December 22, 2010

Oit tak takut mati ke?

Perempuan ouh perempuan. Kenapa la cepat sangat nak emosi? Belum tahu hal yang sebenar terus nak sound aku tanpa perisai pulak tu. Tak takut mati ke? Bukan nak cakap aku hebat ke tak. Tapi memandangkan dia terus senyap lepas aku smash dia dengan penuh cool maka aku anggap aku hebat la. Haha! Oke mari aku cerita sikit insiden yang berlaku pada hari ini yang lansung tak meragut jiwa sesiapa. Tapi mungkin menyakitkan hati perempuan dot dot tu la. Pedulik hapa aku! One girl ni text aku lebih kurang mcm ni

"kak timah? ( aku yang cakap nama aku kak timah pada dia ) ckup larh nak tipu. cakap jek la kau neh sape. nape kau msg dgn laki aku? aku neh wife dia. lantak korang larh kalau korang nk msg ke ape. aku x kesah dah! go on gurl!"

Lebih kurang macam itu la luahan emosi dia pada aku. Haish tu nasib baik aku tak tanya mana kad nikah. Nak check betul ke idak itu laki dia. Dah la cara text macam budak tadika kena pecat. Wah berangin orang sound aku tanpa sebab. Terus la aku balas

"Laki kau pun aku x kenal. Cbe la pk rasional sket. Neh la pmpn cpt btl pk yg bkn2.

Aku tunggu juga la kalau dia nak balas text aku. Tapi haremmmmmm takde lansung. Syok gak gaduh kadang2. Maka aku isytiharkan la aku sendiri sebagai juara pada pergaduhan kali pertama nie. Aku rasa ini la antara kelemahan perempuan. Cepat sangat nak sound orang. Tak bawak senjata pulak tu. Next time think before u make an action. Kan diri sendiri dah malu. Cuba la interrogate balak kau yang tak hensem lansung tu daripada terus nak sound orang. Kumbang terbang pun lagi hensem la!


Footnote : Laki kunun. Cit poodah!




December 20, 2010

Seksi itu menarik

DEWASA

Apa maksud dewasa tu? Bagi aku senang saje. Simple. Dewasa tu bila seseorang sudah tahu membezakan antara baik dan buruk. Juga berfikir menggunakan fikiran yang rasional. Aku bukan nak menyibuk tepi kain ke tepi rumah orang ke hape. Bila dah namanya pun dewasa janganlah tunjuk sangat dangkal dan cetek sangat pemikiran. Baik. Perempuan Islam wajib menutup aurat. Anggota yang boleh dilihat cuma muka dan tapak tangan. Oke stop dekat situ. Bagi seorang isteri pulak wajib lah kan menutup aurat. Nama suami pun nak kena jaga jugak. Alkisah ada seorang wanita ini. Sudah berkeluarga. Anak pulak dah 3. Tapi cara berpakaian masyaAllah. Dah macam anak dara terlebih umur. Pakai seluar pendek nampak kepala hotak lutut. Baju pulak silap2 boleh nampak pusat kot. Bila dah pakai baju spesies macam itu mulalah tertarik-tarik baju nak cover dari nampak pusat. Alahai tak guna kot. Reporter tak bergaji aku selalu cakap 

"anak dia kadang2 malu bila orang tanya mak dia tak malu ke pakai camtu".

Aku kesian pada si anak. Terkial-kial tak tahu nak kasi jawapan macam mana. Nak tegur mahu kena pelangkung sampai tercabut kepala agaknya. Yang sulung pun masih lagi di sekolah rendah. Aku rasa semua orang tahu kot tak bertudung pun dah dapat dosa. Inikan pulak pakai macam itu. Bukan lah aku nak mengatakan aku nie alim ulamak yang dah dapat title ustazah. Aku pun tak betul. Banyak lagi errors yang aku buat. Tapi title sebagai seorang isteri kena la jaga baik2 faham sendiri sudahlah. Di pihak suami pun nasihatkanlah si isteri. Apa guna pegang title suami kan kalau amanah macam ini pun tak boleh nak betulkan :)



May ALLAh bless

December 12, 2010

edisi belajar di luar negara

Aku berusia 20 tahun. Setakat yang aku masih bernafas di bumi Allah nie, 1 Malaysia pun aku belum jelajah lagi. Paling jauh pernah pergi Kedah. Terengganu yang dekat pun pernah jejak berbelas tahun lepas. Tapi itu bukan point yang aku nak highlight guna kilometrico dekat sini. Aku secara rasminya sangat jelez melihat gambar kawan2 yang dapat further study dekat oversea. Most of them dekat UK lah. Kalau dekat Korea atau Jepun lagi lah aku berasap sebab aku dah berazam nak cari suami ala2 2 negara itu. Haha corny habes. Memang teringin sangat sebenarnya nak merasa pergi luar negara. Dah selalu sangat rasa cuaca kat Malaysia kadang-kadang nak rasa sejuk sampai kancing gigi ke tak salji. Panas sampai boleh jadi BBQ ke tak. Nak tengok musim bunga2 cinta, musim luruhnya dedaunan berguguran. Nak rasa naik kapal terbang berapa tinggi dia boleh terbang. Nak rasa keluar asap dari mulut. Nak rasa eksyen cakap English level 17 tingkat.

Pernah aku berborak dengan kawan aku pasal benda nie;

"teringin la nak pergi tempat orang"

"laa..ko kan memang kat tempat orang..da merata belajar..siap dalam hutan lagi kan.."

"............................."



Senyap. Rasa macam nak bagi kaki sebelah je. Bagi jelingan maut sedas terus orang sebelah terkelu. Aku tengah meluahkan rasa hati dia boleh buat lawak yang sesen pun tak kelakar. Lalu aku terus bangun dan meneruskan langkah pulang ke rumah untuk makan nasi buat kali ketiga.


hidup tak selalu indah tapi yang indah itu tetap menjadi kenangan. Yeah!

December 11, 2010

sehati malas nak berdansa

"Tengok tu..setiap kali scene menari menyanyi mesti nyanyi hindustan.."

"Entahnye..dah tak ade lagu lain agaknye nak main.."

Tengah baring dalam bilik sambil melayan lagu gerimis mengundang. Terdengar mak duduk komen dengan adik beradik yang lain pasal movie kat TV. Diam. Malas nak menyampuk. Tiba-tiba sesuatu muncul dalam kotak fikiran macam pop up window tu. Bibir automatik ukir senyum selamba.

"Sebab dia dah tak ada modal la tu mak nak buat kelakar.."

Suara dalam hati dulu yang jawab. Sengih lagi. Haila dengan diri sendiri pun nak buat kelakar. Di celah-celah aku dengar lagu gerimis mengundang tu, terselit juga suara nyaring suara miming penyanyi hindustan sambil pelakon-pelakon tersebut terus menari sambil menggayakan pakaian hindustan mereka, berguling dan bermain mata. Dan aku masih lagi baring sambil melayan perasaan syahdu di tengah kelebatan hujan.


cuba la try menari ala-ala super junior pulak :)


"pandai main ke bang?"

"action je lebih ni" 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...