December 12, 2010

edisi belajar di luar negara

Aku berusia 20 tahun. Setakat yang aku masih bernafas di bumi Allah nie, 1 Malaysia pun aku belum jelajah lagi. Paling jauh pernah pergi Kedah. Terengganu yang dekat pun pernah jejak berbelas tahun lepas. Tapi itu bukan point yang aku nak highlight guna kilometrico dekat sini. Aku secara rasminya sangat jelez melihat gambar kawan2 yang dapat further study dekat oversea. Most of them dekat UK lah. Kalau dekat Korea atau Jepun lagi lah aku berasap sebab aku dah berazam nak cari suami ala2 2 negara itu. Haha corny habes. Memang teringin sangat sebenarnya nak merasa pergi luar negara. Dah selalu sangat rasa cuaca kat Malaysia kadang-kadang nak rasa sejuk sampai kancing gigi ke tak salji. Panas sampai boleh jadi BBQ ke tak. Nak tengok musim bunga2 cinta, musim luruhnya dedaunan berguguran. Nak rasa naik kapal terbang berapa tinggi dia boleh terbang. Nak rasa keluar asap dari mulut. Nak rasa eksyen cakap English level 17 tingkat.

Pernah aku berborak dengan kawan aku pasal benda nie;

"teringin la nak pergi tempat orang"

"laa..ko kan memang kat tempat orang..da merata belajar..siap dalam hutan lagi kan.."

"............................."



Senyap. Rasa macam nak bagi kaki sebelah je. Bagi jelingan maut sedas terus orang sebelah terkelu. Aku tengah meluahkan rasa hati dia boleh buat lawak yang sesen pun tak kelakar. Lalu aku terus bangun dan meneruskan langkah pulang ke rumah untuk makan nasi buat kali ketiga.


hidup tak selalu indah tapi yang indah itu tetap menjadi kenangan. Yeah!

2 horlicks ais:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...