October 17, 2011

Kisah Pak Cik Lab yang Evil

Assalamualaikum people.

Bila marah kadang-kadang kita tak kan sedar apa yang kita cakap.  Sampai terkeluar perkataan yang sepatutnya pun ye jugak.  Meh aku nak story sikit apa yang terjadi pada satu hari yang hening hari tu.

Aku baru je bukak FB dalam lab sementara nak tunggu lecturer masuk.  One of my coursemate pun masuk sambil bawak beg.  Patutnya tak boleh bawak beg tapi biase la depa ni bukan jenis ikut arahan sangat.  Ikutkan aku pun nak je bawak masuk beg dalam lab.  Hah pastu terjadi la menda yang hampir-hampir membuatkan aku kutip jantung atas lantai.

Ada satu pop up amaran yang suruh keluarkan beg.  Aku ignore je la.  Then belum sempat coursemate aku tu nak bawak keluar beg dia, technician tu masuk dengan gaya seladang naik minyak.  Pehh boleh dia ngamuk sambil tolak pc kat meja tu.  Yang tak boleh blah dia boleh samakan kitorang dengan setan.  Memang sentap la kan.  Dah la masuk gaya gitu then boleh pulak main cakap je kitorang conteng meja dengan buat sampah.  Helo encik !  Pernah dengar perkataan siasat dulu tak?  Kut ye pun kena marah dengan orang atasan jangan la main lepas je kat student yang inesen macam kami ni.  Kitorang dumbfounded.  Tak tau ape salah tiba-tiba je kena marah.  Tak nak pc rosak tapi dia boleh pulak main tolak pc.  Siap ugut lagi kut jangan ngadu kat orang.  Tau pulak takuttt.  Mentang-mentang la kitorang semua perempuan.  Tak pernah hayat aku jumpa orang boleh samakan manusia dengan setan.

Kawan aku tu pun pergi la mintak maaf kat dia sebab dia cakap selagi coursemate aku tu tak mintak maaf dia akan terus kacau kitorang.  Coursemate aku cakap bila dia masuk bilik tu boleh pulak technician tu cool macam menda tadi tak pernah jadi.  That man cakap dia marah bukan sebab coursemate aku tu bawak masuk beg tapi sebab makan dalam lab.
What the ?? Bila masa kitorang makan dalam lab ??  Sah aku rasa dia ada multiple personality disorder yang tak funny lansung.

Hoihhhhhh memang aku ingat la muke kau sampai bila-bila kan !!

3 horlicks ais:

fatin hanani said...[Reply to comment]

wah fatin yg baca ni pun blh rasa geram...
blh plakkan dy ikut dan mcm 2 ja..
or maybe dy geram sbb stdnt dy kena mrh ngan org atasan..2 yg dy marh korang

Anak Pak Muin said...[Reply to comment]

haha...die nk cover malu r kot 2

T.Y.R.A Lu ll a by said...[Reply to comment]

haha pakat ramai toce dy balik :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...