Hello people !
Ehem3x...Test suara 8, 9, 10...
Okay peeps. Hari ni nak bebel pasal novel/cerpen. Selalunya aku bercerita pasal pengalaman aku jadi writer buat cerpen-cerpen ntahhapahapa aku tu. Sekarang nak cerita pengalaman aku daripada sudut pembaca pulak. Aku bukan seorang reader yang cerewet. Kalo aku baca novel, aku tak kan demand aku nak watak hero lelaki kena hensem macam TOP BigBang. Pompuan pulak aku nak comel macam aku...eh3x macam retis-retis korea tu. Bagi aku storyline lebih penting. Okay here apa yang aku cari dalam novel yang aku baca.
Bahasa yang simple dan sempoi.
Bahasa yang simple dan sempoi tu of course la penting. Kalo guna prosa klasik ke klasik nasional memang tenggelam la aku. Baru baca muka surat pertama aku dah tutup balik. Macam Komsas dulu harem la aku nak baca part prosa klasik. Guna bahasa yang sempoi ni supaya aku baca pun relax je. Takde la sat-sat aku kena cari DBP. Fuhh ! Bila nak habis macam tu. Boleh je nak guna satu atau dua atau tiga atau sepuluh pun but please not for the whole novel. =.=' Contohnya macam ni
"Andai kau pergi meranalah aku. Terseksa la jiwa batinku merindukan sukmamu.."
Peh memang koma sepuluh hari la aku.
Storyline yang tak copy daripada mana-mana previous writer.
Storyline yang simple tapi informasi dan inspiring.
Nama watak yang ensem-ensem dan cantik-cantik.
Tak ada watak banyak-banyak.
Jadi itu sahaja apa yang aku cari dalam sebuah novel atau cerpen tak kira la printed version atau online. DIULANGI AKU YANG CARI. Kalau orang lain aku tak tau la depa suka macam mana pulak. Walau apa pun aku tak kan kutuk sesuatu karya tu walaupun kurang menepati piawaian aku. Aku tau macam mana susah nak cari idea dan kembangkan idea tu. Btw sikit je kan apa yang aku cari. Aku tak cerewet dan aku memang pembaca yang baik :)
Babai !
5 horlicks ais:
da lama x menulis. haha
ari tu kt0rg carik gak novel hlovate..x jumpe =(
@vampire and his lady Haha sedar rupanya. Ingatkan tak sedar2
@ceriteraliyana Sejak bila minat Hlovate ni =.='
am, cmne nk setting komen buleh ade 'reply to comment' tu ey? ce citer sikit. haha..
Post a Comment