January 30, 2011

Aku memang suka barang free

Sebenarnya tak tahu la korang perasan atau tak aku dah pakai header baru. Sebelum nie header2 aku agak poyo-amatur-budak tadika punya style.



Tu header baru aku. Kak yuk yang buatkan. Ekceli dia nie bukan kakak betul aku pun. Tengok kulit pun dah tahu. Tapi ehe sebab aku kurang kasih sayang seorang kakak, maka aku anggap la dia macam kakak. Dah umur pun lagi tua tak kan nak anggap adik. So kalau korang tengok header aku lawa, canggih ke hape ke beliau la yang bertanggungjawab buatkan. Nak harapkan aku yang buat header pun takde nanti. So aku nak ucap terima kasih daun keladi buat kakak ku kerana offer untuk buat header nie. Aku memang suka sangat la kan orang nak buatkan secara f.o.c.



Nie la dia rupa orangnya. Haha sebelum aku di serang baiklah aku mengaku. Dear kak yuk, dengan ini kiwi a.k.a amanie ashraff mengaku bahawasanya kiwi ambil tanpa kebenaran gambar kak yuk dari fb kak yuk. Ingat nak  ambil yang ada sekali abang ipar tu tapi tak jadi la :p Hoho tapi kiwi tahu kak yuk suka kan kiwi tempek muka kak yuk kat sini :p

Kau ingat kau best sangat la ek?

Dah nak masuk sebulan praktikal. Aku oke jek kot. Hepy. Sedih sebab kena maki, marah tak pernah lagi. Syukur. Overall semua orang just nice. Exec pun tak macam exec. Boleh bergurau senda lagi tapi tu tak bermaksud aku boleh pijak diorang. Aku tahu lagi limit sampai setakat mana all so-called gurau senda tu. Tapi bukan tu aku nak story kat sini. Clan aku ada yang mengadu tempat praktikal diorang tak best. Bos kerek la. Demand petala kelapan la. Bos garang macam gorila nak mengawan la. Ada yang sampai nak tukar mintak tempat lain. Aku stay jek. Malas nak tukar. Ada jugak la dapat tempat praktikal yang best. Tapi bila dah dapat tempat yang best tu jangan la berlagak pulak. Aku kesian pada clan yang stress kat company masing2.

Ada yang dapat tempat best tapi terlalu show off pulak. Bukan tak boleh nak show tapi jangan la over sangat. Geng lain tu kesian la sikit. Tak ke sakit hati kalau baca post anda tu. Siap beritahu segala bos kasi itu la ini la. Ni kes nak kasi orang sakit hati ke apa. Sikit2 dah la kot. Siap boleh tanya lagi tak jelez ke. What the katak bawah tempurung. Dah la member tu dapat tempat yang tak best. Boleh buat lawak yang sekupang pun tak lawak. Nie kes tak fikir perasaan kawan ke hape.
Ingatlah sikit kot perasaan member. Bukan perasaan orang tersayang jek.

THE END



January 29, 2011

Aku nak jawab paper SPM penulisan

Aku selalu takde idea nak tulis apa dekat blog. Sebab tu aku selalu merepek dalam tiap2 entry. Ntahhapahapantah jek aku duk meraban tulis. Macam orang mamai menaip. Kadang2 terkebil depan lappy menghadap dekat new post tu. Nak mulakan satu ayat pun susah. Kena fikir permulaan yang oke. Dah macam nak jawab kertas SPM karangan jek. Idea tak datang jugak. Idea suka datang time aku tak jangka. Time aku tak pegang buku dan kertas. Time tengah baring nak tido malam time tu la die menjelma. Time aku nak menyuap nasi lemak dah sejuk dalam mulut. Esok aku terkebil-kebil balik sebab lupa apa yang aku nak tulis. Bila dah jadi macam tu. Sign out. Perkara yang aku buat dekat blog sendiri bila dah bosan sangat adalah baca semula entry2 yang aku pernah post sebelum nie. Cewah perhatikan gaya penulisan aku dari dulu sampai sekarang. Agak maju macam kedai makan depan rumah aku la kot. 


