December 31, 2010

My 39 Minutes Survey

Tengah aci best buat blog rempiting sorang2 pergi lepaking kejap dekat blog cik sab nak isi minyak. Tengah syok baca terpandang sesuatu. "eh macam nama aku". Mata dah kecik besar je nak pastikan. No doubt. Memang aku la tu. Oke jugak tag ni untuk entry aku. Maka let's started!


Instruction: Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating. With however long it took you to complete this, posts as "My _ Minutes Survey" and tag 15 people.


Name : Amani Khairunnisa (nama official)


Brother(s) : 3


Eye color : Dark brown


Shoe size : Erkk lupa la. Mana muat main sarung je.


Hair : Ada la macam rapunzel.


Piercings : Takde.


Height : 15++ (rasa macam dah tambah 1cm kot)


What are you wearing right now : shirt and seluar tido bunga warna warni.


Where do you live : Atas air.


Favourite number : 7


Favourite drink : Milo ice, apple juice, teh O ais.


Favourite month : Mana bulan banyak cuti tu, yang tu la aku suka =p


Favourite breakfast : Tak kisah. Asal kenyang.


Have you ever


Broken a bone : Tak pernah. Broken heart selalu la. Demit.


Been in a police car : Tak tapi teringin jugak kadang2.


Fallen for a guy/girl in a short period of time : Selalu sangat time keluar berfoya foya.


Swam in the ocean : Tak reti swimming :|


Broken someone's heart : Nope. But nak broken someone's bone is yes.


Cried when someone died : Of course. Me no-android T_T


Saved e-mails : Yeap.


Been cheated on : Seldom.


What


Your room like : Bentuk empat segi.


What is right beside you : Dinding.


What is the last thing you ate : Ice cream Solero Split.


Ever had


Chicken pox : Yeap masa kecik. Hari2 minum air kepala kelapa.


Sore throat : Pernah. Rasa cool gila masa tu. ^^


Stitches : Nope.


Broken nose : God forbid.


Do you


Believe in love at first sight : Not really. Crush is yes.


Like picnics? : Wohoo!


Who


Who did you last yell at? : My bro. Degil sangat macam ntah!


Who wast the last person you dance with : Siapa berani meh la.


Who last made you smile? : Laksamana Sunan.


Final questions


What are you listening to right now : Bunyi kipas, kibot lappy di ikuti sound efek oleh cik katak.


What did you do today? : Reading, surfing, eating, watching.


Are you the oldest? : Nope. Saya nombor 2 yang pelik.


Indoors or outdoors? : Both.


Today did you


Talk to someone you like : Not quite really la.


Kiss anyone? : Nope.


Sing? : Every minute. Semua lagu aku bedal.


Talk to an ex : Yeap bekas pinggan mangkuk yang tunggu masa je.


Miss someone : Ntah. Tak rindu kot.


Eat : Pergh kewajipan tu. Wajib isi tangki hari2.


Last person who


You talked to on the phone : Member utagha aku :D


Made you cry? : Lupa sudah la. I jarang cry2.


Went to the movies with : Pkah! Haha hantu kak limah =p


You went to the mall with : Pkah juga.


Who cheered you up? : Family, friends, bloggers :)


Have you


Been to mexico ? : Uish tak pernah terfikir pun nak pergi.


Been to USA? : Malas.


Random


Have a crush on someone? : Yeah.


What books are you reading right now? : Facebook, Bagaikan Puteri.


Best feeling in the world : Waktu makan.


Future kids name : Nur Addin Shah, Ashraff Omar, Khalid Faizal, Benz Alif Sulaiman, Minn Edina, Nawal.


Do you sleep with a stuffed animal? : No. Alergi.


What's under your bed : Lantai mozek.


Favourite sport(s) : Boling. Yeay!


Favourite place : Tempat boleh dapat makanan.


Who do you really hate ? : None. Nanti takut jadi jodoh pulak :|


Do you have job ? : Part time blogger.


What time is it now ? : 1:32 a.m


15 kawan kena jawab tag ni :


Kak yuk
Cik Puteh
Najwa
Krie
Eja
Kembar1
Kembar 2
KP


Itu je la kot. :) Trimas Cik Sab. Lenguh jari I tau. Haha bak sweatshirt polka dot :p

Nak masuk Bloglist gempak Wan Hazel

TUTUP : 11.1.11




Ehem3. Saya tak ada nama glamer la. Nama saya Amanie Ashraff (skema giler la kau!).


