July 31, 2011

I'm So Sorry But I Love You



Sebelum apa-apa aku mintak maaf bebanyak la dulu.  Entry aku sekarang ni asyik tunjuk video je kan.  Daripada group yang sama je pulak tu.  Keh3x mintak ampun la.  Aku sekarang tengah asyik masyuk dengan BigBang.

Okay now back to the main topic.  Aku pernah cakap lelaki kalau dia betul-betul dah jatuh cinta dia sanggup buat apa je untuk perempuan yang dia sayang kan.  Bukan la aku nak menidakkan kesetiaan seseorang perempuan tu.  Tapi ni based on pemerhatian aku la.  Korang nak kata lelaki ni player tapi perempuan pun dua kali lapan je dengan lelaki.  Seriously aku cakap lelaki kalo dah betul-betul sayang, masuk penjara pun dia sanggup.  Tak percaya?  Tengok la video kat atas.  Maap ler pada line tenet yang lemb......


Babai !

July 30, 2011

Panggilan Manja

Assalamualaikum...

Good day everyone !

Mostly semasa bercinta macam-macam panggilan manja kapel-kapel ni guna.  Baby, mommy, daddy, papa, mama, sayang and bla...bla...bla...*rolling eyes

Jangan nak membongak dengan aku la.  Hangpa semua guna kan ayat ni semua.  Aku kes terkecuali.  Okay, serious mode.  Aku kan dah pergi kursus kahwin yang mana masuk Malaysia Book of Records atas penyertaan yang paling ramai iaitu berjumlah 1111.  Promote jap.  Ada satu slot ni memang menarik minat aku la sebab penceramah dia gila sempoi.  Dia cakap pasal panggilan manja ni la.  Katanya lebih kurang macam ni yang telah aku cuba ingat sebaik mungkin,

Bila dah kahwin ni la cuba kekalkan panggilan-panggilan manja tu.  Bukan masa bercinta pegang tangan je sibuk beryang-yang, berling-ling.  Dah kahwin hilang semua tu.  Then, seeloknya guna la panggilan manja yang disarankan iaitu sayang.  Kenapa guna sayang ?  Sebab sayang ni sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina tak kira la masa tu gigi pun dah tak dak.  Muka pun dah kedut macam buah mempelam expired.  Cuba la bayangkan kita dah bongkok tiga pun duk panggil baby lagi.  Tak ke mintak gelak guling-guling daripada cucu yang duk dengar.  So sayang lebih sesuai.  Kalo tak nak panggil sayang pun, cuba cari nama special yang orang lain tak panggil pasangan kita.  Kira kita je la special sebab cuma kita je yang panggil depa macam tu.

Toksah nak geli-geli buat badan meliuk-liuk la lepas kahwin kena panggil sayang bagai.  Jangan beberapa bulan je kahwin duk sayang-sayang.  Dah lama-lama panggil hoii je.  Kemesraan tu bukan nak pupuk untuk sehari dua je atau masa bercinta je.  Sampai syurga la baru style kan.

Ni sayang aku.

Babai !

July 29, 2011

Kadang-kadang Kopi Pun Tak Sedap Jugak

Assalamualaikum...

Hello people !

Sebenarnya aku sekarang sangat malas nak update blog.  Cerpen aku sendiri pun terbengkalai.  Ni bukan alasan seorang pemalas.  Ni alasan seorang rajin yang kekeringan idea.  Tapi sebab aku teruja dengan satu topik ni, maka aku update la teratak usang aku ni.  Let's get the ball rolling !

Bila bercakap pasal mencuri, automatik orang akan fikir mencuri barang ke ape jadah lagi.  Aku bukan cakap pasal mencuri hati kat sini ye.  Ini bukan entri jiwang sebab aku cuma berjiwang dengan cerpen aku je.  Out of it is no and no.  Aku takde la sebarang pantang larang ke ape.  Cuma agak menjengkelkan bagi aku apabila seseorang itu mencuri idea@ayat orang lain.  For example la kan, dia baca blog atau hasil penulisan somebody then dia apply kan pada hasil kerja dia.  I'm not talking about sikit-sikit ye.  Ini kes tak payah pakai teleskop pun dah boleh detect kat mana dia tiru.  Ni bukan kes paraphrase.  Ni kes tiru round-round.  Sikit-sikit boleh jugak terima tapi kalau a whole bunch  tu wow!  Sangat tak cool okay.  Create your own style of penulisan.  Tak kira la kat blog atau kat cerpen ke ape ke.  Entah.  Aku macam jengkel kut.  Entah lagi.  Tak tau la aku.  Where's your identity la kalau tiru identiti orang lain.  Kita just amik depa jadi inspirasi bukan kopikasi.

