August 30, 2011

Saya Pun Nak Buat Ucapan Raya Jugak!

Ni setem raya yang eksklusif

Assalamualaikum and greetings people.

Macam biasa la nak kasi ucapan raya.  Tak kan ucapan Selamat Pengantin Baru pulak.  Ehem3x.

Maka dengan ini saya, T.O.P dan Hyun Bin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua bloggers di Malaysia, Alaska, Uganda dan seluruh dunia kalau depa paham bahasa melayu la.  I seek for forgiveness kalo ada entry aku yang melampaui batas manusia normal dan sewaktu dengannya.

Aku rasa macam baru semalam aku buka puasa untuk puasa hari pertama.  Ni dah raya.  Gila cepat masa berlalu.  Macam guna kuasa kuda kuasa spulohhh.  Tapi sebenarnya bila fikir balik, quite takut.  Takut kalau ni Ramadhan terakhir aku.  Kita bukan ada kuasa 'aku nak hidup agak-agak sampai umur 70'.  Boleh macam tu?  Tu namanya budak besar kepala mandat tak sedar diri.

Walau apa pun, dipendekkan entry, semoga raya kali ini buat korang happy dan bahagia bila dapat mengumpul duit raya dan tak bersedih bila dapat duit raya singgit je.  Pesanan aku, jangan overdose makan kuih raya.  Nanti mata berpinar nampak almond london jeeee.

Babai !

August 28, 2011

Mereka Nak Datang !

Depa nak mai !

Depa nak mai wehhh !

Depa nak mai bulan September ni !

Aku memang ternanti kedatangan depa ni

Serious aku rasa macam mimpi depa nak datang sebab baru je aku cakap kat Wardah aku teringin nak jumpa depa

Nak tau sapa nak mai ?

Tunguuuuuuu bila aku rajin dan teringat nak update nanti.

Babai !

August 26, 2011

Manusia Boleh Berubah...Aku juga

Dulu aku pernah free hair.  Aku pernah upload gambar aku free hair kat FB sampailah salah seorang kawan aku yang bertudung tegur.  Dia cakap,

"Better kau remove gambar kau tak bertudung.  Tu lebih baik..."

Lebih kurang macam tu la ayat dia.  Aku remove.  Tanpa bantahan sebab she said the right thing.  Betul la tu.  Apesal aku nak tayang rambut aku kat FB pulak.  Aku bukan model iklan syampu mana-mana.  Aurat.

But now.  Betul la orang cakap.  People change.  Environment sekeliling boleh ubah orang.  She's the one now yang free hair.  Siap buat DP kat FB.  Aku tak marah dia nasihat kat aku macam tu dulu.  Cuma kesal.  Why'd she changed since dia yang kasi nasihat beria sangat kat aku.  Sokey then.  Dia boleh fikir sendiri apa yang dia buat.

Buat aku sedar.  Watak putih kadang-kadang boleh jadi kelabu.  Watak hitam kalau clorox boleh jadi putih.

Sekian.

August 25, 2011

Kalau Dah Tengok Tak Boleh Berhenti Woh!

Korang pernah tak tengok drama?  Apa gila aku tanya soalan macam ni.  Tanya macam orang lain takde tv je kat rumah.  Okay aku tukar biar nampak cerdik sikit pertanyaan tu.

Pernah tak korang tengok drama yang korang dah tahu bila ending dia.  Siap tahu berapa hari bulan sampai episod ke berapa.  Nampak cerdik sikit tak ?  Ke macam IQ makin jatuh?  Abaikan je la asal korang paham maksud aku.  Sambung cerita.  Tapi bila drama tu dah nak dekat habis, korang tak nak pulak drama tu habis.  Korang tak puas tengok lakonan watak utama dalam drama tu.  Kalo boleh biar depan mata korang je.  Hari-hari nak tengok sampai kalo tak dapat tengok korang mula la gelisah.  Nak-nak pulak tengok online.  Bila line boikot, korang dah mula hangin.  Abis segala sumpah seranah keluar.

Haha...itu lah aku sebenarnya.  Yang aku cakap kat atas tu semua pasal aku.  Tak kan la pasal kucing jiran sebelah rumah aku pulak kan.  Aku sebenarnya baru habis tengok drama tajuk Worlds Within atau dia ada nama timang tinggi-tinggi yang lain iaitu The World That They Live In.  Baru habis tengok malam semalam.  Bagus punya perangai.  Orang pegi terawih aku tengok drama lagha.

