June 30, 2011

Dasar Manusia Berlagak

Kau memang dasar tak tahu malu

Kau memang dasar tak reti bersyukur

Kau memang dasar manusia berlagak

Kau memang dasar manusia tak sedar di untung

Bila susah kau pandai meminta

Bila ketakutan kau pandai mencari

Bila kesempitan kau pandai mengadu

Bila sedih kau pandai menadah

Dia selalu ingat pada kau walaupun kau melupakan

Dia tetap terima kau walaupun kau mengabaikan

Dia tetap sayang pada kau walaupun kau sibuk cari hiburan lain

Bila mana bergelar manusia...


Bersyukurlah...bersyukurlah sebelum terlambat.

Sebelum waktu memanggil kau pulang kembali.

June 29, 2011

June 27, 2011

Se'blue' Hari Ini




Dah-dah layan lagu korea, bebeh-bebeh uuuu like dan apa jadah lagi lagu ntah.  Jum layan lagu dari Edcoustic pulak bertajuk Sebiru Hari Ini.  Layan lagu ni sama macam Muhasabah Cinta.  Asyik dengar lagu cinta je.  Asyik-asyik lagu untuk boipren gelpren.  Muak dah !  Meh aku dedicate lagu untuk kawan-kawan pulak tak kira di alam fana, di alam blogsphere, alam dua alam, siti di alam fantasi dan bermacam alam lagi.


Sila layan.  Cing cing cing ! (bunyi lightsaber)


Pesanan akhir daripada hamba...ingatlah kawan-kawan jugak.  Bukan ingat orang tersayang je :)

June 25, 2011

Aku Nak Kahwin !

Kursus Pra Perkahwinan

Sabtu - Ahad

7:30 a.m. - 5:00 p.m.

Nantikan updet daripada aku di hari aku dah ada mood nak updet.


Bajet macam ada orang nak baca je.

Adios amigos !


June 24, 2011

Entry Sakit Hati Mungkin

"You online ye malam esok.  I tunggu you 365 hari depan laptop."


"Mulai hari ni I tak kan buat any relationship with any girls.  I just want concentrate about you, my dear."


"I believe walaupun dalam dunia maya ni kita kadang-kadang perlukan kepercayaan jugak."


"Walaupun you tak janji boleh online I akan tetap tunggu you sampai tertido."




Chait !  Geli siot !  Janji lelaki yang lansung tak boleh pakai.  Girls out there beware !


June 23, 2011

M. Nasir kan ?




Haha serius !  Iklan ni memang terbaik !  Hobi aku selain daripada makan, tido, main, online, menaip cerita then tido balik ialah menonton iklan.  Tak banyak iklan yang aku suka tengok tapi iklan Kit Kat ni memang best.  Nak tergelak...eh bukan nak tergelak dah memang tergelak pun tengok muka serius M. Nasir and muka tak boleh blah mamat cashier tu.  Setting iklan ni simple je, kedai serbaneka and watak cuma dua tapi tu pun dah boleh buat kelakar.


Memang tabik toink-toink la sama director dia.

June 22, 2011

Kelemahan Perempuan

Kat sini aku nak list kelemahan seorang perempuan di mata aku.  Pada perspektif aku.

1.  Tetap setia menunggu walaupun dia tau bakal sia-sia.

2.  Sabar walaupun berkali-kali hati terluka.  Demit.

3.  Mudah beri kepercayaan sekali orang dah bilang sayang.

4.  Tetap berharap walaupun harapan tu kosong.

Entah la.  Ni di mata aku antara empat kelemahan perempuan di mata aku.  Aku sendiri tak terkecuali terutama pada nombor 1 dengan 4.  Tak pernah terluka pun lagi.  Mintak simpang.  Tapi dah banyak kali asyik kena tipu dengan janji lelaki.  Mama aku cakap lelaki ke jantan.  Aku cakap kalau dah buat janji macam tu jantan la kut.  Tapi bukan mama kandung aku la tanya macam tu.  Kakak yang aku panggil mama tanya macam tu.

No offense untuk guys di luar sana.  Tapi dengan semua kelemahan yang aku state tu boleh buat aku jadi sorang philophobic.

Sorry.  No hard feelings.  No heart feelings.