Babai !

July 26, 2011

Aku Benci Lagu Cinta



Hello people !

Kesian rumah aku dah masuk 5 hari tak bersapu.  Meh layan BigBang dulu pape pun.

Walaupun GD kata 'I hate this love song' tapi aku suka je.  Heh.

Okay la meh aku cerita sikit pasal vid ni mengikut pemahaman aku.

Lagu ni mengenai sepasang kekasih kut.  Tak tau la kalo laki bini tapi stended kekasih la kan.  Perempuan tu dah mati.  Eksiden kut.  Kalo tengok pada latar lagu ni kemain lagu ade bako-bako kan.  Berapi semua tu.  Then GD sebut 'I hate this love song' sebab lagu cinta tu ngingatkan dia pasal kekasih dia tu la.  Itu ler pasal dia kata dia benci lagu-lagu cinta ni.  Jangan benci kat aku dah la.  Jadinya itu la duk ulang-ulang dalam lagu ni.  Lelaki ni macam nak sangat bersama dengan kekasih dia yang dah wassalam tu.  Kan aku dah cakap.  Lelaki kalo dah cinta memang cinta gila la.  Kah3x.  Ntah pape je updet aku kali ni.

Babai !

July 20, 2011

Memang Tak Tahan Dengan Diorang Ni

Serious memang lawak gila BigBang ni !  Kah3x saket perut aku gelak tengok parody diorang.  Start daripada parody Boys Over Flowers, Coffee Prince dengan Secret Garden ni.



For male, it'd to be TOP from BigBang...perasan lerrr ko ni TOP oiii =))



Ni parody dari Coffee Prince.  TOP gak lagi watak utamanya.  Kesian G-Dragon asyik jadi pompuan je. Keh3x.  Tapi memang kelakar sungguh la nak-nak part Seungri dengan Daesung nyanyi.  Aku tak berapa sangat Coffee Prince ni tapi aku suka gila kat parody yang ni. Lawak!



Parody dari BOF.  Gila ensem TOP jadi Jun Pyo.  Kalah Lee Min Ho.  Wakakakaka ensemmmmm tu =))

Memang kelakar gila la parody dari Big Bang ni.  Aku tengah sedih-sedih tengok parody diorang tak jadi nak nangis.  Rasa nak ketawa sambil tumbuk orang je.  Hooyeahhh !  Ada lagi parody diorang kalau nak tengok cari lerr kat youtube.  Antara parody group-group Korea ni, BigBang memang yang paling hillarious !

Babai !

July 16, 2011

Sensitif, Pergi Main Jauh-Jauh

Assalamualaikum and greetings to all readers.

Aaa macam mana nak mula ayat ek.  Fail betul la kalau nak start type apa-apa ni baik kat blog ataupun cerpen.  Okay aku nak cakap pasal sensitif.  Setiap perempuan di anugerahkan dengan perasaan sensitif.  Cuma overdose ataupun tak je.  Frankly speaking, aku agak tak selesa berkawan dengan orang yang too sensitive.  Cakap sikit nak merajuk.  Kutuk direct sikit dah main aci tak nak tegur.  Seriously, girls are hard to please and understand.  Aku perempuan jugak kut.  Aku pun sensitif gak kalau orang kutuk aku kaw-kaw macam kopi kapal api.  Siapa tak sakit hati kut kalau kena kutuk tapi kalau cakap direct benda yang betul pun nak kecik hati tak tau la aku.

Maybe persekitaran aku banyak lelaki buatkan aku ni kurang sikit kesensitifan seorang perempuan.  Kasar.  Yeap aku memang kasar.  Aku berjiwang pun dengan cerpen-cerpen aku je.  Out of it, aku memang no and no jiwang.  Sorry girls, memang most of entry aku jarang kut puji perempuan sebab woman memang totally unpredictable.  Kawan-kawan aku kat teknik dulu pun bukan stok jiwa jiwang.  Geng kat LuvHlovate especially si Nab dengan Aina pun tak softlan.  Aku tak reti nak pujuk orang merajuk sebab aku sendiri pun tak merajuk.

Kawan-kawan yang tersentuh hati baca entry aku ni, banyak sorry la.  Aku tak mention nama sapa-sapa pun.  Siapa yang jatuh tergolek atas jalan, dia rasa sakit.

Babai !

