September 10, 2011

Memperkenalkan Cik Minah Penyanyi 3!

Assalamualaikum people.

Hari ni nak show off sikittttt.  Baru-baru ni yakni pada Selasa lepas, abang courier telah menghantar satu bungkusan pada aku yang ketika itu tengah bersiap nak berfoya-foya di Kuantan.  Bank in hari Isnin, Rabu dah sampai.  Bagus3x.  Cepat dan pantas.  Macam ni baru aku suka.  Aku telah menandatangan dan menulis nama aku pada borang pemendantah yang dia kasi.  Abang tu kata tulis nama dan sign.  First time woh aku sign sebab selama ni mak aku yang sign.  Aku duk dendiam dalam rumah sebab aku tak mandi lagi.  Silakan menengoknya.

Yang kat belakang tu bukan lipan eh.


Kalo ada yang tak tau lagi ni merupakan MP3.  Aku tau MP3 ni tak canggih mana.  Konpem la depa duk cakap

"EK ELEHHHH ORANG DAH TAK PAKAI LA SPESIES MACAM NI!!!"

Eh bagus la kalo orang dah tak pakai.  Baru la rare.  Kah1000000x.  Aku beli pun sebab nak dengar lagu bukan nak menunjuk kat orang.  Aku beli dengan harga RM60 sekali memory card 4gb.  So ni kira aset aku yang nombor 4 lepas Nur Compaq dengan henset-henset picisan aku tu.  Moga-moga aku akan lebih semangat belajar selepas ini.

Babai !

T-shirt maaduu aku bila nak sampai ntah =.=

5 horlicks ais:

aina safi said...[Reply to comment]

murah! carikan aq 1 wei!

Miszyuyu said...[Reply to comment]

aihhhh! hahah sudah beli brg2 kena bg nama kt dia taw.. ni nama dia apa

Aieda Adnan said...[Reply to comment]

ipod 60 hggit.mmg best r..haha

anumuchan said...[Reply to comment]

pink ke purpleee..best2.heee..xde pn ipod..huuuu

Amanie Khairunnisa said...[Reply to comment]

All : ni MP3. bukan ipod. haha saya pun tak tau la nape die tulis ipod kat blakang tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...