Dulu gaya bahasa aku macam hape ntah. Aku sendiri baca naik menyampah. Sebab apa? Bukan sebab entry tak best (wargggh perasan best!) tapi sebab cara ejaan aku macam budak tak matang jek. Sekarang nie di alaf baru (hoho) aku dah improvekan sikit la ejaan walaupun tak 101% formal. Ada jugak la penambahan dan pengurangan huruf pada tiap ejaan aku. Nampak matang sikit kot? Ke macam budak tadika baru pandai baca buku Bacalah Sayang tu?

January 28, 2011

Buah hati jantung pisang goreng

Ehem2 kali nie aku nak tujukan lagu pada my dear sweetheart, buah hati aku yang selalu ceriakan aku. Time bad mood nampak dia terus aku sengih sampai 10km boleh nampak kot. Selalu korang jek story pasal buah hati korang kan. Aku nak jugak. Lagu ni sebenarnya lelaki tuju kat perempuan tapi sukahati aku la kan :p

U are my angel in my life
Whom always comes into my dream
A flower that always wangikan my day
An award from god that make myself complete

When u're far away I always miss U
When u're near my heart will be berbunga

I will always be your star
Menerangi your gelap and your dream
I'll be loyal here mengusap your tears
Accompany sunyi at your heart

Aa..aa..aa... (dah habis)

Aku nak post video sebenarnya tapi tak dapat pulak. Terpaksa la aku type lirik lagu nie.

Nak tengok buah hati aku? Memang takde orang boleh challenge dia la dalam hati aku :p

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

Nak buat pis tapi tak jadi. Wakakaka

Makan oren yang aku rembat dari opis

Suka tak suka

 Aku sangat geli dengar suara perempuan buat mengada-manja-merengek bila cakap dengan boy.

Aku sangat alergik bila cakap dalam telefon lelaki buat suara mengada-manja macam gigolo. Hambikk kau!

Aku sangat rasa diri aku macam pondan bila aku sarung dress-skirt-heels


Aku suka senyum sorang2.

Aku kurang suka teman orang masuk kedai untuk shopping lama2 sebab aku lebih suka beli tingkap.

Aku sangat suka masuk kedai buku lama2 untuk baca buku free.

Aku sangat suka makan kfc. Hari2 pun takpe.

Aku sangat tak suka tengok drama bersiri.

Aku sangat tak suka orang tak punctual.

Aku sangat tak suka orang cancel janji last minute sebab perkara yang aku boleh kasi kaki.

Aku suka Hlovate.

Aku suka coklat.

Aku suka buat orang sakit hati secara sengaja dan tak sengaja.

Aku tak suka gaduh dengan orang tapi suka kalau orang cari gaduh dengan aku.

Aku suka makan nasi walaupun dengan kicap dan telur jek.

Aku tak suka memasak (pengakuan ekslusif)

Aku suka berfikir terlebih2 luar kotak.

Aku suka duduk sambil bersilat bersila atas kerusi.

Aku sangat alergik orang cakap aku manja.

Aku tak suka lansung2 orang yang tetap ejek aku walaupun dia tau aku annoyed gila dengan ejekan dia tu.

Last skali...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...


Aku sangat suka ashraf muslim. Awww!

January 27, 2011

Gurindam Jiwa



The song is full with memories..
Love is everywhere
For whom is seeking
For whom is receiving..

So here it is. Schubert’s Serenade in Gurindam Jiwa. The story is about Ju’a and abang Shah. A step brother and a step sister. One is like mat rempit-seluar koyak-RXZ and one is like muka masam-jeruk maman. Let say that the first met is not a really good met for them.  But things turn to go opposite when lastly they become very close with each other. Violin and piano.

For me this story really touches my heart. I was crying over a bucket. Overwhelmed by this story. Abang Shah is really different from other characters in H’s novels because all of them are happy ending but Schubert’s Serenade is different. The core of this story is how we want to live on after we lost the person we love most. Of course abang Shah’s death brings a great impact towards Ju’a. But life has to move on and that’s how it goes until one day all of us will meet together again in the hereafter, insyaAllah.

Still this story is great and sad. More and more sad than cerita Hindustan or whatsoever.


One quote from abang Shah

"kadang-kadang kita boleh nampak beauty in tragedy"

and yeah aku memang suka cerita pasal Hlovate dalam blog aku :)

January 26, 2011

Kalau la aku lelaki

Warning : Ini entry merapu meraban dan imaginasi sahaja. Tak suka boleh terus klik tanda X di atas itu.



