May 22, 2011

Hipokrit Itu Aku

Hlovate pernah tulis dalam buku beliau. Beliau tulis membaca, memahami, menghadam dan memikir. Sort of macam tu la. Kalau salah susunan atau ayat tu boleh la tolong betulkan. Kang fans Hlovate ketuk pulak kepala aku dengan machine gun. Macam aku sendiri. Aku rasa aku dah ulang banyak kali dalam blog yang aku suka gila baca novel from Hlovate. Rasa insaf bebenor la diri ni bila baca. Touching, menangis bila baca kisah Didi and Benji, Abang Shah dengan Ju'a and kisah Fend bersama Chad. Bila baca Versus pulak rasa macam kena tampar kat pipi lengkap dengan blusher sekali. Terasa bila Hlovate bukak mata yang selama ni duk pejam je realiti sebenar. Bila budaya dengan agama dah dicampur adukkan. Tapi benda tu semua kejap je. Insaf bila baca buku. Bila dah habis baca buat balik menda-menda lagha bagai ni. Aku masuk jugak panggung lagi. Masuk lagi karaoke lounge. Solat gak nak dekat-dekat akhir waktu. Tudung pun pakai macam tak pakai jugak. Terasa hipokrit gila pulak. Insaf sekejap then buat balik. Nampak gaya menghayati pun tak guna jugak kalau tak diikuti dengan perbuatan. Sama jugak macam bila ada buat kem motivasi ke apa kat sekolah, kolej semua tu. Bukak je pasal mak ayah masing-masing menangis macam nak apa. Sampai kot pengsan dengan histeria pun ada. Rasa terbayang dosa yang dah duk buat kat mak ayah flashback depan mata. Tapi after kem semua tu habis, duk loklaq gak lagi dengan parents. Apa kejadahnya semua ni. Nak berubah ke arah yang lebih baik tu susah gila. Kena ada strong will power. Tapi bila hiburan sana sini aku leka jugak. Menghadap jugak FB siang malam. Apa la nak jadi dengan aku ni...=.='


1 horlicks ais:

fatin hanani said...[Reply to comment]

yang am ceritakan ni tentag am ka tentag watk dlm cerita ni??
kureng mengerti hee :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...