March 28, 2011

Domino effect

Yang bertutup salahkan yang tak bertutup dan sebaliknya.  Yang lurus salahkan yang bengkok dan begitulah jugak sebaliknya.  Yang tak bertutup cakap biarlah tak bertutup dari yang bertutup tapi perangai lagi tak senonoh dari yang tak bertutup.  Betul.  Bertutup belum cukup bawak lesen baik.  Tapi yang tak bertutup tu pun sama lagi la tak boleh bawak lesen baik jugak.  Yang bengkok cakap yang lurus tu pandai produce tapi tak pandai nak jaga.  Dah produce hasil pastu buang merata.  Depa kata depa tak ganggu sesapa pun dengan kebengkokan mereka.  Yang lurus pulak cakap yang bengkok tu buat dosa.  Tapi yang lurus pun buat dosa jugak walaupun bertutup dan tak tinggal solat.

Nie aku ambil source daripada Versus by Hlovate a little bit.  Korang tahu domino effect?  Contoh bila kita susun pemadam then bila kita tolak 1 yang lain akan menyusul jatuh.  Oke dah faham?  Bila kita jaga solat, kita jaga pemakaian, kita jaga luar dalam diri kita benda tu akan automatically affect pada apa yang kita buat.  Betul.  Tak cukup dengan solat jek sebenarnya.  Kalau kita solat tapi still tak pakai tudung pun tak guna.  Kalau kita solat tapi tak jaga batas pergaulan pun tak guna.  Susah nak tinggal segala benda yang best lagi lagha tu.  Memang best tahap cipan.  Aku tahu sebab aku buat jugak.  Sebab tu nak change for good in Addin’s way memang akan cost blood and tears la in a manner of speaking.  Bukan senang nak jadi baik.  Tapi once dah berjaya berubah korang akan hargai apa yang korang dah lalui dalam fasa nak jadi baik tu.



Oke done for this entry.  May ALLAH bless.


Aku bukan ustazah.  Bukan hafizah.  Bukan budak usrah.  Cuma nak share apa yang aku rasa dan aku tahu bukan aku jek nak dapat pahala masuk syurga :)

4 horlicks ais:

azwa_amani said...[Reply to comment]

kita tak perlu jadi ustazah or hafizah tuk sampaikan ilmu...best ayat tuuu..amani suka :)

mr vampire said...[Reply to comment]

dah tau...wakakkaa

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ azwa_amani biasa2 jek. tak rancang pun nak buat ayat tu :)

Amanie Ashraff said...[Reply to comment]

@ mr vampire haha dah tahu bagus. selamat beramal :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...