Kalau la aku lelaki mesti aku akan jadi lelaki yang kacak

Kalau la aku lelaki mesti aku akan jadi lelaki kegilaan wanita

Kalau la aku lelaki mesti aku boleh jadi player pencinta wanita

Kalau la aku lelaki boleh la aku belasah orang sesuka hati

Kalau la aku lelaki mesti orang tak pandang pelik kalau pakai baju yang sama banyak kali

Kalau aku lelaki mesti rambut aku lagi stylo dari Doktor teett..tettt

Kalau la aku lelaki mesti aku tak gedik-mengada-manja.....kot

Tapi kalau aku lelaki........

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...


Aku tak dapat kahwin dengan dia nie. Grrrr~ (bukan bunyi kucing nak mengawan)

January 25, 2011

Tonyoh pipi dengan cili

Siapa yang nak jadi cacat dalam dunia nie. Semua orang nak jadi sesempurna mungkin kot. Tapi kalau sempurna sangat pun tak best kot. Tapi ada 1 kecacatan nie yang jadi dambaan orang ramai kot termasuklah aku. Hoho! Apekah itu kan? Gila betul tiba2 nak jadi cacat pulak. Oke sebenarnya aku sangat jelez, cemburu, iri hati, dengki, pandang2, jeling2 pada orang yang ada lesung pipit. Sweet jek kot orang yang ada lesung pipit nie. Antara artis yang aku perasan ada lesung pipit Preity Zinta dengan Saiful Malaysian Idol tu. Dr. Rozmey tak perasan pulak ada lesung pipit ke tak. Perasan rambut dia jek.

Tapi orang tua cakap lesung pipit nie cacat. Macam yang aku starting taip dalam entry tadi la. Tapi ramai kot nak kecacatan nie. And ada orang ajar kalau nak lesung pipit masa baby tu tonyoh cili dekat pipi. What the putumayam. Tak pedas pulak kan. Aha abaikan la petua tu. Tak silap aku lesung pipit terjadi sebab otot zygomaticus lebih pendek dari normal dan menyebabkan lekuk pada pipi. Aku pun tak pasti sangat. Yang aku tahu menda alah tu sweet sudah. Mau cari suami ada lesung pipit la. Hoho!


Awak ada lesung batu pun saya tetap sayang oke. Wohoo!

January 24, 2011

"Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool"

Maka arakian aku telah disuruh oleh kakakku untuk joint contest nie. Aku pun joint la sebab aku memang suka ambil gambar tak nampak muka walaupun tak cool mana la gambar aku tu.

Rightio ini dia banner dan rules yang perlu diikut


1. Follow blog tuan punya blog-Done :)

2. Buat entry bertajuk "Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool"

3. Letak banner nie dalam entry dan sidebar dan terus linkkan balik ke entry nie yer

4. Letak gambar yang ingin di pertandingkan

5. Tag 3 orang kawan
 ---------------------------------------------------------------------------------------------

Nie dia gambar yang aku pertaruhkan. Hoho!


Walaupun tak suruh cerita tapi aku nak cerita jugak sikit pasal gambar nie. Ehe masa nie aku baru balik dari study untuk final exam. Itu sahaja. Sekian terima kasih.

Ouh ye 3 orang yang saya nak tag adalah


Tarikh tutup contest adalah pada 25 March 2011. Lambat lagi tu. Sila la tangkap gambar dari belakang sekarang tapi pastikan jangan cool sangat. Nanti saya tak menang pulak. Haha :p

Salah ke kalau teratak saya usang?

Saya tak hebat. Saya tak expert. Saya tak reti nak ekjas ajar kasi rumah awak jadi cantik macam rumah orang kaya, orang glamer segala tu. Cuma saya terkilan sebab bila saya conteng dinding awak tapi awak tak layan saya pun. Saya datang lepaking dekat tempat tinggal jejak awak. Saya skodeng dinding awak. Saya tengok awak boleh jek reply orang lain yang conteng dinding awak. Salah saya ke kalau saya tak hebat macam diorang tu? Kalau jejak dekat teratak saya nie tak sebanyak jejak yang ada dekat rumah banglo diorang tu? Awak buatkan saya teringat pada Farah Masyura tapi at least Farah Masyura tak macam awak. Dia ingat jugak kat saya even dia menipu saya pada masa yang sama. Takpe la. Teruskan la dengan mensibukkan diri awak tu dengan mereka semua. Biar saya duduk kat celah penjuru tengok awak dan kawan2 awak canggihkan rumah masing2

Saya? Biar mati jek la dengan teratak usang nie.