July 14, 2011

AnwarHadi Memang Layak Menang

Semasa post ini tersiar, aku berada di bandar Kuantan untuk membeli tiket bus ke JB. In other words, ini entry auto-publish.  Sebelum-sebelum ni pun sama jugak.  Aku tak pernah post terus.  Okay abaikan.  Ini entry simple sahaja.  Dua hari sebelum ni, telah berlansung Digi WWWOW Awards.  Aku sebenarnya tak minat sangat acara-acara kasi awards ni tapi sebab ANWARHADI tercalon, itu yang gedik gila-gila jadi.  Gila dahsyat dia menang 3 awards daripada 5 yang dicalonkan.

Must Follow Personality
Video of the Year
Blogger of the Year

Memang patut menang pun.  Dia qualified untuk menang those 3 awards.  Nak-nak video of the year untuk video Ewwww dia tu.  Baru lagi dia jadi vlogger tapi dah dapat bahan 3 awards terus.  He deserved it.  This happens when kita buat kerja ikhlas.  Walaupun aku tak kenal dia personally, aku memang totally proud gila kut dengan dia.  Haha nak-nak pulak dia student TESOL.  Memang overdose la aku.  He's sure a must follow personality.  Siapa yang tak pernah tengok video dia boleh la ushar kat youtube.  Kalau rasa video dia hampeh, you better go check kat hospital.  Your otak must got something wrong somewhere.

Reach for the sky with your feet firmly on the ground - <---aku jumpa kat twitter dia :)

I'm proud to be AnwarHadi's fans selain daripada HLOVATE. *AnwarHadi pun minat HLOVATE okay

Babai !


Gambar dicilok daripada FB Kami Peminat IniAnwarHadi

July 11, 2011

Awak, Kenapa Kahwin Dengan Saya?

Berfoya-foya di FB.  Klik 1 link daripada iluvislam.  Memang touching.  Sweet.  Mungkin ada lelaki macam ni tapi kalau nak cari ibarat nak cari semut hitam dalam keadaan yang gelap.


"Abang kahwin dengan Zahrah cuma ada satu sebab. Tak lebih, cuma satu. Orang lain, mungkin ada banyak sebab tapi bagi Abang, cukuplah satu sebab Abang. Abang kahwin dengan Zahrah bukan sebab Zahrah cantik. Abang akui, Zahrah memang cantik. Tapi, jujur Abang katakan kalau Abang nak cari yang lebih cantik, Abang boleh. Tu langsung tak menjadi masalah. Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab Zahrah bijak. Buat apa Abang kahwin dengan orang yang bijak yang satu hari nanti berkemungkinan besar akan pijak kepala Abang? Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab kemewahan. Tidak Zahrah, tidak sama sekali. Kalau mahukan kemewahan, segalanya Abang dah ada. Rumah.. Kereta... Walaupun tidaklah sebagus dan semahal mana, tapi sekurang-kurangnya Abang ada," balasnya lembut penuh hikmah dengan makna yang amat mendalam.


Ni beberapa ayat dalam artiket tersebut.  Worth it to read.  One perfect answer.  Tak dapat cari jawapan yang lagi sempurna daripada ini.


Artikel penuh di sini 



July 10, 2011

Singgah blog aku sat, bleh ?


Assalamualaikum and heya peeps pada yang first time datang ke teratak usang aku ni.  Content teratak aku ni random.  Merepek, tak islamik sangat.  Isu-isu politik memang haremmmm takde.  Gosip-gosip lagi takde.  Anyway aku juga type cerpen. Kalau rajin boleh klik kat The Other Me di sidebar :D  Siapa-siapa nak joint boleh la ke segmen abang Ben yang ditutup 10 malam ini.

Sekian, terima kasih.

Syurga Dunia

If aku banyak duit, ada satu tempat aku nak pergi untuk holiday.






Sikit sudah gambar aku letak.  Pantai ala-ala macam straight from Mauritius dengan Hawaii kan.  Cantik gila siot.  Ni kalau holiday kena pakai kain yang daun-daun tu baru kena!  Buat tarian hula.  Memang marbeles betul la.  Haha oke aku dah merepek.  Tempat ni macam kat luar negara kan but sebenarnya ini dalam Malaysia je.  Karambunai, Sabah.  I've heard about the beauty of Karambunai tapi tak expect pulak awesome macam ni.  Then HLOVATE pun ada story pasal this island, so aku apa lagi.  Part HLOVATE memang laju la aku menggugel.

Ini membuatkan aku nak kumpul duit banyak-banyak.  Tak dapat pergi Mauritius, dapat pergi sini pun okay la kut?  Emm beauty spot for honeymunnnnnnnn jugak kut.  Keh3x

Babai !

July 9, 2011

Kim Beom Nak Datang Malaysia!



Heya peeps !

