August 8, 2011

Nak Rasa Kena Tampar Dengan Upih Kelapa ?

Assalamualaikum wbt.

Hello people.  Hari ni rasa nak kongsi sikit antara dialog-dialog yang aku rasa awesome, sentap habis dalam Contengan Jalanan.

Akmal said

Ramadan tu bukan diertikan dengan bazar Ramadan.  Bukan diertikan dengan malam tujuk likur pasang pelita.  Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung.  Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel.  Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV.  Tapi benda-benda tu la yang jadi definisi Ramadan kat Malaysia.

Kita ni kadang-kadang berlagak.  Kalau baca Quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu.  Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' tu?  Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk disebutkan dalam ayat 'wahai orang beriman...', 'wahai orang Mukmin....'  Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu?  Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam'.  Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu.

Fend said

Apabila masuk bulan puasa, perubahan pada rutin harian hanyalah tak makan dari subuh sampai senja.  Selain daripada tu, kehidupan macam biasa jugak.  Solat ikut aci dan.  Tengok wayang jalan jugak.  Jamming jalan jugak.  Main game jalan jugak.  Lepak-lepak jalan jugak.  Ramadan tu dah jadi budaya.  Bukan lagi tuntutan agama.

Indra said

Manusia lebih suka lihat apa yang dia mahu.  Jika bukan kehendak, dibutakan aja mata daripada melihat walau yang benar itu depan mata, gitu ?

K2

There's not such things as 'wrong' in arts provided that Islam is a given.  Tak ada benda yang salah bawah seni selagi segalanya ikut lesen Islam.



Now this is Amanie said

Dumbfounded.  Rasa macam kena tampar dengan upih kelapa.

August 6, 2011

Luahan Perasaan - Bukan Kerja Senang Okay !

Amaran :  Pada sesiapa yang tak suka entry jiwang atau luahan perasaan dipersilakan tekan tanda pangkah dengan segala hormatnya.

Dear you...

Susah saya nak buat keputusan ni sebenarnya.  Bukan senang nak tinggalkan awak.  Bukan senang pulak nak lupakan awak.  Haish memang susah saya nak ucapkan.  Saya tau saya jumpa awak dulu baru saya jumpa dia yang baru tapi...bukan salah saya 110% !  Dia yang asyik goda saya dengan mata dia yang cantik tu.  Jangan salah faham.  Awak pun comel.  Memang saya tak nafikan hakikat tu.  Saya tak bermaksud nak curang atau jadi playgirl atau fizikalistik.  Tak dan tak !  Saya ni setia tau tapi ye la kan.  Hati kita ni kadang-kadang bukan kita yang pegang.  Saya pun tak sangka boleh jadi perkara macam ni.  Tolong jangan salahkan diri awak.  Awak tak ada yang kurang pun.  Cuma awak kurang kasi saya impak dan keangauan macam yang dia kasi pada saya.  Dia sampai dah termasuk dalam mimpi saya tapi awak tak pernah masuk pun.  Saya tunggu jugak la awak dalam mimpi saya tapi takde pun.  Tapi takpe la awak.  Apa pun saya pasti ramai lagi perempuan kat luar yang boleh sayangkan awak lebih daripada saya.  Maafkan saya ye awak.  Tapi kalau boleh saya harap awak jangan la kapel dengan sesapa lagi.  Mana la tau saya berubah hati kan.  Selagi saya tak kahwin dengan dia awak tak boleh in relationship dengan sesapa walau kat FB !  Kalo saya nampak awak get ready je la dengan wishing death awak.  Lastly saya cuma nak cakap, saya sayang kat awak !  *Buat simbol love tangan macam org Korea selalu buat.


Sorry ye Choi Jong Hun.  Awak tak cukup macho untuk saya =.='


Helo handsome. Hehe. *Cakap ala-ala jesbon.

August 5, 2011

Panggilan Manja Untuk Kapel

Punya tak semenggah tajuk entry aku.  Entry kali ni bukan aku nak ajar readers panggilan-panggilan manja untuk kapel.  No and no.  Gila !  Ingat aku jiwang ke ?  Aku cuma penuh dengan perasaan je.  Tapi apa yang aku jumpa ni membuatkan aku terfikir kembali.  Blog aku ni dah jadi blog jiwang ke ?


Ni mesti kes entry Panggilan Manja aku baru-baru ni.  Fuh tapi aku harap depa jumpa la apa yang depa cari kalo depa tersesat kat blog aku ni.

