August 8, 2011

Nak Rasa Kena Tampar Dengan Upih Kelapa ?

Assalamualaikum wbt.

Hello people.  Hari ni rasa nak kongsi sikit antara dialog-dialog yang aku rasa awesome, sentap habis dalam Contengan Jalanan.

Akmal said

Ramadan tu bukan diertikan dengan bazar Ramadan.  Bukan diertikan dengan malam tujuk likur pasang pelita.  Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung.  Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel.  Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV.  Tapi benda-benda tu la yang jadi definisi Ramadan kat Malaysia.

Kita ni kadang-kadang berlagak.  Kalau baca Quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu.  Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' tu?  Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk disebutkan dalam ayat 'wahai orang beriman...', 'wahai orang Mukmin....'  Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu?  Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam'.  Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu.

Fend said

Apabila masuk bulan puasa, perubahan pada rutin harian hanyalah tak makan dari subuh sampai senja.  Selain daripada tu, kehidupan macam biasa jugak.  Solat ikut aci dan.  Tengok wayang jalan jugak.  Jamming jalan jugak.  Main game jalan jugak.  Lepak-lepak jalan jugak.  Ramadan tu dah jadi budaya.  Bukan lagi tuntutan agama.

Indra said

Manusia lebih suka lihat apa yang dia mahu.  Jika bukan kehendak, dibutakan aja mata daripada melihat walau yang benar itu depan mata, gitu ?

K2

There's not such things as 'wrong' in arts provided that Islam is a given.  Tak ada benda yang salah bawah seni selagi segalanya ikut lesen Islam.



Now this is Amanie said

Dumbfounded.  Rasa macam kena tampar dengan upih kelapa.

0 horlicks ais:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...