Aku jumpa sorang lagi vlogger masa berfoya-foya di ruang maya.  Name given is Shahrin Bustani.  Umur 16 and sekarang live kat United Kingdom.  Dia from Kajang.  InsyaAllah bulan 8 ni balik Malaysia.  Tu je aku tau.  Hehe kami saling tak mengenali lagi sebab baru kenal semalam.  Err...to be frank aku kenal dia.  Dia tak kenal aku pun.  Kah318x.  Bagi aku his video is worth to see jugak.  Tapi still can't beat Matluthfi and AnwarHadi la.  Tapi sokey.  For 16 years old boy, it's cool okay to make this type of video.  Hang pa ingat senang ka nak buat video yang mungkin boleh timbul risiko untuk dikutuk oleh viewers?  Dia ni kira berani dan konfiden nak publish video kat youtube yang boleh di tengok oleh semua orang.  Sebaya dengan adik aku dia ni tapi adik aku pun duk main patung power rangers lagi.  *aku tipu




Muka Shahrin ni macam Kim Beom sikit-sikit.  Keh3x.  Tak percaya tengok video dia.  Kalau tak serupa sikit-sikit maknanya tu mata kita tak sama la kut?

Babai !

July 8, 2011

Matluthfi Pun Sama Macam Aku La!



Haha !  Memang terbaik la video Matluthfi yang ni.  Memang hebat pemikiran orang Malaysia ni dalam menilai seseorang.  Kadang-kadang sampai out of the box.  Apa yang dia cakap tu pun aku pernah post kat sini.  Tapi dia memang best part buat ekspresi muka.  Aku malas nak type lebih-lebih sebab Matluthfi dah cerita semua.  Enjoy :)

The world needs more positive people...perhaps one like you :)

Wohoo !

July 7, 2011

English, AnwarHadi dan Sir Nasir

Assalamualaikum semua.  How's it hanging yaww !

Okay hari ni nak belajar bahasa Inggeris.  Sebelum ni aku agak confuse dengan penggunaan CAN dan COULD.  Aku tahu can dan could tu sebahagian daripada modals.  Modals adalah perkataan-perkataan seperti can, could, may, might do, don't dan etc.  Selepas penggunaan modal mesti menggunakan root words.  Back to the topic.  Penggunaan could dan can.  Sebelum ni aku pening bila tengok orang guna perkataan,

Could I ask?

Can you go now?

Aku mula terfikir bila aku baca novel Hlovate la.  Aku pelik dia guna could I ask sebab setahu aku could tu past tense tapi masa tu dia belum tanya pun lagi orang yang dia nak tanya tu.  Lebih kurang macam tu la.  So aku pun mula mencari mereka-mereka yang terel dalam english untuk leraikan kekonfiusan aku sebab tak bagus kalau biar lama-lama macam ni.  Kebenaran mesti muncul jugak!  So ini jawapan depa.


Ni jawapan daripada ex-lecturer aku yang ajar BEL dulu.  Hangpa baca la sendiri ek penerangan dia.  Macam biasa.  Klik untuk tumbesaran.  Ni lagi satu penerangan.


Lupakan wall twitter aku yang kaler pink.  Demit.  Abaikan tweet yang sikit dan followers yang ciput.  Now, we're talking about English *straight face.  Tu pulak jawapan daripada AnwarHadi dengan pak dia, pak cik Azman :) Ye!  Aku berlagak di situ.  Aku tau dia ambil TESOL so kira betul la aku tanya dia kan.  Tu namanya ambil kesempatan antara sedar dan pengsan.  Ngeh3x tak expect pun pak dia yang akan balas tapi okey la tu.  Bantu hilangkan confusion aku.

So, kesimpulannya aku dah tahu penggunaan dan perbezaan antara could dan can.  Terima kasih pada depa yang menolong.  Selamat belajar ye semua.  Renung-renungkan jangan sampai termenung.

Babai !

July 5, 2011

Cakap Macam Hebat

Kahkahkahkah.  Sekian.  Terima kasih.  Aku mulakan entry aku dengan gelak ketawa dulu.  Sebab apa?  Sebab ada orang telah berjaya mencari pasal dengan aku.  Sebelum ni aku ada cakap aku tak kisah kalau orang nak komen berkenaan dengan cerpen-cerpen yang aku buat.  Aku terima je komen berbentuk positif atau negatif tapi aku tak boleh terima kutukan, cercaan maupun makian  macam yang kat bawah ni.



