January 11, 2011

Bagaikan Puteri


"Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan, aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung, awan kalau dapat dicapai, maka saktilah hamba...."


Cantik susunan bahasa ayat ni kan. Ini adalah novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid. Sebenarnya aku ni boleh kata tak berapa suka nak baca novel thriller bagai ni semua. Aku kan jiwang. Baca novel ni masa tu pun sebab bosan. Duduk asrama la katakan. Memang bosan tahap patela punya la. Disebabkan bosan kira retak kat siling maka aku pun pinjam la dari domet aku. Kebetulan dia pun nak keluar outing. Lama kelamaan rasa best pulak cerita ni. Teruskan pembacaan. Sedar2 jek

"eh air apa pulak ni?"

Mangai! Boleh pulak aku berhujan sensorang atas katil. Masa tu part Laksamana Sunan terpaksa bunuh Haryani. Situasi pulak macam saja nak kenakan aku bila domet aku boleh pulak balik

"whoa kau nangis ke amanie?"

"eh mane ade. aku ngantok la baca novel nie"

Tapi last2 terpaksa gak aku ngaku aku berhujan sebab novel tu. Lepas tu aku pun dah buat keputusan! Balik pahang terus aku sambar novel ni sebijik kat kedai tak berapa popular. Sampai sekarang aku masih ikuti hikayat Laksamana Sunan. Memang terkesan kot kat hati taman batu aku ni :)


Antara ayat favourite aku dalam cerita ni. Laksamana Sunan yang cakap though that time dia tengah berhadapan dengan musuh dia


"Sebagai manusia aku sayang padamu.."

January 9, 2011

Antidote untuk ketagihan

Ada siapa tahu tak antidote untuk penyakit ketagih? Aku rasa makin kronik la penyakit aku ni. Ala cerita macam nk gempak je aku. Sebenarnya aku nak tahu antidote untuk kurangkan baca novel. Seriously aku rasa dah terlebih obses dengan novel. Tak kisah la yang dibukukan atau aku baca secara online. Tempat aku selalu melepak kat sini la penulisan2u bila aku ada masa free. Ouh sebelum ni aku ada cerita yang aku ni philophobic. Kalau tak tahu apa jadahnya perkataan tu boleh skodeng kat sini.  Each novel mesti la dia punya hero ada ciri2 yang semua perempuan nak. Hensem, tinggi, putih, beriman dan bla..bla..bla ada lagi la malas aku nak taip panjang.  Maka aku agak terpengaruh la di situ. Otak pun selalu duduk advance berfikir sampai effect jugak la dalam kehidupan sehari aku. Bila orang pandang je automatik aku cakap 


"huh nak ngorat aku la tu!"!


Almaklum lah sifat perasan dengan diri aku memang dah sebati sejak hari pertama keluar dari perut mak. Maka kat sini aku memang perlukan antidote dengan segera. Duit pun banyak habis dah sebab beli novel. Tapi walau banyak mana pun watak dalam novel hati saya tetap pada dia


V
V
V

Ashraf, estoy enamorado de ti. Huahahaha!

Di manakan ku cari ganti :)

Dah lama aku nak buat entry pasal beliau. Siapa tak kenal dengan Allahyarham seniman agung P. Ramlee. Even a 3 years old kid pun kenal aku rasa dengan beliau. Member2 pun tahu aku suka beliau. Dah lali diorang dengar aku nyanyi lagu P. Ramlee dalam kelas. Tadi pun baru habis tengok Labu Labi. Dah berapa juta kali kot tengok cerita tu. Bukan cerita tu je. Yang lain pun dah tak terkira tengok. Magik betul kan. Dah banyak kali tengok tapi tak pernah jemu. Siap boleh hafal dialog lagi. Setiap scene yang bakal jadi pun dah tahu. Punya la dah immune dengan filem2 beliau. Bagi aku pada zaman filem hitam putih beliau boleh kira hebat dalam bikin filem. 1 of the films tu Anakku Sazali. Pandai kan dia boleh buat 2 watak muka yang serupa.


Tapi apa yang kita tengok kat luar tak sama dengan apa yang realiti. Hari tu aku tengok discovery channel pasal beliau. Di sebalik 1 nama yang semua orang respect hari ni rupanya semasa beliau hidup tak semua indah. Sedih. Starting pun aku dah sebak. Sedar2 air tu dah keluar je. Saat akhir hidup beliau memang tragis. Tinggalkan dunia tanpa apa2 kemewahan. Tapi bila beliau dah tak ada baru la orang nak angkat nama beliau semula. Siap dapat anugerah lagi. Lumrah dunia kan. Bila dah tak ada baru nak hargai. Bukan la aku nak agung2kan beliau. Cuma terfikir bila pada awal kita senang semua orang ada dengan kita. Tapi bila zaman kita dah jatuh bergolek, kawan pun tak ada yang sudi menjenguk. Kawan ramai pun tak guna kalau tak boleh tolong waktu susah. But apa pun live well or live hell we choose :)

January 8, 2011

Bantuan kefahaman diperlukan segera!

Salam dan heya guys!

Aku dah beritahu sebelum ni yang aku sudah start praktikal di sini selasa lepas. So tadi bos aku dah terangkan la apa job yang bakal aku buat lepas ni. Di sebabkan aku ni kira bendul sikit susah nak faham beliau kata apa maka aku mengalami kepeningan jugak la. Lain aku tanya lain beliau jawab. Plus beliau tak masuk ofis pulak petang semalam. Oke, aku bakal di beri anugerah job. Eh dah kerja mesti la ada job. Apa hal melalut sangat ni. Mula semula. Aku di letakkan under training. Beliau cakap itu projek aku bersendirian and of course la beliau akan pantau kerja aku. Kot tak pantau nanti mahu lingkup pulak company. Aku kena cari training provider untuk pre qualified kalau tak silap aku la. Masalah pulak aku tak faham training provider tu apa jadahnya. Memang lari dari skop aku belajar dulu. Dah minta tolong dengan uncle gugel tapi pakai bahasa penjajah pulak. Maka aku pun tanpa segan silu tekan la tanda X terus kat atas lepas tahap kefahaman aku berada pada aras kritikal. Jadi ada siapa tahu dan boleh explain secara ringkas, padat, sempoi dan stylo berkenaan training provider ni? Siapa boleh terang dengan penuh bergaya nanti aku belanja air special pada korang oke :)

gambar tak ada motif penyeri entry. duh!




Ouh ye aku konpem tak dapat elaun :|
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...