Sebelum ni nama anak-anak stylo...ni panggilan manja untuk kapel pulak.  Lepas ni apa ?  Panggilan untuk samseng jalanan pulak ke =.='

August 4, 2011

Apa Aku Cari Cuma Ini. Aku TAK Cerewet =)

Assalamualaikum wbt.

Hello people !

Ehem3x...Test suara 8, 9, 10...

Okay peeps.  Hari ni nak bebel pasal novel/cerpen.  Selalunya aku bercerita pasal pengalaman aku jadi writer buat cerpen-cerpen ntahhapahapa aku tu.  Sekarang nak cerita pengalaman aku daripada sudut pembaca pulak.  Aku bukan seorang reader yang cerewet.  Kalo aku baca novel, aku tak kan demand aku nak watak hero lelaki kena hensem macam TOP BigBang.  Pompuan pulak aku nak comel macam aku...eh3x macam retis-retis korea tu.  Bagi aku storyline lebih penting.  Okay here apa yang aku cari dalam novel yang aku baca.

Bahasa yang simple dan sempoi.

Bahasa yang simple dan sempoi tu of course la penting.  Kalo guna prosa klasik ke klasik nasional memang tenggelam la aku.  Baru baca muka surat pertama aku dah tutup balik.  Macam Komsas dulu harem  la aku nak baca part prosa klasik.  Guna bahasa yang sempoi ni supaya aku baca pun relax je.  Takde la sat-sat aku kena cari DBP.  Fuhh !  Bila nak habis macam tu.  Boleh je nak guna satu atau dua atau tiga atau sepuluh pun but please not for the whole novel. =.='  Contohnya macam ni

"Andai kau pergi meranalah aku.  Terseksa la jiwa batinku merindukan sukmamu.."

Peh memang koma sepuluh hari la aku.

Storyline yang tak copy daripada mana-mana previous writer.

Serious aku dah jumpa novel macam ni.  Agak annoying.  Dah la tiru favourite writer aku.  Rasa macam nak...nak....dah makan KFC sekali ayam dah basi.  Lagi satu aku kureng jugak dengan novel yang buat watak anak orang berpangkat.  Aku suka yang moderate je.

Storyline yang simple tapi informasi dan inspiring.

Yang ni pulak senang cakap macam novel-novel Hlovate la.  Jalan cerita yang ringkas tapi boleh buat orang moved.  Tapi ada jugak yang tak suka novel daripada beliau.  Whatever la korang nak suka ke tak.  Aku tak suka yang jiwang semata.  Dari mula sampai akhir asyik cerita pasal cinta pasangan kekasih je.  Muntah hijau aku.  Storyline yang tangled aku cuma kasi exception pada Selamat Pengantin Baru Isteriku.  Tapi kalau ada sesapa nak suggest yang best boleh jugak.  Aku terima je.

Nama watak yang ensem-ensem dan cantik-cantik.

Kah300x...yang last ni ntah pape ntah.  Tapi aku memang memilih nama watak kalo beli novel.  Bagi aku kalo nama tu ensem jadi watak dia ensem la.  Kalo nama watak dia Dolah dan Joyah.....paham-paham sendiri je la.  Ye aku memang fizikalistik.  Keh3x tak puas hati ?

Tak ada watak banyak-banyak.

Aku tak suka cerita yang ada 3 hero sorang pompuan atau senang cakap watak hero sorang pompuan ramai atau vice versa.  Hoiihhh memang aku tak tengok lansung terus storyline dia macam mana.  No heart feelings tapi aku memang tak approve cerita macam tu.  Bagi aku cukup sorang laki sorang perempuan.  Kalo nak buat sampingan pun kawan-kawan sudah.  Tak payah la nak buat cinta bersegi-segi sampai seploh lelaki duk berebut sorang pompuan.

Jadi itu sahaja apa yang aku cari dalam sebuah novel atau cerpen tak kira la printed version atau online.  DIULANGI AKU YANG CARI.  Kalau orang lain aku tak tau la depa suka macam mana pulak.  Walau apa pun aku tak kan kutuk sesuatu karya tu walaupun kurang menepati piawaian aku.  Aku tau macam mana susah nak cari idea dan kembangkan idea tu.  Btw sikit je kan apa yang aku cari.  Aku tak cerewet dan aku memang pembaca yang baik :)

Babai !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...