November 29, 2011

Padan muka pada diri sendiri

Sekarang pukul 1:28 am dan aku masih belum tido.  Suppose waktu macam ni aku dah melingkup atas katil.  Masih berjuang dengan Najwa, Mina and Jaja buat assignment Access.  Pagi nanti 6:30 dah kena kumpul kat post guard nak gerak pergi arkib negara.  Ngaaaaaa nak tido waktu bila macam ni.  Assignment nak kena hari rabu.  Memang tipu la kalo pergi arkib terus balik uni kan.  Sah-sah merayap dulu.  Pukul berapa pulak nak sampai.  Buat lagi assignment last minit.

Padan muka aku.



AKU NAK TIDOOOOOOOOO !!!!! TT.TT


TAK NAK JADI ZOMBIE !!!!

November 27, 2011

Matluthfi sebenarnya ada kembar dari Korea?

Kalo sebut pasal Matluthfi konpem la ramai kenal. Kalo tak kenai jugak tak habis xplore youtube lagi la gamaknya tu.  Aku pun ada jugak la post video luthfi kat sini.  Tapi kali ni bukan aku nak cerita pasal video dia.  Aku nak tunjuk ni kat korang.


Keh3x memang aku takde kerja duk belek muka orang.  Ada iras dalam 70 persen muka Matluthfi dengan Eunhyuk ni di mata aku.  Tak tau la kat mata orang lain macam muka sapa pulak  Buat yang tak tahu Eunhyuk members SuJu.  Untung lahh Matluthfi ada gaya macam Eunhyuk.  Ntah dia perasan ke tak agaknya muka dia ada iras sikit macam Eunhyuk sebab Luthfi ni pernah buat video pasal new album.



Ada satu lagu SuJu "Sorry Sorry" dia duk berlakon.  Hehe muka hang macam dia la, Lutfhi.  Kembar hang yang terpisah ka ni ?


Last but not least, SALAM MAAL HIJRAH !


Babai !

November 26, 2011

Tetiba Rasa Nak Berskandal Jugak!

Hailo people !

Okay ini movie korea yang di release pada 2009 kut kalo tak silap aku. Tajuk Speedy Scandal.  Tu ler pasal sengal sikit tajuk entry kali ni.  Sangat la lemmm sebab aku baru tengok semalam kat youtube. Reason aku tengok pun sebab ada budak ni.


Comel gila budak ni ! Rasa macam nak gigit-gigit je bila tengok muka dia !  Ekspresi muka dia masa dia greet grandpa dia memang priceless gila la !

Former teen idol Nam Hyeon-soo (Cha Tae-hyun) who thinks he is pretty popular is now in his thirties and working as a radio DJ. A young woman named Hwang Jeong-nam (Park Bo-young) sent stories about her being a single mother to the radio station Hyeon-soo worked at, telling him she is going to meet her father. When He finds out that he is the father of Jeong-Nam when she comes to his apartment with her son Ki-Dong ("Wang Seuk-hyun"). He also finds out that Jeong-Nam was his first love's name and the other Jeong-Nam's real name is Jae-In. Jae-In and her son, Ki-Dong. Not believing it, he goes through a DNA blood test,and the results say that they're related. Jae-in wants to perform on stage singing, but Hyeon-soo thinks this will reveal his scandal with what's happening to Jae-In, Ki Dong, and himself. Ki-Dong's dad Bak Sang-Yeoun ("Im Ji-Gyu") finds Jae-In, when she started getting popular with her singing. They meet and chat, before Sang-Yeoun thought Jae-In was in a relationship with Hyeon-soo. Later at Jae-In's performance, Ki-Dong went missing, which brought Hyen-soo to realize that he really did care for his daughter and grandson. He gave up some of his job to be with his family and started to really love them like his children and cared for them.

Haha agak panjang huh sinopsis cerita ni tapi best la cerita ni. Takde pasal cinta pun. Pasal hubungan antara anak dengan ayah je. Ada certain part buat aku gelak. Ada certain part macam masuk pasir jugak dalam mata.  Lari sikit daripada unsur-unsur cinta je memanjang.

Ah pada sesapa yang pernah tengok Boys Over Flowers mesti perasan kut ada satu scene masa Gu Jun Pyo dengan Ha Jae Kyung tengok movie pasal budak kecik tengah main kad dengan sorang laki.  Haha cerita ni la yang aku duk tengok.

