August 22, 2011

Ini Bukan Muhasabah Cinta

Assalamualaikum wbt.

Hello people.  Hari ni nak buat entry keinsafan diri sikit.  Asyik cerita pasal k-pop je lama-lama nanti otak berkeput.  Meh muhasabah diri sikit.  Aku baru discover cara ni sebenarnya.  Gaya macam saintis dah jumpa cara sains roket je.

Tengok langit pada waktu malam...
Tengok lama-lama sampai rasa diri berada di alam lain...
Memang cantik dengan bintang-bintang berkelipan...
Renung pada apa yang kita dah buat pada hari ini...
Apa keburukan yang dah kita buat hari ni?
Apa amal yang dah kita buat hari ni?
Kalau esok kita dah tak bernyawa dah cukup bekalan pada hari ni?
Kalau esok Jumaat terakhir kita?
Apa dosa yang kita dah buat pada mak ayah kita?
Sempat ke nak bertaubat kalo dah nyawa tinggal hujung nafas je?
Kuat sangat ke kita nak tahan azab neraka tu?

Tak sempat de...

Nak muhasabah diri sendiri jangan asyik nak letak diri kita sebagai watak putih je.  Letak diri kita sebagai watak hitam.  Kalo asyik nak kira kebaikan yang kita buat, sampai bila-bila kita buat aci tak tau je dengan kekhilafan kita kat dunia ni.

Hidup sekali je.  Sanggup sia-siakan tanpa redhaNya?

Aku bukan ustazah.  Bukan budak usrah.  Bukan budak pakai tudung style makcik-makcik arab.  Aku tak belajar kat Mesir.  Aku sekadar berkongsi cara aku.

Babai !

0 horlicks ais:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...