URL blog saya adalah http://b0n3c4-j4L4n4n.blogspot.com


Kenapa nak masuk sangat bloglist ni?


Sebab saya rasa saya macam best bila dapat masuk dalam bloglist ni. (Boleh ke jawab macam ni Wan?)


Apa yang ada dalam blog Wan


Banyak tutorial. Sangat membantu saya :)


Ada tips pasal nuffnang. Saya rabun sikit pasal nuffnang ni.




Sekian, terima kasih. Sempoi habis dah jawab.  Wan terima tak jawapan saya nie :)

December 29, 2010

Cinta dot dot

Cinta itu buta.
Cinta ini membunuhku.

Cinta itu cinta ini. Macam2 falsa*pah yang keluar bila sebut tentang cinta. Bila gagal dalam exam sebab cinta mula la keluar ayat

"Ni semua sebab aku duk syok la bercinta dengan mamat sampai result pun kantoi"

Bila mengandung out of wedlock, ayat macam ni pulak keluar

"Sebab aku terlalukan cintakan Kodin la aku sanggup serahkan segala-galanya pada dia"

Jadah la semua tu. Bila tengah syok bercinta semua nampak lawa macam KLCC je. Bila dah frust menonggeng salahkan cinta macam cinta tu busuk macam tong sampah depan rumah pulak. Cinta tu memang la fitrah. Setiap manusia nak rasa perasaan disayangai leb2 tu semua. Even aku pun malas nak menipu readers yang aku sekuman pun tak nak rasa semua itu. Cuma bila difikirkan secara cool dan tenang, cinta tu tak boleh dipersalahkan. Segalanya bergantung pada nawaitu kita sendiri. Bagi aku bercinta tu biarlah sama2 tahu je. Tak payah la nak dating segala. Cukup dengan taaruf dan akhirkan dengan pernikahan. Punca yang merosakkan cinta ini adalah encik NAFSU la. Yeah bukan senang nak melawan nafsu. Sebab tu orang kata the hardest battle is when you against yourself. Guna machine gun, bom atom, bon nuklear pun belum tentu nafsu tu mati.

Sebelum aku tamatkan tazkirah pendek aku pada hari ini, ( cewah ) aku nak share sikit la info dengan readers. Imam Ghazali pernah berkata perkara yang paling berat sekali di dunia adalah hawa nafsu (Surah Al A'raf:179). Maka kita harus berhati-hati melawan nafsu supaya tidak sengsara di kemudian hari di dunia mahupun akhirat.


Love is not a crime tapi apa yang kita buat dalam bercinta itu boleh lead kepada dosa :)





May ALLAH bless

December 27, 2010

Hlovate - Geng ABCDE


Here it is! The new piece from Hlovate! Gosh gile tak sabar nak beli buku dari beliau. Dah lame tunggu akhirnya ada jugak yang baru. But this one maybe akan berbeza dari yang sebelum ini sebab novel kali ini mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan geng di kampung. Argh tak kisah la macam mana pun yang penting aku mesti dapatkan novel ini. Siapa yang meminati karya Hlovate boleh lah mendapatkannya di


Tempat : Dewan Tun Razak 3, PWTC Kuala Lumpur
Masa : 10:00 am - 9:00 pm
Tarikh : 22-26 Disember 2010


Boleh pergi ke booth Jemari Seni sempena Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010


Cis! Untung siapa duduk kat KL. Dapat rembat awal. Haish aku bila nak dapat. Takpe la aku yakin aku akan dapat gak buku ini. Yosh!

December 26, 2010

Nah label untuk kau!

Tengah tunggu masa mak abah panggil gerak pergi town beli baju sekolah. Bukan baju sekolah aku. Aku kan baru sekolah tadika. Sementara nak buang masa dengan tuala lilit atas kepala macam benggali jual karpet terus on YM. Ushar jap siapa yang tengah on nak buat bahan untuk buang masa yang berharga ni. Jumpa mangsa. Terus sengih keji tersungging di bibir. Maka mula lah perbualan tak formal tapi tiba2 jadi makin menarik.

