September 30, 2011

Sepanjang Masa Kegemaran. Macam Ni Pun Boleh Ke?


Hello people !

Lama tak merepek kat rumah buruk ni.  Semua orang mesti ada all-time favourite drama masing-masing tak terkecuali diriku ini.  Tapi sorry to say my choice ialah drama korea la.  No heart feelings.  No hard feelings.

Aku kan suka gila la menengok Worlds Within.  Dah banyak kali kut aku duk ulang tayang kat Maaduu.  Kut kalau Maaduu duk sangkut-sangkut aku beralih arah tengok kat youtube tapi since youtube dah takde store cerita ni aku kena la tengok kat Maaduu balik.  Ada dua sebab je kenapa aku suka tengok.  Takde la sampai doploh ke lapan puloh kenapa aku suka tengok.

1.  Ada Hyun Bin dengan Song Hye Kyo

Aku takde la obses kat depa berdua ni tapi aku memang suka tengok depa berdua berlakon dalam cerita ni.  Kah3x aku dah la dah lama tangkap cintan kat Song Hye Kyo ni since dalam Autumn in My Heart lagi.  Hyun Bin pulak baru-baru je kut lagi masa tengok Secret Garden.  Hensommmm wehhh dia senyum ada lesung pipittt !!  Mak aku tengok konpem berkenan buat menantu.  Mak aku je la. Abah aku mau la baling parang kontot  kat aku.  Tak pun duk kejar dengan parang macam dalam cerita Do Re Mi tu.

2.  Storyline

Macam mana aku nak huraikan eh bab storyline ni.  Aku bukan belajar pengarahan drama pun.  Pengarahan drama sendiri pernah la.  Drama ni macam unlike Secret Garden, BOF, Full House and bla...bla...bla whereas every watak dalam drama tu digambarkan sebagai baik.  Sampai tak pernah buat salah.  Jenis muka inesen jeee memanjang.  Dalam cerita ni every watak ada ego masing-masing.  Ada bad sides masing-masing.  Macam tak ada la watak yang baik sesangat kononnya contoh Jan Di macam BOF.  Drama ni about reality bukan fantasy cinta yang good-good tu.  So maybe sebab tu drama ni dapat low rating.  Jalan cerita dia berat dan membosan but aku suka je tengok.  Sesekali penat jugak tengok drama yang asyik romance je memanjang.  Aku pun tak reti nak describe macam mana tapi yang aku tau aku suka tengok drama ni.  For me la drama ni tak sesuai dikategorikan sebagai santai.  Tapi aku suka je tengok.

Babai !

September 29, 2011

Saya dan Matluthfi



Hello people !

Happy Thursday.  Tak ada apa nak cerita sangat pun.  Sesaja nak share video daripada Matluthfi.  Quite sure ramai orang macam dalam video ni. :)

Till then !

September 25, 2011

Memang BAGUSSSS Sungguhlah!

BAGUS laaa kalau pakai baju labuh.

BAGUS laaa kalau pakai tudung labuh.

BAGUS laaa kalau pakai seluar longgar.

BAGUS laaa kalau pakai stoking dengan hujung lengan baju berkancing.

BAGUS laaa kalau dah rasa nak ubah penampilan yang menutup aurat bukan membalut aurat.

BAGUS laaa kalau tak bercouple sebab couple tu haram.

BAGUS laaa kalau tak masuk cinema sebab lagha.

BAGUS laaa solat cukup 5 waktu sehari semalam.

Tapi...

Lagi BAGUSSSSS kalau bila bercakap tu pun CANTIK sikittt.  Jangan sesuka hati bukak aib orang.  Pakai tudung labuh dengan dress code muslimah belum boleh bawak label baik lagi.

Terima kaseyyyyyyyy !

September 24, 2011

Siapa Tak Suka JANGAN Baca Entry Ini :D

Hari ni bersamaan pada 24 September 2011, my baby BB yakni GD, TOP and Seungri akan datang ke Malaysia.  Tak lupa jugak pada darling FT Island dan Park Jung Min.  Aku dah pernah war-warkan kat SINI.


