November 30, 2010

dahsyat betul !

Saya takut dengan budak sekolah sekarang. Tadi baru lepas tengok 1 video di facebook ini pasal budak sekolah baik punya buat aksi raba meraba dalam kelas. Tengok pada usia macam dalam umur 15-17 tahun. Ish budak2 zaman sekarang ini selamba je buat macam itu. Member siap boleh rakam lagi. Tak malu ke kalau jiran, adik beradik, saudara mara plus lagi buat sakit jantung mak ayah sendiri yang tengok. Biasalah kan kalau orang dah tengok benda macam ini dialog tipikal yang biasa keluar

"ish anak sape la ni.."

Terpalit juga nama mak dan ayah. Tak kasihan ke pada mereka sebab salah kita mereka yang terkena tempias. Mereka tidak akan cakap "eh tuan kucing sape la ni.." Tak tahu la apa nak jadi budak sekarang. Zaman saya dulu sekolah tak ada pulak macam ini. Walaupun saya baru la 3 tahun habis sekolah menengah. Sikit pun tak ada rasa malu buat macam itu. Budak sekarang makin berani. Mula2 buat yang light2 lepas itu terjadi lah kes buang bayi sebab tak sanggup nak tanggung malu. Nauzubillah! Harap peliharalah diri kita sendiri. Usia muda cuma sekali. Tak kan nak bazirkan untuk perkara yang sia2. Do something to make yourself and your parents proud of you. Bukan untuk perkara yang memalukan. Jangan sampai nasi dah jadi hangit baru nak sedar. At least kalau jadi bubur boleh makan lagi macam bubur ayam McD tu :)



November 29, 2010

shades contest a.k.a kaca mata hitam :)

Wohoo! First time saya joint contest ini sebab telah di tag oleh kakak saya, cik yuyuk yang tak habis2 nak tag kalau ada contest. Sebelum ini saya bz so tak joint sangat contest yang kena tag. So  sebab hari ini rajin saya joint je la.

Penganjur contest ini adalah Miss Genit



Oke gambar yang saya main letak je ini masa saya jalan2 cari marka di Melaka hari itu. Haha entah ada harapan ke tak nak menang. Cuba saje la. Tuah ayam nampak kat kaki. Tuah saya nampak pada kaca mata hitam. Yeah!

4 orang yang saya nak tag adalah







Contest ini akan tamat pada 15 December. Sempat lagi if korang nak pose dengan shades :)

I cinta U lah sayang!

"I rindu u la b. Rindu sampai nak hentak kepala pada dinding."

"Sayang, I tak sihat la hari ni. Rasa macam ada kutu dalam perut"

Tipikal dialog untuk pasangan yang berkapel. Korang yang berkapel tu tipu sangatlah kan kalau tak ada guna dialog pengaratan macam ini. Siapa tak mengaku boleh humban diri dalam laut mati sekarang. Kalau tak ada macam ini sikit pun mesti ada. Tapi macam mana pula kalau yang pengucap dialog ini dua2 jantina perempuan? Dah sah terus kena cop lesbo. Macam mana aku tahu? Heh, sebab aku dah kena. Aduh salah ke dua perempuan guna dialog macam ini? Aku pun selalu juga guna tapi bukanlah pada semua perempuan. Bukan sebab nak menggedik ke apa. It just happens. Lagipun kami masih tahu dan berpegang pada agama kami. Kami sedar kami dilahirkan sebagai apa dan pasangan kami nanti berjantina apa. Stop making a judgement.

First rules of human behavior is not making assumption. Yeah aku tahu memang orang akan cop lesbo. Aku tak ada la nak sentap ke apa. Tapi dah ada mulut kan. Sila la ringankan mulut itu bertanya betul ke tak. Jangan cepat sangat nak salah sangka. Jangan nak terus "eh korang nie lesbo ke ape". U know it can turned to be a slander. Well maybe ada orang yang tak selesa bila tengok sesama perempuan bersayang, berhoney madu, ber"b", ber"c" tapi ada aku kesah? Haha btw bersangka baiklah sesama manusia. Tak salah kan?


November 28, 2010

terima kasih sahabat

Saya ada 1 hikayat panji semerang yang saya nak kongsi dengan anda semua. Hikayat ini sebenarnya tak lah segempak titanic, lagenda budak setan dan romeo and juliet. Ini bingkisan dari apa yang saya pernah lalui setahun lebih lepas. Saya memang seorang peng'on9' yang tegar. Saya selalu masuk ke chatroom untuk membuang masa yang berharga ini. 

