December 29, 2011

Nafsu Muka Buku



Arghhh !  Macam mana aku boleh lewat tau pasal lirik lagu yang osem ni ???? Baru berapa hari tak bukak FB dah ketinggalan.  Kalo nak komen pasal pitch ke laut ke, mamat ni nyanyi tak ikut melodi ke, sila jangan dengar lagu ni la.  Tapi lirik dia memang best kut.  Tahan la daripada original version yang bagi aku dengar masa first time pun dah terpikir ni lirik lagu apa menda la ajak budak sekolah bercinta.  Memang tak la kan aku nak suka.  By the way, sapa yang compose lirik ni memang osem!

Two thumbs up !

Babai !

December 22, 2011

Kemalangan lagi dan lagi


Nak kata baru minat tak jugak.  Nak kata tak pernah minat tak jugak.  Kutuk pun tak pernah.  Sebelum ni takde perasaan pun kat SuJu.  More to BigBang.  Tetiba lepas dengar Mr. Simple aku terkemalangan jatuh cinta secara tak berapa nak extreme kat SuJu.  Plus aku tertengok dimple yang ada pada Leeteuk.  Lagipun macam smart je tengok depa dance.  Tapi susah nak follow.  Kut tak boleh aku buat bahan eksesais aku.



Ngkooo !  Dah 30 juta lebih view Mr. Simple.  Bias aku dalam SuJu dah tentu la,

Left:  Heechul, EunHyuk, Teukkie


Suka Heechul sebab dia macam pelik.  Tengok perangai dia macam lebih kurang aku je.  EunHyuk sebab dia kelakar.  Teukkie sebab dia ada lesung pipit.


Ni lagi sorang. KyuHyun the evil maknae.

Okay tu je nak update.  Takde idea sebenarnya nak update apa. Terpaksa la aku bebel pasal K-Pop.

Pesanan khidmat masyarakat:  Hormat minat orang lain kalo anda nak orang lain hormat minat anda. ;)

December 18, 2011

Hari-hari macam ni boleh stress

Dah masuk 5 hari tanpa air.



Aku tensionnnnn

Aku tensionnnnn

Aku tensionnnnn

Aku tensionnnnn

Aku tensionnnnn

Gila la macam ni.  Memang mood swing habis-habisan.  Aku menjerit tiba-tiba kang tak pasal-pasal van sakit jiwa datang amik aku check in kat Tampoi.  Stresssss wehhh.  Kat blog je la boleh lepas sakit hati.  Pompuan memang sakit la kalo takde air ni.  Banyak keperluan asas terbengkalai.  Apa punya orang la.  Buat tak tau je takde air kat sini.  Tak kan nak ulang 88 kali kat sini takde air.  Suppose tau la job spec sendiri kalo dah pegang jawatan tu.  Tak kan nak goyang kaki je.  Tak kan nak tunggu kucing yang selalu tido kat koridor tu datang mengadu.  Mengata budak-budak tersangat la pandai.  Hoihhhhh seteresssss aku!  Malas type panjang-panjang!


Bai !

December 17, 2011

Negara baru dijumpai

Assalamualaikum people !

Ni betul-betul menda yang mengejutkan!  Seumur hidup aku tak tau pulak ada perkara macam ni.


Fuhhhh tak tau pulak aku selama ni ada negara bernama UNKNOWN atau bahasa melayunya TIDAK DIKETAHUI.  Ni mesti alien planet marikh turun datang melawat blog aku.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK-BANYAK-BANYAK

Sila la datang lagi.  Dah datang tu jangan lupa klik encik NUFFNANG aku ;D

Bai !

December 15, 2011

Asyik-asyik nak kahwin kontrak

Hailo people.


Sebelum terjadi apa-apa salah paham atau kesakitan hati, limpa atau hempedu biar aku jelaskan dulu entry aku ni bukan nak condemn sesapa.  Ni just pendapat aku je sebagai seorang readers yang agak-agak banyak membaca novel yang berunsur pengaratan jugak la.