Annyeong !

November 24, 2011

Giveaway Rumah Warna Coklat

Sebab bosan takde apa nak di update, aku join la giveaway daripada Rumah Warna Coklat.

Kena buat slogan okay pasal alam sekitar.

Ehem3x.

"Pemulihan Alam Sekitar,  Tanggungjawab Bersama Kerana Alam Sekitar dan Kita Memerlukan Antara Satu Sama Lain Bagi Mengekalkan Persekitaran Yang Sihat Dan Aktif."


Tag :

Eja

Jade

Nab

Aina



Sekian, Terima Kasih.

Study tak payah nak menunjuk

Assalamualaikum people !

Saya ni bukan jenis kaki study.  Boleh bilang berapa kali je saya pegang buku dalam seminggu kalo takde test, kuiz atau assignment.  Saya pegang buku time class je.  Tu pun kalo saya dah ada hand out, buku tu cuma akan jadi perhiasan atas meja saya.  Balik kelas, saya terus bukak laptop dan online Facebook.  Macam tu la kerja saya hari-hari.  Facebook lagi penting daripada study.  Iye saya tau tu tak betul.  Bila orang sindir saya, bila saya nak study saya sengih sambil cakap saya malas.  Okay bukan sebab saya akan berjaga tengah malam untuk study.  Apa kes pulak dah tido kena bangun 2-3 pagi nak study.  Masa tido untuk tido la.  Memang saya hargai masa tido saya.  Tapi kenapa orang selalu tak puas hati bila tengok saya online dan tak study?  Saya tak kisah jee kalo nak nasihat tapi jangan main sindir de..



Berbulu telinga saya dengar walaupun telinga saya takde bulu.

Perlu ke saya tunjuk depan orang hari-hari saya ngadap buku ?  Saya pergi library untuk study saya tak announce kat orang pun.  Tak kan la saya kena tunjuk bukti bila saya study.  Masa study saya adalah masa peribadi saya dengan diri saya sendiri tanpa gangguan orang lain.  Macam mana saya nak study kalo bising dan orang ajak borak ?  Awak baca la buku sepuluh jam depan saya pun, saya tak kan rajin untuk study sama jugak sebab saya malas.

Kesimpulannya, jangan la tanya bila saya nak study.  Saya memang tak study depan orang.  Saya study Facebook je depan orang.

Sekian.

Yang benar,

Tuan punya blog yang cute.

November 20, 2011

Kenapa kat Malaysia takde iklan macam ni?



Tak tau la ni iklan tahun bila tapi budak kecik ni cuteeeeee sesangat.  Rasa macam nak sepak-sepak je.  Banyak kali aku hit button replay sebab suka tengok muka dia walaupun aku tak paham sangat apa dia cakap.  Apa yang aku paham dia nak beli ais krim untuk bapak dia.  Awat kat Malaysia takde iklan comel mcm budak ni eh?  Bosan dah aku tengok iklan baby pampers tunjuk bontot.

Babai !

November 19, 2011

Rokok dan Kopiah



Okay this is way tooooo good.  Lately ni content video Luthfi ni makin best ah.  Memang tak rugi tengok.  Yang latest ni macam sedih sikit la.  Aku pun dah touching bergenang air mata bagai.  Tapi tak nangis la.  Hilang la macho nanti.

Babai !

November 18, 2011

Mulut tu Jaga Sikit Lain Kali

Assalamualaikum people.

Orang-orang selalu cakap, (ni bukan orang-orang yang kat sawah padi tu) mulut tu jangan cabul sangat.

Mulut tu jaga sikit.


Mulut tu jangan laser sangat.


Nak cakap tu lain kali pikir dulu guna kepala hotak bukan kepala lutut.

Dan yang seangkatan dengannya.  Senang cerita baik lebih banyak diamkan diri daripada mengutuk.  Kutuk dalam hati sudah la kalo dah memang jenis tak menahan kalo tak sah tak kutuk apa yang nampak depan mata.  Tapi yang aku nak cerita ni bukan laser aku duk sound orang atau aku cakap menda-menda yang bukan-bukan dalam hutan.  Ni menda lain.