Dia lagi dominan daripada aku yang konon2 stok budak baik tak joint street scene. Tapi nak highlight kat sini I've nothing against skateboarding, breakdancing ke hape (sebab aku suka tengok Showdown^^). Kata bersukan kan cuma jangan sampai abai yang wajib. Oke sambung cerita semula. Dia yang cerita haram kita orang Islam untuk sambut perayaan lain dan wishing thingy ni semua. Yeap, aku tahu semua tu. Cuma tak sangka dia pun boleh ingatkan perkara tu pada aku. Terkedu. Tapi jari masih lagi menaip. Borak lagi tentang realiti dunia. Pasal ragam budak zaman sekarang yang main langgar hukum hakam. Boleh jadi mainan pulak semua tu. Agama bukan benda boleh buat main. Bukan macam main galah panjang. Mugkin tak lama masa borak tu tapi isi semasa typing bukan borak kosong macam kat warung kopi Pak Menawer aku kira. Sungguh la orang cakap jangan mudah menilai orang berdasarkan luaran. Peringatan untuk diri sendiri juga.




Anda low profile kan :)

December 25, 2010

Aku pun ada perasaan

Lantak lah orang nak cakap aku emo pun apa kali ni. Tak kisah nak bagi label apa pun. Aku manusia biasa yang ada perasaan, hati, limpa jantung. Yang akan rasa gembira bila ada orang belanja ais krim cornetto love dan akan rasa sakit bila aku main polis sentri dan aku terjatuh tergolek macam koboi jatuh kuda. Aku memang jenis pendam. Aku jarang luahkan apa yang aku rasa. Even orang ejek aku dengan perkara yang aku benci pun aku buat muka toya + takde perasaan. Tapi yang jadi masalah bila aku dah buat muka macam takde perasaan makin lebat diorang ejek aku. Aish dah lebih ni. Makin aku diam makin menjadi. Aku diam tak bermakna aku suka. Mulut aku ni memang ringan je nak balas balik sebab kalau nak diikut degree temper aku ni memang cepat sangat aku meletup nak maki balik. Tak percaya boleh tanya adik-adik a.k.a mangsa sepak terajang aku. Kira hebat la kot aku boleh tahan dan kawal rasa nak marah tu. End of story pertama.

Story kedua pula. Aku tahu aku biasa je. Aku tak expert dalam bidang blogging, website, galah panjang, masak memasak dan teng teng. Orang cakap cukup2 makan je dari dapat title buta IT. Kira aku taraf rabun ayam IT je la. So kalau nak kejar glamor tu please jangan berkawan dengan aku awal2. Pergi la kawan dengan Siti Nurhaliza, Bunkface, ShiNee, Sixth Sense, M. Daud Kilau dengan Taylor Swift. Lady Gaga pun oke jugak. Boleh la ajar dia ke arah kebaikan. Pada aku pulak, aku cuma nak jadi seorang Amanie. Cuma cukup terasa bila kawan sendiri lupakan aku bila dah dapat kawan baru yang lagi hebat. Haila. Takpe la. Aku kawan je la dengan Addin, Benz, Ked, Nawal, Ashraff, Minn, Ana, Afiq, Jade & Trisy aku. At least diorang takde perasaan.




Aku rindu Farah Masyura =(

SEGMEN JOM BERKENALAN



1. Buat entry bertajuk Segmen Jom Berkenalan

2. Done paste banner dekat entry dengan sidebar

3. Jawab 7 soalan berikut :

Apakah status anda

Haha sensitif nak jawab ni. Saya belum berduet lagi.

Ceritakan tentang diri anda

Saya simple je kot. bile lapar makan. bila mengantuk tido dan saya anti couple. Haha abaikan!

Nama ikut I/C Amani Khairunnisa binti Abu Hassan dan bekerjaya pelajar Tadika Kemas.

Umur belum lepas usia mengundi lagi. Next year baru boleh daftar.

Bilangan anak kalau boleh..err entah!

Saya tak berapa suka pink :|

Ouh saya minat tahap otomen fire raksasa sama HLOVATE

Ceritakan tentang blog anda

Blog saya ni a.k.a diari saya

Saya bukan penulis novel. Saya just spill out apa yang saya rasa.

Blog ni dah start hidup setahun lebih dan bakal jadi khazanah untuk cucu cicit kalau blogspot ni wujud sampai zaman tu la. Haha!

Apakah pandangan anda tentang dunia blog

Cepat
Mudah
Kadang-kadang bahaya
Tempat buat duit
Blog boleh saya pun boleh!

