May 29, 2011

Kau Bukan Ustazah Nak Nasihatkan Aku

Memang nak bagi nasihat sekarang pun nak kira ada pangkat ke. Aku tau aku bukan budak sekolah agama mana-mana pun.

Aku tak pakai jubah 24/7.

Aku tak pakai purdah.

Aku bukan budak stok ulang masjid.

Sebab aku cuma budak 'biasa-biasa' je. Takde title hafizah mahupun ustazah di hadapan bila beri nasihat akan di label bajet alim, bajet baik, tak sedar diri sendiri pun sama.

"Kau bukan ustazah nak nasihatkan aku..."

Tak tau pulak aku kalau nak nasihat orang kena ada pangkat ustazah. So kira semua orang dalam dunia ni kena jadi ustaz ustazah dulu la baru boleh beri nasihat. Setahu aku tu bukan kayu pengukur kalau nak buat kebaikan. Kalau semua orang boleh terima teguran yang baik daripada golongan alim je baik jangan dengar nasihat mak ayah. Mak ayah kita semua bukan ustaz, ustazah, ahli masjid, haji, hajjah kan. Bukan aku nak against ustaz ustazah semua tu. Cuma rasa orang kita ni cepat melenting kalau yang non-title macam kita-kita ni beri nasihat. Apa orang biasa macam kita-kita ni tak boleh beri nasihat ke ?

2 horlicks ais:

Misz Ayu said...[Reply to comment]

2la org zmn skg..haih

fatin hanani said...[Reply to comment]

napa ada org ckp mcm 2 ka kat am ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...