Nampak tak ?  Kalau tak nampak boleh klik untuk tumbesaran.  Tengok pada komen yang aku buat kotak merah tu.  Aku tak rasa tu komen negatif.  Bagi aku komen negatif macam yang kotak kedua tu.  Dia cakap aku ada kesalahan grammar.  Okey fine tak kisah nak tegur.  Lagi suka ada sebab aku tau kat mana error aku.  Yang pertama tu memang saja cari nahas la.

Sorry, malas nak layan orang macam tu.  Nak gaduh aku tak nak ajak jumpa kat simpang.  Meh jumpa kat gelanggang penulisan la.  Keh3x.  Alamak aku pulak cakap macam hebat.

Babai !

p/s : Pada yang tak tau, AO dalam komen tu aku la.

July 4, 2011

Marilah Mari Pergi Meng'study

Assalamualaikum and hello people!


So here it is.  Result untuk sambung belajar ke degree dah dapat.  Gila suspen masa nak tau tu.  Sekali Alhamdulillah aku dapat sambung walaupun bukan dalam course yang aku minat gila.  Before this, aku nak sangat sambung dalam Bahasa Inggeris sebagai komunikasi profesional.  Tak ada rezeki la tu.  Tapi OSM pun not bad jugak.  Tapi yang tak best aku dapat kat Jengka je.  Dalam kepala otak aku memang nak pergi Melaka.  Melaka aku tak pernah belajar kat situ lagi dan aku kalau boleh memang suka study jauh-jauh sebab aku suka tengok tempat orang macam mana.  Tengok makanan baru.  Tempat baru.  Budaya baru sikit kut and calon sua...tapi to take it on the bright side, kalo duk Jengka boleh balik rumah tiap-tiap minggu.  Duk Melaka kena beli tiket bus express yang mahal tu.  Duk Jengka jimat kos sikit.  Takpe la aku redha je.

Nak sambung degree ni, aku takde rasa berat hati apa-apa pun.  Maybe ada antara kawan-kawan aku sedih kot sebab kena tinggal pakwe kat rumah.  Untung aku takde.  Tak yah nak sedih-sedih.  Kita cari pakwe baru pulak. Huahahaha!  Tapi Jengka ni kira aku ala-ala back to the future jugak sebab dulu sekolah menengah pun aku kat Teknik Jengka.  Ni sambung degree Jengka lagi.  Lagi satu kes, awat aku ni asyik terlepas kat kawasan hutan je?  Sekolah hutan, zaman diploma hutan...ni degree pun hutan jugak.  Adoiii memang sejuk selalu la mata aku memandang hutan-hutan yang kehijauan.  Darn it!  Fuh let just hope aku boleh cari calon suami banyak-banyak kat uni Jengka tu supaya aku dapat meneruskan visi aku nak membayar duit pinjaman secepat mungkin!.

Adios amigos!

July 3, 2011

Kenapa Aku Suka Bercinta Dengan Hlovate

Kenapa aku suka bercinta dengan novel Hlovate?

Kalau aku rasa nak ada wonderwall aku boleh jumpa Jade dalam Rooftop Rant.

Kalau aku rasa nak ada abang yang sangat baik aku boleh jumpa abang Shah dalam Schubert Serenade, Ked dalam Ked's Story dan Kucai dalam Tunas dan aA + bB.

Kalau aku rasa aku nak kenang balik zaman sekolah aku boleh jumpa Addin dan Benz dalam Tunas.

Kalau aku rasa nak pergi oversea aku boleh jumpa Jo dan Along dalam 5 Tahun 5 Bulan.

Kalau aku rasa nak bercinta aku boleh jumpa Ashraff Omar dalam Versus.

Kalau aku rasa nak merasai erti Ramadhan yang sebenar aku boleh jumpa Fend dan K2 dalam Contengan Jalanan.

Dan bilamana aku nak merasai kena penampar berdas-das di pipi, di tembak dengan senjata nuklear, ibarat orang buta dapat bantuan penglihatan, yang lena terjaga dari lena yang panjang aku boleh jumpa dengan marathon kesemua novel Hlovate.

Ahh HLOVATE, you sure are among greatest gift in my sorrow life :)


Gila.  Aku memang overdose melampau dengan Hlovate

July 1, 2011

Pergi Dating Kenyit Mata

Kekeringan idea nak merepek dalam blog.  Maka macam biasa aku akan bukak nuffnang dan cek keywords.  Cuba tengok apa-apa yang menarik.  Nah hambikk !




Gila kau!  Cari lirik lama, pergi dating kenyit-kenyit mata.  Keh3x sapa punya kerja la ni.  Budak sekolah lama mana yang duk cari ni kat blog aku?  Haha takpe la.  Hormati citarasa masing-masing.


Aku dah agak.  Cek keywords kadang-kadang seronok jugak :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...