Masa sekolah dulu, aku ingat lagi jawab test Pendidikan Islam untuk SPM kalau ada soalan yang bertanya
"Mengapa remaja sekarang suka bla..bla..bla..."
Oke aku tahu ramai akan jawab termasuk aku sendiri adalah
"kurang didikan agama daripada ibu bapa."
Gila glamor jawapan tu. Aku rasa jawapan kurang didikan agama mesti akan ditulis oleh pelajar sebab jawapan tu dah konpem ikut skema lembaga peperiksaan. Tapi kadang2 bila fikir balik jawapan tu macam kurang tepat kalau nak aplikasi kan pada realiti kehidupan. Hambik keluar bahasa aras tinggi! Sebenarnya ada je yang dah dapat cukup bekalan agama daripada parents tapi masih lagi buat loklaq kat luar sana tu. Ada jugak yang tak dapat cukup bekalan agama dari parents tapi oke je jadi budak baik.
Pokok pangkalnya kat sini adalah sama ada kita berpegang atau tak pada agama kita sendiri. Setakat tahu pun tak guna jugak. Macam valentine segala tu. Bukan kita tak tahu benda tu haram. Kita bukan manusia buta hukum dengan agama kita sendiri. Tapi masih jugak nak buat benda yang dah terang di suluh oleh spotlight tu berdosa. Ehe aku tahu buat benda yang bukan2 tu sedap. Sebab aku buat jugak benda2 yang sedap tu. Jarang nak muhasabah diri sendiri. Termasuk aku sendiri. Aku tahu mesti orang cakap
"Ala pakai mulut senang la. Buat sikit nak tengok"
"Kubur kan masing2. Jaga hal sendiri sudah!"
Bukan senang nak jadi baik yang betul2 ikut skema ALLAH dan Rasul tapi
"Hey korang nak rasa nikmat dunia je ke? Tak nak rasa eternal happiness?"
Heh.
May peace be upon U :)
Best jadi baby. Suci murni :) |
6 horlicks ais:
yup...jd bby lg best!! tpi..apa boleh buat..dah ketentuan dari Allah. yg penting..pokok pangkal pada hati. :)
ehe btol tu yang. sume depends pada diri kite sendiri nk jd cmne :)
yup..it's easier to talk, but to do?..hehh..depends on ourself..salam maulidur rasul~~
yeaa bro. sebenarnya depends pd diri sendiri. ibu bapa dah kasi yg terbaik utk kita. kita sendiri tentukan nk jd ape
tgok bnde lagha je mst mulut ni nk membebel..automatik pny la!
yg tu x dpt den nk nolong
Post a Comment