Nasihat anda untuk rakan yang baru nak buat blog

Jangan lupa update selalu
Jangan lupa buat duit
Jangan lupa member
Jangan main gila
Jangan dan jangan lupa buat blogwalking :) tapi saya suka panggil blogrempiting :)

Nytakan keunikan blog yang terdapat di blog anda

Unik? Sambil angkat kening sebelah?
Blog saya ada nuffnang :p

Blog saya ada gambar saya :)

Erm cara saya menulis yang berbeza? (Haha bajet bagus betul la kau neh =.=")

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Selagi kepala boleh ingat
Selagi ada hayat
Selagi tangan masih ada

Impian saya dalam dunia blog ialah err..majulah blog untuk negara! Takde idea dah =(

4. Tag 4 blogger


5. Linkkan entry anda ke ruang komen


6. Tarikh last hantar kerja sekolah

3 Januari 2011. 
Huishh bagusnya kerja sekolah boleh hantar lambat. ^^

December 24, 2010

Happy birthday Lady :)

Allah selamatkan kamu~~ !
Allah selamatkan kamu~~ !
Allah selamatkan Cik Amiey~~ !
Allah selamatkan kamu~~ !

Hari ini 24 December 2010 bersamaan sehari sebelum krimas adalah birthdate one of my cun friend which is Amiey White! Amiey ni one of my precious friends la. We all tak pernah jumpa pun 1 sama lain. Kenal secara kebetulan kan lady? Saya pun dah lost track of times berapa lama dah kenal. Ehek. So sebab ini hari birthday dia saya tak boleh nak bahan lebih la. Just ucapan ringkas for U lady. Wish list thanks.

Thanks for sticking up with me
Thanks for dengar my problemo
Thanks for sabar when my emo datang menyerang
Thanks for ntahhapahapantah yang I dah buat
Thanks for teaching me about blogging :)

So lady, happy birthday yang ke-13. Itu ikut kata beliau la. Haha! I won't wish U to be a good daughter coz I know u ARE a good daughter to Puan Hasnah kan :) Lastly tingkatkan keremajaan anda and may U and your Mr. White will live happily ever after with Allah's Bless InsyaAllah.



Hey lady ! Special tau I bake untuk U. Gerenti tak kan basi. Enjoy!

December 23, 2010

Hikayat ntahhapahapantah!

Dalam sebuah kampung yang tak berapa nak permai, penduduknya tersangatlah ramai sehingga nak tinggal pun sampai bersesak-sesak. Kampung ini mengekalkan pembayaran wang bagi memastikan pengekalan status untuk penduduk kampung tersebut kekal tinggal di situ. Ouh ye nama kampung tersebut adalah "Indah Khabar dari Tempat".

Setiap penduduk yang telah melepasi usia boleh bekerja hendaklah keluar mencari kerja di bandar. Mereka yang lulus ujian saja yang boleh keluar menimba perkara baru. Bagi yang gagal mintak maap la ye. Duduk la dalam kampung tu diam2.

Maka arakian, bila tiba waktu untuk pemuda pemudi ingin ke bandar mencari kerja timbul satu masalah. Mereka akan ke bandar dalam 1 tempoh yang agak lama. Bagaimana pula dengan wang pengekalan status mereka? Berpening-peninglah mereka sama ada perlu membayar atau tidak. Semua soalan telah mereka tampalkan di dinding kenyataan kampung mereka namun lansung tiada mendapat balasan.

Tanpa demam atau ribut taufan, tertampal 1 notis

"Tidak perlu bayar kerana akan ditolak dari duit hasil tanaman padi keluarga kamu"

Masing-masing menarik nafas lega ibarat baru lepas menjatuhkan seekor lembu tua.

Namum terjadi lagi satu masalah

"Anda perlu bayar! Nak jadi penduduk tetap ke tak nak??"

Ini sungguh memeningkan mereka. Bila sms pada ketua kampung lansung tiada mendapat jawapan. Di tanya pada assistant ketua kampung lain pula jawapannya daripada notis. Kasihan pada pemuda pemudi di kampung tersebut. Masing2 pusing hendak mengikut arahan yang mana satu.

Akhirnya mereka membuat keputusan untuk keluar sahaja dari kampung dan tidak akan kembali lagi ke kampung yang ntahhapahapantah tersebut.

