August 4, 2011

Apa Aku Cari Cuma Ini. Aku TAK Cerewet =)

Assalamualaikum wbt.

Hello people !

Ehem3x...Test suara 8, 9, 10...

Okay peeps.  Hari ni nak bebel pasal novel/cerpen.  Selalunya aku bercerita pasal pengalaman aku jadi writer buat cerpen-cerpen ntahhapahapa aku tu.  Sekarang nak cerita pengalaman aku daripada sudut pembaca pulak.  Aku bukan seorang reader yang cerewet.  Kalo aku baca novel, aku tak kan demand aku nak watak hero lelaki kena hensem macam TOP BigBang.  Pompuan pulak aku nak comel macam aku...eh3x macam retis-retis korea tu.  Bagi aku storyline lebih penting.  Okay here apa yang aku cari dalam novel yang aku baca.

Bahasa yang simple dan sempoi.

Bahasa yang simple dan sempoi tu of course la penting.  Kalo guna prosa klasik ke klasik nasional memang tenggelam la aku.  Baru baca muka surat pertama aku dah tutup balik.  Macam Komsas dulu harem  la aku nak baca part prosa klasik.  Guna bahasa yang sempoi ni supaya aku baca pun relax je.  Takde la sat-sat aku kena cari DBP.  Fuhh !  Bila nak habis macam tu.  Boleh je nak guna satu atau dua atau tiga atau sepuluh pun but please not for the whole novel. =.='  Contohnya macam ni

"Andai kau pergi meranalah aku.  Terseksa la jiwa batinku merindukan sukmamu.."

Peh memang koma sepuluh hari la aku.

Storyline yang tak copy daripada mana-mana previous writer.

Serious aku dah jumpa novel macam ni.  Agak annoying.  Dah la tiru favourite writer aku.  Rasa macam nak...nak....dah makan KFC sekali ayam dah basi.  Lagi satu aku kureng jugak dengan novel yang buat watak anak orang berpangkat.  Aku suka yang moderate je.

Storyline yang simple tapi informasi dan inspiring.

Yang ni pulak senang cakap macam novel-novel Hlovate la.  Jalan cerita yang ringkas tapi boleh buat orang moved.  Tapi ada jugak yang tak suka novel daripada beliau.  Whatever la korang nak suka ke tak.  Aku tak suka yang jiwang semata.  Dari mula sampai akhir asyik cerita pasal cinta pasangan kekasih je.  Muntah hijau aku.  Storyline yang tangled aku cuma kasi exception pada Selamat Pengantin Baru Isteriku.  Tapi kalau ada sesapa nak suggest yang best boleh jugak.  Aku terima je.

Nama watak yang ensem-ensem dan cantik-cantik.

Kah300x...yang last ni ntah pape ntah.  Tapi aku memang memilih nama watak kalo beli novel.  Bagi aku kalo nama tu ensem jadi watak dia ensem la.  Kalo nama watak dia Dolah dan Joyah.....paham-paham sendiri je la.  Ye aku memang fizikalistik.  Keh3x tak puas hati ?

Tak ada watak banyak-banyak.

Aku tak suka cerita yang ada 3 hero sorang pompuan atau senang cakap watak hero sorang pompuan ramai atau vice versa.  Hoiihhh memang aku tak tengok lansung terus storyline dia macam mana.  No heart feelings tapi aku memang tak approve cerita macam tu.  Bagi aku cukup sorang laki sorang perempuan.  Kalo nak buat sampingan pun kawan-kawan sudah.  Tak payah la nak buat cinta bersegi-segi sampai seploh lelaki duk berebut sorang pompuan.

Jadi itu sahaja apa yang aku cari dalam sebuah novel atau cerpen tak kira la printed version atau online.  DIULANGI AKU YANG CARI.  Kalau orang lain aku tak tau la depa suka macam mana pulak.  Walau apa pun aku tak kan kutuk sesuatu karya tu walaupun kurang menepati piawaian aku.  Aku tau macam mana susah nak cari idea dan kembangkan idea tu.  Btw sikit je kan apa yang aku cari.  Aku tak cerewet dan aku memang pembaca yang baik :)

Babai !

5 horlicks ais:

Nazrul Ashraff said...[Reply to comment]

da lama x menulis. haha

Fatin Liyana said...[Reply to comment]

ari tu kt0rg carik gak novel hlovate..x jumpe =(

Amanie Khairunnisa said...[Reply to comment]

@vampire and his lady Haha sedar rupanya. Ingatkan tak sedar2

Amanie Khairunnisa said...[Reply to comment]

@ceriteraliyana Sejak bila minat Hlovate ni =.='

mar chan said...[Reply to comment]

am, cmne nk setting komen buleh ade 'reply to comment' tu ey? ce citer sikit. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...