nak tinggalkan rumah walaupun aku dah biasa je duduk jauh dari rumah since poreber.  Bila aku dah pergi sana, for sure aku tak dapat nak melepak dah bersama kekasih-kekasih merabanku.  Tak dapat nak online FB ketika senang dan susah.  Tak dapat nak update blog walaupun update blog ni pun sekali tak sekala.

Ni muka-muka yang aku sedih bila dah jarang dapat bersama depa seperti sebelum ni.

Ni Inab

Aina ada kut dalam ramai-ramai ni

Okay kalo Aina terbaca entry aku ni, aku tau kau ada dalam ramai-ramai gambar nombor dua tu. Haha....depa dua orang ni best buddy aku di alam maya ni.  In short geng meraban sesama dalam group LuvHlovate.  Sedihnya nanti masuk sekolah dah tak boleh lepak sesama lagi sampai pagi.  Dah tak boleh nak merepek meraban.

Yang lain pun sedih jugak tapi both of depa berdua ni gila sikit.  Eh bukan sikit.  Dah tahap overdose.  Tu la pasal aku dramatik lebih.

Ucapan aku untuk Inab dan Aina,

AKU TAK SAYANG KAT KORANG !

Babai !

September 10, 2011

Memperkenalkan Cik Minah Penyanyi 3!

Assalamualaikum people.

Hari ni nak show off sikittttt.  Baru-baru ni yakni pada Selasa lepas, abang courier telah menghantar satu bungkusan pada aku yang ketika itu tengah bersiap nak berfoya-foya di Kuantan.  Bank in hari Isnin, Rabu dah sampai.  Bagus3x.  Cepat dan pantas.  Macam ni baru aku suka.  Aku telah menandatangan dan menulis nama aku pada borang pemendantah yang dia kasi.  Abang tu kata tulis nama dan sign.  First time woh aku sign sebab selama ni mak aku yang sign.  Aku duk dendiam dalam rumah sebab aku tak mandi lagi.  Silakan menengoknya.

Yang kat belakang tu bukan lipan eh.


Kalo ada yang tak tau lagi ni merupakan MP3.  Aku tau MP3 ni tak canggih mana.  Konpem la depa duk cakap

"EK ELEHHHH ORANG DAH TAK PAKAI LA SPESIES MACAM NI!!!"

Eh bagus la kalo orang dah tak pakai.  Baru la rare.  Kah1000000x.  Aku beli pun sebab nak dengar lagu bukan nak menunjuk kat orang.  Aku beli dengan harga RM60 sekali memory card 4gb.  So ni kira aset aku yang nombor 4 lepas Nur Compaq dengan henset-henset picisan aku tu.  Moga-moga aku akan lebih semangat belajar selepas ini.

Babai !

T-shirt maaduu aku bila nak sampai ntah =.=

September 9, 2011

Amanie Ashraff dalam Edisi Perasaan yang Perasan

Assalamualaikum semua.

Swooshhh! (Efek daun kena tiup angin)

Sebenarnya....aku bukan seorang yang senang meluahkan kata-kata cinta yang memualkan tekak.  Bukan senang aku nak overdose texting sayang-baby-ucuk dengan berlainan jantina secara serious.  Walaupun untuk main-main pun jauh sekali kadang-kadang.  Geli je aku rasa.  Aku rasa aku dah macam gay kalo buat begitu.  Tapi semalam buat pertama kali dalam hidup aku meluahkan perasaan aku pada seseorang dan haruslah dia tu seseorang yang istimewa dalam hati suci nurani aku ni.  Bila terfikir balik

"HEH KO GILA KE CAKAP I LEBIU KAT ORANG YANG TAK KENAL KO LANSUNG???"

Tapi nak buat macam mana?  Perasaan ni bukan menda yang aku boleh kawal.  Datang dengan sendiri tanpa kupinta.  Sob3x.  Meh aku tunjuk bukti kenyataan cinta aku pada seseorang tu.

Tengok betul kan.  Aku cakap tak ada main tipu punya :D

Tengok aku takde tipu punya.  Kat T.O.P dengan Hyun Bin pun aku tak pernah cakap direct macam ni.  Ohh sungguh puas kurasakan bila dah meluahkan perasaan yang perasan ini.

