February 4, 2011

Ini Anwar Hadi

Hyep peeps! (Napa aku ceria sangat nie?) Iye memang aku hepy sekarang nie. Sebab apa? Korang kenal Anwar Hadi? Oke aku pun tak kenal sebenarnya. Aku baru kenal dalam setengah jam lepas dekat youtube. Klik sana klik sini boleh terjumpa pulak dia. Baru tengok first video aku dah suka. First reason sebab video dia best. He's cool also. And sangat sarkastikus oke. His video is not about video nyanyi semua tu. Second sebab aku kagum dengan ke'fluent'an dia dalam english. Bapak la! Aku memang kagum la dengan english dia. Kalau aku dapat sambung TESL dulu aku fluent jugak ke? Ahahaha enjoy video dia kat bawah nie. Video dia yang aku paling suka.



Quite comel jugak dia nie kan? Ngeh3~

Mekap + aku = insult

Tengok kiri.

"wau!"

Tengok kanan.

"a big whoaaa!"

Tengok belakang.

Ktannggg!!

Terkebil-kebil. Demit. Terlanggar tiang pulak. Ralit sangat tengok mata perempuan2 tu semua. Kemain bergaris mata masing2 dengan eyeliner. Ada yang pakai kemas. Ada yang cantik. Ada yang unik. Ada yang terlebih unik. Ada jugak bulu mata dah jadi macam bulu penyapu habuk. 

Aku? 

Aku punya original. Ada eyebag semulajadi jek.

Seriously aku tak reti lansung2 nak pakai benda alah tu semua. Eyeliner ke blusher ke eye sedow ke penyapu ke seterika ke. Nak tengok muka aku jadi pondan sila la suruh jiran aku yang pakai. Tak kan aku nak muka aku jadi macam pondan pulak. Bila tengok orang lain pakai, aku tengok guna hujung mata jek. Kot aku fokus betul masa diorang pakai ada yang eyeliner masuk dalam lubang hidung nanti. Cantik la diorang pakai eyeliner. Kalau aku yang pakai agak2 boleh jadi macam mata ikan buntal tak ?


Tengok mata i. Tak over pun pakai eyeliner.

February 3, 2011

Kerana air itu begitu berharga

Orang paling gembira adalah orang yang paling sedih.
Orang yang menahan kesedihan dalam dada dengan berpura2 gembira.
Dia suruh orang gembira bila orang sedih

"hey chill la! Hidup mesti mau hepy"

Tapi dalam hati dia sendiri puting beliung, hujan lebat, taufan katrina semua ada. Complete pakej.

Orang lain bertanya

"kau nie takde perasaan sedih ke?"

Dia senyum segaris walau hati dia sendiri pedih.
Dia buat kelakar bila orang lain sedih.
Tapi dia sendiri menangis seorang tanpa teman.
Dia bukan ego. Tidak sesekali.
Cuma dia tak nak orang anggap dia lemah.

Menangis bukan tanda lemah.
Cuma dia yang terlalu lemah untuk tunjuk air mata dia pada orang lain.



February 2, 2011

Oh lala mama mia!

 Hina sangat ke bila wajah aku tak secantik macam American Next Top Model
Bila perangai aku tak segedik artis kat Malaysia
Bila pakaian yang aku pakai hari2 cuma tshirt dengan seluar track
Kalau kaya sikit baru pakai khakis tak pun jeans lusuh macam dah 30 tahun pakai
Rendah sangat ke status aku bila aku pakai tudung hitam jek hari2
Bila suara aku tak semanja macam perempuan kabaret cari pelanggan

Bila aku jatuh tersungkur baik punya landing tengah jalan habis semua bantai gelak. Bukan gelak main2 tapi gelak kemain. Bibir sengih selamba tapi dalam hati sumpah macam nak nangis tahan malu. 1 point. Untung bila kulit tak segebu kuih pau.

Bila tengok perempuan sikit punya cun-gedik-manja jatuh ala2 tak bawak 1 cela pun kat badan semua berebut nak hulurkan tangan ringankan beban. 


Wah aku memang panas. Panas kat dalam. Aku punya la jatuh macam koboi jatuh kuda haram sorang pun tak tolong. Takde pun nak tanya

"Awak nak minyak gamat untuk ibu dan anak tak?" 

Huh harammm!Aku kena jugak maintain macho dan cool. Yang jatuh muka mekap tebal ala2 hantu kubur ramai pulak yang nak tolong. What the cissskek basi betul la. Kadang2 aku rasa

“aku nie invisible ke kat mata diorang?”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...