Tadi waktu sedang menuntut ilmu sambil mata sangap macam dah patploh hari tak tido, lecturer aku cakap statistik menujukkan berapa puluh ribu ntah manusia yang jadi penagih FB. Lupa dah aku beliau cakap kat negara kita atau luar. Beliau cakap lagi kebanyakan orang suka luahkan perasaan kat FB. Kena tipu dengan boipren la, kawan la dan bla....bla....bla guna ayat yang kasar-kasar ni. Pastu cakap semalam makan kat KFC padahal dah selalu makan. Kah3x aku yang ngantuk ni pun gelak je sekali. Tapi betul jugak la apa yang beliau cakap tu.
Dah jadi trend kut kat FB semua menda nak cerita. Tengah buat apa. Makan apa dengan kat mana. Tapi yang pelik tu masuk toilet nak membuang tak cakap la. Pesal tak buat je status macam ni.
Skang kat dalam toilet belakang rumah aku. Aduhh kena sembelit pulak ari ni-via blueberi cap azerbaijan
Baru la thrill. Habis semua menda nak cerita. Makan kat tempat mahal pun sibuk nak update jugak. Tido kat hotel mana pun nak cerita jugak. Kena kidnap kang baru tau. Kalo tego pasal menda macam tu pun nak update sah-sah la lepas tu post kat wall,
Sukahati la nak update buat apa pun. Ni FB aku sukahati aku la nak cakap apa pun !
Amboi marah! Tego cara baik pun nak marah. Terus bagi pelempang kat muka sedas kang baru tau.
Aku tak emo masa type entry ni. Aku dalam mode study untuk kuiz sebab kalo malas nanti membawa padah.
Babai !
4 horlicks ais:
haha ada juga terasanya..kdg2 fatin ada juga updte keluaq apa semua..
blueberi cap azerbaijan?..kah2
@fatin hanani Haha tak kisah la nak update tapi kalo dah doplohpat jam asyik cakap je tgh buat apa pegi mana mcm annoying kut
@Anak Pak Muin Ingat takde ke cap tu. Heh
Post a Comment