December 9, 2010

Janganlah tampal dan cantum

Agak annoying bila orang ambil hak kita kan. Bukan macam barang, orang atau harta benda atau ntah hapa lagi tapi wording yang selalu kita guna. Contohnya bila seorang penulis menggunakan ayat yang lebih kurang sama dengan penulis lain. Macam dah tak ada originaliti kat situ. Aku minat tapi belum gila lagi kat karya Hlovate. Kira semua novel beliau aku dah beli. Yang jadi tak best bila aku seorang pembaca yang tegar pergi kat 1 laman web untuk hantar karya online nie. Aku tengok ramai yang macam nak ikut style Hlovate. Aku tak tahu it's just me or memang perkara itu berlaku. Tak syok la kan. Kalau sikit2 itu aku tak kisah la sangat. Tapi kalau dah exactly berbijik-bijik macam ayat Hlovate terus aku rasa macam "eh annoying gila cerita writer nie.."

Kes kedua, bila orang tiru apa aku cakap. Dalam kelas bila dalam situasi Q n A's session, sebagai seorang pelajar yang aktif (perasan bagus sebenarnya) aku pun suarakan la pendapat agung aku dengam muka riak gila. Tapi sayang seribu kali sayang lecturer tak dengar. Menyentap getaran jiwa bila orang copy paste ayat aku then dia pulak dapat kredit telefon kat situ. Damn! Lebih menyayat hati kering aku bila dia pandang aku sambil buat muka tak bersalah. Paling malas pun tunjuk la simbol kacang pis ke. Haish tangan aku dah ringan jek nak lempar stiletto member sebelah kat muka dia. At least cakap la;

"miss, saya sebut semula ayat amanie tu. kasi kredit kat die la ..."

Haha! Kan sedap sikit dengar oleh halwa telinga aku. Apa yang aku mampu. Senyum segaris mixed senyum kecewa. Korang bayangkanlah macam mana. Haila nasib badan...

3 horlicks ais:

♥ m1ss s7rAwb3rrY ♥ said...[Reply to comment]

klau da barua mmg mcm tu la cik kiwi....ingt dye bagooooss sgt...

eja cantik said...[Reply to comment]

Siape geranganya tu...? heheh..

kiwi wiwi said...[Reply to comment]

najwa : hurm no kumen. bkn aku tuju kt die jek

eja : sape2 jek la yg trase tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...