June 6, 2011

Memang Aku Berdendam

Assalamualaikum! (Gaya Anwar Hadi kasi salam)

Hari ni nak cerita pasal novel lagi.  Biasa la blog aku ni.  Kalau aku tak mengarut meraban aku bebel pasal novel.  Kali ni bukan nak cerita pasal Hlovate.  Nak cerita pasal watak-watak dalam novel-novel chenta ni.  Okay aku senaraikan.

1.  Setia

For god's sake.  Ada ke orang setia gila babas macam ni?  Bertahun pun sanggup tunggu walau apa jua rintangan melanda.  Tak kisah berapa lama pun sanggup tunggu.  Dah ala-ala cinta sejati pulak.  Aku ni cinta kayu jati tau la.

2.  Muka mesti describe handsome/cantik melampau.

Baik lelaki mahupun perempuan kulit for sure putih melepak, putih bersih, putih kemerahan.  Aku tak jumpa lagi kulit hitam legam, kulit bermasalah.  Lelaki mesti tinggi melangit, kira stylo habis la dress up dia pun cara jugak la.  Badan harus la sasa.  Hekk!  Perempuan mesti kecil molek, hidung mancung, bibir mungil (sebenarnya aku tak tau bibir mungil tu macam mana).  Kira perfect la wajah diorang tanpa noda dan cacat cela.

Tu je la dua yang aku selalu kenal pasti dalam novel.  Bila aku baca sure aku stress and rasa down.  Wataknya mesti yang handsome kapel dengan yang cantik je.  Pastu cover pulak dengan ayat bukan sebab wajah dia jatuh cinta, tapi sebab sifatnya yang lemah lembut...bla...bla...bla...Stress dowh!  Tahukah anda membaca novel boleh mempengaruhi mood dan keyakinan diri anda?  Sometimes buat aku rasa down jugak.  Tapi....











































Aku selamba je baca lagi sebab minat.  Wohoo!

1 horlicks ais:

アヌム ちゃん said...[Reply to comment]

hero heroin mestila yg hensem dan cantik..lumrah tu..heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...