Tak nak sebut mana-mana novel tapi mostly novel cinta sekarang mesti pasal kahwin paksa, kahwin kontrak.  Mula-mula kahwin pastu benci. Tido dalam bilik asing-asing.  Yang laki tu ego la tapi ensem nak mati.  Hati suka tapi mulut malu nak ngaku.  Dah ada gepren tapi skali dah jatuh cinta dengan heroin.  Kesian awek dia kena tinggal bodo gitu je lepas 4-5 tahun bercinta.  Pastu awek dia pun jadi jahat nak balas dendam.  Watak pompuan tu pulak tersangat la baik gila wehhh.  Sanggup korban apa je asalkan suami dia bahagia.  Okay yang pasal sanggup korban tu tak kisah la.  Yang aku kisah pasal kahwin kontrak tu.  Sekarang punya novel memang trend gitu ke ape?  Kalo baca kat mana-mana pun sepesen je.  Yang ubah cuma nama watak dengan cara diorang berkahwin je.  Aku baca je weh tapi bila tiap kali baca sama je jalan ceritanya jadi macam bosan pulak.  Cuma pada writer yang pandai olah jalan cerita kasi menarik tu gud job la.

Ni menurut pengamatan aku la.  Adakah kisah kahwin kontrak ni mula lepas habis cerita Full House.  Ala cerita korea yang mamat 'hitam kegemaranku' tuuuu.  Sebab lepas je cerita tu habis sikit demi sikit banyak pulak novel pasal kahwin kontrak ni.

Babai !

December 13, 2011

Ayat Suka-Serius

Genius maybe exist but that does not guarantee them to be free from dosa ;)


Originally quoted from tuan tanah on December 13, 2011.  12:40 a.m

December 12, 2011

Tunang of the year

Asslamualaikum dan Hai semua! *sambil buat mata blink-blink.

Hari ni nak cerita pasal tunang dengan kahwin lagi la.  Sekarang ni mood aku mood tunang dengan kahwin je walaupun bukan aku yang bertunang apatah lagi kahwin.  Kira ni kesinambungan entry hari tu la.  Pasal entry takde orang meminag sebab tak laku tu.  Kalo rasa masa banyak sangat sampai tak terbuang boleh klik kat sini untuk baca sambil menghayati dengan menarik nafas dalam-dalam.  Jangan sampai putus napas sudah.

Tapi hari ni tak nak sentuh sangat la pasal kahwin.  Nak sentuh pasal tunang.  Nape pasal tunang?  Eh sukati la.  Bukan aku sentuh yang haram pun.  Tunang bukan haram pun.  Pegang tunang yang manusia tu haram.  Hahahaha merepek macam orang gila.  Okay aku serius sekarang.

Sekarang ni aku perhatikan melalui muka buku, orang bertunang dah macam kahwin.  Siap ada pelamin bagai.  Gila!  Dulu orang bertunang simple je pakai baju kurung.  Pastu sarung cincin pun dalam bilik pompuan la.  Sekarang engkoooo!  Siap ada pelamin lagi.  Baju pun lip lap lip lap berbatu bata.  Sampai aku pun naik confused kengkadang.

"Ni bertunang ke menikah?"

Serious wehhh.  Aku kagum (kot) dengan orang yang sanggup keluarkan duit banyak-banyak untuk buat majlis bertunang macam nak menikah.  Tapi bagi pandangan aku yang biasa-biasa dan untuk kita-kita je ni, bertunang should be simple je.  Dalam salah satu dialog dalam novel Versus antara Jasmin dengan Minn Edina,

"Pertunangan tu takpe la dirahsiakan pun.  Perkahwinan tu yang perlu beritahu pada semua orang."

Aku setuju sesangat la.  Bertunang tak payah nak habiskan duit banyak-banyak.  Bukan sebab bertunang pun belum tentu kahwin.  Ish nauzubillah!  Jangan la mendoakan macam tu.  Cuma dalam Islam pun dianjurkan supaya bersederhana tu lebih baik.

Duit yang banyak tu baik bagi aku untuk berjimba.

Bai !

December 8, 2011

Takde Orang Meminang Sebab Tak Laku

Hailo people !

Nak luahkan perasaan sikit la. Keh3x dah lama tak jamming perasaan kat blog ni.

Lately ni, bukak je FB memember semua dah status enganged, married...ni bukan sesaja letak okay.  Ni betul-betul dalam kontek hubungan tu.  Kalo yang dah bertunang tu aku dah rasa jelez yang dah kahwin tu lagi la.  Sentap mak !!  Duk fikir-fikir bila pulak la turn aku ek.  Takde sape nak masuk meminang aku ke wehh.  Ke aku ni terlalu babyfaced sangat sampai orang ingat aku ni baligh pun tak lagi.  Probably jugak tu.  Sebab setiap kali jumpa kawan-kawan parents yang tak pernah jumpa aku, semua duk tanya aku sekolah form berapa.  Ngeh3x kembang jugak la.  Awet muda katakan sebab sentiasa senyum dan selalu simpan dalam.  Okay abaikan part makan dalam tu.  Nampak macam nak tagih perhatian pulak dahhh.

