alkisah tersebutlah kisah. bertudung litup tak semestinya baik dan berskirt pendek tak semestinya jahat. jangan salah faham. aku bukan cuba nak provok atau cari gaduh. bukan juga cuba nak betulkan apa yang dah semestinya salah dalam agama. aku masih tahu lagi bezakan antara yang hak dan batil. pergh aura budak skema dah masuk kerja !
aku berkawan dengan semua orang tak kira lah tudung litup ke tudung separuh bogel senget ke skirt labuh or skirt singkat. cuma kadangkala hairan apabila yang bertudung lagi over daripada yang tak bertudung. yang labuh bakal mak mertua cakap " wah bagus budak ni..boleh jd calon menantu mi tali " sambil urut dagu yg dah semestinya tak ada janggut itu. yang seksi pulak "hish ko neh tak reti pilih yang berjenis sket ke ? " aiyak, look is only skin deep la macik. dalam mau kira juga. biasa lah itu label baik dalam masyarakat. tudung litup, pakai baju kurung cekak di lengan, pakai stoking segala. nak lagi mantap pula pakai purdah ! fuh kira complete pakej lah. itu label baik bagi masyarakat di Malaysia. tapi macam mana pula kalau dia tak jaga pergaulan dia eh macik ? kenapa dia boleh keluar masuk panggung wayang tu ? agak2 boleh bawak lagi ke label "saya budak baik. pilih lah saya. " lagi menarik mereka lagi hebat apabila mereka lah juara bertahan dalam membuat ketupat. siap tambah perisa ajinomoto, megi cukup rasa dan bla..bla..bla.. ( lempar mercun ketupat baru tahu ). senang cakap lain kali " jangan tengok perempuan berdasarkan tudungnya sahaja"
p/s : saya belum layak lagi bawa label baik :|
0 horlicks ais:
Post a Comment