Gila la wehhh.  Aku rasa macam nak tarik rambut je sebab tak dapat pergi konsert depa ni.  Dah la nak tengok depa mai KL pun susah.  Sekali depa turun aku pulak tak dapat mai sebab kesempitan wang.  Haihh !  Memang teringin je kut nak tengok Park Jung Min ni depan mata.  First kenai dia ni masa dalam SS501 la.  Masa tu so-so je.  Tak nampak mana best dia ni.  Tapi tengok MV Not Alone tu mak aihhhh terus pitam.


Huahahaha FT Island.  Aku kenai Hongki mula-mula kut kat You're Beautiful.  Pastu layan Kpop Hitz kat 705.  Okay frankly aku mula-mula minat kat depa ni sebab depa ni jambu-jambu.  Sape tak suka menda cantik depan mata kan.  Jangan nak membongak la.  Tapi bukan sebab fizikal je aku suka.  Suara Hongki power kut.  Suara husky gituuuu.  Ada je lagi group yang jambu tapi aku tak berapa sangat la contoh CN Blue tu.

From left :  TOP, baby panda, GD

Ni part of the BB je sebab depa je yang mai Malaysia hari ni.  Tapi bila cakap pasai BB ni sampai sudahhhhh aku nyesal sebab....*bunyi dramatik sket....Aku dulu kutuk kaw kambing kat depa masa tengok MV Beautiful Hangover terutama sekali kat TOP.  Memang aku benci gila kat BB ni. T.T

"Menda ntah group Bigbang ni.  Muka tak ensem.  Ntah pape je lagu.  Dah la suara laki tu kasar!"  (masa tu TOP tengah rapping).

Aaa statement ni la yang aku cakap masa tu.  Nyesal weh !!! Aku tak observe betul-betul muka depa masa tu.  Lepas dengar lagu Love Song baru la aku sedar....aku dah tersilap *tundukkan muka.

That's why people said, tak baik membenci.  Nanti jadi sayang.  Huahaha aku dah kena sumpahan tu.  Now I'm VIP fans.  Ngeh3x.

Eh macam banyak pulak aku explain pasal BB ni.

Whatever it is, sesaja je buat entry ni.  Aku takde idea sebenarnya nak update blog sejak duk bertapa kat gunung Wushan ni.  Ni pun aku terlepas jap.

Babai !

September 17, 2011

Puisi Cinta Yang Epik

Assalamualaikum people.

Waaaa dah lama aku tak update blog rupanya. Sorry semua bukan sebab aku busy, tapi sebab aku malas.  Ikhlas mengaku ni aku memang malas gila nak update blog sekarang.  Tapi tiba-tiba terasa nak update blog pada hari ini sebab dapat pencahayaan agung daripada pakcik Shakespeare.  Diilhamkan oleh Aime.

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate
Rough winds do shake the darling buds of May
And summer's lease hath all too short a date
Sometime too hot the eye of heaven shines
And often is his gold complexion dimm'd
And every fair from fair sometime declines
By chance or nature's changing course untrimm'd
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou owest
Nor shall death brag thou wander'st in his shade
When in eternal lines to time thou growest
So long as men can breathe or eyes can see
So long lives this and this gives life to these

Aaa sape-sape yang belajar literature masa sekolah dulu mesti familiar dengan Sonnet 18 ni.  Puisi ni susah nak faham maksud sebab vocabulary kita yang limited and ayat-ayat dia yang pakai level degree 18 tingkat.  Tapi pada aku puisi ni sangat la sweet dan mendalam lines by lines.  Kena penghayatan yang tinggi kalo nak buat ni.  So sesapa yang nak ngorat aku sila buat puisi macam pakcik Shakespeare ni dulu baru la aku KIV.  Cehh gaya aku hot market je kan.

Seremmm pulak aku tengok mata pakcik ni.  =.=


Babai !

p/s: Sehebat mana puisi ni tetap tak mampu nak kalahkan ayat-ayat dalam al-Quran :)

September 13, 2011

Warkah Berlagu Pilu Si Penglipurlara

Assalamualaikum people

Now aku sekarang berada di salah satu tempat di Pahang yang penuh dengan kehijauan dan haiwan-haiwan yang extreme di kalangan manusia.  Mungkin ada yang tahu kottt aku ada kat mana.  Ada yang maybe tak tahu. Pada yang tak tahu tu bagus.  Anggap je la aku pergi betapa di gunung Wushan.

