December 9, 2010

NO SUFO NO RESULT!!

Esok result uitm akan keluar. Maksudnya result aku lah tu. Cuak juga nie nak tengok result. Tengok pada hasil usaha aku untuk sem lepas macam bakal jatuh pointer. Aduh aku nak highlight kelemahan aku dekat sini. AKAUN. Tak terniat di hati aku nak membenci akaun. Tak pernah sekali pun cuba nak buat demikian memandangkan lecturer yang mengajar sangatlah baik. Aku saje kuat buat kerja amali sendiri di belakang. Miss, andai miss nampak muka saya lagi sem depan kecil tapak tangan stadium bukit jalil saya minta maaf. Ntah hapa-hapa je pantun. Tapi yang memusykilkan aku sekarang ini adalah SUFO (Student Feedback Online). Amaran keras : No Sufo No Result. Damn! Macam mana nie? Tak lepas lagi nak buat. Pening kepala aku. Ada siapa-siapa boleh tolong aku ke?



Janganlah tampal dan cantum

Agak annoying bila orang ambil hak kita kan. Bukan macam barang, orang atau harta benda atau ntah hapa lagi tapi wording yang selalu kita guna. Contohnya bila seorang penulis menggunakan ayat yang lebih kurang sama dengan penulis lain. Macam dah tak ada originaliti kat situ. Aku minat tapi belum gila lagi kat karya Hlovate. Kira semua novel beliau aku dah beli. Yang jadi tak best bila aku seorang pembaca yang tegar pergi kat 1 laman web untuk hantar karya online nie. Aku tengok ramai yang macam nak ikut style Hlovate. Aku tak tahu it's just me or memang perkara itu berlaku. Tak syok la kan. Kalau sikit2 itu aku tak kisah la sangat. Tapi kalau dah exactly berbijik-bijik macam ayat Hlovate terus aku rasa macam "eh annoying gila cerita writer nie.."

Kes kedua, bila orang tiru apa aku cakap. Dalam kelas bila dalam situasi Q n A's session, sebagai seorang pelajar yang aktif (perasan bagus sebenarnya) aku pun suarakan la pendapat agung aku dengam muka riak gila. Tapi sayang seribu kali sayang lecturer tak dengar. Menyentap getaran jiwa bila orang copy paste ayat aku then dia pulak dapat kredit telefon kat situ. Damn! Lebih menyayat hati kering aku bila dia pandang aku sambil buat muka tak bersalah. Paling malas pun tunjuk la simbol kacang pis ke. Haish tangan aku dah ringan jek nak lempar stiletto member sebelah kat muka dia. At least cakap la;

"miss, saya sebut semula ayat amanie tu. kasi kredit kat die la ..."

Haha! Kan sedap sikit dengar oleh halwa telinga aku. Apa yang aku mampu. Senyum segaris mixed senyum kecewa. Korang bayangkanlah macam mana. Haila nasib badan...

December 8, 2010

Hal kahwin serah padaku

Kahwin


Sekarang ini cuti sekolah. Makin kencang la sana sini kenduri kahwin. Jumaat ini pun aku kena pergi ke Lipis sebab kazen aku kawen. Haish ikutkan hati aku malas nak pergi sebab jeles. Oit bukan jeles sebab kazen aku itu kahwin dengan teruna impian aku. Ouh tidak sesekali. Jeles sebab dia dah kahwin dan aku belum lagi. Ish muda2 dah kahwin. Syiok itu! Haha gatai budak ini. Blaja pun tak habis lagi. Kawan seperjuangan pun semua dah sibuk publish gambar menikah kat facebook. Dush! Lagilah aku tak puas hati.

Baguslah kahwin awal ini kan. Boleh elak maksiat. Nak buat apa pun buat la dah halal kan. Itu yang part aku suka. Haha (evil laugh). Mak pun macam dah kasi signal boleh kahwin awal.

"awak tu blaja sikit pasal memasak ni. tahun depan da nak kawen"

Wohoo! Besh itu dah dapat lampu hijau. Dah takde lampu merah, oren, jingga, kelabu asap lagi. Tapi jadi tak syok bila kena bebel pasal persediaan sebelum kahwin. Kacau! Aku fikir part yang besh saje. Hah bukan part yang bukan2! tapi ada la sikit kot. Huhu normal lah. Aku pun manusia yang mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Wah kemaruk nak kahwin sudah datang! Bomba tolong!


Bakal pelamin aku nanti. Huahaha

December 7, 2010

Fire la kalau berani!

Kadang-kadang bosan jugak jadi anak tunggul tunggal dalam family. Haila nak2 pulak anak perempuan tunggal dalam family. Habis luntur sifat2 puteri melayu dalam diri aku. Esen2 darth vader pulak yang makin banyak berleluasa dalam diri. Itu pun nasib baik tak take over badan aku. Kalau tak memang naya la tak ada orang nak masuk meminang aku nanti.

Pagi tadi ouh sangat best tahap atromen tengah fire raksasa bila abah sesedap oren sindir aku yang macho ini.

"awal bangun ari neh"

"da tu tak kan nak bangun 4 petang kang" konon2 nak smash abah balik.

"ingat nak bangun subuh esok" abah balas servis dengan raut wajah selamba katak.




Dang! Aduh pedih sampai ke hulu hati. Tapi dah biasa kena sindir macam itu. Sebab aku tahu aku anak kesayangan dan untuk membuktikan lagi dengan hadiah rotan di tapak tangan sebab selalu koyak buku latihan kat tengah2 muka surat dulu. Ouh aku sangat rendukan masa kecil aku yang riang ria seperti dalam siti di alam fantasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...