Dah jadi wallpaper enset buruk aku.
Pendapat aku la drama ni takde la cheesy sangat tapi sempat gak la hujan setitik dua macam tu.  Kekeke tak pernah hayat aku tengok drama takde skip-skip.  Biasa aku suka skip kalo aku rasa scene tak best.  Tapi drama ni aku tak miss satu scene pun.  Kalo miss pun seminit dua macam tu je la.  Daebak !  Kena pulak dua-dua pelakon peberettttttt.  Memang tak boleh kata apa la kan.  Cerita ni aired kat korea 2008 tapi aku baru tengok tahun ni.  Grr...mana aku hilang masa tu entah.  Kalo korang terasa nak tau macam mana cerita dia boleh klik kat SINI.  Aku malas nak cerita sebab aku rasa ni entry aku paling panjang untuk 2011 ni.

Aku dah jatuh cinta lagi buat kali ke berapa entah kat Hyun Bin pulak kali ni.  Dalam Secret Garden dia skinny sangat.  Dalam drama ni ensemmmmm weh.  Sampai boleh imagine Song Hye Kyo tu aku.  Kahkahkahkah.....Tak berkelip mata aku tengok.  Nasib baik saliva tak meleleh.

Nampaknya hardest battle akan berlaku antara T.O.P dan Hyun Bin.  Aku suka kat T.O.P lagi tapi Hyun Bin ada lesung pipit. Ni la reason aku malas nak tengok apa-apa yang berkaitan dengan Korea. =.=

Babai !

August 24, 2011

Away Sebentar

Assalamualaikum people

Ini entry ringkas je.  Blog ni tak kan di update untuk beberapa hari sebab aku ada misi yang penting melibatkan antara pengsan dan sedar.

Take care all my lebly readers.

Babai !

August 23, 2011

Winter Sonata Hantar E-mel Pada Saya

Hoihh ingat aku tipu ke ?  Serious weh Winter Sonata hantar e-mel pada aku.  Aku tak pandai nak tipu-tipu orang ni sebab mak aku cakap orang yang cakap tipu nanti perut dia kembung dengan dosa woh !


Tengok-tengok ! Betul kan Winter Sonata anta ?  Tu la walaupun perangai aku ada iras-iras penyangak padang pasir tapi aku tak tipu weii.  Sekarang aku sedang menunggu ketibaan t-shirt ni memandangkan aku takde baju raya.  Memang aku teruja sesangat la sebab aku tak pernah menang apa-apa contest ni tapi dapat jadi weekly winner pun kira okay la.  At least something than nothing kan?  Haha korang ada keeee hah?  hah?  Hoho riak macam hape walaupun dapat t-shirt je.  Nasib baik la maaddu baik hati anta t-shirt ni kat aku.  Jadi baju raya la jawabnya =.=

Babai !

Mari menonton k-drama di Maaduu ! (promot sebab dah menang. waikiki beger ^^ )

August 22, 2011

Ini Bukan Muhasabah Cinta

Assalamualaikum wbt.

Hello people.  Hari ni nak buat entry keinsafan diri sikit.  Asyik cerita pasal k-pop je lama-lama nanti otak berkeput.  Meh muhasabah diri sikit.  Aku baru discover cara ni sebenarnya.  Gaya macam saintis dah jumpa cara sains roket je.

Tengok langit pada waktu malam...
Tengok lama-lama sampai rasa diri berada di alam lain...
Memang cantik dengan bintang-bintang berkelipan...
Renung pada apa yang kita dah buat pada hari ini...
Apa keburukan yang dah kita buat hari ni?
Apa amal yang dah kita buat hari ni?
Kalau esok kita dah tak bernyawa dah cukup bekalan pada hari ni?
Kalau esok Jumaat terakhir kita?
Apa dosa yang kita dah buat pada mak ayah kita?
Sempat ke nak bertaubat kalo dah nyawa tinggal hujung nafas je?
Kuat sangat ke kita nak tahan azab neraka tu?

Tak sempat de...

Nak muhasabah diri sendiri jangan asyik nak letak diri kita sebagai watak putih je.  Letak diri kita sebagai watak hitam.  Kalo asyik nak kira kebaikan yang kita buat, sampai bila-bila kita buat aci tak tau je dengan kekhilafan kita kat dunia ni.

Hidup sekali je.  Sanggup sia-siakan tanpa redhaNya?

Aku bukan ustazah.  Bukan budak usrah.  Bukan budak pakai tudung style makcik-makcik arab.  Aku tak belajar kat Mesir.  Aku sekadar berkongsi cara aku.

Babai !

August 20, 2011

Tak Ada Ayah yang Sempurna



Assalamualaikum people.