June 21, 2011

Kahwin Memang Best

Lagi sekali aku terima kejutan.  Memang gua tak sangka lansung la berita ni.  Senyap-senyap je kawan gua ni.  Aku sebagai penganggur terhormat kat rumah ni memang 24/7 la online tu pun kalau aku dapat connect to internet menggunakan wifi yang entah sapa punya.  Undefined.  Tapi tu bukan point kat sini.  The point is ada sorang lagi kawan seusia aku dah kahwin !  What the??  Gaya gila-gila kat kolej sekali baru-baru ni dia dah selamat kahwin.  Aku happy jugak la on her behalf tapi cuak jugak.  Awat makin ramai kawan aku ambil insiatif mendirikan masjid awal-awal ni.  Adess memang sekarang musim orang kahwin awal ke apa sekarang.  Aku jugak yang tak kahwin lagi.  Aku pun tak ready jugak sebenarnya nak kahwin lagi tapi bila tengok dah ramai kahwin mula rasa tak selesa dah la.  Aiyoo takpe.  Harap depa dapat la kekalkan keharmonian dalam rumah tangga.  Kahwin muda ni banyak risiko.  Darah muda katakan.  Hope fate fares better for them.  As for aku pulak, let's just hope supaya aku dapat kahwin dengan lelaki hensem, macho dan banyak duit supaya aku dapat langsaikan pinjaman secepat mungkin.


Adios ~




Katil pengantin memang best di buat tido.  Wohoo !

June 20, 2011

Otak Pun Reti Bosan

Duduk rumah.  Tak buat apa.  Makan.  Tido.  Main.  Online.  Tido balik.  Menaip story yang tak habis-habis.  Cerpen yang terbengkalai.  Mini novel yang tersangkut tak siap.  Duh !  Otak tak berkembang.  Idea nak update blog pun takde.  Nak continue with the progress project rasa malas.  Kerja yang tak kunjung tiba.  Result nak sambung degree yang lambat lagi gila bila dapat tau.  Bulan September yang masih jauh ke hadapan.  Kursus kahwin pada minggu depan walaupun lambat lagi nak kahwin.




I need vacation =.='

June 19, 2011

Antara Kawan dan Kekasih

Majoriti perempuan akan letakkan boyfriend di tempat kedua selepas family.  Lepas tu baru akan letak kawan baik.  Entah.  For me, better letak kawan baik dulu baru boyfriend.  Sometimes aku takut nak ada boyfriend.  Takut pinggirkan kawan sendiri secara tak sedar.  Sebab benda macam ni kita tak sedar tapi orang sekeliling kita akan sedar.  And aku tak nak kawan-kawan aku terasa aku jadikan diorang sebagai escape goat, third wheel or whatever you might want to call it.  Fuh !  Memang kawan baik lebih baik daripada ada boyfriend.  Harap-harap la jangan kawan baik pulak yang tikam belakang nanti.


What ever it is, to all my dear friends


Te queiro mucho !




Tak letak muka sapa-sapa pun sebab takut ada yang berkecil hati kalau gambar depa tak dak :)


May ALLAH bless...

June 18, 2011

Memang First Class Sungguh!




Baru tengok dua hari lepas.  Sadis betul orang lain dah tak heran aku baru sibuk-sibuk nak bercerita.  Itu pun dapat tengok sebab teman member dating.  Depa nak tengok cerita 3,2,1 Cinta tapi aku duk berkeras nak tengok X-Men jugak !  Tak mau rasa duit ceq membazir.  Fuh memang pilihan yang tepat la aku pilih nak tengok X-Men.  Best ooo.  Not bad at all tapi tak boleh nak kasi 5 bintang la.  3.5/5 is fine.  Member aku dengan marka dia cakap boleh la tapi aku rasa best ja tengok.  Watak aku suka Charles Xavier a.k.a Professor X dengan ada sorang mamat dia punya mutation boleh keluaq kuasa macam puting beliung gitu.  Fuhh !  Hensem nah pakai kot.  Ish3x anak sapa ntah tu.


After this, tunggu Transformer pulak.  Tengok trailer macam gempak je.  Harap cerita pun gempak la.

