May 17, 2011

Eh Hari Guru ke?

Semalam hari guru kan. Dah kira dekat 4 tahun aku tak sambut. Bapak ah! Rasa rindu gila pulak nak sambut. Dulu waktu tengah darah sekolah mengalir dalam badan, rasa nak ponteng je. Boleh kata memang tak datang la. Tapi masa sekolah harian boleh la aku monteng. Bila dah masuk teknik dah tak boleh monteng. Nak tak nak kena jugak pergi. Seriously tak pernah belikan hadiah pun untuk cikgu. Bukan kedekut! Tidak sama sekali la. Aku ni pemurah tau. Tapi senyuman je la. Yang lain tak murah pun. Aku selalu dilema kalau nak beli hadiah untuk cikgu. Aku belajar 10 subjek maksudnya aku kena beli 10 hadiah untuk cikgu. Aku cadang nak beli untuk cikgu yang ajar mata pelajaran favourite je tapi takut timbulkan kontrobersi dan diskriminasi je. Tak pasal-pasal menjatuhkan aku pulak nanti. Last-last aku kasi kad je kot kat depa. Aku pun tak ingat dah. Almaklum la benda dah jadi 4 tahun sudah. Rindunya...rindunya...Sekolah pun dah tak ada. Sekolah aku telah dievolusikan menjadi matrikulasi teknikal Jengka. Urgh aku sangat sedih bila dibuat demikian. Memori banyak kot kat sekolah. Tambah pulak budak asrama macam aku. Best tahap atromen fire raksasa. Best macam Spiderman bergantungan di bangunan tinggi kat NY. Ahh kalau la boleh diulang balik. Aku ingat lagi kata-kata cikgu aku,

"sekarang awak rasa tak sabar nak habis sekolah...bila awak dah habis nanti awak akan rasa rindu nak sekolah balik..."

Ohh cikgu, apakah ini? Tapi walau apa pun aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU pada semua guru di Malaysia dengan tema pada tahun ini iaitu GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.


*Adik aku beli frame gambar. Tu pun dua je. Untuk cikgu favourite dia barangkali :|
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...