Aku rasa satu permasalahan lagi mungkin sebab aku ni kengkang kut.  Tu sebab orang takut nak masuk meminang. padahal masa kecik mak aku dah bedung tak bagi kengkang dah beso nanti.  Lagi, orang suka cakap aku pelik.  Aku tak tau la tang mana aku ni pelik.  Nak kata aku alien planet kepulauan galapagos, kalo aku terjun bangunan KLCC insyaAllah la 101% masuk bawah tanah terus.  Tapi apa-apa pun bangga gak la sebab unik tu kira aku rare la kan.  Kira takde la cliche.  Fuhhh keluar ayat pilemm terusss.  Mungkin jugak ni salah satu sebab takde orang nak masuk meminang.



Tapi aku percaya pada satu sebab je.  Jodoh belum sampai lagi.  So let it be.  One good time, ALLAH akan temukan jugak aku dengan AO aku sebab tu semua dalam bidang kuasa Dia kan selain ajal maut.  Jadi pada sesapa yang umo macam dah agak-agak bak matahari nak tenggelam di ufuk timur, banyakkan bersabar.  Jangan sedih-sedih bila orang cakap kita tak laku sebab takde orang masuk meminang.  Dia lebih tahu daripada kita.  Just serahkan semua kat dia.  Banyak-banyak la doa supaya dapat jodoh yang baik.  Takpe dapat jodoh lambat asalkan ending dia all went well bak kata omputih.

Babai !

December 4, 2011

Cerpen - Epilog Cinta Terakhir

Hailo people !

Setelah berzaman aku tak menaip akhirnya siap jugak satu cerpen aku lagi.  Tajuknya Epilog Cinta Terakhir.  So sesapa yang minat membaca tu boleh la singgah ke blog aku lagi satu.  Boleh klik kat sidebar ni bagi membawa anda terbang ke sana.

Anyeong !

December 3, 2011

Bukan berkhutbah cuma betulkan diri ;)

Assalamualaikum people.

Hari ni entry sedikit serius.  Masuk mode serius sikit yeah.

Bila dah selalu sangat orang kata pakai tudung tak semestinya baik.

Pakai tudung tu lagi teruk dari yang freehair.

Well done weh !  Berjaya buatkan temperature aku agak naik.  Indeed.  Memang betul dan banyak kes dah jadi yang pakai tudung ni buat hal yang ntahapahapantah.  Memang tak nafikan.  Bila satu menda tak betul tu dah jadi norm, orang pun tak pandang pelik dah.  Sama contoh la dengan yang pakai tudung.  Bila dah ramai pakai tudung buat menda tak baik orang dah biasa.

"Alaaa biasa la tu...ape nak heran..."

Quite menakutkan ey.  Aku petik sikit ayat-ayat dalam Versus by Hlovate.

It's not about pakai tudung dulu or buat baik dulu.  Pakai tudung tak wajib.  Tutup aurat tu wajib.  It's all about masuk ke dalam Islam tu dulu.  Bila kita paham macam mana nak jadi baik whereas maksud 'baik' bilamana kita amar makruf nahi mungkar then that is baik.  Tudung bukan melambangkan sesorang tu baik ke tak.  Tapi yang tak pakai tudung pulak memang dah sah-sah la top-up dosa walau hari-hari seribu kebaikan dia buat.

Sama la macam orang pakai seksi-seksi ni.  Aku rasa hukum tutup aurat semua orang Islam tau.  Kat sekolah konpem ustazah ajar.  Tapi macam aku bebel kat atas tadi, menda tu semua dah jadi norms.  So bila kau tayang segala aset kat badan kau pun orang dah tak heran.

Scary.  Tu je aku nak cakap.  Aku pun bukan baik sangat tapi usaha nak betulkan diri tu kena ada wehh.  Tak kan nak tunggu tua baru nak insaf.  Maut bukan kenal umur ko doploh tahun ke lima ploh tahun ke.  Kalo ada yang nak duk comdemn aku bajet ustazah ke hape lantakkk la.  Tak kan nak nasihat orang pun kena ada title ustazah.  Kata sharing is caring.  Kononnya laaa...

Babai !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...