November 27, 2010

pilihan jahanam

tajuk tak macam apa pulak kan. ini adalah antara berita yang disiarkan dalam metro semalam. dekat frontpage pakai font size besar lagi. siapa yang ada membeli atau terbeli mesti sudah tahu tentang cerita ini. berkenaan seorang ibu yang sanggup dirogol oleh penyamun untuk mengelakkan penyamun tersebut merogol anak perempuannya. lebih haram jadah lagi apabila tergamak rakan penyamun tersebut merakam aksi sadis terbabit dihadapan anak perempuan wanita tersebut. bila aku baca berita tersebut (sebenarnya tak habis baca pun sebab aku curi baca dekat kedai buku) memang tersentak. jantung macam dah lompat ke anak tekak. sebu di dada. terkelu lidah. 3 minit setengah kemudian terkeluarlah ayat indah " bangang punya jantan!@#%^$@^#*&#%@!#* ! lebih kurang macam itu la bunyinya. tak sesuai pula kalau aku siarkan di sini sebab aku sudah setting tidak-mengandungi-kandungan-dewasa.

memang lahabau betul la. memang bahan perosak yang merosakkan sekeliling saja. pakai clorox pun belum tentu boleh hilang. tergamak buat macam itu pada kaum wanita. sudah lah menyamun rumah mangsa tapi bila tak puas hati dengan hasil rompakan boleh pula nak rogol segala. urgh ! aku bersikap feminis ? ouh ini bukan masalah feminis ataupun tidak. ini tentang perangai manusia yang tak ada lansung hati perut! letakkan diri mereka dalam situasi tersebut. boleh gelak guling2 dari kedah sampai johor ke apabila kakak-ibu-adik perempuan sendiri diperlakukan macam itu? aku rasa memang putus nyawa lah orang yang buat macam itu. tapi tak tahulah kalau mereka spesies yang main langgar saja tak kira dah ada pertalian darah yang kuat atau tak. semua ini membuatkan aku terfikir kadangkala dunia ini sudah tidak selamat lagi untuk aku. mungkin untuk kaum lelaki juga barangkali. mohon dilindungi dari segala musibah dan kecelakaan. berita penuh di sini

may ALLAH bless

2 horlicks ais:

Amiey White said...[Reply to comment]

b#$%^ & jahanam! haaaaaa
amiey marah...
kurang ajar la

kiwi wiwi said...[Reply to comment]

taw tape..sgt marah tp dlm mase yg same sgt takot gak..u take care b ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...