September 5, 2014

Sekolah: Zaman Kebahagiaan

Assalamualaikum people !

Yeah lepas dah abandoned blog ni selama 4 bulan I'm back with nothing orz !  We will hit 2015 in 3 months...yes time flies...masa kekecik dulu takde pulak rasa masa bergerak selaju ni...ye la dulu nak tunggu cuti akhir tahun dengan raya tu kemain lama...raya apatah lagi khennn...but anyway since next year aku pun dah nak jadi suku abad tetiba rasa nak reminiscence detik2 bahagia dalam hidup.

Masa aku sekolah teknik dulu tahun 2006/2007 ni ada satu cikgu kimia ajar kelas aku..dia ni memang pantang la kalau orang datang kelas lambat..aku ingat lagi masa tu kimia tu period akhir so kitorang ni siap2 la kemas beg segala nak menapak mendaki tingkat 4 blok lab.  Masa naik tangga tu siap nyanyi lagi dan aku rasa suara aku la paling kuat nyanyi lagu pusara di lebuh raya tapi aku bantai tukar nyanyi pusara di makmal kimia.  Dah sampai tengok muka cikgu dah kelat semacam and I was like "damn, this is not good."  Kahkahkah tapi takde la aku cakap mcm tu zaman innocent dulu.  Dia lectured kitorang dekat sejam kat luar tu and dia ni jenis selalu tekankan pasal parents.  Kitorang diam macam batu dah masa tu.  Last dia panggil sensorang masuk kelas tapi nama aku dia tak panggil pun ! I was the only girl outside the lab along with 2-3 other male students ! what the heck ?? tapi lastly dapat masuk jugak..drama je lebih.

But kata2 dia yang aku ingat sampai sekarang ialah "bila korang dah kerja nanti zaman sekolah la yang paling korang kenang sekali." and yes indeed aku akan sentiasa rindukan zaman2 sekolah aku yang best nak mampus..duduk asrama sekolah yang happening gila sampai waktu tido walaupun ada jugak la selingan2 manja kisah hantunya but that's what asrama living all about.  That's what makes us aspura/aspuri...sob2 kalo nak diceritakan pasal duduk asrama ni memang panjang...rindunya memang amat..macam tak puas dua tahun sekolah situ...every moments is precious...mula dari bangun tido pukul 5 pagi, pegi dewan makan, jemaah sesama kat pusat islam, pegi prep petang (note:tido) and prep malam, kenduri megi reramai, niaga sosej kat asrama, tengok tv reramai, study sebab nak spm sampai 3 pagi and just have 2 hours of sleep...ye aku memang student rajin masa sekolah lol..ya Allah nak nangis rasa..macam2 drama masa tu..drama tak bertego dengan kawan baik sendiri, drama sakit mata kena kuarantin..drama takde air..haihh mana nak dapat moments macam tu kan ? jadi Bill Gates pun belum tentu boleh rewind all those moments.

Ni masa kelas kejuruteraan awam..bangga oi jadi student engineering masa tu !

Prep petang...prep malam utk karoke reramai

Dengan sapikoh.

VIP dalam kelas

Rindu oi muka2 ni




So that's not actually all pasal zaman sekolah aku...gambar banyak lagi nak tunjuk tapi semua dalam album..masa tu mane lerr ada henpon canggih sangat !  Nanti rajin aku upload...Tunggu part kedua nanti aku cerita masa diploma pulak. Kalo rajin !

Bai orang2 !

April 9, 2014

Kerja dan Kebahagiaan

Assalamualaikum uols....

Hoihh dah berapa peradaban dunia I tak update blog ni.  Actually ni pun sesaja pun update sekadar isi sesuatu dari dibiarkan mati kering tak bersiram di laman blog ni.  Just nak cerita sebenarnya I dah kerja lepas dekat setahun bina otot perut kat rumah !

Yeahhh !!!

*throw confetti*

Sejak bila pulak ber 'I' 'you' dalam blog ni ??

Okay sebab malas nak taip aku engkorang kat sini..save masa...time is money bebeh !  Back to the topic ! /slap the author/

Sambung cerita kerja tadi okay I memang dah bekerjaya sekarang walaupun takde la gempak mana pun. Biasa2 je pun...gaji pertama pun tak merasa lagi.  Baru dua minggu kut masuk kerja.  Tempat kerja tu tak payah la cakap kat mana yek cuma just nak bagitau I kerja kat satu institut pendidikan swasta yang terletak di tepi jalan sebaik sahaja I turun bas rapid pekan-kuantan.  I kerja kat bahagian marketing and position I just telemarketer yang malas bercakap dan promot tapi okay la dari duduk rumah..tapi jangan cakap I duduk rumah tak dapat apa-apa...I duk rumah hari-hari dapat bebel dari jelmaan mak si jeton cerita p.ramlee tu.

I dah out of topic sebenarnya ni.  Berdasarkan tajuk I kat atas tu, memang penting la untuk you all selesa dengan tempat kerja and colleagues kat situ.  Take me for example.  Masa I praktikal ada la kat satu pejabat kerajaan ni I tak rasa happy lansung walaupun dapat elaun...rasa stress kut lagi ada la...memang rasa tak sabar plus menyampah lansung duk situ lelama..countdown nak habis macam buat countdown nak kahwin !

But kat tempat baru ni I ketemu sinar kebahagiaan (?) yang tak bahagia sangat la but much better when I was in the government sector...bukan la I nak kata praktikal kat gov sector tak best tapi tu just my own feeling masa I stay situ.  Kat tempat kerja baru ni walaupun stress orang atas asyik push je (ingat nak bersalin ke apa) plus ada la lagi masalah lain but since the surrounding is friendly and the head of department is like our own mother (buat masa ni la terasa macam tu) I'm happy there.  cuma lagi perfect kut kalau ada pakwe hensem kat situ ! Kah !

Tu je point I sebenarnya.  So kebahagiaan kerja tu bukan setakat dapat gaji on time dengan tak banyak kerja je...tapi kalau you all punya surrounding best jadi masalah macam stress kat tempat kerja dengan kerja bertimbun tu boleh la di kurangkan.  I'm not saying tak stress lansung !  You all pun bukan bahagia sangat pun kalau kerja sikit, gaji on time tapi perangai colleagues macam haram J.

Okay, that's all lah rasanya...gambar I kat tempat kerja takde !  I takde mood lagi nak bergambar walaupun I pakai cecantik hari2.  You all bukan nak tengok muka I punnnn.

Bai !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...