Sekian.

Inilah rupa kampung tersebut


p/s : Hikayat ini betul2 kejadian. Bukan aku pandai2 nak merepek :)



December 22, 2010

Oit tak takut mati ke?

Perempuan ouh perempuan. Kenapa la cepat sangat nak emosi? Belum tahu hal yang sebenar terus nak sound aku tanpa perisai pulak tu. Tak takut mati ke? Bukan nak cakap aku hebat ke tak. Tapi memandangkan dia terus senyap lepas aku smash dia dengan penuh cool maka aku anggap aku hebat la. Haha! Oke mari aku cerita sikit insiden yang berlaku pada hari ini yang lansung tak meragut jiwa sesiapa. Tapi mungkin menyakitkan hati perempuan dot dot tu la. Pedulik hapa aku! One girl ni text aku lebih kurang mcm ni

"kak timah? ( aku yang cakap nama aku kak timah pada dia ) ckup larh nak tipu. cakap jek la kau neh sape. nape kau msg dgn laki aku? aku neh wife dia. lantak korang larh kalau korang nk msg ke ape. aku x kesah dah! go on gurl!"

Lebih kurang macam itu la luahan emosi dia pada aku. Haish tu nasib baik aku tak tanya mana kad nikah. Nak check betul ke idak itu laki dia. Dah la cara text macam budak tadika kena pecat. Wah berangin orang sound aku tanpa sebab. Terus la aku balas

"Laki kau pun aku x kenal. Cbe la pk rasional sket. Neh la pmpn cpt btl pk yg bkn2.

Aku tunggu juga la kalau dia nak balas text aku. Tapi haremmmmmm takde lansung. Syok gak gaduh kadang2. Maka aku isytiharkan la aku sendiri sebagai juara pada pergaduhan kali pertama nie. Aku rasa ini la antara kelemahan perempuan. Cepat sangat nak sound orang. Tak bawak senjata pulak tu. Next time think before u make an action. Kan diri sendiri dah malu. Cuba la interrogate balak kau yang tak hensem lansung tu daripada terus nak sound orang. Kumbang terbang pun lagi hensem la!


Footnote : Laki kunun. Cit poodah!




December 20, 2010

Seksi itu menarik

DEWASA

Apa maksud dewasa tu? Bagi aku senang saje. Simple. Dewasa tu bila seseorang sudah tahu membezakan antara baik dan buruk. Juga berfikir menggunakan fikiran yang rasional. Aku bukan nak menyibuk tepi kain ke tepi rumah orang ke hape. Bila dah namanya pun dewasa janganlah tunjuk sangat dangkal dan cetek sangat pemikiran. Baik. Perempuan Islam wajib menutup aurat. Anggota yang boleh dilihat cuma muka dan tapak tangan. Oke stop dekat situ. Bagi seorang isteri pulak wajib lah kan menutup aurat. Nama suami pun nak kena jaga jugak. Alkisah ada seorang wanita ini. Sudah berkeluarga. Anak pulak dah 3. Tapi cara berpakaian masyaAllah. Dah macam anak dara terlebih umur. Pakai seluar pendek nampak kepala hotak lutut. Baju pulak silap2 boleh nampak pusat kot. Bila dah pakai baju spesies macam itu mulalah tertarik-tarik baju nak cover dari nampak pusat. Alahai tak guna kot. Reporter tak bergaji aku selalu cakap 

"anak dia kadang2 malu bila orang tanya mak dia tak malu ke pakai camtu".

Aku kesian pada si anak. Terkial-kial tak tahu nak kasi jawapan macam mana. Nak tegur mahu kena pelangkung sampai tercabut kepala agaknya. Yang sulung pun masih lagi di sekolah rendah. Aku rasa semua orang tahu kot tak bertudung pun dah dapat dosa. Inikan pulak pakai macam itu. Bukan lah aku nak mengatakan aku nie alim ulamak yang dah dapat title ustazah. Aku pun tak betul. Banyak lagi errors yang aku buat. Tapi title sebagai seorang isteri kena la jaga baik2 faham sendiri sudahlah. Di pihak suami pun nasihatkanlah si isteri. Apa guna pegang title suami kan kalau amanah macam ini pun tak boleh nak betulkan :)