Hari ni nak share 1 video yang telah di tag nama aku oleh Aina di FB.  See it for yourself.  Abaikan bahasa yang digunakan asalkan maksud sampai :D Aku kinda nak menangis jugak tapi ku tahan jebat !

There are no perfect fathers but a father will always love perfectly.

August 19, 2011

Tak Terniat Nak Kutuk Tapi Dah Terlepas Nak Buat Macam Mana kan?

Assalamualaikum people.

Aku sebenarnya malas nak kutuk-kutuk orang kat blog bulan puasa ni.  Bulan tak puasa pun malas jugak nak kutuk.  Nak-nak pulak pasal retiss.  Err retis ke depa ?  Abaikan !  Tapi lepas aku jenjalan kat blog cik Epal tadi tiba-tiba aku rasa aku kena tulis pasal menda ni jugak sebab ni melibatkan menda yang aku minat.  Guess apa yang aku jumpa ?  Bukan mercun, bukan kuih semprit, bukan menternak lemak di bla...bla...bla...Haha aku suka singgah blog cik Epal sebab banyak gambar makanan yang sedap-sedap.  Okay aku dah lari tajuk.  Back to the main point.  Aku terjumpa video...haish nak type pun malas tapi kang korang tak tau pulak.  Korang kenal kan dengan grup yang nak jadi ala-ala K-pop tu.

Yaaaa k-pop !

Aku tekan butang play.  Tengok dengan khusyuk tak berapa khusyuk sangat la.  Dah tengok aku rasa nak nangis kut.  Sadis betul.  Aku tengok sampai habis sebab orang kata don't judge a book by it's cover so aku terai la tengok mana la tau kut-kut SEDAP.

Satu perkataan je.  PATHETIC.  Banyak menda lagi kena improve.  Depa baru lagi kut tapi dah debut.  BigBang pun jadi trainee dulu sebelum boleh debut.  T.O.P yang dulu gemuk pun sampai dah kurus and ensem macam sekarang untuk dia join YG Entertaiment tu.  Hehe nak jugak sebut BigBang tuuuuu.  But whatever it is, semua tu take time nak hasilkan menda yang berkualiti.  Bukan main aci siap je.  Cost of hard work, tears and blood de.  Bukan sesenang je nak debut.  Kalo tak nak kena compare dengan K-pop better cari your own identity and X factor supaya nampak unik.  Asal jangan nyanyi naked sudahhhhh.

Better form group nasyid la.  Lagu berunsur ketuhanan atau ajak ke arah kebaikan.  Lagi bagus.

Babai !

Terpaksa letak depa sebagai penyeri entry ni :)

August 17, 2011

Salah ke Jadi Yang Kedua?

Assalamualaikum wbt.

Anda pernah rasa macam diri korang tu jadi watak kedua ?


Pernah rasa susahnya nak luahkan perasaan pada seseorang ?


Pernah rasa suka pada seseorang tapi tak dapat nak luahkan?


Pernah rasa sakit bila tengok orang yang anda suka bersama dengan orang lain?


Pernah rasa pedih tak dapat bersama dengan orang yang anda suka atas dasar tugas?


Kah3x lawak luar alam.  Aku dah rasa macam jadi promoter nak jual alat kecantikan kulit kat tv je.  Sebenarnya sekarang ni aku tengah layan K-drama Spy Myeong Wol kat maaduu.  Ni bukan madu buat makan tu atau madu yang pompuan tak suka tu.  Maaduu tu sape yang kaki tengok drama korea tau la apa yang ada kat maaduu tu.  Okay selingan dah habis.

Aku tengah layan Spy Myeong Wol sekarang.  Itu sebab aku overdose macam ni.



Boleh baca sinopsis drama ni kat SINI.

Dua gambar yang aku tepek kat atas tu sesaja je letak.  Tapi aku kesian sebenarnya kat second hero cerita ni.  Dia sanggup redah hutan dalam hujan sebab risau pasal perempuan tu.  Dia tahan perasaan dia atas dasar tugas.  Wargghhh !  Aku touching !  Walaupun dia tak ensem mana tapi adoiyai.  Nak cakap pun sebak.  Haha overdose-overdose.  Drama ni tak habis lagi sebenarnya aku tengok tapi sedih la weh aku tengok hero kedua tu.  Kenapa la heroin selalu tak perasan kebaikan watak kedua yang sanggup buat apa je untuk dia?  Haish drama korea suka sangat macam ni.  BOF macam ni.  Hah drama jepun Hanakimi pun macam ni gak.  Haila meh datang Malaysia la.  Aku sedia menunggu dengan penuh kasih sayang.