June 17, 2011

Sutera Bidadari

"Berwajah tenang...baik hati...akhlaknya sungguh mulia...terpelajar dalam hal ehwal agama dan bijak dalam membuat keputusan.  Langkah kakinya...nafasnya...hidupnya...matinya...solatnya dan ibadatnya...semua kerana ALLAH."


Yosh macam tu la gambaran yang diberikan oleh RAM  pada watak Saifudin atau lebih dikenali dengan Laksamana Sunan.  Aku start baca kronologi Sunan ni masa aku form 4.  Sebelum tu aku memang tak layan pun novel-novel ni.  Layan komik je.  Aku tengok kawan-kawan aku baca je dalam dorm.  Dalam hati dah duk bebel 'ntah novel apa ntah baca.  macam bosan je.'  Aaa kat situ la silap aku bila aku tak baca lagi tapi dah kata cerita tak best.  One day aku pinjam jugak la sebab weekend bosan tak ada apa nak buat.  Kawan yang lain outing.  Try baca Bagaikan Puteri.  First novel RAM yang aku baca.  Memang best tahap Sin Chan buat tarian gajah!  Sejak tu aku mula cari Bagaikan Puteri ni.  Ketagih nak baca lagi.  Then aku mula baca novel seterusnya dan seterusnya sampailah yang latest iaitu Sutera Bidadari yang aku baru beli baru-baru ni.  Sutera Bidadari ni macam tergantung ceritanya.  Aku harap ada lagi sambungan Laksamana Sunan dalam usaha nak membantu Sang Dewi.











Semua memang best!  Tapi bagi aku personally aku paling suka baca Bagaikan Puteri sebab tu novel pertama aku kenal watak Sunan.  Aku suka watak Haryani bersama dengan Sunan.  Tapi nak buat macam mana.  Tak ada dua kehidupan dalam masa yang sama.  Salah satu harus mati.


By the way, aku suka setiap cover novel-novel ni semua.  Mata depa cantik-cantik :)

June 15, 2011

Semua Benda Nak Mengembang



Aaa nampak tak komen dalam kotak merah tu?  Sniff..sniff..kembang hidung. Badan je tak mengembang.  Huhu syok kan bila hasil kerja kita dapat pujian macam ni.  Ehem...AO tu aku la.  Keh3x.  Pada cik sme_zea thankx so much for your compliments.  Terima kasih untuk pujian bagi penulis picisan macam saya.  Bila ada komen membina macam ni baru la rasa semangat nak menaip cerpen baru lagi dan lagi.  Ni cerpen love fight aku yang aku hantar kat P2U.  Walaupun hantar tak dapat duit apa pun tapi aku buat for fun.  Hobi aku memang menaip secara suka-suka.  Aku puas hati bila orang rasa seronok baca apa yang aku dah type.  Rasa berbaloi-baloi.  Plus bila dapat komen membina.  Secara tak lansung sebenarnya rasa takut jugak bila dapat komen macam ni.  Bukan setiap masa aku buat cerita yang bagus.  Kadang-kadang aku just babbling dalam cerita tu. Bukan la aku tak boleh terima komen yang negatif tapi make sure ditegur secara berhemah la.  Kalo nak kutuk you better type your own story.  Baru tau rasa sakit kepala nak cari idea tambahan pulak aku tak gifted dengan bakat menulis cerpen.  Tapi apa pun lagi sekali saya ucapkan ribuan terima kasih daun keladi belakang rumah saya untuk mereka yang sentiasa menyokong perkembangan karier saya.  Saya akan berusaha lebih gigih untuk cerpen yang masih dalam pembikinan sekarang. *ucapan bajet best.


Sekian, terima kasih.

June 14, 2011

Best Tak Malam Pertama?

Macam biasa aktiviti kegeraman bila tak ada kerja.  Cek keywords kat nuffnang.  Ohh hits pasal Hlovate masih mengungguli.  Tersenyum lebar.  Sekali...


Mangai!  Tak macam nak terjojol pulak biji mata kan.


Hambikk kau!




