December 25, 2010

Aku pun ada perasaan

Lantak lah orang nak cakap aku emo pun apa kali ni. Tak kisah nak bagi label apa pun. Aku manusia biasa yang ada perasaan, hati, limpa jantung. Yang akan rasa gembira bila ada orang belanja ais krim cornetto love dan akan rasa sakit bila aku main polis sentri dan aku terjatuh tergolek macam koboi jatuh kuda. Aku memang jenis pendam. Aku jarang luahkan apa yang aku rasa. Even orang ejek aku dengan perkara yang aku benci pun aku buat muka toya + takde perasaan. Tapi yang jadi masalah bila aku dah buat muka macam takde perasaan makin lebat diorang ejek aku. Aish dah lebih ni. Makin aku diam makin menjadi. Aku diam tak bermakna aku suka. Mulut aku ni memang ringan je nak balas balik sebab kalau nak diikut degree temper aku ni memang cepat sangat aku meletup nak maki balik. Tak percaya boleh tanya adik-adik a.k.a mangsa sepak terajang aku. Kira hebat la kot aku boleh tahan dan kawal rasa nak marah tu. End of story pertama.

Story kedua pula. Aku tahu aku biasa je. Aku tak expert dalam bidang blogging, website, galah panjang, masak memasak dan teng teng. Orang cakap cukup2 makan je dari dapat title buta IT. Kira aku taraf rabun ayam IT je la. So kalau nak kejar glamor tu please jangan berkawan dengan aku awal2. Pergi la kawan dengan Siti Nurhaliza, Bunkface, ShiNee, Sixth Sense, M. Daud Kilau dengan Taylor Swift. Lady Gaga pun oke jugak. Boleh la ajar dia ke arah kebaikan. Pada aku pulak, aku cuma nak jadi seorang Amanie. Cuma cukup terasa bila kawan sendiri lupakan aku bila dah dapat kawan baru yang lagi hebat. Haila. Takpe la. Aku kawan je la dengan Addin, Benz, Ked, Nawal, Ashraff, Minn, Ana, Afiq, Jade & Trisy aku. At least diorang takde perasaan.




Aku rindu Farah Masyura =(

4 horlicks ais:

eja cantik said...[Reply to comment]

relax la de...bru bpe buln berjauhan degn kanda, dinda dah sedih..;'p...luv u babe...u still babe!!!!

Amanie Senpai said...[Reply to comment]

haha aku tgh mood swing la. jap hepy jap sedih

kiwi said...[Reply to comment]

huhu cian adik2 jadi mangsa dera ;p

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

mungkin lg best d panggil teman berlatih :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...