June 11, 2011

Dunia Manusia VS Dunia Magik

Selalu aku review pasal novel.  Hari ni nak review pasal novel grafik pulak.


Sapa yang baca Gempak for sure tau kewujudan komik ni.  Mula-mula dalam komik then dibukukan menjadi novel grafik.  Memang panjang gak jalan cerita dia.  Ada 8 buku semuanya and 8-8 aku ada.  Korang tak boleh pinjam.  Keh3x.  Meh aku stoly moly sikit sama lu olang.

Cerita ni bermula bila Mineko bertemu dengan Helios buat pertama kali masa Helios cedera berlawan dengan musuh dia kat dunia manusia.  Helios berasal dari dunia magik dan dia antara 3 pemerintah tertinggi kat dunia magik.  Mineko diperlukan untuk menambah MP Helios.  Helios ni benci manusia sebab manusia ni mengkhianati dia.  Tapi biasa la last-last dia jatuh cinta dengan Mineko yang merupakan manusia biasa.  Rupa-rupanya Helios ni ada kembar nama Soileh yang berniat nak menghapuskan dunia manusia.  Tapi ada sikit masalah sebab kalau salah seorang daripada depa terbunuh maka sorang lagi akan turut mati.  Kembar siam pun tak macam ni kan.  Moragana yang memindahkan burung hidup semula dalam badan Mineko boleh muncul balik dalam mimpi Mineko sedangkan roh dia telah di telan oleh burung hidup semula tu.  Jadi pihak dunia gelap telah merancang untuk mendapatkan Mineko bagi menyempurnakan visi menghapuskan dunia manusia dan mencipta dunia baru.  And ada la lagi masalahnya dan macam biasa aku malas nak type panjang-panjang.  Endingnya agak sakit hati bagi aku la sebab Mineko dengan Helios tak bersama pun akhirnya.  Cis!  Aku tak suka betul ending macam ni.  Kalau nak berpisah tu buat la orang mati.  Haha kan aku pernah cakap aku suka kalau orang mati kat entry INI.  Tapi Kaoru cakap Helios sentiasa menjaga keselamatan Mineko walaupun tak bersama.

Apa pun cerita ni memang menarik.  Tak sia-sia aku membazir duit.  Till then.

Adios Amigos !

6 horlicks ais:

アヌム ちゃん said...[Reply to comment]

alamak dah lama tak baca gempak.hehe

naz & sya said...[Reply to comment]

uuuuuuuuuuuu. x pnh baca pn. haha

kiwi said...[Reply to comment]

hehe kiwi dah baca cerita ni. menarik tapi betul la, ending dia bukan happy ending

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@アヌム ちゃん Kena balik Malaysia cepat !

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@nazko pegi baca fizik

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@kiwiTu la kan. Mcm tak puas hati sikit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...