Masa dip dulu dengan penuh riak dan berlagak aku asyik cakap menyampah je study kat bandar ehem-ehem tu.  Bosan laa...takde hiburan la...ada binatang-binatang je la.  Hari-hari kut cakap tak sabar nak habis nak keluar dari sini.  Tak nak datang dah sampai bila-bila.  Pehhhh betapa kurang hajonye diriku.  Cakap macam orang baru dapat kete Audi R8.  *Tetiba jeeeee..

Now dah masuk fasa yang lain pulak, mula rasa macam missed sesangat kat tempat yang lama.  Hari-hari kut aku menyebut rindu...rindu...rindu....macam nak balik sana je.  Rindu kat lecturer masa dip yang gila sporting. Kat tempat baru ni aku insan terpinggir kut.  Sob3x sebijik macam anak tiri dalam drama swasta.  Cuma aku takde la duk meleleh jee air mata.

Bila pikir balik banyak kali pasal apa aku cakap sebelum ni pasal bosan gila dan macam-macam lagi kat tempat lama tu menyesalnyaaaaaaaaaaaaaaaa aku !  Mulut tu jaga sikit lain kali.  Kan dah rasa sakit kat hati. Haihhhh susah nak cure tu.

Padan muka aku.

Babai !

November 17, 2011

Tak Elok Mainkan Perkataan Rogol

Hailo people !

Matluthfi cakap ada beza pengorbanan dengan kebodohan.

Aku pulak cakap ada beza lawak mintak gelak dengan lawak mintak pelempang.

Seriously aku tak kisah orang nak buat lawak even lawak bodoh asalkan lawak tu boleh diterima sebagai lawak untuk gelak.  Tapi kalo lawak bodo mintak pelempang susah aku nak terima.  Baru baca pasal satu post lawak kat FB pasal isu rogol merogol.  Last ayat tu rupanya pasal nyamuk.  Aku dah cuak abisan.  Mana taknya.  Rogol tu wehhhhh.....Bukan main tengteng atau latalilatamplom.  Aku macam tak boleh nak berinteraksi kut pasal lawak gitu.  Lantak la orang nak kata aku nerd tak open minded ke hape.  Bila aku dah habis baca lawak tu and tau pasal nyamuk dalam kepala hotak aku terpikir,

Menda macam ni pun boleh jadi lawak ke?

Jangan main-main wehh.  Cuak, takut, gentar dan segala perasaan yang negatif bermain-main di jiwa masa baca tu.  Tak baik permainkan perasaan insan yang inesen lagi comel macam aku ni.  Tak lawak post pasal rogol walaupun tu cuma lawak pasal nyamuk.

Babai !

November 16, 2011

Update Aktiviti Setiap Masa di FB Baru la Style!

Assalamualaikum people !

Tadi waktu sedang menuntut ilmu sambil mata sangap macam dah patploh hari tak tido, lecturer aku cakap statistik menujukkan berapa puluh ribu ntah manusia yang jadi penagih FB.  Lupa dah aku beliau cakap kat negara kita atau luar.  Beliau cakap lagi kebanyakan orang suka luahkan perasaan kat FB.  Kena tipu dengan boipren la, kawan la dan bla....bla....bla guna ayat yang kasar-kasar ni.  Pastu cakap semalam makan kat KFC padahal dah selalu makan.  Kah3x aku yang ngantuk ni pun gelak je sekali.  Tapi betul jugak la apa yang beliau cakap tu.

Dah jadi trend kut kat FB semua menda nak cerita.  Tengah buat apa.  Makan apa dengan kat mana.  Tapi yang pelik tu masuk toilet nak membuang tak cakap la.  Pesal tak buat je status macam ni.

Skang kat dalam toilet belakang rumah aku.  Aduhh kena sembelit pulak ari ni-via blueberi cap azerbaijan

Baru la thrill.  Habis semua menda nak cerita.  Makan kat tempat mahal pun sibuk nak update jugak.  Tido kat hotel mana pun nak cerita jugak.  Kena kidnap kang baru tau.  Kalo tego pasal menda macam tu pun nak update sah-sah la lepas tu post kat wall,

Sukahati la nak update buat apa pun.  Ni FB aku sukahati aku la nak cakap apa pun !

Amboi marah!  Tego cara baik pun nak marah.  Terus bagi pelempang kat muka sedas kang baru tau.

Aku tak emo masa type entry ni.  Aku dalam mode study untuk kuiz sebab kalo malas nanti membawa padah.

Babai !