May ALLAh bless

December 12, 2010

edisi belajar di luar negara

Aku berusia 20 tahun. Setakat yang aku masih bernafas di bumi Allah nie, 1 Malaysia pun aku belum jelajah lagi. Paling jauh pernah pergi Kedah. Terengganu yang dekat pun pernah jejak berbelas tahun lepas. Tapi itu bukan point yang aku nak highlight guna kilometrico dekat sini. Aku secara rasminya sangat jelez melihat gambar kawan2 yang dapat further study dekat oversea. Most of them dekat UK lah. Kalau dekat Korea atau Jepun lagi lah aku berasap sebab aku dah berazam nak cari suami ala2 2 negara itu. Haha corny habes. Memang teringin sangat sebenarnya nak merasa pergi luar negara. Dah selalu sangat rasa cuaca kat Malaysia kadang-kadang nak rasa sejuk sampai kancing gigi ke tak salji. Panas sampai boleh jadi BBQ ke tak. Nak tengok musim bunga2 cinta, musim luruhnya dedaunan berguguran. Nak rasa naik kapal terbang berapa tinggi dia boleh terbang. Nak rasa keluar asap dari mulut. Nak rasa eksyen cakap English level 17 tingkat.

Pernah aku berborak dengan kawan aku pasal benda nie;

"teringin la nak pergi tempat orang"

"laa..ko kan memang kat tempat orang..da merata belajar..siap dalam hutan lagi kan.."

"............................."



Senyap. Rasa macam nak bagi kaki sebelah je. Bagi jelingan maut sedas terus orang sebelah terkelu. Aku tengah meluahkan rasa hati dia boleh buat lawak yang sesen pun tak kelakar. Lalu aku terus bangun dan meneruskan langkah pulang ke rumah untuk makan nasi buat kali ketiga.


hidup tak selalu indah tapi yang indah itu tetap menjadi kenangan. Yeah!

December 11, 2010

sehati malas nak berdansa

"Tengok tu..setiap kali scene menari menyanyi mesti nyanyi hindustan.."

"Entahnye..dah tak ade lagu lain agaknye nak main.."

Tengah baring dalam bilik sambil melayan lagu gerimis mengundang. Terdengar mak duduk komen dengan adik beradik yang lain pasal movie kat TV. Diam. Malas nak menyampuk. Tiba-tiba sesuatu muncul dalam kotak fikiran macam pop up window tu. Bibir automatik ukir senyum selamba.

"Sebab dia dah tak ada modal la tu mak nak buat kelakar.."

Suara dalam hati dulu yang jawab. Sengih lagi. Haila dengan diri sendiri pun nak buat kelakar. Di celah-celah aku dengar lagu gerimis mengundang tu, terselit juga suara nyaring suara miming penyanyi hindustan sambil pelakon-pelakon tersebut terus menari sambil menggayakan pakaian hindustan mereka, berguling dan bermain mata. Dan aku masih lagi baring sambil melayan perasaan syahdu di tengah kelebatan hujan.


cuba la try menari ala-ala super junior pulak :)


"pandai main ke bang?"

"action je lebih ni" 

December 9, 2010

NO SUFO NO RESULT!!

Esok result uitm akan keluar. Maksudnya result aku lah tu. Cuak juga nie nak tengok result. Tengok pada hasil usaha aku untuk sem lepas macam bakal jatuh pointer. Aduh aku nak highlight kelemahan aku dekat sini. AKAUN. Tak terniat di hati aku nak membenci akaun. Tak pernah sekali pun cuba nak buat demikian memandangkan lecturer yang mengajar sangatlah baik. Aku saje kuat buat kerja amali sendiri di belakang. Miss, andai miss nampak muka saya lagi sem depan kecil tapak tangan stadium bukit jalil saya minta maaf. Ntah hapa-hapa je pantun. Tapi yang memusykilkan aku sekarang ini adalah SUFO (Student Feedback Online). Amaran keras : No Sufo No Result. Damn! Macam mana nie? Tak lepas lagi nak buat. Pening kepala aku. Ada siapa-siapa boleh tolong aku ke?



