September 1, 2011

Update Raya Yang Kesepian

Selamat Hari Raya yang ke-3 people.

Amacam raya korang ?  Berapa guni duit raya dapat collect hasil rombongan cik kiah korang beraya ?  Tak pun dapat less dari RM10 je ?  Kalo dapat kurang dari tu, maksudnya raya korang memang sadis!  Huahahahaa (ketawa joker citer batman).  Duit raya aku ?  Jangan di tanya berapa.  Bagi aku, untuk seseorang yang dah boleh mengundi ni, hasil duit raya aku quite lumayan jugak.  Tak perlu aku berhias bagai pakai baju kurung.  Duk rumah makan beskot raya, tengok tv sambil berbaring menongkat kepala dengan sebelah tangan pun boleh collect duit raya tanpa berpenat lelah.  Duit raya adik-adik aku pun tak sebanyak aku.  Padan muka depa.



Raya aku sebenarnya tak adalah meriah sangat.  Biasa la bukan raya kat kampung.  Nak nyanyi lagu balik kampung dengan dendang perantau pun tak dapat nak feeling habis.  Baju raya pun aku tak beli tahun ni.  Sob3x.  Kad raya jangan cakap la.  Satu je dapat.  Mesej raya ?  Haremmmmmmm.  Semua pakat main post kat FB je.  Alahhhh aku pun post kat FB je.  Jimat dan menang.  Adil dan saksama.  Tak ada la kes kecik hati kalo tak hantar kad raya atau mesej raya pun.  Lepak je la kalo orang tak hantar kad raya kat kita.  Pe de hal. Kad raya je pun.  Bukan duit raya mahupun kuih raya.

Walau apa pun, raya kali ni jap je kut untuk student sebab a week after raya dah kena naik sekolah.  Ada yang dah mula nak sambung study.  Aku pulak bakal berhijrah untuk melakar takdir hidup sendiri.

Babai !

2 horlicks ais:

アヌム ちゃん said...[Reply to comment]

wahh bunyi mcm dpt byk duit raya tu.heeeeee

fatin hanani said...[Reply to comment]

hehe fatin nya raya ok la meriah nya 2 hehe
duit rya pun blh la hehe

am...
selamat hari raya :) Sempat lagi kan nak ucap hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...