Adoi mana la aku tau malam pertama tu best ke tak.  Kalo best pun malu la aku nak type kat blog.  Gila!  Baru pesan hari tu tak mau yang ada unsur-unsur mengghairahkan di kelebet kat blog aku kat SINI.  Sekali cek ada pulak tanya pasal malam pertama best ke tak.  Fuh3x.  Nasib la aku yang cek.  Kalo mak aku yang cek tak ke sakit jantung di buatnya.  Dang!  Blog aku bukan blog cari nama anak dan tanya pasal malam pertama la de. =.="


Blog aku ada elemen malam pertama ke?  Kot elemen kegelapan ada la.

June 13, 2011

Kalau Aku Dapat Budak Ni

Dah beberapa hari layan video si kecik Nina-chan ni.  Gara-gara berjangkit dengan kak Anum ehe tau nama akak daripada kak yuyuk.  Nina-chan sangat adorable and sweeeeeet sesangat especially bila dia gelak.  Kita pun nak senyum sama dibuatnya.  Nina-chan sekarang dah nearly 6 tahun kalau tak silap perkiraan aku yang lemah math ni.  Papa dia mat saleh mama dia pulak japanese so bila kat rumah papa dia akan speaking english and mama dia cakap bahasa jepang.  Tak kisah pun dia nak guna bahasa apa sebab Nina-chan sangat kawaii dengan pipi bolat pink dia tu !





Ni masa umur dia tiga tahun.





Ni pulak masa Nina-chan 4 tahun.


Tengok Nina-chan rasa nak baby girl macam ni jugak la =.='

June 12, 2011

Artis Baru : Siti Nurhalilintar?

Aku bukan peminat Siti Nurhaliza macam kak yuk tapi aku suka lagu-lagu yang dia nyanyi tapi lagu yang masa dia muda-muda dulu la.  Lagu dia yang sekarang aku tak berapa nak minat sangat dah.  Tapi kat sini aku nak share lagu yang paling aku suka daripada Siti Nurhaliza.  Siti senpai, I lebiu your lagu!



Mak nak anak perempuan nama Siti tapi malangnya anak perempuan dia sorang je yang perangai tak macam Siti Nurhaliza tapi Siti Nurhalilintar =.='

June 11, 2011

Dunia Manusia VS Dunia Magik

Selalu aku review pasal novel.  Hari ni nak review pasal novel grafik pulak.


Sapa yang baca Gempak for sure tau kewujudan komik ni.  Mula-mula dalam komik then dibukukan menjadi novel grafik.  Memang panjang gak jalan cerita dia.  Ada 8 buku semuanya and 8-8 aku ada.  Korang tak boleh pinjam.  Keh3x.  Meh aku stoly moly sikit sama lu olang.

Cerita ni bermula bila Mineko bertemu dengan Helios buat pertama kali masa Helios cedera berlawan dengan musuh dia kat dunia manusia.  Helios berasal dari dunia magik dan dia antara 3 pemerintah tertinggi kat dunia magik.  Mineko diperlukan untuk menambah MP Helios.  Helios ni benci manusia sebab manusia ni mengkhianati dia.  Tapi biasa la last-last dia jatuh cinta dengan Mineko yang merupakan manusia biasa.  Rupa-rupanya Helios ni ada kembar nama Soileh yang berniat nak menghapuskan dunia manusia.  Tapi ada sikit masalah sebab kalau salah seorang daripada depa terbunuh maka sorang lagi akan turut mati.  Kembar siam pun tak macam ni kan.  Moragana yang memindahkan burung hidup semula dalam badan Mineko boleh muncul balik dalam mimpi Mineko sedangkan roh dia telah di telan oleh burung hidup semula tu.  Jadi pihak dunia gelap telah merancang untuk mendapatkan Mineko bagi menyempurnakan visi menghapuskan dunia manusia dan mencipta dunia baru.  And ada la lagi masalahnya dan macam biasa aku malas nak type panjang-panjang.  Endingnya agak sakit hati bagi aku la sebab Mineko dengan Helios tak bersama pun akhirnya.  Cis!  Aku tak suka betul ending macam ni.  Kalau nak berpisah tu buat la orang mati.  Haha kan aku pernah cakap aku suka kalau orang mati kat entry INI.  Tapi Kaoru cakap Helios sentiasa menjaga keselamatan Mineko walaupun tak bersama.

Apa pun cerita ni memang menarik.  Tak sia-sia aku membazir duit.  Till then.