Janganlah tampal dan cantum

Agak annoying bila orang ambil hak kita kan. Bukan macam barang, orang atau harta benda atau ntah hapa lagi tapi wording yang selalu kita guna. Contohnya bila seorang penulis menggunakan ayat yang lebih kurang sama dengan penulis lain. Macam dah tak ada originaliti kat situ. Aku minat tapi belum gila lagi kat karya Hlovate. Kira semua novel beliau aku dah beli. Yang jadi tak best bila aku seorang pembaca yang tegar pergi kat 1 laman web untuk hantar karya online nie. Aku tengok ramai yang macam nak ikut style Hlovate. Aku tak tahu it's just me or memang perkara itu berlaku. Tak syok la kan. Kalau sikit2 itu aku tak kisah la sangat. Tapi kalau dah exactly berbijik-bijik macam ayat Hlovate terus aku rasa macam "eh annoying gila cerita writer nie.."

Kes kedua, bila orang tiru apa aku cakap. Dalam kelas bila dalam situasi Q n A's session, sebagai seorang pelajar yang aktif (perasan bagus sebenarnya) aku pun suarakan la pendapat agung aku dengam muka riak gila. Tapi sayang seribu kali sayang lecturer tak dengar. Menyentap getaran jiwa bila orang copy paste ayat aku then dia pulak dapat kredit telefon kat situ. Damn! Lebih menyayat hati kering aku bila dia pandang aku sambil buat muka tak bersalah. Paling malas pun tunjuk la simbol kacang pis ke. Haish tangan aku dah ringan jek nak lempar stiletto member sebelah kat muka dia. At least cakap la;

"miss, saya sebut semula ayat amanie tu. kasi kredit kat die la ..."

Haha! Kan sedap sikit dengar oleh halwa telinga aku. Apa yang aku mampu. Senyum segaris mixed senyum kecewa. Korang bayangkanlah macam mana. Haila nasib badan...

December 8, 2010

Hal kahwin serah padaku

Kahwin


Sekarang ini cuti sekolah. Makin kencang la sana sini kenduri kahwin. Jumaat ini pun aku kena pergi ke Lipis sebab kazen aku kawen. Haish ikutkan hati aku malas nak pergi sebab jeles. Oit bukan jeles sebab kazen aku itu kahwin dengan teruna impian aku. Ouh tidak sesekali. Jeles sebab dia dah kahwin dan aku belum lagi. Ish muda2 dah kahwin. Syiok itu! Haha gatai budak ini. Blaja pun tak habis lagi. Kawan seperjuangan pun semua dah sibuk publish gambar menikah kat facebook. Dush! Lagilah aku tak puas hati.

Baguslah kahwin awal ini kan. Boleh elak maksiat. Nak buat apa pun buat la dah halal kan. Itu yang part aku suka. Haha (evil laugh). Mak pun macam dah kasi signal boleh kahwin awal.

"awak tu blaja sikit pasal memasak ni. tahun depan da nak kawen"

Wohoo! Besh itu dah dapat lampu hijau. Dah takde lampu merah, oren, jingga, kelabu asap lagi. Tapi jadi tak syok bila kena bebel pasal persediaan sebelum kahwin. Kacau! Aku fikir part yang besh saje. Hah bukan part yang bukan2! tapi ada la sikit kot. Huhu normal lah. Aku pun manusia yang mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Wah kemaruk nak kahwin sudah datang! Bomba tolong!


Bakal pelamin aku nanti. Huahaha

December 7, 2010

Fire la kalau berani!

Kadang-kadang bosan jugak jadi anak tunggul tunggal dalam family. Haila nak2 pulak anak perempuan tunggal dalam family. Habis luntur sifat2 puteri melayu dalam diri aku. Esen2 darth vader pulak yang makin banyak berleluasa dalam diri. Itu pun nasib baik tak take over badan aku. Kalau tak memang naya la tak ada orang nak masuk meminang aku nanti.

Pagi tadi ouh sangat best tahap atromen tengah fire raksasa bila abah sesedap oren sindir aku yang macho ini.

"awal bangun ari neh"

"da tu tak kan nak bangun 4 petang kang" konon2 nak smash abah balik.

"ingat nak bangun subuh esok" abah balas servis dengan raut wajah selamba katak.




Dang! Aduh pedih sampai ke hulu hati. Tapi dah biasa kena sindir macam itu. Sebab aku tahu aku anak kesayangan dan untuk membuktikan lagi dengan hadiah rotan di tapak tangan sebab selalu koyak buku latihan kat tengah2 muka surat dulu. Ouh aku sangat rendukan masa kecil aku yang riang ria seperti dalam siti di alam fantasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...