Masuk cerita sedih pulak.  Lepas ni jarang dah kot boleh berfoya-foya di blog dengan FB.  Dah ada komitmen baru ni so tak boleh nak online galak sangat la.  Kena kawal kadar hormon yang menggeletis nak online.  Nak update blog pun malas.  Dengan kadar kelajuan broadband  selaju siput sedut srupp sruppp memang la buat mengoren je.  Silap-silap blog pun tak berupdate 4-8 tahun.

Malas dah type.  Nanti la cerita pe menda yang aku buat

Babai !

September 12, 2011

Korean Music Wave 2011 : I'll be there!

Okay pada peminat k-pop mesti dah tahu bahawasanya pada 24 September ini Korean Music Wave 2011 akan diadakan di Stadium Merdeka.  Antara yang akan datang adalah of course my baby Bigbang.  Kalo depa tak mai entry ni pun tak wujud.  Lagi Park Jung Min, FT Island, U-Kiss and bla...bla...bla...Ada la lagi tapi aku tak ingat sangat.  Tapi to be specific ahli BB yang datang cuma GD, T.O.P and baby panda Seungri.  First time BB akan datang ke Malaysia tapi aku tak dapat datang.  Wowowo aku sangat sedih okay.  Hari tu kemain aku duk tempek komen dan ayat-ayat manis kat page dengan gambar depa siap speaking omputih lagi suruh depa mai Malaysia.  Depa mai aku pulak tak dapat mai.  Sadis sungguh.  Kalo aku kayoo memang aku pergi dah Stadium Merdeka tu.  Siap beli tiket yang depan muka aku betul.  Ish3x membazir tu amalan syaitan nirrojimmm AO oiiiii !



Aku siap donlod lagi video ni konon-konon macam depa bitau aku la depa nak mai Malaysia secara personal pada aku.  Ye aku memang kuat perasan. Taeyang sangat la comel dalam video greeting ni.  Biasanya dia la yang shy-shy cat.  GD and T.O.P macam biasa ensem setiap masa.  Seungri cute macam panda.

GD :  I'll be there


Aku :  T_T

September 11, 2011

Patahlah Hati...

Assalamualaikum people.

Kehadapan readers,

Ketika anda semua membaca entry ini pada ketika ini dan saat sini...saya telah berada di satu tempat di Pahang untuk melakar takdir hidup saya sendiri.  It's sad though ini untuk masa depan saya sendiri.  Bukan senang weh nak tinggalkan rumah walaupun aku dah biasa je duduk jauh dari rumah since poreber.  Bila aku dah pergi sana, for sure aku tak dapat nak melepak dah bersama kekasih-kekasih merabanku.  Tak dapat nak online FB ketika senang dan susah.  Tak dapat nak update blog walaupun update blog ni pun sekali tak sekala.

Ni muka-muka yang aku sedih bila dah jarang dapat bersama depa seperti sebelum ni.

Ni Inab

Aina ada kut dalam ramai-ramai ni

Okay kalo Aina terbaca entry aku ni, aku tau kau ada dalam ramai-ramai gambar nombor dua tu. Haha....depa dua orang ni best buddy aku di alam maya ni.  In short geng meraban sesama dalam group LuvHlovate.  Sedihnya nanti masuk sekolah dah tak boleh lepak sesama lagi sampai pagi.  Dah tak boleh nak merepek meraban.

Yang lain pun sedih jugak tapi both of depa berdua ni gila sikit.  Eh bukan sikit.  Dah tahap overdose.  Tu la pasal aku dramatik lebih.

Ucapan aku untuk Inab dan Aina,

AKU TAK SAYANG KAT KORANG !

Babai !

September 10, 2011

Memperkenalkan Cik Minah Penyanyi 3!

Assalamualaikum people.

Hari ni nak show off sikittttt.  Baru-baru ni yakni pada Selasa lepas, abang courier telah menghantar satu bungkusan pada aku yang ketika itu tengah bersiap nak berfoya-foya di Kuantan.  Bank in hari Isnin, Rabu dah sampai.  Bagus3x.  Cepat dan pantas.  Macam ni baru aku suka.  Aku telah menandatangan dan menulis nama aku pada borang pemendantah yang dia kasi.  Abang tu kata tulis nama dan sign.  First time woh aku sign sebab selama ni mak aku yang sign.  Aku duk dendiam dalam rumah sebab aku tak mandi lagi.  Silakan menengoknya.

