December 23, 2010

Hikayat ntahhapahapantah!

Dalam sebuah kampung yang tak berapa nak permai, penduduknya tersangatlah ramai sehingga nak tinggal pun sampai bersesak-sesak. Kampung ini mengekalkan pembayaran wang bagi memastikan pengekalan status untuk penduduk kampung tersebut kekal tinggal di situ. Ouh ye nama kampung tersebut adalah "Indah Khabar dari Tempat".

Setiap penduduk yang telah melepasi usia boleh bekerja hendaklah keluar mencari kerja di bandar. Mereka yang lulus ujian saja yang boleh keluar menimba perkara baru. Bagi yang gagal mintak maap la ye. Duduk la dalam kampung tu diam2.

Maka arakian, bila tiba waktu untuk pemuda pemudi ingin ke bandar mencari kerja timbul satu masalah. Mereka akan ke bandar dalam 1 tempoh yang agak lama. Bagaimana pula dengan wang pengekalan status mereka? Berpening-peninglah mereka sama ada perlu membayar atau tidak. Semua soalan telah mereka tampalkan di dinding kenyataan kampung mereka namun lansung tiada mendapat balasan.

Tanpa demam atau ribut taufan, tertampal 1 notis

"Tidak perlu bayar kerana akan ditolak dari duit hasil tanaman padi keluarga kamu"

Masing-masing menarik nafas lega ibarat baru lepas menjatuhkan seekor lembu tua.

Namum terjadi lagi satu masalah

"Anda perlu bayar! Nak jadi penduduk tetap ke tak nak??"

Ini sungguh memeningkan mereka. Bila sms pada ketua kampung lansung tiada mendapat jawapan. Di tanya pada assistant ketua kampung lain pula jawapannya daripada notis. Kasihan pada pemuda pemudi di kampung tersebut. Masing2 pusing hendak mengikut arahan yang mana satu.

Akhirnya mereka membuat keputusan untuk keluar sahaja dari kampung dan tidak akan kembali lagi ke kampung yang ntahhapahapantah tersebut.

Sekian.

Inilah rupa kampung tersebut


p/s : Hikayat ini betul2 kejadian. Bukan aku pandai2 nak merepek :)



6 horlicks ais:

Anonymous said...[Reply to comment]

sy salah sorg pnduduk kmpung tersebut....
HELL!!!!

Amanie Khairunnisa said...[Reply to comment]

hoihh emosi membawa padah. haha

Unknown said...[Reply to comment]

betoi ehh??
emm dan betoi ka miss kat ats ni kata??
tu kampg dia??

Amanie Khairunnisa said...[Reply to comment]

yeap neh cite berkias sbenarnye. miss kt atas tu da 2 taon lebih duk situ :p sebab tu die emo

wan said...[Reply to comment]

ekeke..nice2 ;)

Amanie Khairunnisa said...[Reply to comment]

tq. paham ke x hikayat neh :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...