Babai !

August 16, 2011

Giveaway Duit Raya Dari Jepun

Giveaway Duit Raya Dari Jepun


Assamualaikum wbt.

Testing3x.  Julung-julung kali juga aku join Giveaway daripada Kak Anum yang julung-julung kali juga buat Giveaway.  Jauh wehh ni. Import dari Nihon kalo terpilih.  Giveaway ni kalo korang baca kat banner akan tamat pada 16 September 2011.  Lambat lagi kan.  Tapi better join awal-awal la kan.  Kalo nak join last-last minit takut tak sempat.  Bak kata Gu Jun Pyo, the early bird catch the worm.  Eh betul ke ni kak yuk ?  Kah3x

Dengan ini saya nak ajak

Najwa

Kembar 1

Kembar 2

Dan Laksamana ke-200 ialah....

Hehe akhirnya aku telah berjaya memperolehi laksamana-laksamana diraja seramai 200 orang.  Not quite a big number but who cares.  Aku tak buat iklan kat blog orang 'sila follow saya...nanti saya follow awak balik...'  Sapa nak follow tu follow.  Tak nak follow sudah.  Nak unfollow dipersilakan.  Tak ada paksaan mahupun ugutan menggunakan darah.

Laksamana yang ke-200 ni tak sangka kawan aku sendiri.  Ekin ghopenye.  Kawan sekolah teknik aku dulu. Nak cerita pasal blog dia pun aku tak reti nak brief apa sebab masa aku tengok ni pukul 12:07 a.m hari Jumaat kat blog dia tak ada cerita apa-apa lagi.  So dah sah-sah entry aku ni entry auto-post.  Feel free to visit her blog :)

Babai !

August 15, 2011

Doakan Aku Tak Masuk ICU

Beberapa hari lepas, satu nyawa telah terkorban.  Okay aku tipu.  Belum terkorban lagi tapi beliau telah kehilangan salah satu daripada anggota badannya yang penting.  Aku tau.  Semua tu salah aku.  Aku paham tapi aku tak tau pulak selemah tu.  Maybe daya berfikir otak aku kurang bab-bab kekuatan ni.  Aku sangat takut sebenarnya.  Takut aku yang dipersalahkan.  Iye tu semua memang salah aku.  Aku akui tapi aku harap abah aku akan maafkan aku atas kekhilafan aku ni.

Ni la hasilnya bila novel terlebih muatan.  Kapasiti berlebihan.

Anggota yang hilang.

Aku harap itu boleh jadi self-explanatory pada abah aku bila dia nampak bahan bukti tu.  Btw buat masa sekarang beliau tak tahu lagi.  Sebab tu korang masih lagi boleh tengok entry ni terhapdet.  Doakan aku tak masuk ICU nanti.

Babai !

August 14, 2011

Detektif Amanie Ashraff

Assalamualaikum wbt readers.

Pejam celik mata sepet tu, dah berbelas hari kita dalam bulan Ramadhan eh.  Rasa gila cepat la.  Ni jugak bermaksud raya pun dah tak lama lagi.  Dan jugak bermaksud masa untuk aku berfoya-foya kat rumah dah tak lama sebab aku bakal berhijrah ke tempat lain.  ZzzZzzz abaikan isu ni.

Sekarang ni kat TV aku tengah layan cerita Law & Order SVU (Special Victims Unit) season 11.  Sebelum ni aku ada mention aku tak suka sangat layan drama bersiri ni tapi ntah macam mana boleh tersangkut pulak dengan drama ni.  Kira best jugak la sebab cerita pasal kes-kes bunuh, rogol ni semua.  Lebih kurang macam CSI la kut tapi aku tak pernah tengok pun CSI.  Macam terlalu extreme je untuk aku yang berani ni.

Watak utama drama ni Christopher Meloni dengan Mariska Hargitay.  Korang jangan nak duk tanya aku sapa depa berdua ni.  Bukan pakcik dengan makcik sedara aku.

Bila aku tengok drama ni time depa duk tanya suspek-suspek tu kira gerun gak la.  And depa memang pandai duk main putar ayat.  Duk main psiko-psiko ni.  Silap cakap habis laaa.  Tetiba aku rasa nak jadi detektif macam diorang.

Ni watak utama dalam cerita ni.  Diorang lupa nak letak muka aku sekali.

Babai !

August 12, 2011

Akhirnya Sayang Jugak Encik Nuff Pada Aku

Assalamualaikum readers.