Farah Masyura

Nama ini memang beri kesan dalam hidup saya. Walaupun kesan yang tak besar tapi luka tetap terasa. Lukanya mungkin dah sembuh tapi parut tetap ada. Wah saya memang ada hubungan yang istimewa dengan dia tapi suka saya nyatakan ianya tidak melanggar hukum Islam. Dia sangat memahami saya, kami berkongsi cerita, saling meluahkan apa yang dirasa. Sehingga satu hari saya dapat tahu the truth about her. Saya memang terkejut. Tak sangka lansung dia macam itu. Lama juga saya tak singgah ke chatroom sebab peristiwa itu. Bukan kerana malu tapi kerana terkilan dia berbuat demikian dan mengata saya yang bukan2 pula. Tapi saya tak rasa terjejas sebab semua orang tahu kebenarannya. Bak kata white man let by gones be by gones. Ikut hati saya go to h**l saje pada dia. Pada akhir bulan 5 tahun ini saya kenal dengan cek puteh:). Sekarang dia adalah my second Farah Masyura. Kadang2 rasa macam dejavu pula. Mungkin tak sama perasaan itu sebab orangnya pun berbeza tapi walau apa pun saya cuma nak cek puteh tahu

"saya sayang awak"



tag dari cek puteh

tengah syok skodeng mamat kacak membunuh dekat fb tadi, tiba2 cek puteh conteng dinding saya. dia cakap "awak dapat award". wah saya apa lagi dengan penuh bergaya terus la pergi ke blog dia. haha ingat ambil macam itu saje tapi ada rules and regulations pula. saya kalau nak jawab soalan yang malas sangat sebab itu sekolah sampai darjah 3. saya suka ambil award then paste terus saje di blog saya tapi cek puteh punya pasal saya buat juga la.

soalan wajib jawab

1. http://vanilawhitechocolate.blogspot.com di mata kalian.. that's my blog !

(belum tengok, sila blogwalking)

2. nama blog anda dan kenapa letak nama tu.


3. nama URL blog anda dan dari mana datangnya idea itu.


4. apakah method dalam penulisan blog anda.


5. apa perasaan anda bila lihat blog orang cantik dan menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri cantik tp.merendahkan diri).


6. bilakah blog anda diwujudkan.
7. siapakah orang yang pertama tahu dan menjadi follower blog anda?

8. sila tag 5 nama lain untuk menerima award tersebut dan forwardkan syarat-syarat ini.


ini jawapan tak semenggah dari saya

blog yang comel macam saya sebab amiey tak comel pon :p

nama blog saya adalah http://b0n3c4-j4L4n4n.blogspot.com dan dapat ilham nama ini sebab apa eh ? lupa la sebab apa kerana saya main tibai saje letak masa itu.

saya menulis berdasarkan apa yang saya lihat, rasa dan nampak. saya hanya menulis dan tak kisah orang nak kata apa pun sebab ini hasil tangan saya sendiri.

rasa cemburu juge tapi saya berpuas hati dengan blog saya sebab saya bermula dengan membuat teratak ini dengan ilmu yang zero. saya tak tahu apa2 tentang nak add widget ke apa lagi yang menarik.

blog saya mula beroperasi pada 27 March 2009 pukul 6:30 pagi.

orang yang pertama tahu adalah cik neslo dan follower saya yang pertama adalah bekas kawan baik saya.

5 orang yang rasa nak ambil award ini ambil lah. sharing is caring :)


kawaii mamat dalam pix ini*dub dab

November 27, 2010

pilihan jahanam

tajuk tak macam apa pulak kan. ini adalah antara berita yang disiarkan dalam metro semalam. dekat frontpage pakai font size besar lagi. siapa yang ada membeli atau terbeli mesti sudah tahu tentang cerita ini. berkenaan seorang ibu yang sanggup dirogol oleh penyamun untuk mengelakkan penyamun tersebut merogol anak perempuannya. lebih haram jadah lagi apabila tergamak rakan penyamun tersebut merakam aksi sadis terbabit dihadapan anak perempuan wanita tersebut. bila aku baca berita tersebut (sebenarnya tak habis baca pun sebab aku curi baca dekat kedai buku) memang tersentak. jantung macam dah lompat ke anak tekak. sebu di dada. terkelu lidah. 3 minit setengah kemudian terkeluarlah ayat indah " bangang punya jantan!@#%^$@^#*&#%@!#* ! lebih kurang macam itu la bunyinya. tak sesuai pula kalau aku siarkan di sini sebab aku sudah setting tidak-mengandungi-kandungan-dewasa.