Babai !

September 7, 2011

Budak 3 Tahun Pun Dah Pandai Cari Gaduh Sekarang


Cantik kan ?  Kan?  Angry bird tuuuuu.  Korang ada ?  Tak ada kannnn.  Mahal weh selipar ni harga RM99.90 harga Malaysia.  Tempat beli kat shopping complex Enga Hongi.  Bapak bangga gila muka aku bila aku dapat jalan-jalan sekitar rumah dengan pakai selipar ni depan budak-budak bawah umur tu semua.  Tapi ada sorang budak ni dia cukup tak puas hati dengan aku.

"Cantik kan selipar kakak?"  Tunjuk sambil buat muka bangga.

"Tak cantik pun..."  Bibir mencebik.  Muka tak puas hati.  Blah dari tempat kejadian.

Then dia datang lagi sambil tengok secara bersungguh-sungguh selipar aku.

"Cantik kan?"  Muka bangga lagi sekali plus nak sakitkan hati budak kecik tu.

"Tak cantik pun!  Tak cantik kan?"  Menghasut rakan yang turut bersama beliau pada ketika itu.

"Tak nak kawan Tisya dah!" Marah dengan penuh emosi.

"Tak nak kawan kakak jugak!" Kemudian mereka berlari ke depan rumah untuk makan kuih raya.

Dan menda tu berulang 3-4 kali dengan penggunaan dialog yang sama.

Kureng punya budak kecik umur 3 tahun.  Kecik-kecik dah pandai cari pasal dengan aku.  Sapa kata budak kecik zaman sekarang tak boleh menghasut ?  Advance betul la budak-budak kecik zaman sekarang.


Ni la musuh aku.

September 5, 2011

Cita-Cita Saya Nak Jadi Cikgu Tapi Dah Besar Jadi Hantu Pulak

Assalamualaikum people.

Selamat Hari Raya lagi untuk hari yang keberapa aku lupa.  Aaa jangan duk tertanya mana gambar baju raya atau ekspedisi raya aku.  Dah kasi tau awal-awal aku tak beraya.  Aku lepak kat rumah je dari bulan lima ari tu dan sampai la saat entry ni di publish.  Tapi kali ni bukan nak cerita pasal raya sebab aku takde story beskot merry pasal raya.

Sejak dah berusia dewasa ni kan asyik terkenang je zaman kecik-kecik yang kiut-kiut tu dulu.  Bukan sekarang tak kiut dah, cuma ganti dengan kacak je.  Masa sekolah rendah dulu kalo kena isi kad 001 atau memenda yang suruh isi pasal cita-cita harussss la nombor 1 tu isi doktor.  Aku pun tak tau la nape.  Padahal tak minat lelansung kerja doktor tu.  Aku tengok member aku semua letak doktor aku letak je la doktor!  Tak puas hati ke hah??  Nampak bebenor inesen masa tu.

Nombor dua aku akan letak cikgu.  Hah yang ni memang cita-cita aku tapi aku tak paham nape boleh jatuh nombor dua.  Mesti pengaruh rakan sebaya banyak sangat ni sampai doktor yang aku tak minat tu boleh jadi nombor satu.  Aku nak jadi cikgu ajar bahasa penjajah sebenornye.  Sampai ke sekarang cita-cita tu masih tersemat dalam jiwa raga aku walaupun aku tau dah semakin jauh untuk dicapai.  Sob300x

Polis.  Nombor tiga ni sampai sekarang aku tertanya-tanya macam mana aku boleh letak.  Memenda ntah polis lepasnya.  Polis ni back up je sebenarnya kalo kad-kad tu tanya cita-cita lebih daripada dua.  Lagipun zaman kanak-kanak inesen dulu mana la aku tau kewujudan software engineer, pharmacist, astronaut sume tu.  Kot kalo aku isi kije saintis rambut ngerbang dalam borang kang tak pasal-pasal aku tergolong dalam kategori kanak-kanak advance pulakkkk.  Susah pulak kalo dah besar nanti aku buat kes.

Babai !

Ohhh ceria sungguh zaman inensenku =.=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...