Entry petang ni dimulai dengan gelak kecik ngada-ngada dulu.  Hik3x.

Dah lama aku tak bukak nuffnang sebenarnya sebab aku kecewa takde menda menarik nak tengok.  Baru bukak tadi then menda pertama aku tengok sah-sah la duit.  Pastu aku jumpa ni.


Hehe ambikk kau sebelum ni merintih-rintih kat inche Nuff cakap dia kedekut.  Ambikk la tu nak sangat kan. Keh3x sengih melebar aku sekali dapat 3 BE.  Pes time oohhhh dapat BE.  Muka excited rasa macam nak laung 1 taman perumahan je.

Terima kasih inche Nuff.  Lain kali kasi la lagi ye :D

Sekian.

Babai !

Sesi Berdialog 5 Sahabat

Ini adalah perbualan antara 5 orang rakan yang telah diubah suai.  Nama pun dah modified dari nama kampung ke nama Kepop.

Dae Sung :  Aku dapat info yang BangBig nak datang Malaysia 30 February tahun depan.  Aku dah buat research bila, kat mana dengan harga tiket.  Nanti aku share la dengan korang.

TOP, GD, Tae Yang, Seung Ri :  Aaa okay.  Bagus la tu.  Nanti apa-apa share la dengan kitorang.

Beberapa minggu kemudian.  Masa ni cuma ada GD, TOP, Seung Ri dengan Tae Yang je.

GD  :  Korang ada dengar tak sapa yang cepat book tiket dapat tempat duduk istimewa?  Siap dapat autograph dari kumpulan tu lagi.

Seung Ri & Tae Yang :  Dengar-dengar macam tu jugak la.  Tapi tak tau la betul ke tak.

TOP  :  Aku pun dengar macam tu jugak.  Kena book sebelum 15 February la kalo nak harga murah.

Seung Ri  :  Konfirm ke?

TOP : Nanti aku ushar pada organizer tu.  Kalo dah konfem nanti aku kasi tau semula.

Jeng jeng jeng jeng (Nada handphone TOP)

Dae Sung :  Mana kau tau kena book sebelum 15hb?

TOP :  Aku dengar Donghae cakap.  Depa kata Donghae tau semua.

Dae Sung :  Donghae pun tau daripada aku.

TOP :  ......................

Dae Sung  :  Penat je aku cari info tu tapi orang lain pulak dapat nama.

TOP  :  ........................

Dae Sung berlalu jalan kaki dengan penuh hentakan.


This is Amanie talking.  Tak ada kaitan antara sedar dan pengsan, hidup dan mati.  Aku memang suka type secara random apa yang aku fikir.  Tak tau whether korang paham tak apa yang aku merepek kat atas tu.  Sapa yang paham aku berbangga dengan korang.  Nak belanja makan tengah hari bulan puasa pulak kan.  Keh3x


Jangan nak bajet comel bulan puasa ni dengan BR di tangan.

August 11, 2011

SECOND GIVEAWAY HAJAR AZMAN



Assalamualaikum wbt readers.

Hari ni dengan segala hormatnya aku telah di tag oleh Diera Tekikushika untuk join Giveaway daripada Hajar Azman.



Dengan segala hormatnya jugak aku nak tag pada

Kak Yuyuk

Najwa

Sekian, terima kasih.

Tak Cari Bintang

My blog ain't that great.

My blog doesn't have million of followers.

My blog ain't that informational.

My blog is not a place to show anger.

My blog is not a place where I always story what I did everyday.

My blog isn't a place to dig a money though I put nuffnang there :p

I'm not searching for a star to shine me.

I'm just a writer.  Not a celebrity.

My blog is just my blog.

Totally not like 100% diary where people express about their feelings.

You won't find anything special here.

Just a place where I'm typing what I feel and see around me.


And yeah a place where I share my interest to Hlovate :)

August 8, 2011

Nak Rasa Kena Tampar Dengan Upih Kelapa ?

Assalamualaikum wbt.

Hello people.  Hari ni rasa nak kongsi sikit antara dialog-dialog yang aku rasa awesome, sentap habis dalam Contengan Jalanan.

Akmal said

Ramadan tu bukan diertikan dengan bazar Ramadan.  Bukan diertikan dengan malam tujuk likur pasang pelita.  Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung.  Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel.  Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV.  Tapi benda-benda tu la yang jadi definisi Ramadan kat Malaysia.

Kita ni kadang-kadang berlagak.  Kalau baca Quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu.  Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' tu?  Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk disebutkan dalam ayat 'wahai orang beriman...', 'wahai orang Mukmin....'  Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu?  Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam'.  Bayangkan yang diri kita la orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu.