memang lahabau betul la. memang bahan perosak yang merosakkan sekeliling saja. pakai clorox pun belum tentu boleh hilang. tergamak buat macam itu pada kaum wanita. sudah lah menyamun rumah mangsa tapi bila tak puas hati dengan hasil rompakan boleh pula nak rogol segala. urgh ! aku bersikap feminis ? ouh ini bukan masalah feminis ataupun tidak. ini tentang perangai manusia yang tak ada lansung hati perut! letakkan diri mereka dalam situasi tersebut. boleh gelak guling2 dari kedah sampai johor ke apabila kakak-ibu-adik perempuan sendiri diperlakukan macam itu? aku rasa memang putus nyawa lah orang yang buat macam itu. tapi tak tahulah kalau mereka spesies yang main langgar saja tak kira dah ada pertalian darah yang kuat atau tak. semua ini membuatkan aku terfikir kadangkala dunia ini sudah tidak selamat lagi untuk aku. mungkin untuk kaum lelaki juga barangkali. mohon dilindungi dari segala musibah dan kecelakaan. berita penuh di sini

may ALLAH bless

November 26, 2010

jejak kasih setelah 8 tahun

Peringatan : percubaan pertama menggunakan bahasa Inggeris dalam entry. kalau ada kesalahan dalam grammar atau susunan ayat please do not hesitate untuk betulkan. terima kasih.

today, nothing much i wanted to update on my blog. just wanna share some of experience for today. it has been 8 years since i've lost contact with my friends in primary school. haha so what do u know. i got a date with one of my friend named Wardah. i used to be a close friend to her. so since it has been 8 years we didn't meet each other, i've been kinda wondering. will she be shy or gila2 or will it be me who will act that way. gosh ! but somehow i didn't feel nervous-shy-palpitation syndrome in my gene. hurm after she arrived, we just started to chat like we already met in the school the day before. wardah is still the same. already increasing her height but still cannot beat me ! the super senpai ! 

can you guys see the obviously difference in height there ? *evil laugh

haha oke2 cut the super part. still like the old wardah. but i could sensed a bit difference. so true. everybody grows up along with time. haha quite of jejak kasih and nostalgic actually. the activities for today was watching the movie : Rapunzel, some kind of singing, taking pictures here and there and that's it ! a bit of frustrated coz i didn't get the chance to play bowling. urgh ! i lost my opportunities to show my specialty which is strike without a pin downs. shessh ! sappy ain't it ? but anyway i enjoy it very well today. and all thanks to facebook because jejak kasih is successfully done by me meeting with this budak pendek.

end of story.

kerana sepasang mata itu

Amaran : entry kali ini berunsurkan sedikit gedik. sila sediakan baldi dan air secukupnya. terima kasih.

rasa macam gedik pulak bila first time nak tulis entry macam ini. ehem3. ouh aku sangat suka lelaki mata sepet. aduh boleh buat zygomatic major tersungging dekat bibir. maybe sebab overdose tengok drama dengan filem korean + japan membuatkan aku terkena badi macam ini. actually aku tak minat artis2 lelaki atau perempuan dalam Malaysia ini. bukan nak kata mereka semua itu ada masalah sosial ke berlagak macho ke dan lain2. no offense meant. ini masalah dalaman jiwa raga basikal dan perasaan. besides, guys in both countries sangat jambu dan saya err..suka tengok lelaki jambu air separuh masak (err..tak apa kan buat statement macam ini ?)




agak2 bile kite boleh declare eh ?.
senyuman membunuh 7 juta megawatt

November 24, 2010

"pssttt..i dah tak tahan ni...."