THE END


January 23, 2011

Suara sumbang pun nak menyanyi

Sekarang nie macam2 rancangan menyanyi atau program realiti TV kat Malaysia nie. Every year kot artis segera melambak kat tv nie. But then aku dapat tahu la mengatakan AF9 tu last akan dibuat. Heh. Akhirnya. Dah lama kot tunggu berita gembira nie. Bosan tengok AF. Ntahhapahapa jek. Drama lebih. Tapi ada yang berbakat gak tu oke la. Boleh cari makan. Lepas tu ada pulak rancangan menyanyi untuk budak kecik. Aku sebenarnya tak berapa nak berkenan tengok budak nie semua kecik2 dah ajar menyanyi segala nie. Tak tahu la kenapa. Sebab bagi aku la kalau dah dari kecik di ajar hiburan segala nie nanti bila dah besar jadi la wassalam. Memang la yang tak masuk menyanyi pun ada yang kelaut mati gak. Mak ayah pandai2 la bimbing anak masing2. Aku lagi suka tengok rancangan menari kot. Tak lama lagi SHOWDOWN 2011 nak start. Lagi best tengok segala step tu dari dengar suara sumbang menyanyi. Aku suka tengok crew lelaki. Perempuan tak proper sangat kot nak dance terkuak lentang macam tu. Not nice la katekan. :) Yeahh tak sabar nak tengok Showdown 2011. Hope la best macam Showdown 2010.




Hoho!


January 22, 2011

Contest "If I have RM100~"

Macam biasa aku di tag oleh kakak ku lagi sekali untuk joint contest. Rules dia senang jek so aku joint la. Haha tak peningkan kepala.

Syarat2 contest tuan punya blog.



1) Upload pic barang yang anda idamkan.
2) Nyatakan sebab anda mahu kan barang tersebut.
3) Follow my blog aunimiyukie ( nak ramaikan kwn2 )
4) Buat entry tajuk " If I Have RM100~ "
5) Letak banner di side bar blog
anda dan link kan terus ke entry ni.
6) Tag pd 3 kwn yang lain.
7) Jangan lupa tinggalkan comment
n link anda slps itu..

Tarikh tutup : 10 February 2011
Itu sje.. Senangkan??
Hadiah nye??
Of course la barang yang anda idamkan...
Gud Luck sume...
dan ini banner nyer!




Oke ini dia barang yang aku nak sekarang nie. Rasanya tak la mahal sangat kot :)


Gambar cilok dari gugel. Sweatshirt polka dots. Haha takde la gempak mana pun. Tapi kalau dah menang memang aku buat kenduri Snickers la 3 hari 3 malam.

Mau tag si


January 21, 2011

Dia tu kerani je la

Dia bukan sesiapa. Jawatan pun tak gempak mana. Dia bukan eksekutif. Bukan supervisor. Bukan PA CEO dan juga bukan ketua jabatan. Dia cuma seorang kerani. Hari2 kerja dia menaip dan terus menaip sampai jam menginjak pukul 5:30. Kadang2 dia kerja lebih masa. Banyak lagi yang kena siapkan. Dan aku. Aku pulak menolong apa yang patut aku tolong. Kesian. Dalam hati je la. Cakap depan2 mahu aku kena baling dengan selipar getah dia. Aku termenung. Dia masih menaip. Aku pergi toilet dia masih menaip. Aku balik dari toilet pun masih lagi menaip. Banyak kerja tertangguh. Mana taknya kalau setiap masa

"kak N, boleh tak tolong emelkan saya bla..bla..bla..."

Dan lagi,

"kak N, tolong fotostat bla..bla..bla..40 set.."