Fend said

Apabila masuk bulan puasa, perubahan pada rutin harian hanyalah tak makan dari subuh sampai senja.  Selain daripada tu, kehidupan macam biasa jugak.  Solat ikut aci dan.  Tengok wayang jalan jugak.  Jamming jalan jugak.  Main game jalan jugak.  Lepak-lepak jalan jugak.  Ramadan tu dah jadi budaya.  Bukan lagi tuntutan agama.

Indra said

Manusia lebih suka lihat apa yang dia mahu.  Jika bukan kehendak, dibutakan aja mata daripada melihat walau yang benar itu depan mata, gitu ?

K2

There's not such things as 'wrong' in arts provided that Islam is a given.  Tak ada benda yang salah bawah seni selagi segalanya ikut lesen Islam.



Now this is Amanie said

Dumbfounded.  Rasa macam kena tampar dengan upih kelapa.

August 6, 2011

Luahan Perasaan - Bukan Kerja Senang Okay !

Amaran :  Pada sesiapa yang tak suka entry jiwang atau luahan perasaan dipersilakan tekan tanda pangkah dengan segala hormatnya.

Dear you...

Susah saya nak buat keputusan ni sebenarnya.  Bukan senang nak tinggalkan awak.  Bukan senang pulak nak lupakan awak.  Haish memang susah saya nak ucapkan.  Saya tau saya jumpa awak dulu baru saya jumpa dia yang baru tapi...bukan salah saya 110% !  Dia yang asyik goda saya dengan mata dia yang cantik tu.  Jangan salah faham.  Awak pun comel.  Memang saya tak nafikan hakikat tu.  Saya tak bermaksud nak curang atau jadi playgirl atau fizikalistik.  Tak dan tak !  Saya ni setia tau tapi ye la kan.  Hati kita ni kadang-kadang bukan kita yang pegang.  Saya pun tak sangka boleh jadi perkara macam ni.  Tolong jangan salahkan diri awak.  Awak tak ada yang kurang pun.  Cuma awak kurang kasi saya impak dan keangauan macam yang dia kasi pada saya.  Dia sampai dah termasuk dalam mimpi saya tapi awak tak pernah masuk pun.  Saya tunggu jugak la awak dalam mimpi saya tapi takde pun.  Tapi takpe la awak.  Apa pun saya pasti ramai lagi perempuan kat luar yang boleh sayangkan awak lebih daripada saya.  Maafkan saya ye awak.  Tapi kalau boleh saya harap awak jangan la kapel dengan sesapa lagi.  Mana la tau saya berubah hati kan.  Selagi saya tak kahwin dengan dia awak tak boleh in relationship dengan sesapa walau kat FB !  Kalo saya nampak awak get ready je la dengan wishing death awak.  Lastly saya cuma nak cakap, saya sayang kat awak !  *Buat simbol love tangan macam org Korea selalu buat.


Sorry ye Choi Jong Hun.  Awak tak cukup macho untuk saya =.='


Helo handsome. Hehe. *Cakap ala-ala jesbon.

August 5, 2011

Panggilan Manja Untuk Kapel

Punya tak semenggah tajuk entry aku.  Entry kali ni bukan aku nak ajar readers panggilan-panggilan manja untuk kapel.  No and no.  Gila !  Ingat aku jiwang ke ?  Aku cuma penuh dengan perasaan je.  Tapi apa yang aku jumpa ni membuatkan aku terfikir kembali.  Blog aku ni dah jadi blog jiwang ke ?


Ni mesti kes entry Panggilan Manja aku baru-baru ni.  Fuh tapi aku harap depa jumpa la apa yang depa cari kalo depa tersesat kat blog aku ni.

Sebelum ni nama anak-anak stylo...ni panggilan manja untuk kapel pulak.  Lepas ni apa ?  Panggilan untuk samseng jalanan pulak ke =.='

August 4, 2011

Apa Aku Cari Cuma Ini. Aku TAK Cerewet =)

Assalamualaikum wbt.

Hello people !

Ehem3x...Test suara 8, 9, 10...

Okay peeps.  Hari ni nak bebel pasal novel/cerpen.  Selalunya aku bercerita pasal pengalaman aku jadi writer buat cerpen-cerpen ntahhapahapa aku tu.  Sekarang nak cerita pengalaman aku daripada sudut pembaca pulak.  Aku bukan seorang reader yang cerewet.  Kalo aku baca novel, aku tak kan demand aku nak watak hero lelaki kena hensem macam TOP BigBang.  Pompuan pulak aku nak comel macam aku...eh3x macam retis-retis korea tu.  Bagi aku storyline lebih penting.  Okay here apa yang aku cari dalam novel yang aku baca.