November 11, 2011

Penat Jadi Dewasa Ni Oiiii!

Assalamualaikum people.

Sekarang sangat la hectic.  Badan pun lembik je semedang.  Layu je macam bunga taik ayam kena simbah dengan asid.  Aku rasa kadar metabolisme badan pun dah berkurang.  Tulang pun dah keluar bunyi krekk...krekk...Nak minum anlene aku tak suka minum susu tepung.  Nak minum anmum belum tiba masanya lagi.  Kerja kadang-kadang sedebuk bukk...bukkk...depa kasi.  Betul la nak senang tu bukan senang.  Ni yang buatkan aku rasa macam nak masuk tadika balik.  Paling koman pun sekolah rendah la.  Apa yang best masa sekolah rendah.

-Kerja sekolah banyak tapi tak seteress nak buat.


-Main lebih dari belajar.


-Tak payah pikir pasal pinjam duit sana sini.


-Tak payah pikir pasal cari rumah sewa.


-Tak payah pikir pasal facebook (zaman aku dulu la)


-Cikgu tak brutal macam lecturer.


-Main cop-cop tiang.


-Bajet dah beso je bila dah darjah 6 walaupun badan tak beso mana.


-Balik sekolah rempit naik basikal sambil keluarkan bunyi motor secara manual.


Aiiii.....memang syok la sekolah rendah.  Tak payah pening kepala bagai.  Takde penat-penat pikir pasal tanggungjawab.  Tak payah pikir nak kahwin dengan sapa.  Carefree sungguh la.

Cara cakap macam orang nak lari dari tanggungjawab je.  Takpe la.  Belajar pun ibadah jugak.  Kang elok-elok dapat pahala jadi menda lain pulak.  Mindset itu penting!

Babai !

November 9, 2011

Wordless Wednesday #2



Sampai sudah la kan memang tak dapat jadi =.=

November 8, 2011

Pengorbanan dan Kebodohan



Memang menggelepar bila tengok Mat Luthfi ada upload video baru since dah lama sangat dia tak upload.  Bila aku tengok video dia yang ni...heh memang great minds think alike betul la.  Ingat aku je yang macam pelik dengan lirik-lirik lagu cinta ni kadang-kadang.  Terlampau hiperbola sampai nampak macam memperbodohkan diri sendiri ?


Sebenarnya ada beza antara pengorbanan dengan kebodohan.  Seriously... (Mat Luthfi buat muka serius masa cakap ni) =) <<--Paling aku suka.

Anyway it is just me or memang dia makin cute sekarang.  Dah macam Korean kut aku tengok.  Wakakakaka

Babai !

November 7, 2011

Bad Guy

Hailo people.

Peh dah lama tak update blog ni. Gila malas. Sejak dah masuk belajar balik ni memang bz kemain. Bukan aku takde idea tapi malas gila nak bukak dashboard >>New Post. Kerja aku cuma study and kalo bosan aku akan menghadap drama Korea dan entry aku sekarang yang aku bakal publish ni pun pasal drama Korea. Let's cekidaut!




Baru habis layan drama ni. Dia punya tajuk Bad Guy.

Amaran : Cerita ni tak sesuai di tonton oleh viewers yang suka cerita lovey dovey cweet cangat sebab korang mungkin akan rasa bosan. Tapi bagi aku cerita ni best sebab lain dari drama korea yang selalu kita tengok.

Geon Ok (Kim Nam-Gil) is a sexy man & highly ambitious. Geon Ok attempts to get a Chaebol group by using his fatal charms and cunning mind. Jane (Han Ga-In) is a strong women who stands by her man, Geon Ok. She will attempt to protect their love.

Tera (Oh Yeon-Su) was born as the first daughter in a Chaebol family. She has never said no to her parents and went through an arranged marriage. She lives her life like the typical upperclass housewife. She then meets Geon Ok and throws herself into a heated affair.


Pesanan aku, jangan mimpi nak tengok lelaki-lelaki yang acted jambu dan comel dalam drama ni. Kalo korang rasa nak nilai cerita berdasarkan kena ada lelaki ensem plus jambu baru nak tengok, memang korang akan anggap drama ni boring.

Babai !

November 4, 2011

Happy Birthday Choi Seung Hyun


Saengil chukkaei Seung Hyun oppa !

Neomu neomu saranghae ! *lovelovelove

Ini enty perasan.  Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...