January 8, 2011

Bantuan kefahaman diperlukan segera!

Salam dan heya guys!

Aku dah beritahu sebelum ni yang aku sudah start praktikal di sini selasa lepas. So tadi bos aku dah terangkan la apa job yang bakal aku buat lepas ni. Di sebabkan aku ni kira bendul sikit susah nak faham beliau kata apa maka aku mengalami kepeningan jugak la. Lain aku tanya lain beliau jawab. Plus beliau tak masuk ofis pulak petang semalam. Oke, aku bakal di beri anugerah job. Eh dah kerja mesti la ada job. Apa hal melalut sangat ni. Mula semula. Aku di letakkan under training. Beliau cakap itu projek aku bersendirian and of course la beliau akan pantau kerja aku. Kot tak pantau nanti mahu lingkup pulak company. Aku kena cari training provider untuk pre qualified kalau tak silap aku la. Masalah pulak aku tak faham training provider tu apa jadahnya. Memang lari dari skop aku belajar dulu. Dah minta tolong dengan uncle gugel tapi pakai bahasa penjajah pulak. Maka aku pun tanpa segan silu tekan la tanda X terus kat atas lepas tahap kefahaman aku berada pada aras kritikal. Jadi ada siapa tahu dan boleh explain secara ringkas, padat, sempoi dan stylo berkenaan training provider ni? Siapa boleh terang dengan penuh bergaya nanti aku belanja air special pada korang oke :)

gambar tak ada motif penyeri entry. duh!




Ouh ye aku konpem tak dapat elaun :|
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...