Adios Amigos !

June 10, 2011

Membaca Budaya Kita

Dah sah hobi aku memang pembaca.  Aku pembaca yang universal.  Tak kisah jiwang rusting, thriller, keagamaan.  Semua bahan bacaan aku baca asalkan content yang menarik.  Sebelum aku bergiat dengan novel, aku mula-mula dulu baca komik Dragon Ball, Sailormoon and ada la lagi apa benda ntah.  Tu zaman muda-muda dulu.  Then baca abah aku punya buku lak Kisah Perjuangan Sahabat-Sahabat Rasullullah.  Then dah masuk sekolah menengah aku start baca magazine macam Gempak dengan Utopia.  Utopia tu aku baca sebab nak baca komik daripada Ben.  Kat Gempak pulak ada Kaoru.  Dah masuk kolej aku start baca novel pulak.  So kalau masuk kedai buku macam Popular, MPH, Harris ke apa benda asalkan ada buku memang boleh buat aku melompat.  Aku tak prefer sangat shopping baju, seluar, kasut.  Penat.




Aku tak suka kena tunggu lama-lama untuk memilih.  Itu sebab aku punya baju asyik ulang pakai yang sama je.  Duit aku banyak habis kat buku.  Kedai buku kira syurga dunia la untuk aku.  Boleh gila kalau tak membaca satu hari.  Kalau boleh hari-hari aku nak ada benda untuk di baca tak kisah la spesies apa pun asalkan tak bosan.  Macam masa belajar dulu kawan-kawan aku punya tangan penuh dengan beg kertas.  Aku?  Buku je sebuah kat tangan.  Buat syarat daripada tak beli apa-apa lansung.  Novel berlambak kat rumah?  Mak abah aku bising.  Membazir.  Tapi aku tak rasa membazir pun.  Self-satisfaction aku kat situ.  Muka tak boleh percaya memang aku tak kasi pinjam novel.  Aku tak suka orang buat novel aku macam novel depa sendiri sampai muka surat nak tercabut.  Aku baca buku hang elok-elok, hang pinjam nak menjahanamkan novel aku.  Memang tak dapat la de.

Moral of the story :  Ada sapa-sapa nak belanja aku novel?  Keh3x

June 9, 2011

Selamat Pengantin Baru Isteriku

Greetings peeps!

Hari ni mood nak review novel.  Dah lama tak review novel lepas the last one aku buat pasal Contengan Jalanan.  Selalu aku review pasal Hlovate tapi since Hlovate takde keluarkan novel baru dah so aku nak review novel lain pulak.  Review berdasarkan point of view aku sendiri.


Okay, tajuk dia macam cheesy habisan kan.  Aku beli buku ni masa event ape ntah kat kolej aku.  Tahun 2009 kot aku beli.  Aku pun lupa dah.  Ada booth novel then pak cik tu recommend kat aku beli novel ni.  Dia kata best la apa la.  Macam tau-tau je aku tengah ada duit masa tu.  Aku belek-belek kat belakang.


Fulamakatak!  Sah jiwang ni!  Lepas beberapa segmen mengayat antara aku dengan pak cik tu berlansung, aku pun beli la.  Sebab aku tak nak rasa penyesalan pulak kalau tak beli.  Keh3x.  Balik tu terus aku baca.  First baca memang aku tak paham pun cerita ni.  Bila baca kali kedua baru aku faham.  Meh aku brief sikit ye pasal novel ni.

Addam, Abraham dan Darren merupakan tiga orang sahabat baik yang kenal daripada kecil.  Addam dan Abraham ni muslim tapi depa dah menyimpang dengan pergi ke kelab-kelab malam, drinking and ehem-ehem dengan perempuan.  One day masa depa vacation kat Thailand depa jumpa dengan sorang girl ni.  This girl ni pelik sebab dia lansung tak nak bercakap and tak suka pakai baju.  Addam memang selalu hot dengan perempuan ni tapi at the same time dia ada feel jugak pada girl tu yang diorang kasi nama Maya since diorang ingat Maya tu bisu.  Akhirnya diorang seludup Maya ni balik Malaysia.  Addam ada hantar notes pada Abraham untuk kasi pada Maya tapi Abraham ni sabotaj and buat Addam ingat Maya ni benci kat dia.  Darren pulak mati sebab kebakaran kat kondo dia.