Aku memang suka kerja fotostat. Maka aku yang cool, sempoi dan stylo ni pun hulurkan tangan dan ringankan sikit beban dia. Kadang2 dia luahkan jugak apa yang dia rasa. Kepenatan yang tak kan habis.

Hari ni dia cuti. Demam. Berjangkit dengan anak kot. Kucar-kacir semua jadi. Bila asyik dia yang buat kerja untuk orang lain sampai bila masa dia takde maka susahlah orang lain. Nak mintak tolong aku? Alahai pengalaman baru 3 minggu kot. Nak guna excel pun menggeletar lagi. Dari perasaan dalaman aku nie sempat berfikir, jangan ingat jawatan KERANI tu tak penting dalam company.

Sekian, terima kasih.





January 20, 2011

Aku dan sekolah

Sebelum pergi kerja pagi tadi, sempat lagi aku tengok adik aku pergi sekolah. Termenung depan pintu. Teringat pada crush masa sekolah rendah dulu. Dah jauh bertapak-tapak rupanya aku tinggalkan zaman sekolah rendah. Teringat zaman riang ria, terkinja-kinja macam apa ntah. Senyum sensorang. Sambung berangan lagi. Dulu masa sekolah rendah selalu ada orang datang jual buku cerita.

"Kami ada menjual buku cerita. Kalau adik2 nak beli boleh bawak duit dan beli di kantin pada tengah hari esok"

Kata abang penjual sambil melemparkan senyum yang ala2 nak buat aku termuntah. Balik rumah tengah hari tu terus mintak duit dekat abah yang masa tu masih muda bergaya lagi tanpa sehelai uban mahupun rambut karat.

"Abah nak duit. Nak beli buku cerita esok." buat suara ala2 manja katak sambil mengelipkan mata banyak kali.

Maka dapat la aku beli buku cerita. Buku cerita hantu pun aku beli masa tu. Tak silap aku title dia Hantu Paku kot. Yang penting memang ada kaitan dengan paku. Abang aku pulak beli pasal pontianak dengan serigala jadian. Haila macam2 la beli.

Dulu jugak ada van vitagen datang jual air. Peel fresh pun ada jugak.

"Abah nak beli air esok. Ada van air datang jual kat sekolah." sambil buat aksi yang sama macam nak beli buku.

Semangat gila beratur esoknya semata-mata nak beli 1 bekas kecil vitagen jek tapi muka bapak la riak gila kot masa tu. Dalam hati bermonolog dalaman pada orang yang tak dapat beli

"Aku ada vitagen. Kau ada ke? Jangan harap la aku nak kasi kau rasa."

Tapi bila tengok ada budak (anak2 cikgu yang bajet bagus) beli seplastik besar, aku hanya mampu menjeling tanpa keluarkan kata2 kesat walaupun bibirku bergerak-gerak menuturkan ayat yang aku sahaja faham.

Lepas tu dulu jugak ada van Milo datang sekolah. Free tu weh. Siapa yang menggedik tak nak. Cikgu kata kena tunggu turn dulu. Sampai masa turun jek, bapak panjang line kena beratur. Tapi demi Milo free aku rela beratur di waktu hujan atau panas. Dah dapat minum boleh pergi share pulak dengan kawan sebelah

"Cuba awak rasa milo saya pulak." ayat skema terpacul keluar dari bibir comelku.

Main rasa2 pulak. Macam la milo tu boleh tukar rasa jadi horlick. Naif gila kot waktu sekolah dulu. Banyak gila moments yang best masa sekolah dulu. Haila rindunya nak sekolah rendah balik.

THE END

January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG



Mari2 masuk segmen nie. Free jek tak payah bayar tol, tambang tiket, tambang airplane ke atau hapa jadah lagi. Harap sempat lagi la kot aku joint segmen abg Ben Ashaari nie :p

Tak tiru tak boleh ke?

Aku dah pernah keluarkan entry sebelum nie berkenaan tampal dan cantum. Dan jugak entry minggu lepas pasal sorang blogger nie. Makin lama makin melampau aku tengok. Haish menyirap, mengoren, mengganggur eh... aku dah kerja sekarang walaupun praktikal. Pis! Tapi makin geram la dengan beliau nie. Please stop tiru apa yang aku buat. Kau tau tak annoying gila apa yang kau buat tu.