Yang kat belakang tu bukan lipan eh.


Kalo ada yang tak tau lagi ni merupakan MP3.  Aku tau MP3 ni tak canggih mana.  Konpem la depa duk cakap

"EK ELEHHHH ORANG DAH TAK PAKAI LA SPESIES MACAM NI!!!"

Eh bagus la kalo orang dah tak pakai.  Baru la rare.  Kah1000000x.  Aku beli pun sebab nak dengar lagu bukan nak menunjuk kat orang.  Aku beli dengan harga RM60 sekali memory card 4gb.  So ni kira aset aku yang nombor 4 lepas Nur Compaq dengan henset-henset picisan aku tu.  Moga-moga aku akan lebih semangat belajar selepas ini.

Babai !

T-shirt maaduu aku bila nak sampai ntah =.=

September 9, 2011

Amanie Ashraff dalam Edisi Perasaan yang Perasan

Assalamualaikum semua.

Swooshhh! (Efek daun kena tiup angin)

Sebenarnya....aku bukan seorang yang senang meluahkan kata-kata cinta yang memualkan tekak.  Bukan senang aku nak overdose texting sayang-baby-ucuk dengan berlainan jantina secara serious.  Walaupun untuk main-main pun jauh sekali kadang-kadang.  Geli je aku rasa.  Aku rasa aku dah macam gay kalo buat begitu.  Tapi semalam buat pertama kali dalam hidup aku meluahkan perasaan aku pada seseorang dan haruslah dia tu seseorang yang istimewa dalam hati suci nurani aku ni.  Bila terfikir balik

"HEH KO GILA KE CAKAP I LEBIU KAT ORANG YANG TAK KENAL KO LANSUNG???"

Tapi nak buat macam mana?  Perasaan ni bukan menda yang aku boleh kawal.  Datang dengan sendiri tanpa kupinta.  Sob3x.  Meh aku tunjuk bukti kenyataan cinta aku pada seseorang tu.

Tengok betul kan.  Aku cakap tak ada main tipu punya :D

Tengok aku takde tipu punya.  Kat T.O.P dengan Hyun Bin pun aku tak pernah cakap direct macam ni.  Ohh sungguh puas kurasakan bila dah meluahkan perasaan yang perasan ini.

Babai !

September 7, 2011

Budak 3 Tahun Pun Dah Pandai Cari Gaduh Sekarang


Cantik kan ?  Kan?  Angry bird tuuuuu.  Korang ada ?  Tak ada kannnn.  Mahal weh selipar ni harga RM99.90 harga Malaysia.  Tempat beli kat shopping complex Enga Hongi.  Bapak bangga gila muka aku bila aku dapat jalan-jalan sekitar rumah dengan pakai selipar ni depan budak-budak bawah umur tu semua.  Tapi ada sorang budak ni dia cukup tak puas hati dengan aku.

"Cantik kan selipar kakak?"  Tunjuk sambil buat muka bangga.

"Tak cantik pun..."  Bibir mencebik.  Muka tak puas hati.  Blah dari tempat kejadian.

Then dia datang lagi sambil tengok secara bersungguh-sungguh selipar aku.

"Cantik kan?"  Muka bangga lagi sekali plus nak sakitkan hati budak kecik tu.

"Tak cantik pun!  Tak cantik kan?"  Menghasut rakan yang turut bersama beliau pada ketika itu.

"Tak nak kawan Tisya dah!" Marah dengan penuh emosi.

"Tak nak kawan kakak jugak!" Kemudian mereka berlari ke depan rumah untuk makan kuih raya.

Dan menda tu berulang 3-4 kali dengan penggunaan dialog yang sama.

Kureng punya budak kecik umur 3 tahun.  Kecik-kecik dah pandai cari pasal dengan aku.  Sapa kata budak kecik zaman sekarang tak boleh menghasut ?  Advance betul la budak-budak kecik zaman sekarang.


Ni la musuh aku.