10 tahun kemudian, Addam balik dari Montreal and dia jumpa dengan Qisti.  Anak angkat mak Addam.  Mak Addam ni nak Addam kahwin dengan Mellyna tapi Addam ni sudah cair sama itu Qisti though depa banyak gaduh sebelum ni and lastly depa kahwin lari kat Siam.  Then Addam dapat tahu Qisti ni adik beradik tiri dengan dia so dia mula jauhkan diri daripada Qisti.  And ada la lagi konflik-konflik aku malas nak type sebab novel ni sangat tebal.

In short aku boleh cakap novel ni memang best!  Tak ada la jiwang sangat walaupun tajuknya cheesy cheezels.  So kalau korang nak tahu apa jadi pada Qisti dengan Addam, siapa sebenarnya Qisti, apa jadi pada Maya, kenapa Abraham boikot notes yang Addam kasi kat Maya, siapa Tasya and hidden secret di sebalik kematian Darren, korang boleh baca novel ni.  Thrill!  Menguji minda gila.  Aku yang konsentret habis baca pun tak paham storyline masa first time.  Terpaksa jugak malam yang sama aku baca second round dan kasi concentration dabel-dabel daripada novel yang selalu aku baca.  So, that all for the review.

Terima kaseyyyyy!

Psstt...walaupun tak dinyatakan dalam novel, aku rasa novel ni sesuai untuk 18 tahun ke atas.  Paham-paham sendiri je la.  Keh3x

June 7, 2011

Never Assume. Ask

Pernah ada satu quote dalam Contengan Jalanan.  Macam ni quote tu;

Never assume.  Ask.

Maksudnya lebih kurang jangan kita buat anggapan.  Tanya terus.  Kita selalu memang suka buat macam tu.  Suka assume tanpa tanya terlebih dahulu.  Kalau yang positif tak apa tapi most of the times memang akan ke arah negatif.  Kita boleh tengok dah banyak bad effect terjadi sebab suka assume ni.  Hubungan sesama kawan/kekasih putus sebab suka fikir yang bukan-bukan tanpa bertanya dan suka buat keputusan sendiri tanpa nak dengar penjelasan orang lain.  Grapevine dalam work environment pun selalu terjadi sebab selalu assume orang.  Nampak kalau ada pekerja yang selalu dapat pujian daripada bos, sah-sah kita akan cakap sebab suka bodek bos.  Okay maybe ada jugak la macam tu.  Maybe jugak dia buat kerja bagus that's why dia dapat compliments dan promotions.  Susah kan nak fikir positif sebenarnya.  Aku pun selalu jugak assume orang. Nampak kawan selalu dapat high marks,

"Eleh bawak toyol la tu..."

Tu sekadar contoh je padahal dia tu memang dah best student.  Tapi ada jugak la berjaya sebab bawak segala hantu toyol, hantu raya masa nak exam.  Yang ni terang-terang aku nampak sendiri.  Tak payah assume and ask dah.  Err...kesimpulannya never assume and ask.  Pendek je kesimpulan sebab aku pun tak tau nak taip ape dah.

Adios ~

June 6, 2011

Memang Aku Berdendam

Assalamualaikum! (Gaya Anwar Hadi kasi salam)

Hari ni nak cerita pasal novel lagi.  Biasa la blog aku ni.  Kalau aku tak mengarut meraban aku bebel pasal novel.  Kali ni bukan nak cerita pasal Hlovate.  Nak cerita pasal watak-watak dalam novel-novel chenta ni.  Okay aku senaraikan.

1.  Setia

For god's sake.  Ada ke orang setia gila babas macam ni?  Bertahun pun sanggup tunggu walau apa jua rintangan melanda.  Tak kisah berapa lama pun sanggup tunggu.  Dah ala-ala cinta sejati pulak.  Aku ni cinta kayu jati tau la.

