January 18, 2011

Ashraff bukan Ashraf

Bila aku publish nama Amanie Ashraff dekat wall facebook, terus semua kepochi2 nak tahu siapa gerangan Ashraff ni. Dan biasa la anggapan, fikiran, pendapat tipikal yang bakal keluar.

"ouh pakwe eh?"

Haha! Aku cuma tergelak kecil. Kalau malas aku senyum nipis je. Kalau aku terangkan pun bukan nak percaya. Funny ain't it? Bila kita tak nak cerita sibuk desak nak ambil tahu. Bila dah cerita tak nak percaya pulak. Lantak pi la. Yang penting aku dah cakap hal yang betul.

Oke back to the topic. Ashraff bukan siapa2 sebenarnya. Bukan jugak si Ashraf Muslim dalam ustaz Amirul tu. Ashraff ni wujud pun tak kat dalam realiti. Dia cuma watak dalam novel Versus by Hlovate. Kan aku dah pernah cakap aku perlukan antidote dalam entry sebelum ni. Maka sebab tu la timbul nama Amanie Ashraff.

Maka dengan itu sekian sahaja penerangan yang maha ringkas daripada Amanie Ashraff yang cun, sempoi dan stylo :p


Kat sini la detik percintaan aku dengan Ashraff Omar bermula :)



January 16, 2011

Wishlist makan tomyam

Entry kali nie aku nak bercerita pasal makanan pulak. Asyik tengok orang je story pasal makan. Aku pun nak cerita jugak. So ini lah makanan feveret aku kalau dah nak keluar meronggeng jalan2 dengan family. Dengan kawan belum mampu lagi. *sob3

Ni namanya nasi. Tanpa nasi takde makna nikmat makan
Main course. Tomyam my leb
Kap kap kap. Siakap

Telur bistik yang tak berapa gebu
Kangkung belashan
Sutun Sotong goreng tepung


Rightio. Ni la antara yang wajib ada kalau aku nak makan tomyam. 

Tiba2 rasa lapar :|

Dah kau ni kenapa?

Aku kan memang suka kalau tengok followers aku dah ramai dekat blog nie. Betul! Malas nak tipu2 cakap tak kisah followers tak ramai. Tapi kan aku sangat kisah dan menyampah kan bila tengok ada orang kan yang berlagak bila followers dia ramai. Ek eleh! Macam aku hadap sangat dengan semua tu. Aku ni sebenarnya malas nak buat blogwalking (nie kalau dalam mood malas) dan aku malas nak follow tapi sekadar follow je. Maksudnya aku follow semata-mata nak dia follow aku balik. Lepas tu dah tak komen apa yang followers dah penat taip kat blog dia. Tak baik ouh buat macam tu. Tapi kenapa ada sorang bloggers tu ek nak menunjuk sangat kat aku yang dia bangga dengan followers dia yang ramai tu. Then kenapa kau ikut aku follow bloggers yang sama ye. Followers ramai tapi setiap post takde orang respon pun. Wakakaka! Macam nak compete dengan aku jek. Cik yang berlagak sakit hati tak? Memang saya sengaja buat anda sakit hati. Wohoo!

Malas nak layan. Baik aku hadap kerja yang bos aku kasi lagi bagus.

Gambar menyeksa mata dan deria rasa


Err Bos, saya baru dapat sikit la nombor training provider tu. Bos marah tak? :|

January 13, 2011

Tolong jagakan aku ya!

Dah nak habis minggu kedua aku berpraktikal. Oke2 jek la kot aku kerja kat situ. Staff pun oke. Bos lagi (ditekankan) la oke. Maklum la bos muda. So boleh masuk geng la. Tapi aku masih malu2 kura2 lagi la nak kepoh kat dalam ofis tu. Bukan sebab bos encem! Ouh tidak sama sekali. Aku tak boleh kalau orang terlebih gila2 ni. Nanti aku pulak jadi pemalu. Aww! Oke malas dah cerita pasal bos. Kat kilang tu aku banyak lepak la dengan macik2. So far memang best la. (Sebab aku dapat makan free hari2). Memang boleh kata aku la gadis (uwek!) termuda kat ofis tu. Ah pendorong aku pergi kerja sebab ada sorang leng chai kachak. Hoho pakai spec tu memang taste aku la. Ala2 chenta hatiku si Ashraf Muslim gitu! Tapi belum sempat nak beramah mesra sebab aku kan pemalu (uwek lagi sekali!). Tapi masalah aku paling utama kat dalam ofis tu ialah mata aku ni memanjang je mengantuk. Dari start masuk ofis pukul 8 sampai la nak balik 530. Rasa macam ada mesin basuh kat atas mata. Haila apa mau bikin? Perlu ke aku bawa bekal kopi cap kapal api satu baldi?

Macam ni la muka aku tiap hari kat ofis :|

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...