petang itu aku dengan dua orang kawan bertendang sejak sekolah menengah datang berjumpa. maklumlah bukan selalu dapat berjumpa sejak masing-masing dah mula melebarkan langkah (fuh ayat!) cari destinasi untuk sambung belajar. lepas dah mengumpat seround dua kat kentaki we all pun cari port lain untuk sambung aktiviti ice breaking. destinasi pilihan adalah di pekan riverfront. kira ini je la tempat kalau nak lepak kat bandar. then kitorang pun pick la nak duduk menghadap sungai konon2 nak merasa adrenaline rush. baru memulakan langkah terasa ada kelibat orang lain yang cuba nak rebut tempat itu. wah ini tak boleh dibiarkan! aku pun terus buka langkah. "cepat wei nnti die dapat duk tempat tu!" aku dah jerit ala2 mak tiri suruh anak balik basuh baju. tapi nampaknya dia lagi pantas dari kitorang. damn! mamat spek itu pandang meraikan kejayaan beliau merampas tempat itu dari kami. argh aku tak puas hati! aku hanya mampu pandang bersama bara dendam di dada! suddenly, kitorang nampak 1 girl ini menuju ke arah mamat spek itu. ouh patut lah sibuk nak berebut. nak buat sesi beromen beramah mesra rupanya. aku terus scan budak itu. mata dah macam yoyo cuba nak analisa menggunakan naluri pendekar yang aku miliki.

i bukan perempuan tu okay..*sopan laugh

dresscode : tudung lepas ke bawah (tutup dada lah tu maknanya), baju labuh dan suar slack. erm dresscode budak baik di Malaysia. sampai saja dekat mamat tu, aik ? dia bukak tudung dowh! pergh hangat! aku cuba fikir positif mungkin adik dia barangkali tapi incik otak tetap tak membenarkan aku berfikiran begitu. aku tak kasi peluang. macam2 style dan gaya cuba aku buat untuk melihat apa yang mereka buat. incik2 devil terus mendesak aku supaya jadi busybody melihat apa yang mereka lakukan. adoiyai tak agak2. kot tak tahan sangat dah jangan la buat in public. apa nak jadi lah sekarang. maksiat dah tak malu2 lagi menzahirkan keindahannya dihadapan orang ramai.

ya Allah lindungilah aku dari godaan syaitan dan hawa nafsu..amin.

may ALLAH bless

November 22, 2010

saya budak baik. tengoklah tudung saya!

alkisah tersebutlah kisah. bertudung litup tak semestinya baik dan berskirt pendek tak semestinya jahat. jangan salah faham. aku bukan cuba nak provok atau cari gaduh. bukan juga cuba nak betulkan apa yang dah semestinya salah dalam agama. aku masih tahu lagi bezakan antara yang hak dan batil. pergh aura budak skema dah masuk kerja !

aku berkawan dengan semua orang tak kira lah tudung litup ke tudung separuh bogel senget ke skirt labuh or skirt singkat. cuma kadangkala hairan apabila yang bertudung lagi over daripada yang tak bertudung. yang labuh bakal mak mertua cakap " wah bagus budak ni..boleh jd calon menantu mi tali " sambil urut dagu yg dah semestinya tak ada janggut itu. yang seksi pulak "hish ko neh tak reti pilih yang berjenis sket ke ? " aiyak, look is only skin deep la macik. dalam mau kira juga. biasa lah itu label baik dalam masyarakat. tudung litup, pakai baju kurung cekak di lengan, pakai stoking segala. nak lagi mantap pula pakai purdah ! fuh kira complete pakej lah. itu label baik bagi masyarakat di Malaysia. tapi macam mana pula kalau dia tak jaga pergaulan dia eh macik ? kenapa dia boleh keluar masuk panggung wayang tu ? agak2 boleh bawak lagi ke label "saya budak baik. pilih lah saya. " lagi menarik mereka lagi hebat apabila mereka lah juara bertahan dalam membuat ketupat. siap tambah perisa ajinomoto, megi cukup rasa dan bla..bla..bla.. ( lempar mercun ketupat baru tahu ). senang cakap lain kali " jangan tengok perempuan berdasarkan tudungnya sahaja"

p/s : saya belum layak lagi bawa label baik :|

saya menang lagi !



haha begitulah katanya kt award ini..apa yang cantik sangat blog aku ini entah lah...macam rumah mayat ada lah.

Peraturan / Undang yang harus/wajib Dipatuhi selepas mendapat Award

1. di sana ( haha ) saya dengan setinggi-tinggi penghargaan mengucapkan terima kasih kepada my lady cik puteh sebab beri award ini pada saya. ( ucapan ala-ala menang anugerah oscar )

2. 6 artis yang saya minat
aiyak saya tak minat artis la. artis minat saya ada la *muka ketat*

1. sixth sense
2. cik taylor swift
3. encik afgan shah reza
4. .......
5. .......
6. ......

