March 19, 2011

Wahai lelaki dan perempuan

Pernah dengar brotherhood?  Macam mana pulak dengan sisterhood?  Abaikan tentang neighbourhood dengan childhood.  Robin Hood jauh sekali.  Kali nie cuma nak share sedikit pendapat aku tentang brotherhood dengan sisterhood.  Biasanya lelaki selalu gunakan brotherhood.  Perempuan jarang sangat-sangat.  Bukan aku nak memperlekehkan kaum perempuan but mostly perempuan akan lupa pada kawan sendiri bila dah berpasangan.  Walaupun aku sendiri perempuan tapi aku rasa lelaki lebih pentingkan brotherhood daripada girlfriend masing-masing.  Tak percaya?  Tengok ramai yang berpasangan tapi tak kekal.  Tapi tengok pulak in term lelaki punya brotherhood. 




Aku ambil contoh abang aku sendiri.  Jarang tengok dia gaduh-masam muka-bertumbuk dengan kawan dia.  Gaduh pasal perempuan lagi tak pernah.  But girls selalu dengar gaduh pasal berebut boyfriend.  Pernah jadi masa aku sekolah asrama dulu. Gila betul sampai tercabut tudung.  Haish!  Sangat memalukan oke bergaduh pasal lelaki. Then girls selalu gaduh sesama sendiri sebab hal yang remeh habisan.  Pasal sepit baju pun boleh bawak gaduh. Haila I don' know samaada enty aku kali nie bersifat feminisme atau tak.  Tapi rasanya macam lebih berpihak pada kaum lelaki jek ain't it?

March 18, 2011

Biarkan mereka berkata

Tak semua orang akan suka apa yang kita buat.  Tak kira la sama ada yang baik atau yang buruk.  Kadang-kadang bila kita buat baik orang tetap mengata.  Buat jahat lagi la kena tembak sampai hangus.  Keluar rumah salah.  Tak keluar rumah pun salah.  Diri sendiri sampai rasa serba salah sama ada nak buat atau tidak sesuatu perkara tu.  Sebab?  Fikirkan apa yang orang bakal kata.  Hari tu terdengar seorang pakar motivasi wanita cakap.  Antara faktor kegagalan kita adalah sebab kita terlalu memikirkan apa yang orang lain cakap.  Frankly speaking.  Aku pun macam tu jugak.  Contoh paling mudah.  Cakap bahasa penjajah.  Mula nak berfikir.

"Nanti orang cakap aku berlagak pulak. Ahh cakap jek la bahasa Melayu..."




See?  Kita terlalu fikirkan apa orang cakap sampai kita tak nak improve diri kita sendiri padahal benda tu baik.  Bukan untuk diorang.  You ought to remember.  Tak semua orang suka tengok kita di atas.  Tapi sebab fikirkan sangat apa orang kata maka kita pun biarkan diri kita ikut flow masyarakat.  Larut dalam budaya yang masyarakat tetapkan yang kadang-kadang ntahhapahapa.  Kesimpulannya di sini yang aku dapat adalah kalau kita rasakan sesuatu tu baik untuk kita literally or figuratively just go on.  Nak fikirkan apa orang cakap sampai Malaysia ada 4 musim pun belum tentu diorang akan stop mengata.

May ALLAH bless.

March 17, 2011

Serta paksa


Klaka nak meninggal dunia!  Haha kira satu league dengan Anwar Hadi la dia nie.  Both of them ada style masing-masing.  But still masih worth it untuk menonton.  Sila enjoy melihat video daripada Matluthfi :)

March 16, 2011

Saya, awak dan barbie

Dapat ilham nak type entry nie lepas aku dah post entry Aku bukan princess Disney la! dan baca komen dari shahjiehan.  Sebenarnya entry nie bukan sambungan dari entry princess Disney tu.  Entry nie pasal kanak-kanak dan kita.

Komen dari shahjiehan dan Mr Vampire :

Klik kalau rasa-rasa tak nampak. 

Baru aku tersedar.  Kita nie dari kecik dah disogok dengan cerita-cerita fairytale.  Yang boleh buat kita melayang-layang atas angin, berangan nak kahwin dengan putera raja yang romantic, ensem, bla…bla..bla..  So aku sebagai perempuan ambil contoh paling mudah cerita Barbie dengan princess-princess Disney yang lain tu.  Budak-budak perempuan yang stok main fluffy toys konpem menganga kalau tengok cerita spesies macam nie.  Lepas tu mesti siap cop lagi.

"Kita nak yang kain kembang setaman tu!"

"Kita nak yang ada menatang lip lap lip lap tu!"

"Ala awak nie!  Kita cop dulu yang tu!  Uwaaaaaaa....."

Siap meraung-raung merampus dengan air mata semata-mata nak sangat cop barbie tu.  Heh.  Hakikat kan benda nie semua.  Dari kecil rupanya kita dah belajar benda-benda yang lagha.  Aku petik komen shahjiehan “elok jadi srikandi wanita solehah“

Tapi kalau tanya budak-budak sekarang siapa Fatimah Az-zahra.  Berapa je yang boleh jawab?  Tepuk dada kasi penampar sedas kat pipi sendiri.

May ALLAH bless.



Aku pun satu league je dengan budak-budak yang aku bebel kat atas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...