March 4, 2011

Anak, bapak dan emak


Seriously aku suka video Mat Luthfi yang nie.  I've mentioned before dalam previous entry yang nie bahawasanya sikap parents tak semestinya akan menurun pada anak.  It depends on the individual personally.  This video memang kelakar tapi mendalam tu.  So terimalah daripada Mat Luthfi =)

March 3, 2011

Kendur dan tegang

Satu tengah hari yang hening.  Melepak depan tv sambil sebelah tangan laju tukar ganti makan kerepek pisang bersama ahli keluarga yang lain.  Yummy enak dan rangup.  Iklan silih berganti bertukar.  Hangin jugak rasanya.  Tiba-tiba keluar iklan yang menyentapkan jiwa.

"Inginkan p*** d*** yang tegang..yada..yada..dan bla...bla..bla..." diiringi dengan gambar belon.



Aku terkaku.  Terlupa sekejap pada kerepek di tangan yang berada di awang-awangan belum sempat masuk ke mulut.  Mulut tertutup rapat tapi biji mata dah macam nak terkeluar dari plug.  Sekilas mata menjeling pada seisi rumah. Ada abah dan adik lelakiku yang belum baligh lagi.  Lepas iklan habis baru aku sambung balik aktiviti makan kerepek tapi kali nie dengan perlahan.

Gila betul!  Boleh ke aku nak kategorikan iklan tu sebagai 18sx.  Aku dengan rasminya malu nak tengok iklan tu dengan kehadiran kaum adam.  Aiyoo dah takde cara lain ke nak publishkan menda alah tu?  Semakin berani kot iklan kat tv nie.  Kendur, tegang..haish!  Mari boikot!

Hahaha aku yang kena boikot nanti =p

March 2, 2011

Boleh speaking kira berlagak ke

Hari nie aku nak cakap pasal Bahasa Inggeris.

Hikayat Pertama

English aku sekarang dah berkarat. Risau jugak aku. Terabur sana sini grammar. Memang hancuss. Aku sedar benda nie bila aku nak tulis dekat blog. Sebab kalau korang perasan la kan kalau aku review pasal novel dalam blog aku akan type dalam English. Boleh chek grammar aku kat sini dan sini. Nak belajar balik, aku dah habis sekolah. So memang aku kena belajar sendiri tapi takde guidance pulak yang betul2 terel untuk aku refer. Dulu aku apply TESL tapi tak dapat. Demit. Aku sebenarnya suka gila English. Sejak sekolah rendah lagi. Aku pun tak tahu kenapa aku minat. Kawan2 pun selalu tanya kalau ada yang diorang tak paham. *kembang hidung jap Tapi itu la masalah sekarang English aku pun sekarang dah rusty macam besi kena simbah dengan air.

Hikayat Kedua

Aku tak tahu sama ada nie berlaku di tempat lain atau tak. Salah satu contoh aku nak kasi.

"Can you please hand me the water?"

Cuba korang imagine aku cakap macam tu dengan loghat ala2 Harry Potter. Ada certain orang rasa menyampah. Katanya.

"Nak menunjuk la tu cakap slang macam tu."

"Macam bagus jek."

Haish! Tapi ada jugak yang cakap.

"Whoaaa best la dengar slang kau."

"Kau student TESL ke?"

Aku tak pernah kena sound atau kena puji macam kat atas tu. Sebab aku jarang speaking. Mungkin jugak tu antara penyumbang kekaratan English aku. Ada orang yang pandai cakap English tapi bab writing dia agak kureng. Ada yang pandai writing tapi speaking dia ke laut which is me. But ada yang fortunate dia boleh master dua2. English sangat penting sekarang. That day, aku handle caller yang cakap fully English. Aku faham dia cakap apa tapi English aku dah kelaut. Aku main taram je cakap asalkan dia faham. Urgh! Masa tu aku tekad aku kena improve English aku. Tapi masalah bila kita cuba nak cakap English orang akan assume kita berlagak. What the katak bawah tempurung. Orang nak majukan diri sendiri. Takde kaitan dengan berlagak. Susah kadang2 dengan orang kita nie. *sigh

Oke sebelum aku berhenti babbling, aku nak share tips sikit cara nak upgrade English cara aku sendiri.

1) Baca komik English.
2) Tengok kartun yang cakap English macam Spongebob. Tengok yang berat korang yang pening nanti :)
3) Tengok filem/drama English tanpa subtitles.
4) Speak English dengan diri sendiri. This really works oke. Trust me.
5) Baca kamus.

So that's itu. Tu cara aku belajar English. Happy reading. May peace be upon you guys :)

Aku suka slang Anwar Hadi dengan Maria Elena ^^

March 1, 2011

Gila kedekut

Aku tak tahu la sama ada aku jek atau korang turut merasa dan menerima nasib yang sama macam aku.  Aku perasan sejak 2-3 bulan nie duit tabung aku kat nuffnang tak gerak-gerak.  Menten jek RM11.50 dari hari itu.  Apakah?  Nuffnang nak boikot aku ke hape nie?  Aku dah follow semua instructions yang dia suruh.  Tapi menten jek macam tu.  Haha aku memang tamak. Nak duit masuk cepat-cepat.  Siapa tak suka duit kan.  Sebelum nie aku ada register Youth Club. Dia lebih kurang macam Churp-Churp jugak tapi aku dah lama tak bukak sebab takda orang nak klik pun.  Semua orang mintak belanja kalau diorang klik.  Bukan aku tak nak belanja, *alasan orang kedekut tapi korang sendiri malas nak klik macam mana nak dapat duit.  Suruh tembak iklan nuff aku pun korang malas.  Nie kan pulak nak klik Churp-Churp aku.  Haila.  Meratapi nasib.

THE END

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...