December 12, 2011

Tunang of the year

Asslamualaikum dan Hai semua! *sambil buat mata blink-blink.

Hari ni nak cerita pasal tunang dengan kahwin lagi la.  Sekarang ni mood aku mood tunang dengan kahwin je walaupun bukan aku yang bertunang apatah lagi kahwin.  Kira ni kesinambungan entry hari tu la.  Pasal entry takde orang meminag sebab tak laku tu.  Kalo rasa masa banyak sangat sampai tak terbuang boleh klik kat sini untuk baca sambil menghayati dengan menarik nafas dalam-dalam.  Jangan sampai putus napas sudah.

Tapi hari ni tak nak sentuh sangat la pasal kahwin.  Nak sentuh pasal tunang.  Nape pasal tunang?  Eh sukati la.  Bukan aku sentuh yang haram pun.  Tunang bukan haram pun.  Pegang tunang yang manusia tu haram.  Hahahaha merepek macam orang gila.  Okay aku serius sekarang.

Sekarang ni aku perhatikan melalui muka buku, orang bertunang dah macam kahwin.  Siap ada pelamin bagai.  Gila!  Dulu orang bertunang simple je pakai baju kurung.  Pastu sarung cincin pun dalam bilik pompuan la.  Sekarang engkoooo!  Siap ada pelamin lagi.  Baju pun lip lap lip lap berbatu bata.  Sampai aku pun naik confused kengkadang.

"Ni bertunang ke menikah?"

Serious wehhh.  Aku kagum (kot) dengan orang yang sanggup keluarkan duit banyak-banyak untuk buat majlis bertunang macam nak menikah.  Tapi bagi pandangan aku yang biasa-biasa dan untuk kita-kita je ni, bertunang should be simple je.  Dalam salah satu dialog dalam novel Versus antara Jasmin dengan Minn Edina,

"Pertunangan tu takpe la dirahsiakan pun.  Perkahwinan tu yang perlu beritahu pada semua orang."

Aku setuju sesangat la.  Bertunang tak payah nak habiskan duit banyak-banyak.  Bukan sebab bertunang pun belum tentu kahwin.  Ish nauzubillah!  Jangan la mendoakan macam tu.  Cuma dalam Islam pun dianjurkan supaya bersederhana tu lebih baik.

Duit yang banyak tu baik bagi aku untuk berjimba.

Bai !

4 horlicks ais:

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah said...[Reply to comment]

lets berjimba next year bulan 4 kat pwtc.

Azizah a.k.a N.a.z said...[Reply to comment]

tahniah!!
awk antara pemenang GA RWC..
tolong email nama dan alamat di zid_zah@yahoo.com

Anak Pak Muin said...[Reply to comment]

truly agree!

アヌムちゃん said...[Reply to comment]

btoll..org btunang skang mcm nk bkawen.hoho.tp depa punya duit nnk buat cmne.uhuhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...