September 26, 2010

berfoya-foya wif luv

8: 15 a.m. : bangun, mandi, bersiap (tudung, tracksuit, tshirt, sandal) first time pakai sempoi macam tu..

9: 00 a.m : naik bus untuk ke kota tinggi bersama najwa..al maklum la duk dalam kawasan yang penuh dengan kehijauan

10: 00 a.m : sampai ke kota tinggi maka kami dengan lincah naik bus untuk ke jusco tebrau pula.

11: 00 a.m : dengan pantas dan tangkas kami memasuki jusco tebrau..terus menuju ke cinema.  mahu tengok cerita MAGIKA.  text pada eja.  

                  "eja, magika kul 1.10"

                  " oke..pilih seat blakang atau tengah2" (lebih kurang camni kot beliau balas..saya lupa suda)

                  "sume da setel..tinggal nak tengok jek"

selepas itu, saya dan najwa pun meneruskan agenda seterusnya iaitu mencari wedges untuk dipakai pergi ke kelas. ini kerana kami tidak tertahan untuk memakai heels yang boleh menyebabkan kebengkokan tulang kaki dan kesakitan pada tapak kaki.  tapi saya sangat hairan dan tidak berpuas hati apabila setiap kasut yang saya mahu sudah kehabisan saiz.  adakah ini suatu konspirasi untuk menjatuhkan saya atau kebetulan? ouh tidak..tiada yang kebetulan dalam dunia ini.  segalanya telah ditentukan. *wink.. jadi ustazah kejap..huhu..prom pram prom pram...maka sampailah eja ke JJ itu dan kami terus pergi makan di kedai makan. tak kan kedai jual tayar kereta pula.  kami makan dengan pantas kerana tidak mahu terlewat untuk menonton.

10: 30 p.m : kami telah sampai ke hostel dengan selamat.  walaupun penat tapi kami sangat gembira kerana bukan selalu kami boleh berfoya-foya seperti ini.  semester depan saya mengucapkan selamat berjaya kepada jusco tebrau tanpa kehadiran saya lagi.



ini saya tataw apa nama dia. yang saya taw ini makanan org jepun.


nak makan cepat sampai masuk dalam pinggan

pizza hut. woot !

membaca budaya kita

buku bagus untuk minda






p/s: fes time gune bahase baku dlm entry..haha gilek klaka! hebat gak penulisan bm aku eh..kui3...~

0 horlicks ais:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...