September 5, 2011

Cita-Cita Saya Nak Jadi Cikgu Tapi Dah Besar Jadi Hantu Pulak

Assalamualaikum people.

Selamat Hari Raya lagi untuk hari yang keberapa aku lupa.  Aaa jangan duk tertanya mana gambar baju raya atau ekspedisi raya aku.  Dah kasi tau awal-awal aku tak beraya.  Aku lepak kat rumah je dari bulan lima ari tu dan sampai la saat entry ni di publish.  Tapi kali ni bukan nak cerita pasal raya sebab aku takde story beskot merry pasal raya.

Sejak dah berusia dewasa ni kan asyik terkenang je zaman kecik-kecik yang kiut-kiut tu dulu.  Bukan sekarang tak kiut dah, cuma ganti dengan kacak je.  Masa sekolah rendah dulu kalo kena isi kad 001 atau memenda yang suruh isi pasal cita-cita harussss la nombor 1 tu isi doktor.  Aku pun tak tau la nape.  Padahal tak minat lelansung kerja doktor tu.  Aku tengok member aku semua letak doktor aku letak je la doktor!  Tak puas hati ke hah??  Nampak bebenor inesen masa tu.

Nombor dua aku akan letak cikgu.  Hah yang ni memang cita-cita aku tapi aku tak paham nape boleh jatuh nombor dua.  Mesti pengaruh rakan sebaya banyak sangat ni sampai doktor yang aku tak minat tu boleh jadi nombor satu.  Aku nak jadi cikgu ajar bahasa penjajah sebenornye.  Sampai ke sekarang cita-cita tu masih tersemat dalam jiwa raga aku walaupun aku tau dah semakin jauh untuk dicapai.  Sob300x

Polis.  Nombor tiga ni sampai sekarang aku tertanya-tanya macam mana aku boleh letak.  Memenda ntah polis lepasnya.  Polis ni back up je sebenarnya kalo kad-kad tu tanya cita-cita lebih daripada dua.  Lagipun zaman kanak-kanak inesen dulu mana la aku tau kewujudan software engineer, pharmacist, astronaut sume tu.  Kot kalo aku isi kije saintis rambut ngerbang dalam borang kang tak pasal-pasal aku tergolong dalam kategori kanak-kanak advance pulakkkk.  Susah pulak kalo dah besar nanti aku buat kes.

Babai !

Ohhh ceria sungguh zaman inensenku =.=

September 1, 2011

Update Raya Yang Kesepian

Selamat Hari Raya yang ke-3 people.

Amacam raya korang ?  Berapa guni duit raya dapat collect hasil rombongan cik kiah korang beraya ?  Tak pun dapat less dari RM10 je ?  Kalo dapat kurang dari tu, maksudnya raya korang memang sadis!  Huahahahaa (ketawa joker citer batman).  Duit raya aku ?  Jangan di tanya berapa.  Bagi aku, untuk seseorang yang dah boleh mengundi ni, hasil duit raya aku quite lumayan jugak.  Tak perlu aku berhias bagai pakai baju kurung.  Duk rumah makan beskot raya, tengok tv sambil berbaring menongkat kepala dengan sebelah tangan pun boleh collect duit raya tanpa berpenat lelah.  Duit raya adik-adik aku pun tak sebanyak aku.  Padan muka depa.



Raya aku sebenarnya tak adalah meriah sangat.  Biasa la bukan raya kat kampung.  Nak nyanyi lagu balik kampung dengan dendang perantau pun tak dapat nak feeling habis.  Baju raya pun aku tak beli tahun ni.  Sob3x.  Kad raya jangan cakap la.  Satu je dapat.  Mesej raya ?  Haremmmmmmm.  Semua pakat main post kat FB je.  Alahhhh aku pun post kat FB je.  Jimat dan menang.  Adil dan saksama.  Tak ada la kes kecik hati kalo tak hantar kad raya atau mesej raya pun.  Lepak je la kalo orang tak hantar kad raya kat kita.  Pe de hal. Kad raya je pun.  Bukan duit raya mahupun kuih raya.

Walau apa pun, raya kali ni jap je kut untuk student sebab a week after raya dah kena naik sekolah.  Ada yang dah mula nak sambung study.  Aku pulak bakal berhijrah untuk melakar takdir hidup sendiri.

Babai !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...