Bahasa yang simple dan sempoi.

Bahasa yang simple dan sempoi tu of course la penting.  Kalo guna prosa klasik ke klasik nasional memang tenggelam la aku.  Baru baca muka surat pertama aku dah tutup balik.  Macam Komsas dulu harem  la aku nak baca part prosa klasik.  Guna bahasa yang sempoi ni supaya aku baca pun relax je.  Takde la sat-sat aku kena cari DBP.  Fuhh !  Bila nak habis macam tu.  Boleh je nak guna satu atau dua atau tiga atau sepuluh pun but please not for the whole novel. =.='  Contohnya macam ni

"Andai kau pergi meranalah aku.  Terseksa la jiwa batinku merindukan sukmamu.."

Peh memang koma sepuluh hari la aku.

Storyline yang tak copy daripada mana-mana previous writer.

Serious aku dah jumpa novel macam ni.  Agak annoying.  Dah la tiru favourite writer aku.  Rasa macam nak...nak....dah makan KFC sekali ayam dah basi.  Lagi satu aku kureng jugak dengan novel yang buat watak anak orang berpangkat.  Aku suka yang moderate je.

Storyline yang simple tapi informasi dan inspiring.

Yang ni pulak senang cakap macam novel-novel Hlovate la.  Jalan cerita yang ringkas tapi boleh buat orang moved.  Tapi ada jugak yang tak suka novel daripada beliau.  Whatever la korang nak suka ke tak.  Aku tak suka yang jiwang semata.  Dari mula sampai akhir asyik cerita pasal cinta pasangan kekasih je.  Muntah hijau aku.  Storyline yang tangled aku cuma kasi exception pada Selamat Pengantin Baru Isteriku.  Tapi kalau ada sesapa nak suggest yang best boleh jugak.  Aku terima je.

Nama watak yang ensem-ensem dan cantik-cantik.

Kah300x...yang last ni ntah pape ntah.  Tapi aku memang memilih nama watak kalo beli novel.  Bagi aku kalo nama tu ensem jadi watak dia ensem la.  Kalo nama watak dia Dolah dan Joyah.....paham-paham sendiri je la.  Ye aku memang fizikalistik.  Keh3x tak puas hati ?

Tak ada watak banyak-banyak.

Aku tak suka cerita yang ada 3 hero sorang pompuan atau senang cakap watak hero sorang pompuan ramai atau vice versa.  Hoiihhh memang aku tak tengok lansung terus storyline dia macam mana.  No heart feelings tapi aku memang tak approve cerita macam tu.  Bagi aku cukup sorang laki sorang perempuan.  Kalo nak buat sampingan pun kawan-kawan sudah.  Tak payah la nak buat cinta bersegi-segi sampai seploh lelaki duk berebut sorang pompuan.

Jadi itu sahaja apa yang aku cari dalam sebuah novel atau cerpen tak kira la printed version atau online.  DIULANGI AKU YANG CARI.  Kalau orang lain aku tak tau la depa suka macam mana pulak.  Walau apa pun aku tak kan kutuk sesuatu karya tu walaupun kurang menepati piawaian aku.  Aku tau macam mana susah nak cari idea dan kembangkan idea tu.  Btw sikit je kan apa yang aku cari.  Aku tak cerewet dan aku memang pembaca yang baik :)

Babai !

August 3, 2011

Lagu Yang Mustahil Ada Di Mana-Mana Pusat Karaoke. Nak Nyanyi?

Sekolahku permai teknikal bestari
Kebanggaan kita semua
Beriltizam menempa kejayaan
Menjulang ke persada

Sekolah gemilang warga cemerlang
Menempuh peluang semua bidang
Semarakkan semangat juang
Agar terus gemilang

Disiplin dipatuhi
Guru disanjungi
Ilmu akan diberkati
Hidup disinari

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JENGKA (RIP)
Terus maju mercu jaya
Hidup berbakti penuh berjasa
Cerdas Dinamik Beria eh eh Ceria......!

Hehe gila rindu nak nyanyi lagu sekolah aku ni.  Sekolah paling best pernah aku masuk sebab kat sini jugak la antara fasa paling seronok dalam hidup aku.  Dua tahun duduk sini rasa kejap je.  Korang tak akan jumpa lagu ni kat mana-mana pusat karaoke.

