July 30, 2011

Panggilan Manja

Assalamualaikum...

Good day everyone !

Mostly semasa bercinta macam-macam panggilan manja kapel-kapel ni guna.  Baby, mommy, daddy, papa, mama, sayang and bla...bla...bla...*rolling eyes

Jangan nak membongak dengan aku la.  Hangpa semua guna kan ayat ni semua.  Aku kes terkecuali.  Okay, serious mode.  Aku kan dah pergi kursus kahwin yang mana masuk Malaysia Book of Records atas penyertaan yang paling ramai iaitu berjumlah 1111.  Promote jap.  Ada satu slot ni memang menarik minat aku la sebab penceramah dia gila sempoi.  Dia cakap pasal panggilan manja ni la.  Katanya lebih kurang macam ni yang telah aku cuba ingat sebaik mungkin,

Bila dah kahwin ni la cuba kekalkan panggilan-panggilan manja tu.  Bukan masa bercinta pegang tangan je sibuk beryang-yang, berling-ling.  Dah kahwin hilang semua tu.  Then, seeloknya guna la panggilan manja yang disarankan iaitu sayang.  Kenapa guna sayang ?  Sebab sayang ni sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina tak kira la masa tu gigi pun dah tak dak.  Muka pun dah kedut macam buah mempelam expired.  Cuba la bayangkan kita dah bongkok tiga pun duk panggil baby lagi.  Tak ke mintak gelak guling-guling daripada cucu yang duk dengar.  So sayang lebih sesuai.  Kalo tak nak panggil sayang pun, cuba cari nama special yang orang lain tak panggil pasangan kita.  Kira kita je la special sebab cuma kita je yang panggil depa macam tu.

Toksah nak geli-geli buat badan meliuk-liuk la lepas kahwin kena panggil sayang bagai.  Jangan beberapa bulan je kahwin duk sayang-sayang.  Dah lama-lama panggil hoii je.  Kemesraan tu bukan nak pupuk untuk sehari dua je atau masa bercinta je.  Sampai syurga la baru style kan.

Ni sayang aku.

Babai !

3 horlicks ais:

Diera Tekikushika said...[Reply to comment]

hehehehehehhehehe =)

Miszyuyu said...[Reply to comment]

mama tengah merajuk ni papa :( sobbbsoobbbbssss... hahahahhahaha

shahjiehan said...[Reply to comment]

biasa la tu.. belum dapat mengidam bukan main lagi kan.. dah dapat... bukan main berbeza perangai.. hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...