2.  Muka mesti describe handsome/cantik melampau.

Baik lelaki mahupun perempuan kulit for sure putih melepak, putih bersih, putih kemerahan.  Aku tak jumpa lagi kulit hitam legam, kulit bermasalah.  Lelaki mesti tinggi melangit, kira stylo habis la dress up dia pun cara jugak la.  Badan harus la sasa.  Hekk!  Perempuan mesti kecil molek, hidung mancung, bibir mungil (sebenarnya aku tak tau bibir mungil tu macam mana).  Kira perfect la wajah diorang tanpa noda dan cacat cela.

Tu je la dua yang aku selalu kenal pasti dalam novel.  Bila aku baca sure aku stress and rasa down.  Wataknya mesti yang handsome kapel dengan yang cantik je.  Pastu cover pulak dengan ayat bukan sebab wajah dia jatuh cinta, tapi sebab sifatnya yang lemah lembut...bla...bla...bla...Stress dowh!  Tahukah anda membaca novel boleh mempengaruhi mood dan keyakinan diri anda?  Sometimes buat aku rasa down jugak.  Tapi....











































Aku selamba je baca lagi sebab minat.  Wohoo!

June 5, 2011

Nama Anak Lelaki Stylo

Macam biasa bila dah tak ada apa nak buat aku akan cek duit aku yang riban-riban kat nuffnang tu.

Klik Keywords.

Kadang-kadang keluar keywords yang pelik-pelik je.  Syok gak rasa.  Apa la duk kelebet kat rumah picisan aku ni.

Ambikk kau!


Kah...kah...kah!  Oit sapa punya angkara ni?  Nama anak lelaki stylo?  Blog aku bukan tempat cari nama anak la!  Senak perut je aku gelak sorang-sorang.  Nasib baik tak terguling jatuh dari kerusi.  Tengok header pun dah tahu.  Bukan aku letak header "TEMPAT CARI NAMA ANAK LELAKI STYLO".  Adakah gara-gara entry INI ?  Lantak depa la.  Asal jangan hit yang lucah sudah.  Adios!

Note :  Banyak gak hits pasal Hlovate.  Nampak benorr aku fanatik =.='

June 4, 2011

Saya Suka Orang Mati

Everytime aku baca novel cinta ni, perasaan aku tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.  Contoh lepas baca Bicara Hati aku rasa nak menjerit.  Tapi jerit yang tak lepas keluar.  Aku tak puas hati sebab cerita tu happy ending.  Hlovate tu tolak tepi sebab cerita dia bukan core cinta sesama manusia.  Tu pun aku nak jerit jugak tapi jerit puas hati.  Sebenarnya aku menyampah cerita cinta yang happy ending ni.  Grrr...bukan la aku ni suka sad ending, tragis ending ke hape tapi kadang-kadang bila aku baca novel then lastly hero/heroin mati ni aku rasa feel lebih.  Baru rasa macam wow!  Best gila!  Touching seh ada mati-mati ni nak-nak pulak watak utama yang mati.  Macam cerita Shubert's Serenade, Abang Shah mati.  Aku nangis beb.  Hoho touching tak ingat.  Then bila aku sendiri pulak type cerpen then heroin mati...jap..aku nak gelak.  Kah...kah...kah...aku tak tau la nak sedih sama atau tergelak bila depa kata nak mengalir air mata, sedih bila Hana mati.  Adoiyai tu cerita je tapi maybe la sedih sebab heroin mati.  Sapa suka watak utama mati kan tapi aku suka!  Aku bahagia!  Sebab tu cerita Sebab Aku kan Hana tu antara yang aku paling puas hati.  Keh3x so sorry la pada yang tak bersetuju.  Ni just the way aku berfikir.  No offense, no hard feelings, no heart feelings.  Aku bukan kejam.  Aku cuma penuh dengan perasaan.

Wohoo!

June 3, 2011

Malam Pertama yang Sangat Indah

Sebut pasal malam pertama for sure semua orang dah terbayang kahwin and that malam pertama kan.  Berdua-duaan dengan suami/isteri masing-masing.  Bermanja-manjaan, berpeluk-pelukan ber....okay cukup sampai situ. Geli siot!  Agagaga...konon la geli.  Aku pun sama dengan je gatal sebenarnya.  Sapa tak suka kahwin beb.  Sapa tak suka malam pertama.  Sapa tak suka kena goda dengan yang dah halal dengan kita.  Wohoo!  Rasa sekarang jugak aku nak kahwin walaupun tak dak calon lagi.  Ah tak pa tak mati pun.  Okay paused it right there.  Mati?  Aiyoo aku tau bab ni tak semua orang suka.  Bab kahwin dengan mati memang majoriti kahwin adalah topik best untuk dibincangkan tapi bab mati semua masuk dalam selimut.  Oit sapa tak takut mati la kan! Lepas mati mesti kita kena hadapi malam pertama jugak kan.

