May 23, 2011

Bila Pembunuh Pandai Main Psiko

Semalam baru tengok cerita 7 Lagu lakonan Farid Kamil dengan apa ntah lupa sudah nama isteri Adlin Aman Ramli tu. Bukan peminat fanatik Farid Kamil pun. Dah tak ada cerita lain nak tengok so aku bedal je la. Tekan button info kat remote Astro. So aku pun duk la tengok. Cerita dia macam ni. Cerita tu berkenaan pasal kes pembunuhan la. Then isteri AAR tu jadi peguam dalam cerita tu dan membela sorang pesalah nama Afendi yang dah merogol kanak-kanak. Tapi rupanya dia dah bela orang yang salah. Kira dia macam trauma gak la pasal hantu kanak-kanak tu selalu muncul depan mata dia. Then satu hari dia terima 1 kaset lagu dan cerita pasal Farhan (Farid Kamil). So mula-mula tu dia tak nak tolong Farhan tapi after Farhan dah cerita asal usul dia baru la Sabrina (isteri AAR) tu decide nak tolong sebab dia rasa Farhan tu berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Kira si Sabrina ni peguam yang terel la sebab lagi sekali dia berjaya selamatkan Farhan lepas dia dah berjaya bela Afendi tu. Farhan tu jugak seorang penulis lagu dan cintakan Hajar (Tiz Zaqyah). Dia ceritakan kisah hidup dia berdasarkan lagu-lagu dia la. Itu pasal tajuk cerita ni 7 Lagu. Lastly Farhan ni rupanya psiko dan memang betul dia yang bunuh Hajar. And dia jugak bunuh Afendi dengan kelar leher Afendi.

Kesimpulan cerita ni adalah aku mati-mati percaya Farid Kamil tak bersalah sebab muka innocent dia tu. Chait! Banyak flashback gak la cerita ni. Tapi sesekali tengok cerita genre macam ni best gak. Buatkan duk memikir siapa salah. Tiba-tiba teringat pada karya Ramlee Awang Murshid.

*Hang muka baik tapi bunuh orang hah? Amik ni dush3X kat dahi

2 horlicks ais:

fatin hanani said...[Reply to comment]

mcm best la cita ni am..
am tgk kat na??
teringin la nak tgk

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@fatin hanani Hehe tengok kat astro ria

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...