Aku balas servis apa yang kau buat tu balik nanti baru tahu. Malas betul la nak post entry tak tentu hala macam orang mabuk asam jawa macam nie. Ish menyampah dan malas tahu tak. Bukan la nak berlagak bagus atau hebat atau ntah hapa lagi. It just aku memang pantang kalau orang copy paste apa yang aku buat. Tak kisah la waktu belajar, blogging, tidur dan apa jadah lagi aku buat. Terai la tengok kau suka ke tak kalau orang copy paste apa yang kau buat.  So nak pesan la pada beliau


STOP COPYING ME WILL YOU?

January 18, 2011

Ashraff bukan Ashraf

Bila aku publish nama Amanie Ashraff dekat wall facebook, terus semua kepochi2 nak tahu siapa gerangan Ashraff ni. Dan biasa la anggapan, fikiran, pendapat tipikal yang bakal keluar.

"ouh pakwe eh?"

Haha! Aku cuma tergelak kecil. Kalau malas aku senyum nipis je. Kalau aku terangkan pun bukan nak percaya. Funny ain't it? Bila kita tak nak cerita sibuk desak nak ambil tahu. Bila dah cerita tak nak percaya pulak. Lantak pi la. Yang penting aku dah cakap hal yang betul.

Oke back to the topic. Ashraff bukan siapa2 sebenarnya. Bukan jugak si Ashraf Muslim dalam ustaz Amirul tu. Ashraff ni wujud pun tak kat dalam realiti. Dia cuma watak dalam novel Versus by Hlovate. Kan aku dah pernah cakap aku perlukan antidote dalam entry sebelum ni. Maka sebab tu la timbul nama Amanie Ashraff.

Maka dengan itu sekian sahaja penerangan yang maha ringkas daripada Amanie Ashraff yang cun, sempoi dan stylo :p


Kat sini la detik percintaan aku dengan Ashraff Omar bermula :)



January 16, 2011

Wishlist makan tomyam

Entry kali nie aku nak bercerita pasal makanan pulak. Asyik tengok orang je story pasal makan. Aku pun nak cerita jugak. So ini lah makanan feveret aku kalau dah nak keluar meronggeng jalan2 dengan family. Dengan kawan belum mampu lagi. *sob3

Ni namanya nasi. Tanpa nasi takde makna nikmat makan
Main course. Tomyam my leb
Kap kap kap. Siakap

Telur bistik yang tak berapa gebu
Kangkung belashan
Sutun Sotong goreng tepung


Rightio. Ni la antara yang wajib ada kalau aku nak makan tomyam. 

Tiba2 rasa lapar :|

Dah kau ni kenapa?

Aku kan memang suka kalau tengok followers aku dah ramai dekat blog nie. Betul! Malas nak tipu2 cakap tak kisah followers tak ramai. Tapi kan aku sangat kisah dan menyampah kan bila tengok ada orang kan yang berlagak bila followers dia ramai. Ek eleh! Macam aku hadap sangat dengan semua tu. Aku ni sebenarnya malas nak buat blogwalking (nie kalau dalam mood malas) dan aku malas nak follow tapi sekadar follow je. Maksudnya aku follow semata-mata nak dia follow aku balik. Lepas tu dah tak komen apa yang followers dah penat taip kat blog dia. Tak baik ouh buat macam tu. Tapi kenapa ada sorang bloggers tu ek nak menunjuk sangat kat aku yang dia bangga dengan followers dia yang ramai tu. Then kenapa kau ikut aku follow bloggers yang sama ye. Followers ramai tapi setiap post takde orang respon pun. Wakakaka! Macam nak compete dengan aku jek. Cik yang berlagak sakit hati tak? Memang saya sengaja buat anda sakit hati. Wohoo!

Malas nak layan. Baik aku hadap kerja yang bos aku kasi lagi bagus.

Gambar menyeksa mata dan deria rasa


Err Bos, saya baru dapat sikit la nombor training provider tu. Bos marah tak? :|

January 13, 2011

Tolong jagakan aku ya!