3. 10 orang lain untuk terima award ini

1. krie
2. kak yuyuk
3. lyana najwa
4. eja razif
5. lionteen

next number siapa nak ambil tu ambil la =p

entry annoying ke ?

perempuan jiwanya sangat halus dan lembut. tidak mustahil juga lagi lembut daripada softan dan semua softener yang wujud di muka bumi. sekeras-keras wanita ( mangai..ko ke neh amanie ? ) pun akhirnya lembut juga. ibarat kerak nasi lah katakan. haha mana lagi aku dapat inspirasi nak taip ayat2 pengaratan dan penuh gula macam ini kalau tak dari novel aku yang berlambak sampai abah aku ugut nak bakar ! jangan bergurau macam tu abah ! hatiku ku tak kuat untuk terimanya ! haha okay cut the crap. now masuk gear serius katak pulak. pelik aku tengok perempuan yang menangis macam mati suami bila putus dengan kekasih di ulangi lagi sekali KEKASIH atau in uganda teman lelaki. okay i know aku tak penah merasa lagi so aku pandai la nak kutuk orang. well aku pun sebenarnya tak nak merasa. sebab aku tahu sakit aku tak nak rasa. aku senang saje nikah terus ! kenapa aku nak nikah terus ? sebab aku tahu kita selalu tewas pada nafsu. aku bukan bersifat maksum. but hey then someone shout to me !

"bercinta tu penting la..kalu x cmne nk kenal die tu baek or x kan ? "

dey kichi ! pernah dengar solat istikharah tak ? fyi istikharah bukan untuk tengok that part saje tapi untuk petunjuk whether decisions kita buat itu betul atau tidak. cinta itu memang fitrah manusia. aku akui dan aku bersyukur sebab dikurniakan perasaan sayang. tapi kadangkala dalam kita nak menzahirkan perasaan sayang itu terkadang kita tersalah. love is not a sin but our action towards it kadangkala yang boleh jadi dosa. entry aku kali ini agak annoying ain't it ? tapi ini cuma pendapat aku saje dan tidak terniat untuk sindir@kutuk@puji@perli. just babbling all the way apa yang aku rasa betul. biasalah nak jadi budak skema ;)


may ALLAH bless

November 21, 2010

yang hidup pasti akan mati

semalam tepat pukul 3: 30 petang waktu Malaysia, dia telah pergi tinggalkan aku buat selamanya. rasa macam semalam baru aku pegang dia, usap badannya walaupun tak segebu mana. sungguh ! aku tak sangka hari itu akan tiba juga. rasa seperti belum bersedia lagi untuk berpisah dengannya kerana dia antara terpenting dalam hidup aku dan rakan2yang lain. sebelum ini aku sudah kehilangan. hari semalam aku kehilangan lagi. bukan mudah untuk berhadapan dengan kehilangan. dia terlalu setia dengan aku. teman di kala senang dan susah. tidak pernah tinggalkan aku keseorangan walaupun kadang kala aku tinggalkan dia kerana terlalu seronok bersama rakan yang lain. aku tahu setiap yang hidup pasti akan merasai mati. mungkin hari ini giliran dia, giliran kita pula siapa yang tahu. aku cuma mampu berdoa semoga dia tenang. namun rasa terkilan tetap terselit di celah baju kerana aku lansung tidak menyedari bahawa dia telah pergi meninggalkan aku untuk selamanya... maafkan aku ! berehatlah dengan aman..

kehilangan yg pertama

kehilangan yg kedua


p/s : dia yang di maksudkan di atas adalah jam tangan mickey aku :|

November 19, 2010

jiran oh jiran

budi bahasa budaya kita ! check .
hormat menghormati sesama jiran tetangga.  check ( ? )

sungguhlah aku tak berapa nak faham kadang2 dengan perangai manusia ini. bukan aku nak kutuk jiran sendiri apa lagi nak mengumpat. memang bagus ada jiran. orang cakap jiran ini umpama saudara kita sendiri bila kita dalam kesusahan. okay aku take note that part. sure ! abah tengah2 malam sanggup bangun dari tidur yang lena bila dapat call daripada jiran mengatakan suaminya sakit dan perlu di bawa ke hospital. ( abah aku bangga jadi anakmu ! ) walhal jarang sekali kami pinta pertolongan daripada mereka kalau kami alami kesusahan sebab kami belum pernah lagi mengalami kesusahan hingga perlu meminta pertolongan orang luar. ( alhamdulillah ). raya haji baru2 ini terjadi lagi satu cerita. malam itu anaknya datang ke rumah aku untuk meminta barang masakan untuk di masak pada hari esok. ya dengan baik hati mak aku berikan. keesokan harinya, pukul 8 pagi dia menghantar makanan pada jiran2 lain sedangkan rumah aku tidak dihantar . oke datang part panas hati pulak get ready ! go !

