May 28, 2009

-=L0v3 story=-


kiwi terbace menda nie kt satu website nie..fes ingatkan funny luv story tp sebaliknya..oke namo cite panjang..enjoy!

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi! kenapa abang tidak boleh terangkan sebabnya??

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan kasih sayangmu dan ingatanmu terhadapku,aku mencintaimu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu, sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu, sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.. Jika cinta memerlukan SEBAB seperti sekarang,maka aku tidak lagi mempunyai sebab untuk mencintai mu!!!Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab kerana kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam HATI..kadang2 cinta itu sukar diterjemahkan...ianya terlalu abstrak.terpulang pada individu untuk menilainya..yang pastinya..hanya cinta padaNya yang KEKAL ABADI.....

4 horlicks ais:

Ivy Metaga said...[Reply to comment]

hmmmm..so sweet cerita nih, errr...kiwi macam mana perkembangan cerita kiwi tu...aaaa...ada cuba tak hihi...

cayok2!!!!!...kiwi..

d0tbl0gsp0td0tk0m said...[Reply to comment]

huhuhu...so tiada la sebab kalu pakcik berCHENTA dgn kamu...huhuhuhuhu lariiiiiiii

__ said...[Reply to comment]

kiwi..sweet nye :D
pengertian cinta, sama seperti na yg x dpt lupakan dia, kerana dia di hati..

cinta itu sukar diterjemahkan, cinta itu kadang kala menguji, tapi semua tetap memerlukan cinta kan...

Amanie Khairunnisa said...[Reply to comment]

ivy : adeii ivy tadet perkembangan lg laa..still like dat..tadet konfiden nk ckp lg..

pakcik dot kemain : brani tol pakcik lari!kejarrrrrrrr!

na : tu la na..mase kiwi bace pon sayu jek ase..ade ke laki mcm nie lg kt zaman skang8->

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...