November 21, 2010

yang hidup pasti akan mati

semalam tepat pukul 3: 30 petang waktu Malaysia, dia telah pergi tinggalkan aku buat selamanya. rasa macam semalam baru aku pegang dia, usap badannya walaupun tak segebu mana. sungguh ! aku tak sangka hari itu akan tiba juga. rasa seperti belum bersedia lagi untuk berpisah dengannya kerana dia antara terpenting dalam hidup aku dan rakan2yang lain. sebelum ini aku sudah kehilangan. hari semalam aku kehilangan lagi. bukan mudah untuk berhadapan dengan kehilangan. dia terlalu setia dengan aku. teman di kala senang dan susah. tidak pernah tinggalkan aku keseorangan walaupun kadang kala aku tinggalkan dia kerana terlalu seronok bersama rakan yang lain. aku tahu setiap yang hidup pasti akan merasai mati. mungkin hari ini giliran dia, giliran kita pula siapa yang tahu. aku cuma mampu berdoa semoga dia tenang. namun rasa terkilan tetap terselit di celah baju kerana aku lansung tidak menyedari bahawa dia telah pergi meninggalkan aku untuk selamanya... maafkan aku ! berehatlah dengan aman..

kehilangan yg pertama

kehilangan yg kedua


p/s : dia yang di maksudkan di atas adalah jam tangan mickey aku :|

0 horlicks ais:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...