bukan la aku hadap sangat nak makan makanan yang dia masak tu. tapi apa kes bila orang buat baik dia boleh buat macamnie lak. if nak suruh aku cerita abes mau bleh jd ensiklopedia neh. bila aku tanya pada abah "kenape la abah susah2 tolong die padahal die tu slalu headwind jek dgn kite..." abah cuma diam. haish cakap dengan abah aku neh nanti aku yang kena balik. whatever it is, apa yang kita buat kita akan dapat balik. sekarang ini kalau nak balas balik dah pakai cash. tak main la buku 555 dah.

November 13, 2010

mood kembali ke sekolah !

aiseh..sedar tak sedar da 3 years aku tinggalkan zaman sekolah..pahit mcm biji kopi asli, manis sampai bley kena diabetes, masin mcm kuah overdose garam. kelat mcm hape ntah ! zaman skolah yg riang ria bagai. yang tak payah pk pape cume blaja dan blaja !

tibe2 jek aku bley kuar aura bukak cite pasal zaman skola neh..neh sebab TUNAS la karya HLOVATE  tu. very nostalgik la. uhuk. actually da lame aku beli tapi every time aku bace tu tabiat sengih sorang2 tu tetap tak bley hilang. sengih berlagu pilu tiap kali aku bace sebab lines by lines tu ingatkan pada zaman sekolah yg da tentu tak kan berulang balik. if and only if la time machine tu wujud memang aku nak jek undur zaman skola balik. watak2 mcm addin, benz, kucai, fisha, kurt and d rest of the clan tu memang bwk deep meaning pd diri aku sendiri..haila mood melankolik la plak. whatever it is majulah sukan utk sekolah ! haha ! and betol la tade ape yg bley lawan dengan zaman skola ~


may ALLAH bless

November 12, 2010

haila...tak padan dengan kecik !

amanie senpai a.k.a aku adalah seorang remaja Malaysia yg suda berumur 20 taon ( 20 kire remaja lg kan ? ) so in short bley cakap aku neh da layak la kan utk memiliki personal muka buku sendiri...nak di buka hikayat penglipur lara apabila aku yang berusia 20 taon 19 ari telah "di tegur" gara2 menegur ape yg sorang makhluk tuhan paling sengal post kt wall adik aku..duh ! aku tade la rase nak menyirap ke mencuka ke mengoren ke n meng hape ntah lg ! ase lawak plak...adoii tgk kt profile...

"lerr...bwu umo 11 ke..kt birth date ckp 1990.."

kwang3..sumpah klaka ! btw hebat sgt ke eh pengaruh fb neh smpai budak sanggup tukar taon lahir smate2 nk memiliki fb yg da tentu2 tak bantu lansung dlm exam spm nnti ( ye la PMR kan bakal tade..ish ye ke ? suke ati jek aku.. )


p/s : n aku tataw la plak icon :P da bwk maksud jeling.. ~

November 11, 2010

konfem dpt A punye la !

aku ingat lagi waktu tu mase di sekolah..


"ala agama tu senang jek...aku mesti target dpt A punye la..."

dan dia hanya tersenyum seperti die la perempuan melayu terakhir atas planet bumi neh. sekali pandang mcm senyum tanpa gula. bile aku  pandang dengan tenaga dalaman aku neh betapa sinisnya senyuman die pada aku...

"tapi tak gune kot dpt A kalau kau tak aplikasikan ape yg kau blaja tu dlm idop..."

pergh ! sentap wa beb ! aku terkelu. terkedu. mulut terasa nk membalas tapi rase mcm tersekat di anak tekak. sebelum neh mmg aku la rajin menjawab. tapi dalam hal yg satu neh aku mmg hands down ! kalah tanpe bertanding siot..

Islam is d way of life...tapi nape skang org susah nk praktiskan ek ?

the end
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...