Dah nak habis minggu kedua aku berpraktikal. Oke2 jek la kot aku kerja kat situ. Staff pun oke. Bos lagi (ditekankan) la oke. Maklum la bos muda. So boleh masuk geng la. Tapi aku masih malu2 kura2 lagi la nak kepoh kat dalam ofis tu. Bukan sebab bos encem! Ouh tidak sama sekali. Aku tak boleh kalau orang terlebih gila2 ni. Nanti aku pulak jadi pemalu. Aww! Oke malas dah cerita pasal bos. Kat kilang tu aku banyak lepak la dengan macik2. So far memang best la. (Sebab aku dapat makan free hari2). Memang boleh kata aku la gadis (uwek!) termuda kat ofis tu. Ah pendorong aku pergi kerja sebab ada sorang leng chai kachak. Hoho pakai spec tu memang taste aku la. Ala2 chenta hatiku si Ashraf Muslim gitu! Tapi belum sempat nak beramah mesra sebab aku kan pemalu (uwek lagi sekali!). Tapi masalah aku paling utama kat dalam ofis tu ialah mata aku ni memanjang je mengantuk. Dari start masuk ofis pukul 8 sampai la nak balik 530. Rasa macam ada mesin basuh kat atas mata. Haila apa mau bikin? Perlu ke aku bawa bekal kopi cap kapal api satu baldi?

Macam ni la muka aku tiap hari kat ofis :|

January 11, 2011

Bagaikan Puteri


"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung, awan kalau dapat dicapai, maka saktilah hamba...."


Cantik susunan bahasa ayat ni kan. Ini adalah novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid. Sebenarnya aku ni boleh kata tak berapa suka nak baca novel thriller bagai ni semua. Aku kan jiwang. Baca novel ni masa tu pun sebab bosan. Duduk asrama la katakan. Memang bosan tahap patela punya la. Disebabkan bosan kira retak kat siling maka aku pun pinjam la dari domet aku. Kebetulan dia pun nak keluar outing. Lama kelamaan rasa best pulak cerita ni. Teruskan pembacaan. Sedar2 jek

"eh air apa pulak ni?"

Mangai! Boleh pulak aku berhujan sensorang atas katil. Masa tu part Laksamana Sunan terpaksa bunuh Haryani. Situasi pulak macam saja nak kenakan aku bila domet aku boleh pulak balik

"whoa kau nangis ke amanie?"

"eh mane ade. aku ngantok la baca novel nie"

Tapi last2 terpaksa gak aku ngaku aku berhujan sebab novel tu. Lepas tu aku pun dah buat keputusan! Balik pahang terus aku sambar novel ni sebijik kat kedai tak berapa popular. Sampai sekarang aku masih ikuti hikayat Laksamana Sunan. Memang terkesan kot kat hati taman batu aku ni :)


Antara ayat favourite aku dalam cerita ni. Laksamana Sunan yang cakap though that time dia tengah berhadapan dengan musuh dia


"Sebagai manusia aku sayang padamu.."

January 9, 2011

Antidote untuk ketagihan

Ada siapa tahu tak antidote untuk penyakit ketagih? Aku rasa makin kronik la penyakit aku ni. Ala cerita macam nk gempak je aku. Sebenarnya aku nak tahu antidote untuk kurangkan baca novel. Seriously aku rasa dah terlebih obses dengan novel. Tak kisah la yang dibukukan atau aku baca secara online. Tempat aku selalu melepak kat sini la penulisan2u bila aku ada masa free. Ouh sebelum ni aku ada cerita yang aku ni philophobic. Kalau tak tahu apa jadahnya perkataan tu boleh skodeng kat sini.  Each novel mesti la dia punya hero ada ciri2 yang semua perempuan nak. Hensem, tinggi, putih, beriman dan bla..bla..bla ada lagi la malas aku nak taip panjang.  Maka aku agak terpengaruh la di situ. Otak pun selalu duduk advance berfikir sampai effect jugak la dalam kehidupan sehari aku. Bila orang pandang je automatik aku cakap 


"huh nak ngorat aku la tu!"!


Almaklum lah sifat perasan dengan diri aku memang dah sebati sejak hari pertama keluar dari perut mak. Maka kat sini aku memang perlukan antidote dengan segera. Duit pun banyak habis dah sebab beli novel. Tapi walau banyak mana pun watak dalam novel hati saya tetap pada dia


V
V
V

Ashraf, estoy enamorado de ti. Huahahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...