October 9, 2011

Video 3GP

Assalamualaikum people !

Masih ingatkah anda pada video aku yang lepas bertajuk Saya dan Pak Arab.  Apa terjadi bila aku yang suka merepek dan kuat tido berjumpa dengan pak arab yang sebenar?  Korang ingat aku main-main ye bila aku cakap aku jumpa pak arab.  Ni bukan orang yang bernama arab ataupun orang pakistan jual karpet.  Ni pak arab betul-betul kejadian.  Kelasss tau !  Pensyarah dari al-Azhar datang wehh ke tempat aku bertapa ni.  Kira excited la jugak walaupun sepatah aku paham yang berpatah-patah lagi tu aku tak paham.  They all cakap bosan sebab tak faham tapi aku rasa kalau depa faham pun depa akan tetap cakap bosan sebab tajuk diskusi pasal Islam.  Ada ke remaja biasa-biasa yang suka hu ha yang suka dengar pasal benda macam ni.  Tapi bagi aku best je.  Mengantuk tu memang tipu la kalo aku cakap aku tak mengantuk tapi still aku cuba fokus bila dengar pak arab tu cakap.  Besides ada translator dalam bahasa melayu so shouldn't be a problem at all.


Ni hasilnya bila aku pergi diskusi tu.  Kalo korang paham apa yang aku tulis memang korang terel la.  Banyak cerita menarik yang pak arab tu cerita.  Tapi aku kurang ingat sangat nak type semula.  Takut salah pulak informasi tu.  Antara yang aku ingat adalah sorang kristian pernah cakap,

Orang Islam sekarang telah meninggalkan akhlak yang baik di mana akhlak baik itu akan menjadi kebaikan pada seluruh dunia sekiranya akhlak baik itu diamalkan.


Aku rasa true indeed menda ni sebab ramai sekarang ni Islam pada nama dan keturunan je.  In simple diskusi tu memang menarik tapi cuma sejam lebih je.  I hope dia akan datang lagi la ke tempat bertapa aku ni :)

Sebelum aku mengundur diri, terimalah video 3GP untuk tontonan umum.


Mungkin kualiti video ni kurang elok kut.  Pape pun enjoy !

Babai !

1 horlicks ais:

Tyra Lullaby said...[Reply to comment]

kamu faham tak Pak Arab tuh cakap pe syg? huhu ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...