I miss my friends and the environment.  Not the school :)

Kah3x gila kejam punya statement.


Babai !

August 2, 2011

Hal Citarasa Masing-Masing Yang Empunya

Assalamualaikum people !

"Hal citarasa masing-masing yang empunya..."

Hah ambik kau.  Mula-mula entry terus keluar quote entah dari sapa-sapa.  Kalo korang sorang telepath macam Professor X, terai la teka ayat sapa kat atas tu.

Ada yang suka.  Ada yang tak suka.  Ada yang anti sampai hentam-hentam teruk dalam blog depa.  Ada gak yang cuba nak tiru style depa tapi malangnya ramai yang kutuk daripada memuji.  Salah sorangnya adalah aku tapi aku cuma kutuk-kutuk manja je.  I don't call them names la.  Ye aku bercakap pasal K-Pop sekarang ni.  Yeah aku tau isu K-Pop ni dah basi.  Dah tak boleh nak hangatkan lagi.  Mula-mula dulu ramai duk type macam-macam pasal K-Pop ni.  Siap kata tak support muzik negara sendiri la.

Berbalik pada ayat kat atas tu.  Hal citarasa masing-masing yang empunya.  Jadi aku rasa tak salah kalau aku atau mereka yang lain nak minat K-Pop dan jugak terpulang pada anda untuk TAK minat.  Siap kata depa kelihatan gay lagi.  Err aku ambil dari sudut yang positif.  Gay also means happy.  Jadi mungkin mereka kata K-Pop tu happy.  Konsepnya sama je kat sini.  Aku minat Mee Maggi, hangpa suka mi cintan.  Aku tak minat muzik daripada barat, hangpa minat kat brader Mars tu.  Aku suka novel Hlovate, hangpa suka J.K Rowling.  Rasanya tak payah la kut nak cakap sapa yang minat tu tak sedar diri.  Macam AnwarHadi cakap kita gaduh 7 hari 7 malam pun menda ni tak akan setel-setel jugak.  Masing-masing ada akai, hangpa pikir la sendiri.

Sebelum aku gostan, terima sedas video daripada AnwarHadi.



Babai !

August 1, 2011

Aku Jadi Promoter ?

Assalamualaikum !

This is a fast and short entry sebab sat-sat lagi aku nak pergi bertempur kat bazaar.  Almaklumlah dah lama tak berpuasa kat rumah sendiri.  Dah dua tahun setengah asyik jadi dendang perantau je.  Sadis betul.  Okay here, aku cuma nak promote sesiapa yang suka membaca cerpen dipersilakan untuk membaca cerpen teragung aku yang telah diberanakkan di P2U.

Klik sini ----> Cinta Terakhir

Terai baca tengok nangis ke tak okay, people.

Babai !

Ucapan Sempena Ramadhan

Assalamualaikum wbt.

Maka adanya hari ini telah bermula 1 Ramadhan bagi kita semua mengerjakan ibadah berpuasa untuk rukun Islam yang ketiga.  Cut !  Peh bahasa sastera pulak dah.  Okay not much to say.  Cuma nak type ringkas.

Selamat menyambut bulan Ramadhan.  Bulan yang penuh barakah.  Bulan yang lebih baik daripada seribu bulan.  Pada bulan ini sahaja kita akan bertemu dengan malam lailatul qadar pada sepuluh ramadhan terakhir.  Boleh tahan jugak aku bersyarah yek.  Keh3x.  Bulan puasa ni top up la mana-mana yang patut untuk back up amalan yang kita abaikan selama ni.  Yang wajib kita buat hari-hari.  Yang sunat kita gandakan.

By the way, sebenarnya agak syahdu ni.  Malam semalam sape yang tengok pengumuman puasa mesti tau yang penyimpan mohor besar raja-raja dah ganti dengan yang baru.  Sebelum ni Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah tapi sekarang dah Datuk Syed Danial Syed Ahmad.  Aku lebih prefer yang lama sebab lebih feel. Beliau lebih cool dengan muka yang gila tenang.  Haha walaupun dah tau sah-sah esok raya tapi tetap duk bertapa depan tv nak dengar sendiri daripada mulut beliau.  Dah la aku membesar dengan pengumuman puasa dan raya dengan beliau.  Sejak aku kenal apa tu puasa segala, muka beliau la aku duk tengok dan tunggu tiap-tiap tahun.  Dah la tak nak type dah.  Sedih T.T  Atok memang legend !


Babai !

Tahun ni henpon sunyi sepi tanpa mesej selamat berpuasa. Terima kasih Facebook =.='
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...