Eii takutnya sorang-sorang malam pertama kat kubur.  Tak ada sapa pun nak teman kita.  Malam pertama lepas kahwin ada jugak suami/isteri temankan.

Seramnya dalam kubur gelap tak dak elektrik.  Malam pertama kahwin pun gelap jugak tapi romantik.

Mangai bau tanah je.  Busuk!  Kalau dalam bilik malam pertama kahwin ni mesti bau wangi kan.  Katil pun empuk.  Ni dalam tanah keras la.  Sakit badan.

Err...takutnya nak hadapi malam pertama dalam kubur.  Tapi kenapa aku tak takut-takut gak buat dosa ek?  Tak takut buat dosa tapi takut nak hadapi malam pertama dalam kubur.  Sibuk sangat nak raikan malam pertama kahwin.  Muda-muda lagi dah berangan padahal kita kahwin atau tak pun tak pasti lagi.

Nampaknya aku kena lebih fokus tentang persiapan malam pertama aku di kubur kelak sebab lebih baik tumpukan pada yang pasti daripada yang tak pasti.


Wohoo!  Enaknya beradu atas katil pengantin!

June 2, 2011

1st GIVEAWAY by shawlforyou


Okay second GiveAway yang aku joint from Shawl For You.  Dah sah-sah la akan dapat Shawl sebagai gift.  Semua orang boleh joint Give Away ni yang akan tamat pada 12 June 2011 nanti.  Bukan 2012 ye.  Mereka yang terpilih secara random yakni 15 orang akan dapat satu free shawl dan satu tudung express berharga RM50+++.  Rugi tu sapa-sapa yang gila shawl tak joint.

Okay di sini dengan segala hormat aku nak tag pada


Kaki Tiru

Lepas cerpen aku berjaya diberanakkan hari tu kat p2u, satu lagi cerpen aku telah berjaya di beranakkan entitled Sebab Aku kan Hana.  Cerpen pertama yang aku type sendiri.  Berdasarkan apa yang depa komen la nampaknya memang ramai menyampah gila nak mampus sama itu watak Diya.  Ada yang nak Hana hidup and couple dengan Amier tapi so sorry la.  Hana dah mati and aku tak pernah plan pun nak satukan watak Amier dengan Hana tu.  Watak Hana dengan Ashraff pun sama sebab cerita ni memang based on true story.  Tak ada la sama 200%.  Aku cuma olah sikit dan buat dalam bentuk drama.  So far okay la.  Tapi ada yang komen gaya bahasa aku lebih kurang macam Hlovate and Nass Alina Noah.  Wow!  Part sama dengan Hlovate tu aku boleh terima lagi la sebab aku rasa aku memang banyak influence daripada dia.  Tapi part Nass Alina Noah tu jatuh dari langit ke apa.  Aku pernah baca novel dia satu je tajuk Selamat Pengantin Baru Isteriku.  Datang mana pulak idea yang bahasa aku sama dengan Nass.  Pada yang cakap tu sorry la ye.  Hlovate is yes but no to Nass Alina.  Gaya bahasa aku banyak ke arah Hlovate.  Frankly speaking terkilan jugak orang kata sama gaya bahasa.  Dah macam-macam orang cakap bila aku start menaip ni.  Cerita sama dengan Adamaya la, itu la ini la.  Duh!  Ikut cakap orang memang hancuss la.  Besides aku baru lagi menaip so kalau ada sikit-sikit gaya Hlovate tu aku mintak maaf la tapi aku nak highlight kat sini aku tak ada cedok cerita daripada Hlovate cuma gaya bahasa je sama sikit.  Anyhow pada yang ucap selamat tu aku dahulu dan akhirkan dengan ucapan terima kasih daun keladi lain kali puji la bergantang lagi.


Sekian, sawadikap kun kap.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...